Categories
Berita Semasa

Israel menahan 4 warga Palestin di Hebron

Rabu, 16/06/2010 – Rejim Zionis menahan empat orang warga Palestin hari ini di Bait Omar dan bandar Ezna, Kota Hebron, Tebing Barat. Menurut jurucakap Projek Perpaduan Palestin, Mohammed Awas, Rejim Zionis menahan Alam Baher, Mohammed Abu Maria, dan Moayad Baher yang semuanya berumur 17 tahun.

Rejim Zionis menceroboh rumah mereka pada pagi ini dan menembak gas dan bom suara . Selain itu, mereka juga menahan Mohammed Al-Masri dari Ezna selepas merompak rumahnya dan memindahkannya ke tempat yang tidak diketahui.  Rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan tentera di pintu masuk Halhoul di utara Hebron di mana mereka menahan dan memalukan warga Palestin di situ.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  syed

Categories
Berita Semasa

Keluarga Shalit kepada Menteri: Jangan Tamat Kepungan Gaza Hingga Anak Kami Dibebaskan

Rabu, 16/06/2010 – Keluarga kepada tentera Israel Gilad Shalit (gambar) yang ditangkap HAMAS  meminta menteri kabinet pada hari Isnin untuk memilih untuk tidak menamatkan kepungan di Semenanjung Gaza sehingga anak mereka dibebaskan dari tawanan Hamas.

Sumber terdekat untuk perundingan kepungan memberitahu Haaretz bahawa menteri kabinet telah di masa lalu bersetuju untuk tidak menamatkan kepungan yang berlangsung hampir empat tahun sehingga Shalit dilepaskan yang ditangkap dalam satu serangan sempadan dari Gaza. Keluarga askar sekarang mendesak menteri untuk mengelakkan tekanan antarabangsa dan mengekalkan kedudukan itu.

Permintaan keluarga itu datang selepas utusan Timur Tengah Tony Blair mengatakan pada hari Isnin bahawa Israel telah bersetuju pada prinsipnya untuk mula melonggarkan kepungan tiga tahun di Gaza “dalam masa beberapa hari lagi”

sumber :  Haaretz
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis diserang, seorang mati dan 3 cedera di Hebron

Rabu, 16/06/2010 – Seorang tentera Zionis mati dan 3 cedera dalam satu serangan di Beit Hagai. Kejadian berlaku apabila mereka diserang oleh pejuang Palestin ketika tentera Zionis sedang melakukan rutin harian. Keadaan tentera Zionis yang cedera masih kritikal.  Penempatan Beit Hagai ini merupakan tanah rakyat Palestin yang dirampas oleh Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Israel memecah masuk ke makam Nabi Yusuf.

Rabu, 16/06/2010 – Ratusan penduduk Israel Broke pergi ke Makam Nabi Yusof, sebelah timur Nablus, pada hari Ahad lalu dan melakukan ritual keagamaan untuk melindungi tentera Israel sehingga waktu subuh hari ini.Saksi mengatakan bahawa beratus-ratus penduduk Israel telah melakukan ritual dan tarian di kubur keagamaan Yusuf, di “Balata” di kem timur Nablus.

Saksi juga melaporkan bahawa tiga bas mengangkut penduduk Israel yang ditemani dengan sekurang-kurangnya sepuluh rondaan dari tentera Israel untuk perlindungan. Pasukan Pendudukan Israel menangkap pada pagi hari minggu lalu lima penduduk Israel yang memasuki Makam Nabi Yusuf a.s., sebelah timur Nablus, tanpa kebenaran.

Radio Arab Israel mengatakan bahawa tentera Israel menangkap lima penduduk Israel yang kemudiannya dihantar kepada pihak polis Israel. Sekumpulan penduduk Israel, yang dilindungi oleh tentera Israel, memecah masuk ke makam tersebut secara berterusan untuk ritual keagamaan, dan mereka percaya bahawa makam itu milik Nabi Yusuf a.s.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Israel menyediakan satu pelan di pintu laluan Gaza

Rabu, 16/06/2010 – Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu mengarahkan Menteri Komunikasi, Israel Katz, bagi menyediakan satu pelan yang menyeluruh bagi penubuhan badan bertugas di pintu laluan di sempadan Gaza dan penghantaran barang keperluan menerusi laluan darat, air dan udara.

Sebagaimana dilaporkan oleh pihak radio Israel menerusi laman webnya menyatakan pelan ini akan disediakan oleh Katz dan akan dibentangkan kepada Benyamin Netanyahu untuk kelulusan.

Laman itu memetik kenyataan awal Katz semasa sesi bersama Kerajaan Israel pada pagi Ahad untuk membincangkan hal ini :” Pelan ini menyokong idea penutupan semua pintu laluan dan sempadan di Tebing Gaza, dengan hanya pengecualian di pintu laluan Rafah, dan dengan itu semua barang keperluan akan disalurkan terus ke Pelabuhan Said di Mesir melalui laluan laut dan dipindahkan ke Gaza melalui pintu laluan Rafah.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Israel membuka pintu laluan Abu Salem.

Rabu, 16/06/2010 – Pihak berkuasa Israel telah membuka pintu laluan Karem Abu Salem hari ini bagi membenarkan kemasukan bekalan minyak dan bantuan yang dihadkan ke Semenanjung Gaza, sementara masih mengekalkan penutupan pintu laluan Al-Montar.

“Pihak berkuasa yang bertugas akan membuka laluan Abu Salem untuk membenarkan kemasukan 86-96 buah van penuh dengan bantuan dan barang keperluan dalam sektor industri dan pertanian, salah satunya membawa simen untuk projek UNRWA” ,menurut pengawal Palestin di pintu laluan tersebut, Raed Fatouh, kepada agensi berita SAFA.

Beliau menambah mereka akan menyalurkan bantuan dalam kuantiti yang terhad untuk bekalan gas memasak dan keperluan minyak bagi menjalankan janakuasa elektrik di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Israel halang tahanan Palestin menduduki peperiksaan.

Rabu, 16/06/2010 – Penjara Isreal menghalang tahanan Palestin dari menduduki peperiksaan sekolah tinggi, yang dikenali sebagai ‘Tawjihi’, untuk tahun ketiga berturut-turut.

Riayd Al-Ashqar, jurucakap bagi Jawatankuasa Palestin untuk Narapidana ‘Pertahanan, berkata bahawa Penjara Israel mencegah lebih dari 1800 tahanan untuk menduduki ujian sekolah tinggi pada tahun 2009, dan menambah bahawa hanya beberapa tahanan yang dibenarkan untuk menduduki ujian tersebut pada tahun 2008.

Perkhidmatan Penjara Israel menunda kemasukan buku-buku sekolah, selain menghantar beberapa tahanan mahasiswa ke kurungan sendiri, Al-Ashqar menambah.Perkhidmatan Penjara Israel pada tahun ini memiliki tujuan untuk mengelakkan semua tahanan dari duduk ujian sekolah tinggi, katanya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Ehud Barak akan tiba di Perancis, aktivis Perancis ancam dakwa

Rabu, 16/06/2010 – Aktivis-aktivis keamanan Perancis yang menyertai konvoi armada bantuan dan kebebasan ke Gaza merancang untuk mendakwa rejim Zionis di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana melakukan “jenayah perang” ke atas konvoi tersebut di perairan antarabangsa.

Pasukan peguam yang dilantik oleh para aktivis keamanan Perancis itu mengumumkan bahawa mereka akan membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague di atas kejadian yang mereka sifatkan sebagai jenayah perang.

Lilian Glock, wakil para aktivis Perancis berkata, “Saya mewakili sepasukan peguam antarabangsa yang akan membawa kes serangan konvoi bantuan oleh rejim Zionis yang tanpa ragu merupakan satu jenayah perang dan ia cukup kuat bagi kami untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Dubai menghukum mereka yang terlibat pembunuhan al-Mabhouh

Selasa, 15/06/2010 – Penguatkuasa Keamanan di Emiriat Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa mereka akan melakukan kerjasama dengan mana-mana negara yang dituntut untuk menangkap mereka yg terlibat dalam pembunuhan pemimpin Gerakan Pembebasan Islam “Hamas” Mahmoud al-Mabhouh, hampir lima bulan lalu, selepas laporan akhbar menyebutkan penangkapan berlaku di Poland terhadap seorang individu yang menyerupai salah seorang penjenayah terbabit.

Dahi Khalfan, Ketua Polis Dubai, berkata bahawa agen”Mossad” (badan perisikan luar Zionis), yang ditahan di Poland beberapa hari yang lalu, bukanlah individu yang dikehendaki oleh Polis Dubai secara langsung, tetapi Penguatkuasa keamanan Jerman mengesahkan bahawa beliau merupakan individu yg melakukan pemalsuan terhadap pasport Jerman untuk kegunaan salah seorang penjenayah dalam kumpulan pembunuhan itu. ”

Seorang jurucakap bagi pihak siasatan jenayah Persekutuan Jerman mengesahkan pada hari Sabtu yang lalu bahawa majalah “Der Spiegel” Jerman, menyebutkan bahawa polis Poland telah melakukan penangkapan awal bulan ini terhadap agen Mossad, yg merupakan warganegara Israel, bernama Uri Brodsky, setibanya di lapangan terbang Warsaw dan beliau dicari oleh pihak kerajaan Jerman kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Mabhouh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Eropah Akan Segera Minta Israel Tamat Kepung Gaza

Selasa, 15/06/2010 – Menteri Luar Negeri Kesatuan Eropah akan meminta Israel minggu depan untuk tamatkan pengepungan yang telah berlangsung selama tiga tahun di Gaza yang mereka gambarkan sebagai “tidak boleh diterima dan tidak produktif” bahkan untuk keselamatan Israel.

Dalam kenyataan rancangan yang disiapkan untuk pertemuan pada hari Isnin, para menteri luar negeri akan mengutuk penggunaan kekerasan selama operasi Israel untuk mengelakkan konvoi kapal bantuan daripada sampai ke Gaza, yang mengorbankan sembilan orang Turki. Mereka juga akan menekan untuk satu siasatan yang “kredibel, tidak berat sebelah dan bebas”.

Kesatuan Eropah mengatakan bahawa mereka bersedia untuk memberikan sumbangan terhadap mekanisme baru untuk barangan masuk dan keluar ke Gaza yang akan melalui jalan darat tanah yang lebih sistematik dan mungkin melalui jalan laut ke pusat pantai Gaza.

Reuters yang mendapat salinan laporan itu mengatakan : “dasar penutupan tidak boleh diterima dan kontraproduktif, termasuk dari segi keselamatan Israel.”

Kesatuan Eropah menggesa untuk perubahan dasar yang mengarah ke aliran bantuan kemanusiaan dan komersial barang dan orang tanpa batasan di jalur Gaza sesuai dengan resolusi PBB. Israel mengenakan kepungan di Gaza sejak pertengahan 2007, dan mengatakan langkah-langkah ini bertujuan untuk mengelakkan penyeludupan senjata kepada Hamas atau kumpulan lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Abbas: Sekatan di Gaza perlu diteruskan

Selasa, 15/06/2010 – Mahmud Abbas menyatakan pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan membuka sekatan ke atas Gaza. Abbas secara terangan menyatakan, jika sekatan di buka, HAMAS akan menjadi lebih kuat dan popular. Ini dinyatakan dalam pertemuannya dengan presiden Barrack Obama.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel hadkan material untuk pembinaan ke Gaza.

Selasa, 15/06/2010 – Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata Israel hingga ke hari ini membenarkan untuk membekalkan hanya 17% sahaja daripada keperluan bahan binaan untuk dua projek projek pembangunan semula di Semenanjung Gaza.

Menurut OCHA, sehingga mingguan ini Israel telah membenarkan kemasukan bahan binaan yang mewakili 17 peratus sahaja daripada bahan-bahan yang diperlukan untuk projek pembinaan bangunan dan unit perumahan yang dijalankan oleh UNRWA di Khan Younis berbanding jumlah keseluruhan kemasukan 18 penghantaran batu kerikil (Grit) (722 tan) dan satu kapal mengandungi simen (29 tan) untuk digunakan dalam pembangunan 151 unit perumahan.

Selain itu, projek pembangunan semula hospital Baitulmuqaddis di Gaza memerlukan kemasukan 20 tan simen (0,5 muatan lori) dan empat tan palang besi (0,5 muatan lori).

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Union Port Norway boikot kapal Israel

Selasa, 15/06/2010 – Sebagai panggilan oleh Syarikat Pekerja Palestin dan kesatuan pekerja lain seluruh dunia, Kesatuan Pelabuhan Norway ( Union Port Norway ) memutuskan untuk bergabung dengan Sweden memboikot semua kapal Israel bermula pada 15 Jun. Para pekerja tidak akan memunggah atau mengangkat barangan daripada kapal Israel ke pelabuhan mereka. Keputusan selepas mendapat reaksi spontan pekerja mereka dan separuh daripada rakyat Norway menyokong tindakan tersebut. Mereka akan memboikot selama dua minggu, walaupun Sweden akan memboikot sehingga 24 Jun.

Syarikat Pekerja Palestin menyeru dunia Arab, serantau dan kesatuan pekerja antarabangsa untuk mengambil sikap serius terhadap tindakan ganas Israel dalam serangan ke atas konvoi Keamanan Flotilla yang mengorbankan puluhan nyawa. Selain itu, kesatuan pekerja di Afrika Selatan, yang merupakan sekutu Kongres Syarikat Pekerja Afrika Selatan (COSATU), menyahut seruan untuk memboikot Israel, tetapi masih tidak mengisytiharkannya.

Syarikat Pekerja di Palestin menyambut baik tindakan Norway, Sweden, Greece, England, Kanada dan Afrika Selatan dalam menolak dan mengecam serangan Israel terhadap Palestin dan para aktivis, dan menentang pengepungan Israel di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Mahmoud Abbas berkata kepada Obama : “ Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!”

Selasa, 15/06/2010 – Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.

Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.

Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Yahudi Jerman mempersiapkan bantuan ke Gaza

Selasa, 15/06/2010 – Yahudi Jerman mempersiapkan untuk menghantar sebuah kapal yang penuh dengan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza pada akhir Julai walaupun bakal menerima ancaman Israel, ujar seorang wakilnya. “Senarai penumpang belum dibuat tetapi kami mempunyai banyak menerima permintaan dari seluruh dunia,” kata Edith Lutz kepada radio awam, Deutschlandfunk. Kumpulan itu telah menerima sumbangan untuk anak-anak di Gaza seperti bahan-bahan pendidikan, permainan, pakaian dan alat muzik.

“Kita akan pergi ke sana dan cuba meyakinkan Israel bahawa kapal kami tidak berbahaya. Jika Israel menghalang kami, kami akan berpatah balik namun kami akan kembali selepas itu dan begitulah seterusnya”, tambah beliau tegas. Beliau juga berhubung dengan kedutaan Israel di Berlin, namun masih tidak mendapat persetujuan rasmi walaupun mereka tidak dihalang untuk menghulurkan bantuan.

Projek ini telah menerima beberapa surat sokongan dari Israel dan beberapa orang Israel yang boleh bergabung dengan kumpulan bersama-sama beberapa tokoh politik dan bukan Yahudi. Israel mengatakan pada Khamis bahawa tidak akan menghentikan kepungan dari Jalur Gaza kecuali Hamas, membolehkan pasukan Palang Merah untuk melawat seorang askar yang ditangkap pada tahun 2006, Gilad Shali, namun ditolak mentah-mentah oleh gerakan Islam itu.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  syed