Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar pendirian Jerman yang pro Israel

Khamis, 18-01-2024 – Ezzat Al-Resheq, ahli biro politik Hamas menyelar niat Jerman untuk masuk campur sebagai orang Tengah bagi menyokong Israel di perbicaraan International Court of Justice (ICJ) yang dibawa oleh Afrika Selatan, ketika perang Israel ke atas Gaza telah memasuki seratus hari.

Keputusan itu menjadikan Jerman sama-sama dengan Israel bertanggungjawab ke atas jenayah moral dan kemanusiaan terhadap orang awam, kanak-kanak dan wanita Palestin.Resheq menyatakan penolakan sekeras-kerasnya terhadap pendirian Jerman menyokong perang pembersihan etnik dan pengusiran rakyat kami oleh Israel di Semenanjung Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

100 Hari Pencerobohan Gaza, Serangan dan Pembantaian Masih Berterusan

Khamis, 18-01-2024 – Pasukan penjajah Zionis terus-terusan melakukan pembantaian ke atas Gaza hingga hari ke-100. Mereka melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, tembakan artileri, dan peluru berpandu, serta melakukan pembantaian berdarah terhadap warga awam. Kejahatan mengerikan di wilayah penyerangan di Gaza itu adalah sebagai sebagian daripada kejahatan genosida, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang sangat buruk akibat pengepungan dan pengungsian lebih daripada 90% penduduk.

Koresponden Pusat Informasi Palestin melaporkan bahawa pesawat dan artileri penjajah meneruskan serangan dan pengeboman dengan kekerasan – pada hari Sabtu – di pelbagai bahagian di Tebing Gaza, mensasarkan kawasan perumahan, komuniti, kemudahan dan jalan, menyebabkan ratusan orang syahid dan tercedera.

Jurnalis Yazan Al-Zwaidi, jurukamera saluran Al-Ghad, turut terkorban di utara Gaza. Juga, empat penduduk syahid akibat pengeboman Israel di Beit Hanoun.

Sejumlah penduduk tercedera dalam pengeboman Israel di lingkungan Sheikh Ajlin dan jalan kedua di Sheikh Radwan di Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah

Categories
Berita Semasa

“Abboud, wartawan perang khas menyerang media Penjajah

Selasa, 16-01-2024 – Pada hari 95 pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza, “wartawan perang” dengan “komedi” hitam, Abdul Rahman Battah, digelar “Abboud Battah”, terus menyiarkan mesejnya dari Gaza yang teguh, yang ditunggu-tunggu oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, untuk menetahui tentang orang-orangnya kerana dia telah menjadi sebahagian daripada buku harian mereka, dan mendengar berita rakyat Gaza dan kesakitan yang mereka alami, dan impian ciri-ciri kebudak-budakannya yang tidak bersalah dan spontan yang mewakili impian anak-anak Gaza.

Palestin akan bebas daripada ketidakadilan dan penindasan dan akan menghentikan pencerobohan kejam. Dan menjadi “Abboud Battah” dengan semua tindakan spontan dan ucapan mudahnya menyentuh hati pengikutnya, kadang-kadang ketawa dan menangis pada masa-masa lain, jadi anda akan keliru dengan perasaan anda, dia membedil “keghairahan hati” dengan kata-katanya dan memainkan perasaan jiwa, menarik penerima sehingga mendengar kata terakhir adegan yang disiarkan di laman media sosial.

Seorang wartawan perang jenis khas Media Khaled Safi, berusaha untuk “memahami mesej Abboud”, dan mengulas mengenai video terakhir yang disiarkan dengan berkata: “Jadi fahami apa yang Abboud lakukan dengan video-video ini”, untuk mengesahkan pada masa yang sama bahawa Abboud memukul media Pendudukan dengan kuat melalui mesejnya yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza secara berkala, Pendudukan mendakwa bahawa dia meninggalkan rakyat dari utara dan Abboud dengan senyuman biasa dari bumbung rumah mereka mengatakan sebaliknya.

Orang akan mempercayainya!”. “Abboud, dengan telefon bimbit peribadinya, internet rumahnya yang usang, keupayaannya yang hampir sifar, dan sumbernya yang tidak wujud, keluar dengan kata-kata spontan dan klip tidak lebih dari 90 saat meyakinkan berjuta-juta pengikut berita ketabahannya dengan ratusan ribu orang yang kekal bersamanya di utara,” kata Safi.

“Tidak seperti Pendudukan, yang mesin medianya tidak dapat meyakinkan peneroka haram tentang keadaan tentera mereka, dan penapisan tidak membenarkan sebarang maklumat mengenai mereka diterbitkan sepanjang masa,” katanya. Safi menyimpulkan dengan berkata: “Abboud Battah adalah wartawan perang jenis istimewa yang menangani generasi bahawa kuasa Pendudukan tidak dapat mencapai atau menguasai alatnya.”

Keputusan untuk menahan dan mendedahkan jenayah Pendudukan Battah dikenali dalam media sebagai “Abboud” sebagai aktivis yang telah menarik perhatian dan pengaruh ketika perang ke atas Gaza berterusan, menyebabkan kengerian dan tragedi kepada lebih daripada 2.3 juta orang yang tinggal di Semenanjung Mediterranean kecil itu. Battah, 16, memberitahu Agensi Berita Sanad: “Dia hidup seperti semua orang yang memutuskan untuk tinggal di rumah mereka dan tidak akan dipindahkan walaupun serangan, kemusnahan dan pengepungan.”

Budak Palestin itu menjelaskan bahawa dia mendapati dalam keadaan perang adalah peluang yang baik untuk menyerlahkan bakatnya dengan menonjolkan kengerian dan tragedi perang terhadap rakyat Palestin. “Melalui kerjanya, dia cuba menjelaskan kepada dunia bahawa semua kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin menderita akibat pengeboman udara, kemusnahan, keganasan dan kekurangan air dan makanan.” Untuk bulan keempat berturut-turut, Israel melancarkan salah satu peperangan paling sukar pada abad ke-21 terhadap Semenanjung Gaza yang dikepung selama 17 tahun.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 23,000 rakyat Palestin terbunuh sejak permulaan perang Israel, termasuk lebih 9,200 kanak-kanak. Perang Israel juga telah memindahkan 1.9 juta orang dari kawasan kediaman mereka di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran yang dianggarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di lebih daripada 60 peratus kediaman dan infrastruktur. Perjalanan perang ke atas Gaza telah menarik perhatian dunia dan video yang disediakan oleh aktivis Palestin telah menjadi tumpuan di seluruh dunia.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Letupkan Kediaman Dua Rakyat Palestin Yang Syahid Di Jerusalem

Selasa, 16-01-2024 – Rejim Zionis meletupkan kediaman dua pejuang penentang Briged Hamas, Murad dan Ibrahim Nimr pada Selasa di bandar Sur Baher, tenggara Jerusalem. Menurut sumber tempatan, sejumlah tentera Israel menceroboh bandar Sur Baher pada pagi berkenaan dan mengepung rumah kedua-dua syahid berkenaan dan memaksa penghuni untuk mengosongkan bangunan sebelum memasang bahan letupan dan memusnahkan kediaman berkenaan.

Beberapa keluarga yang tinggal berdekatan kediaman berkenaan juga diarahkan meninggalkan kediaman mereka sebelum tentera zionis melaksanakan tindakan berkenaan. Pasangan adik-beradik berkenaan, Murad dan Ibrahim menjalankan operasi bersenjata di jalan berhampiran penempatan haram Ramot di Timur Jerusalem pada November lepas.

Empat penduduk Yahudi terbunuh dalam opeasi berkenaan. Pasukan Gerakan Hamas menyifatkan operasi berkenaan sebagai “tindakan heroik” dan “tindak balas semula jadi terhadap jenayah perang Israel di Gaza.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

DCI menyifatkan 2023 sebagai “tahun pembunuhan” kanak-kanak Palestin

Selasa, 16-01-2024 – Pertahanan Kanak-kanak Antarabangsa (DCI) menyatakan pasukan penjajah Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 8,000 kanak-kanak Palestin di Jalur Gaza dan 121 orang kanak-kanak lain di Tebing Barat dan Jerusalem pada tahun 2023, dan menyebutnya sebagai “tahun pembunuhan” kanak-kanak Palestin.

Dalam kenyataan pada hari Selasa, DCI Palestin menambah bahawa jumlah kanak-kanak yang dibunuh dalam kempen pembunuhan Israel terhadap rakyat Palestin yang bermula pada 7 Oktober 2023 mungkin akan meningkat. Ini kerana ramai mangsa belum ditemui, malah Israel masih melancarkan serangan berterusan terhadap rakyat Palestin yang kini hidup dalam keadaan sukar terutamanya di Gaza.

DCI turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang terbunuh tahun lalu di Tebing Barat dan Jerusalem menjadi sasaran tembakan peluru hidup oleh tentera atau peluru berpandu pesawat Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah

Categories
Berita Semasa

25 orang Palestin diculik oleh IOF di Tebing Barat.

Selasa, 16-01-2024 – Sekurang-kurangnya seramai 25 orang warganegara Palestin telah diculik oleh pasukan kependudukan Israel (IOF) dalam satu kempen serangan besar-besaran di Tebing Barat yang bermula Isnin malam dan berterusan sehingga Selasa pagi.

Ini menjadikan jumlah tahanan meningkat menjadi 5,755 orang Palestin telah diculik oleh askar Israel di Tebing Barat sejak Oktober 7, 2023.

Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin (Palestinian Commission of Detainees’ dan Ex-Detainees’ Affairs) dan juga Pertubuhan Banduan Palestin (Palestinian Prisoner Society), kebanyakan tahanan adalah dari Bethlehem dan selebihnya dari Jenin, Qalqilya, Ramallah, Nablus, Tulkarem dan Jersusalem.

Jawatankuasa dan pertubuhan banduan menuduh IOF menyerang warganegara Palestin secara bertubi-tubi, mengeledah rumah-rumah mereka, memusnahkan harta benda, merampas kenderaan dan duit, menembak membabi-buta dan memusnahkan infrastruktur di Tebing Barat sewaktu serbuan mereka.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Categories
Berita Semasa

Abu Obeida: Kami menjalankan ratusan operasi dalam 100 hari

Selasa, 16-01-2024 – Jurucakap Briged Qassam Abu Obeida dari Pergerakan Hamas berkata para pejuang telah menyerang dan menghalang 1,000 kenderaan rejim Zionis Israel sejak 7hb Oktober.“

Kami telah memusnahkan dan menggagalkan 1,000 kenderaan tentera rejim Zionis dan kami telah melaksanakan ratusan operasi menentang penjajahan “ menurut beliau. Pada kemunculan pertama sejak beberapa minggu, menandakan hari ke-100 sejak meletusnya Perang. Abu Obeida berkata ramai tahanan rejim Zionis Israel telah terbunuh akibat serangan rejim Zionis Israel di Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel Gali 1,100 Kubur di Gaza, Curi 150 Jenazah Syuhada

Selasa, 16-01-2024 Pejabat media kerajaan menyatakan bahawa pasukan zionis Israel telah menggali 1,100 kubur di lingkungan pemakaman Al-Tuffah, sebelah timur Kota Gaza.

Dalam pernyataannya, pejabat tersebut mengatakan bahawa, “Tentera penjajah Israel menggali sekitar 1,100 kubur di lingkungan pemakaman Al-Tuffah. Peralatan ketenteraan penjajah digunakan untuk menggali kubur dan memindahkan mayat para syuhada dan orang mati dari kubur-kubur tersebut, kemudian menginjak-injak kubur berkenaan; melanggar hak asasi dan martabat mereka, tanpa mempedulikan kehormatan jasad yang mati atau kuburnya.”

Pejabat media menilai perkara yang terjadi sebagai kejahatan baru daripada rangkaian kejahatan penjajah Zionis selama perang genosida yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pejabat media itu mengesahkan bahawa setelah menggali dan melibas kubur, tentera penjajah telah mencuri sekitar 150 jenazah para syuhada yang baru sahaja dikuburkan, mengeluarkan jasad-jasad dari kubur dan mengangkutnya ke lokasi yang tidak diketahui. Ini menimbulkan kecurigaan terhadap kejahatan lain, iaitu jenayah pencurian organ tubuh para syuhada.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah

Categories
Berita Semasa

Polis rejim membunuh tiga orang warga Palestin, termasuk seorang kanak-kanak kecil di Baitulmuqaddis

Rabu, 10-01-2024 – Tiga orang warga Palestin, termasuk seorang kanak-kanak kecil, ditembak mati oleh polis rejim pada petang Ahad apabila satu kemalangan kereta berlaku di pos pemeriksaan Beit Iksa dekat bandar Biddu di barat laut Baitulmuqaddis.

Menurut saksi mata, polis rejim melepaskan tembakan rawak ketika kemalangan itu berlaku, dan membunuh seorang kanak-kanak kecil, seorang lelaki dan isterinya.Pada mulanya, media Ibrani mendakwa polis rejim hanya melumpuhkan pemandu yang kononnya menyerang di pos pemeriksaan tersebut, tanpa menyatakan beliau dibunuh atau cedera.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Qassam tekad untuk luaskan penentangan pasca kesyahidan Sheikh Saleh Al-Aruri

Isnin, 08-01-2024 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkabung di atas kesyahidan Sheikh Saleh Al-Aruri bersama-sama dengan sekumpulan komandernya, menekankan dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa pembunuhan mereka adalah satu jenayah yang membawa kepada keperluan untuk memperluaskan perjuangan menentang pendudukan Israel di semua arena sebagai kewajipan semua umat Islam dan Arab.

Al-Aruri, Timbalan Pengerusi Biro Politik pergerakan Hamas, bersama dua komander briged Al-Qassam dan empat anggota Hamas telah mati syahid dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan di Selatan Beirut pada petang Selasa, kata kenyataan Al-Qassam, menggambarkan mereka sebagai “pahlawan” yang dibunuh dalam “jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh pengecut.”

Briged-Briged itu memuji para syahid dan memuji usaha mereka dalam menghadapi pendudukan Israel dan mempertahankan tanah dan kesucian Palestin.

“Membunuh pemimpin kami adalah satu penghormatan besar yang akan meningkatkan tekad kami untuk meneruskan perjuangan kami sehingga pembebasan Palestin. Para syuhada adalah model peranan kami yang sangat dihormati,”kata kenyataan Al-Qassam.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

Sheikh Saleh Al-Arouri dan 6 pemimpin dan pejuang Al-Qassam syahid dalam serbuan Israel diBeirut.

Isnin, 08-01-2024 – Pergerakan Penentangan Islam Hamas mengumumkan kematian syahid Saleh Al-Arouri, Timbalan Ketua Biro Politiknya, dan enam pemimpin Briged Al-Qassam dalam pembunuhan Israel dalam serangan dron ke atas sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada petang Selasa .

Hamas meratapi Al-Arouri dan para pemimpin yang lain.

Pada petang Selasa, Gerakan Penentangan Islam Hamas mengeluarkan kenyataan di mana ia
meratapi para syuhada, Sheikh Saleh Al-Arouri dan para pemimpinnya.

Gerakan itu berkata dalam kenyataannya kepada Pusat Maklumat Palestin: Dengan penuh bangga,
dan penuh keimanan dan keazaman untuk meneruskan jalan para syuhada, kami meratapi rakyat
Palestin kami di semua arena tanah air dan luar negara, negara Arab dan Islam kita dan pejuang-
pejuang di dunia, pemimpin Mujahid, dan meninggikan negara yang agung: syuhada Sheikh Saleh Al-
Arouri (Abu Muhammad) adalah timbalan ketua biro politik Gerakan Penentangan Islam Hamas,
gerakan itu. Pemimpin di Tebing Barat.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin berkabung ke atas permergian pemimpin negara Al-Arouri dan berikrar untuk membalas dendam

Isnin, 08-01-2024 – Pembunuhan timbalan ketua biro politik Pergerakan Hamas, Sheikh Saleh al-Arouri, pada petang Selasa, dalam pengeboman pendudukan Israel, menyasarkan pejabat Hamas di kawasan Mishrifiya di pinggir bandar selatan Beirut, menimbulkan kemarahan.

Memetik dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin mengatakan bahawa penyasaran Al-Arouri dan saudara-saudaranya ialah percubaan Zionis yang terburu-buru untuk memenangi dalam peperangan ini. Mereka menggunakan apa sahaja yang disediakan oleh kerajaan pendudukan kepada orang ramai,
setelah tidak dapat mampu menghadapi peperangan di lapangan, dan tidak berjaya dalam pencerobohan berterusan di Semenanjung Gaza selama hampir tiga bulan, walaupun pembunuhan beramai-ramai berdarah dan kempen penghapusan terus berlaku.

Seorang pemimpin yang cemburu dengan perpaduan rakyatnya Beliau menambah: “Kami mengucapkan selamat tinggal kepada syahid rintangan besi yang tahu dalam semua bidang perjuangan dan peperangan, pemimpin yang berjiwa patriotik Palestin dan cemburu terhadap perpaduan rakyat, perjuangan dan penentangan, dan Palestin sentiasa menjadi matlamat tertinggi dan yang paling penting, dan jiwanya telah menghinanya demi kepentingannya. Ditambah dengan tindakan, dia membawa sifat-sifat keperibadian yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua orang yang mengenalinya.
Beliau terus memainkan peranan penting dan terlibat dalam berkongsi dengan semua orang urusan di lapangan dalam pencerobohan terhadap rakyat Palestin kita di Semenanjung Gaza dan seluruh bahagian Palestin.”

Beliau meneruskan: “Rakyat Palestin kita, semua pasukan penentang, rakyat terhormat negara kita dan rakyat bebas di dunia mengucapkan selamat tinggal hari ini kepada seorang pemimpin yang luar biasa yang kita kenal seorang yang berani, dan bersatu, menyeru pangkat yang rapat dan perpaduan kedudukan dalam mempertahankan rakyat kita dan perjuangan mereka yang adil. Beliau berbesar hati untuk aktif menyumbang dan memainkan peranan kepimpinan penting dalam mengukuhkan dan membangunkan keupayaan perlawanan dalam pelbagai bidang, dan lapangan.”

Ikrar untuk meneruskan perjuangan Beliau berkata: “Dia adalah kehebatan syahid yang terkandung dalam Pergerakan Penentangan Islam Hamas, dan sayap tenteranya (Briged Syahid Izz al-Din al-Qassam), ucapan takziah adalah satu untuk semua saudara-saudaranya dalam pergerakan itu dan kepada keluarga dan pencinta syahid, dan rakyat kita dan dengan tanda-tanda kebanggaan dan kebanggaan tertinggi,
menjanjikan pemimpin syahid dan semua syahid, untuk meneruskan jalan perjuangan dan penentangan sehingga pencapaian penuh matlamat yang mereka bangkit. Dan bahawa darah syahid tidak akan sia-sia.”

Melalui jurucakapnya, Mohammed al-Hajj, beliau menambah bahawa pembunuhan al-Arouri adalah bukti kegagalan pendudukan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, dan akan meningkatkan penentangan dan memastikan pendudukan akan sakit.

Al-Haj menegaskan bahawa operasi ini tidak akan berlalu tanpa hukuman, dan pendudukan cuba memperluaskan kawasan penglibatan dan mengheret seluruh rantau ke dalam peperangan untuk melepaskan diri daripada kegagalan lapangan di Gaza.

Penentangan akan bertindak balas terhadap jenayah Beliau menambah bahawa “penentangan Palestin yang berani akan bertindak balas terhadap jenayah ini dengan penuh kekuatan,” menunjukkan bahawa “musuh ini membuat kesilapan yang akan membayar harga yang tinggi.” “Kami katakan kepada semua rakyat dunia yang bebas bahawa rakyat Palestin tidak akan berehat dan tidak akan berundur dan akan terus menentang sehingga pembebasan semua wilayah mereka,” katanya.

Gerakan Mujahideen Palestin berkabung dengan segala makna kebanggaan jihad, maruah dan penentangan syahid Mujahid, pemimpin besar Saleh al-Arouri dan rakan-rakan pemimpin al-Qassam, dan musuh yang dikalahkan dan kerajaan fasis pelampaunya akan membayar harga yang tinggi untuk kebodohan baru ini dan harga semua jenayah terhadap rakyat kita yang teguh.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Lebanon kemuka aduan ke Majlis Keselamatan PBB berkaitan serangan Israel

Khamis, 04-01-2024 – Lebanon mengumumkan niatnya untuk mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB berkaitan dengan “serangan tentera Israel di pinggir selatan Beirut” dan “pelanggaran baru Israel terhadap kedaulatan Lebanon”.

Pada malam Selasa, Gerakan Hamas mengumumkan pembunuhan Saleh al-Aruri, timbalan pengerusi biro politiknya, dan tiga orang rakannya dalam serangan yang menyasarkan sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut.

Lebanon kemudian mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa yang mengatakan bahawa ia akan mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB atas “pelanggaran yang disengajakan” terhadap wilayahnya.

Perdana Menteri sementara Lebanon, Najib Mikati, telah mengutuk Israel atas letupan di Beirut yang membunuh timbalan pemimpin Hamas itu.

“Letupan itu adalah jenayah perang Israel yang jelas bertujuan untuk membawa Lebanon ke fasa baru konfrontasi setelah serangan harian berterusan di selatan,” kata Mikati.

Beliau berkata bahawa letupan itu menunjukkan bahawa Israel sedang memujuk hati dan beralih membawa kegagalan perangnya di Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Categories
Berita Semasa

EURO-MED: Hampir 30,000 warga Palestin terkorban sepanjang 82 hari penghapusan etnik oleh Israel di Gaza

Rabu, 03-01-2024 – Jumlah kematian angkara penghapusan etnik kejam Israel meningkat sehingga kira-kira 30,000 mangsa, menurut laporan terkini daripada badan pemerhati hak kemanusiaan Euro-Med Human Rights Monitor. 

Setakat Selasa, 26 Disember, 29,124 warga Palestin terbunuh, kata pertubuhan hak asasi manusia tersebut. Majoriti yg terbunuh dalam serangan udara dan bersenjata Israel di Jalur Gaza merupakan orang awam, termasuk 11,422 kanak-kanak, 5,822 wanita, 481 kakitangan perubatan, dan 101 wartawan.

Sementara itu, 56,122 rakyat Palestin tercedera, ratusan mengalami kecederaan kritikal, kata Euro-Med Monitor. Jumlah ini termasuk ribuan mangsa yang masih dalam runtuhan bangunan, manakala ratusan lagi tanpa jumlah yang jelas tetapi berkemungkinan besar terjerat dalam runtuhan atau tercedera di jalanan.

Anggaran Euro-Med Monitor juga mengatakan terdapat lebih 1.9 juta terusir dari kediaman mereka di Jalur Gaza yang masih tiada tempat perlindungan selamat meskipun dalam keadaan persekitaran yang amat teruk.

Menurut kumpulan hak asasi tersebut, 65,600 unit kediaman telah musnah sepenuhnya akibat serangan berterusan Israel, manakala 177,200 unit lagi separa musnah.

Israel menyambung kemusnahan besar dan kerosakan teruk kepada kemudahan infrastruktur penting di Jalur Gaza, menyasarkan 305 sekolah, 1,541 fasiliti industri, dan 135 fasiliti perubatan, termasuk 23 hospital, 56 klinik, 55 ambulans, 183 masjid, dan 3 gereja, serta 165 pejabat media.

Israel sedang meningkatkan perang penghapusan etnik pada masyarakat awam Gaza dalam usaha untuk menambah tekanan penguatkuasaan polisi pengusiran mereka, yang melanggar undang-undang antarabangsa, Euro-Med memberi amaran.

Israel telah sengaja mensasarkan infrastruktur awam supaya dapat mencetus sebanyak mungkin korban, kerugian material, dan kemusnahan, menurut pertubuhan yang berpengkalan di Geneva itu, sebagai suatu bentuk penyanggahan dan hukuman menyeluruh. Ini menyalahi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan juga Perjanjian Geneva 1949 serta menjadi jenayah perang mengikut Akta Statut Roma, yang mentadbir Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Israel dengan terang melanggar terma undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang melarang kerosakan harta benda sebagai suatu “langkah pencegahan” dan kemusnahan harta benda sebagai suatu langkah penghindaran, walaupun untuk tujuan ketenteraan.

Euro-Med menggesa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Kumpulan Bertindak Penahanan Rawak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi tekanan kepada Israel bagi mendedahkan nasib semua tahanan dari Jalur Gaza, membebaskan setiap tahanan awam, dan menyiasat salahlaku dahsyat yang dialami oleh tahanan-tahanan awam tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul

Categories
Berita Semasa

Perbincangan Pertempuran Banjir Al-Aqsa di adakan di Beirut.

Rabu, 03-01-2024 – Pusat Kawalan Perikatan Angkatan Palestin mengadakan pertemuan di Beirut pada hari Rabu mengumpulkan Hamas, Jihad Islam, Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin – Komando Umum, Barisan Perjuangan Popular, Barisan Pembebasan Palestin, Barisan Hadapan Perang Pembebasan Popular – Al-Saiqa, dan gerakan Fatah Intifada.

Para hadirin memberi penghormatan kepada rakyat Palestin yang teguh, menghargai pengorbanan para syuhada’, mereka yang cedera, dan para tahanan yang berani menghadapi pencerobohan Israel yang berterusan selama 82 hari, mensasarkan penduduk dan kemudahan awam, membunuh kanak-kanak, wanita, doktor, paramedik, wartawan, ahli pertahanan awam, dan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Penghormatan turut diberi kepada pejuang-pejuang yang gagah berani “melancarkan Pertempuran Banjir Al-Aqsa untuk mempertahankan rakyat Palestin, tanah, dan kesucian kita yang merupakan pencapaian yang gemilang dan kualitatif dalam sejarah perjuangan Palestin dan memberikan tamparan strategik kepada entiti Zionis dan peranan asetnya di rantau ini yang melindungi kepentingan AS dan barat di rantau ini.” Perikatan itu menekankan hak rakyat Palestin untuk meneruskan perjuangan sehingga pembebasan, kembalinya ke tanah air dan kemerdekaan.

Pasukan Palestin memuji kesatuan kumpulan penentangan terhadap keperluan menghentikan pencerobohan Israel-Amerika terlebih dahulu, penarikan pasukan pendudukan Israel dari Semenanjung Gaza, membawa bantuan dan bahan bakar kemanusiaan dan bantuan, memindahkan yang cedera untuk rawatan di luar negara, dan mencapai perjanjian pertukaran berdasarkan semua untuk semua.

Perikatan itu memberi penghormatan kepada orang-orang dari negara Arab dan Islam dan individu-individu di dunia yang berdiri dengan rakyat Palestin dan perjuangannya, menyeru lebih banyak aktivisme untuk menyokong rakyat Palestin dan perjuangan teguhnya.

Mereka juga menekankan pentingnya menyatukan kedudukan Palestin dalam menghadapi penjajahan Israel dan pencerobohannya yang berterusan terhadap orang awam di Semenanjung Gaza, Baitulmuqaddis dan juga Tebing Barat, dan perlunya mereformasi sistem politik Palestin setelah penghentian pencerobohan.

Perikatan itu juga menganggap pentadbiran AS bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, dengan menekankan bahawa kesinambungan perang genosid di Semenanjung Gaza tidak akan berlaku tanpa sokongan ketenteraan, kewangan, dan politik Amerika.

Pasukan itu menyeru masyarakat antarabangsa dan negara-negara Arab dan Islam untuk memberi tekanan supaya pencerobohan Israel dihentikan segera, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan memudahkan perjalanan ribuan orang yang cedera untuk rawatan di luar negara dan mengiktiraf penolakan mereka terhadap projek-projek pemindahan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah