29 November yang celaka!


Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

29 November adalah tarikh yang celaka. Bukan kerana nombor 29nya, bukan juga kerana Novembernya, dan bukan juga kerana tarikh atau waktu atau zaman tersebut. Malah sebagai umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah melarang umatnya dari memaki waktu, kerana Allah telah menciptakan waktu. Ianya celaka apabila dikaitkan dengan apa yang telah berlaku lebih 57 tahun yang lalu. 29 November 1947.

Read more29 November yang celaka!

Mereka Yang Dilupakan(MYDL) : Burj al-Barajneh (Part #4)


Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

Arkib Artikel MYDL
Part#1
Part#2
Part#3

Jika di dalam bahagian yang lepas kita telah diperkenalkan kepada statistik pelarian Palestin di Lubnan, latar belakang mereka, keadaan dan juga situasi mereka, dalam bahagian kali ini kita akan melihat terus kepada kondisi yang lebih terperinci di dalam sebuah kem pelarian Palestin di Luban iaitu Burj al-Barajneh yang terletak di timur Beirut. Pertubuhan ?Waqfiyyah al-Ghauth? yang dikendalikan oleh Talal berpusat di sini.

Read moreMereka Yang Dilupakan(MYDL) : Burj al-Barajneh (Part #4)

YASSER ARAFAT a.k.a ABU AMMAR

oleh Hishamuddin Rais

Bila saya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1971, Al-Fateh telah menjadi salah satu dari puluhan gerakan-gerakan pembebasan rakyat dunia ketiga yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa imperialis Anglo-Amerika. Perang dingin diantara blok imperialis Amerika dengan rakyat dunia ketiga sedang dalam satu arus yang paling menjanjikan.

Read moreYASSER ARAFAT a.k.a ABU AMMAR