Categories
Berita Semasa

Abu Obeida Umum Serahan Mayat Tahanan Israel Pada Hari Khamis

Isnin, 24/02/2025 – Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida, mengumumkan bahawa mayat keluarga Bibas dan tahanan Israel, Oded Lifshitz, akan diserahkan pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran gencatan senjata.

Beliau berkata bahawa kesemua mereka masih hidup sebelum serangan udara Israel yang “dengan sengaja” menyasarkan tempat tahanan, sambil menegaskan bahawa Israel bertanggungjawab atas kematian mereka.

Terdahulu pada hari Rabu, jurucakap Briged Al-Quds, Abu Hamza, mengumumkan bahawa mayat tahanan Israel, Oded Lifshitz, akan diserahkan pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin cedera, lainnya ditahan dalam serbuan Rejim Zionis di Tal

Isnin, 24/02/2025 – Seorang pemuda cedera dan beberapa yang lain ditahan selepas tentera Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu bandar Tal, barat daya Nablus, di utara Tebing Barat pada malam Rabu.

Menurut saksi mata, IOF menyerbu bandar tersebut sambil melepaskan tembakan peluru hidup, gas pemedih mata, dan bom bunyi secara berleluasa, menyebabkan pertempuran sengit tercetus.

Sekurang-kurangnya lima pemuda telah ditahan dalam serbuan itu, menurut sumber tempatan.

IOF sering melakukan serbuan hampir setiap hari di bandar tersebut.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Laporan PBB: Biaya Pembinaan Semula Gaza dan Tebing Barat USD53 Bilion

Isnin, 24/02/2025 – Penilaian yang dikeluarkan oleh PBB, Kesatuan Eropah dan Bank Dunia pada hari Selasa menyatakan bahawa “Dana yang diperlukan untuk membina kembali Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, setelah 15 bulan perang yang dilancarkan oleh (Israel) di Semenanjung Gaza dan operasi militan di Tebing Barat, akan melebihi USD53 bilion.”

Penilaian sementara mengenai kerosakan dan dana yang diperlukan menunjukkan “perlunya USD53,2 bilion untuk pemulihan dan rekonstruksi selama sepuluh tahun ke depan, termasuk USD20 bilion dalam tiga tahun pertama.”

Seminggu yang lalu, ketua Setiausaha PBB, António Guterres menulis, dalam sebuah laporan yang disiapkan atas permintaan Majlis Umum, bahawa “jumlah yang diperlukan untuk pemulihan dan rekonstruksi dalam jangka pendek, menengah dan panjang di Jalur Gaza dijangka mencapai sekitar USD$53.142 bilion.”

Pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang terkepung menyebabkan “kerosakan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah moden,” menurut laporan PBB sebelumnya.

Menurut penilaian, kerosakan yang dilakukan oleh Pusat Satelit PBB (UNOSAT) bulan lalu, “Hingga 1 Disember 2024, sekitar 69% bangunan di sektor ini rosak atau hancur, yang berarti total 170.812 bangunan.”

Ia menambah, “Hanya 18 dari 36 hospital (50%) yang beroperasi sebahagian, dengan total kapasiti 1,800 tempat tidur.”

Hingga 1 Disember lalu, Dana Kanak-Kanak Persatuan Bangsa-Bangsa (UNICEF) mengira tidak kurang dari 496 sekolah mengalami kerosakan, atau sekitar 88% dari 564 fasiliti yang terdaftar, dan di antara sekolah-sekolah tersebut, 396 sekolah terkena bom langsung.

Penterjemah : Dr Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis Israel menembak mati wanita di selatan Lubnan

Isnin, 24/02/2025 – Seorang wanita Lubnan  telah mati dibunuh manakala beberapa yang lain telah cedera akibat serangan tentera Zionis. Menurut sumber agensi berita negara, rejim Zionis Israel telah melepaskan tembakan ke atas warga penduduk yang pulang ke kediaman mereka di bandar Houla dan mengakibatkan kecederaan. Tiga warga tempatan turut diculik oleh tentera rejim Zionis menurut laporan berita berkenaan.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pencerobohan Penjara Ofer Oleh Israel Adalah Jenayah Kejam

Khamis, 20/02/2025 – Pergerakan Hamas mengecam tindakan Israel menceroboh sel tahanan rakyat Palestin di Penjara Ofer dan menyerang mereka, menyifatkannya sebagai satu jenayah kejam yang mencerminkan keganasan rejim Zionis.

“Serangan ini merupakan sebahagian daripada kezaliman berterusan Israel terhadap tahanan Palestin serta satu percubaan terdesak untuk memulihkan maruahnya yang tercalar,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Hamas turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya menzahirkan kecaman dan mendedahkan “jenayah tidak berperikemanusiaan” yang dilakukan Israel terhadap tahanan Palestin.

Terdahulu, Pejabat Media Tahanan melaporkan bahawa unit khas penjara Israel telah menyerbu salah satu bahagian di Penjara Ofer, yang terletak di barat Ramallah, Tebing Barat yang diduduki, lalu menyerang para tahanan.

“Para tahanan telah dipukul dan disembur dengan gas pemedih mata,” menurut kenyataan Pejabat Media Tahanan.

Menurut organisasi hak asasi manusia Palestin, lebih daripada 10,000 rakyat Palestin kini ditahan di penjara-penjara Israel.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin turut menegaskan bahawa Perkhidmatan Penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kebajikan ribuan tahanan di Penjara Ofer.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kenyataan Perkauman Trump Tidak Boleh Diterima

Khamis, 20/02/2025 – Kumpulan Perjuang Islam “Hamas” menyatakan penolakannya terhadap kenyataan Presiden AS, Donald Trump, berhubung perpindahan rakyatnya dari Semenanjung Gaza dengan alasan untuk pembinaan semula Gaza. 

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, Hamas menganggap bahawa kenyataan Trump  bersifat perkauman serta merupakan seruan untuk penghapusan etnik. Kenyataan Trump itu jelas bertujuan untuk melemahkan perjuangan rakyat Palestin dan menafikan hak kewarganegaraan rakyat Palestin yang sepatutnya tidak boleh dipertikaikan.

Beliau juga menegaskan bahawa rancangan untuk mengusir rakyatnya dari Gaza tidak akan berjaya, serta menjamin, Trump akan berhadapan dengan tentangan hebat dari rakyat Palestin, Arab dan Islam yang menolak semua rancangan pemindahan ini.

 Dia turut berkata dalam kenyataan itu, bahawa rakyatnya di Gaza telah bertahan dengan pengeboman dan pencerobohan, dan akan terus kekal teguh di tanah mereka, sekaligus menggagalkan semua perancangan pemindahan paksa dan pengusiran.

Tegasnya lagi, segala perkara yang gagal dicapai oleh penjajah melalui pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai sebelum ini, juga tidak akan berjaya dicapai melalui pelan pembubaran dan pemindahan ini. Pergerakan Hamas juga berkata bahawa ia sentiasa komited kepada perjanjian gencatan senjata yang dilakukan oleh penjajah, yang ditaja dan dijamin oleh pengantara (Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat) dan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa pihak penjajahlah yang tidak mematuhi perjanjian, dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap sebarang tindakbalas atau kelewatan.

Menurut fakta sebelum ini, Presiden AS Donald Trump menyatakan sokongannya terhadap penguasaan Israel terhadap Tebing Barat, dan sekali lagi menerima pakai rancangan pembersihan dengan mengawal Semenanjung Gaza dan memindahkan penduduknya. Dan sebagai tindak balas kepada soalan mengenai penguasaan Israel terhadap Tebing Barat, Trump juga berkata, “Ia akan berjaya,” seperti yang dilaporkan oleh Reuters. Mengenai Gaza, Presiden AS berkata lagi, “Kami akan menguruskan Gaza dengan betul dan kami tidak akan membelinya.”

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Briged Al-Qassam Tzaf Syuhada Khaled Amer, pelaku serangan hendap Manshiya di Tulkarm

Isnin, 17/02/2025 – Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas, Khaled Mustafa Amer, terkorban syahid al-Qassami, yang bangkit petang ini semasa pertempuran yang begitu berani dengan pasukan pendudukan di kejiranan Manshiya di kem pelarian Nour Shams di Tulkarm, utara Tebing Barat.

Batalion mengesahkan dalam kenyataan ketenteraan mereka bahawa syahid Khaled Amer melakukan serangan hendap ketat yang menyasarkan pasukan Israel dengan berjalan kaki, dan dia berjaya mencederakan beberapa askar pendudukan sebelum bangkit sebagai syahid di medan konfrontasi.

Briged Qassam memuji jihad syahid dan sumbangannya kepada penentangan, menyatakan penyertaannya dalam merancang operasi “Nabi Elias al-Qassamiyya”, yang dijalankan pada 7 April 2024, dan mengakibatkan kecederaan seorang askar Israel dan seorang lagi peneroka dengan pelbagai kecederaan.

Phalange juga memberi hormat kepada rakyat kita yang teguh di Tebing Barat, menekankan bahawa penentang mereka teguh dalam kedudukan mereka, menghadapi jenayah pendudukan dalam pengawasan bilik operasi bersama penentangan, dan meyakinkan orang ramai bahawa musuh akan menghadapi tamparan yang lebih menyakitkan di semua arena.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Trump Angkat Agenda Pembersihan Etnik di Gaza, Aneksasi Tebing Barat

Isnin, 17/02/2025 – Presiden Amerika syarikat, Donald Trump menyatakan sokongannya terhadap aneksasi(pengambilalihan wilayah secara paksa) oleh Israel atas Tebing Barat dan berjanji untuk mengawal Semenanjung Gaza dan mengusir penduduknya. Sementara itu, Raja Abdullah II dari Jordan mengumumkan sikap baru dalam konteks ini.

Menanggapi pertanyaan tentang aneksasi Israel atas Tebing Barat, Trump berkata, “Ia akan berjaya,” menurut laporan Reuters.

Mengenai Gaza, Presiden Amerika Syarikat mengatakan, “Kami akan mengelola Gaza dengan sangat benar dan kami tidak akan membelinya.”

Dia menambah, “Rakyat Palestin akan hidup aman di tempat lain selain Gaza dan saya menyedari bahawa kita mampu mencapai penyelesaiannya.”

Presiden AS menjelaskan bahawa dia “melakukan diskusi singkat dengan raja Jordan sekarang dan akan melakukan diskusi lanjut yang lebih panjang.

“Saya yakin 99% kita akan mampu mencapai sesuatu dengan Mesir juga,” katanya.

Reuters mengutip ucapan Raja Jordan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan menerima dua ribu anak Palestin yang sakit.

Mengenai penerimaan warga Palestin, Abdullah II berkata, “Kita harus mempertimbangkan bagaimana menerapkan hal ini dengan cara yang memenuhi kepentingan semua orang.”

Mengenai keberadaan tanah yang boleh diduduki oleh warga Palestin, Abdullah II berkata, “Saya perlu melakukan apa yang patut demi kepentingan negara saya.”

Beliau menambah, “Kita harus menunggu rancangan dari Mesir,” yang menjangkakan ada tanggapan dari beberapa negara.

Dalam masa yang sama, Trump mengatakan bahawa Hamas harus membebaskan semua “tawanan” dan “tebusan” pada hari Sabtu.

Penterjemah : Dr Osman

Categories
Berita Semasa

Qatar Hantar 15 Juta Liter Bahan Api Tambahan ke Gaza

Isnin, 17/02/2025 – Qatar mengumumkan bahawa ia akan menggandakan jumlah bahan api yang dihantar ke Gaza ketika ratusan ribu rakyat Palestin tinggal di khemah dalam cuaca yang buruk.

Negara Teluk itu sedang “membekalkan Semenanjung Gaza dengan 15 juta liter bahan api, menjadikan jumlah sokongan bahan api dari Qatar kepada 30 juta liter,” lapor Agensi Berita Qatar.

Gencatan senjata yang dirunding oleh Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat yang berkuatkuasa pada 19 Januari menghentikan sementara pertempuran selama 15 bulan yang menghancurkan wilayah Palestin itu.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru bantahan besar-besaran terhadap pengusiran rakyat Palestin

Isnin, 17/02/2025 – Gerakan Hamas menyeru masyarakat dunia keluar membantah beramai-ramai, dan menjadikan hari-hari Rabu, Sabtu dan Ahad sebagai Gerakan global menentang pembersihan etnik di Palestin.

“Kami menyeru rakyat kami, bangsa Arab dan Islam, dan semua orang Merdeka di seluruh dunia untuk keluar berarak beramai-ramai dari Jumaat hingga Ahad untuk menentang rancangan mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka,” Hamas berkata dalam satu kenyataan.Gerakan itu menekankan yang perarakan ini akan menyokong hak asasi kami untuk mempertahankan tanah air, terutamanya hak untuk kebebasan.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas berkata sedang berbincang dengan pengantara untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza

Isnin, 17/02/2025 – Gerakan Hamas pada hari Rabu menyatakan bahawa perbincangan sedang berlangsung dengan pengantara bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

“Perbincangan sedang berjalan dengan negara-negara pengantara untuk melengkapkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata,” kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem, dalam satu kenyataan akhbar.

“Terdapat usaha oleh pengantara untuk memaksa penjajahan Israel melaksanakan syarat-syarat perjanjian gencatan senjata di Gaza,” tambahnya.

Jurucakap itu menegaskan bahawa Israel perlu mematuhi perjanjian gencatan senjata bagi memastikan pembebasan tahanan dan kepatuhan terhadap protokol kemanusiaan yang telah dipersetujui.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meletupkan sebuah rumah di Jenin

Khamis, 13/02/2025 – Rejim Zionis (IOF) meletupkan sebuah rumah warga Palestin di kem Jenin pada petang Selasa lalu.

Saksi melaporkan bahawa IOF meletupkan rumah warga Palestin, Nidal al-Amer, yang dibunuh Julai lalu oleh IOF.

Al-Amer ditembak dan dibunuh dari jarak dekat di zon perindustrian di Jenin.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Satu Lagi Pelanggaran Gencatan Senjata Di Gaza, Rejim Zionis Melepaskan Tembakan Di Rafah.

Khamis, 13/02/2025 – Pasukan tentera penjajah Israel (IOF) menembak dan mencederakan dua pemuda Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada petang Selasa. 

Menurut sumber tempatan, kedua-dua mangsa ditembak oleh penembak tepat Israel di kawasan garaj timur, di tengah bandar Rafah. 

Terdahulu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr. Munir Al-Bursh, mendedahkan bahawa sejak bermulanya gencatan senjata di Gaza pada 19 Januari 2025, seramai 118 rakyat Palestin telah syahid, manakala 822 yang lain cedera akibat tembakan tentera Israel. 

Sementara itu, Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Ismail Thawabta, melaporkan bahawa IOF telah melakukan 265 pelanggaran terhadap gencatan senjata dalam tempoh tersebut. 

Beliau menjelaskan bahawa pelanggaran ini merangkumi serbuan ke kawasan penduduk, serangan tembakan ke atas orang awam, perobohan rumah, serta kegagalan mematuhi protokol kemanusiaan.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Empat Warga Gaza Terbunuh Ditembak Tentera Israel

Rabu, 12/02/2025 – Empat warga Palestin, termasuk seorang wanita warga emas, syahid selepas ditembak oleh tentera rejim Israel (IOF) di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza pada petang Ahad.

Menurut agensi berita SAFA, tiga individu maut akibat tembakan tentera Israel di timur kejiranan az-Zeitoun, Gaza City.

Sementara itu, seorang wanita warga emas turut ditembak mati di timur al-Qarara, timur Khan Yunis, selatan Gaza.

Walaupun gencatan senjata telah berkuat kuasa, tentera Israel terus menyerang dan menembak orang awam di Gaza.

Sejak permulaan gencatan senjata bulan lalu, tentera Israel telah membunuh 14 warga Palestin, termasuk tiga kanak-kanak. Antara mangsa adalah penduduk yang cuba pulang ke rumah mereka di utara Gaza selepas terpaksa berpindah.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

3 warga Palestin dibunuh di Rafah dalam pelanggaran terbaru perjanjian gencatan senjata oleh Israel

Isnin, 10/02/2025 – Tiga orang warga Palestin telah dibunuh oleh tembakan Rejim Zionis di Rafah, Selatan Semenanjung Gaza pada petang Rabu.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai Muhammad Awda Awad Al-Dabari, Abdullah Subhi Al-Sa’adini, dan Hamza Al-Hams. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, empat orang warga Palestin telah dibunuh dalam tempoh 24 jam yang lepas, manakala 11 orang lagi cedera.Jumlah kematian akibat kekejama Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 47,552 orang syuhada sejak 7 Oktober, 2023. 111,629 lagi cedera. 

Penterjemah : Nuridawati