Categories
Berita Semasa

Fatah memang berazam mahu ambil tindakan ketenteraan terhadap HAMAS

Selasa, 22/06/2010 – Penganalisis politik, Hani al-Misri  (gambar) dalam satu sidang akhbar mengenai ‘Media Palestin dan peranannya menperdalamkan perpecahan Palestin’ di Ramallah, pada hari Sabtu (19/6) mendedahkan: “bahawa beberapa orang pegawai tinggi Fatah memberitahunya bahawa Fatah berazam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap HAMAS di Genting Gaza sebelum serangan ketenteraan dilancarkan beberapa bulan pada tahun 2007.

Beliau menambah: “Mereka juga berkata kepada saya, tunggulah sehingga bulan Julai atau September, kami akan memperlihatkannya kepada kamu.” Beliau seterusnya berkata: “Tetapi HAMAS telah mendahului mereka dalam hal tersebut.”

Kenyataan tersebut dibuat ketika perbincangan tentang istilah ‘tindakan penyelesaian ketenteraan’ yang digunakan HAMAS terhadap kejadian yang berlaku pada pertengahan tahun 2007 itu, manakala Fatah pula menggunakan istilah ‘rampasan kuasa’ yang dilakukan HAMAS terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merobohkan rumah di Jerusalem.

Selasa, 22/06/2010 – Pekerja dari bandar Baitulmuqaddis dan pegawai Polis Sempadan Israel telah menceroboh masuk ke beberapa buah rumah yang dimiliki keluarga Salah di Beit Safafa, Baitulmuqaddis Timur Khamis lalu dan menyerahkan perintah untuk memusnahkan rumah-rumah tersebut.

Pesanan tersebut ditujukan kepada Ismail Ali Salah, saudaranya Mahmoud, Mohammad Salah dan Tahani Mohammad Suleiman. Ismail Salah menyatakan bahawa pekerja bandar dan tentera Israel masuk ke rumahnya pada Khamis pagi dan berkata kepada keluarganya yang mereka harus pindah ke “Ramallah ataupun Hebron”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel mencederakan seorang pejuang Palestin

Isnin, 21/06/2010 – Menurut saksi dan pegawai perubatan, seorang pejuang Palestin telah mengalami kecederaan apabila kereta kebal tentera Israel menembak kedudukan mereka di semenanjung Gaza.

Kejadian itu berlaku di kawasan di mana pejuang Palestin pernah melalukan serangan ke atas Israel sebanyak dua kali bulan lepas. Jurucakap tentera Israel dilaporkan berkata pihak tentera telah melepaskan beberapa tembakan ke arah pejuang Palestin yang disyaki sedang memasang bahan letupan di pagar sempadan.

Sempadan Gaza kebiasaanya sudah kembali tenang sejak serangan ganas tentera rejim ke atas Gaza pada January 2009. Walau bagaimanapun, sekali-sekala terdapat kejadian pertempuran kecil di kawasan sempadan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Syria menyatakan serangan Israel telah meningkatkan risiko peperangan

Isnin, 21/06/2010 – Presiden Syria Bashar al-Assad dipetik sebagai berkata didalam satu temubual yang disiarkan pada hari Khamis, kerajaan “pyromania” Israel telah meningkatkan risiko peperangan serantau selepas serangan terhadap flotilla bantuan Gaza.

Serangan pada 31 Mei yang membunuh 9 aktivis Turki “telah memusnahkan peluang untuk berdamai pada masa hadapan”, Assad menyatakan dalam sesi temubual bersama BBC. Beliau juga berkata kejadian tersebut telah “membuktikan bahawa kerajaan Israel adalah satu lagi kerajaan pyromania dan kamu tidak akan mencapai keamanan dengan kerajaan seperti ini.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  rahina

Categories
Berita Semasa

Israel mengurangkan sekatan di Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Israel akan megurangkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza hari ini, sebagai usaha untuk meredakan penyebaran kritikan antarabangsa selepas berlakunya pembunuhan semasa serangan ke atas flotilla oleh komando Israel.

Menteri-menteri kabinet mengadakan menyuarat untuk menghadkan dan menyenarai pendek barang-barang keperluan, seperti simen dan besi, dimana Israel menyatakan militan-militan akan menggunakan barang-barang tersebut untuk menentang wilayah Yahudi. Walaubagaimanapun,sebagaimana yang telah dilaporkan, barang keperluan tersebut akan dibenarkan dibawa masuk tetapi ke tempat yang belum diketahui dibawah pengurusan Bangsa-bangsa Bersatu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Categories
Berita Semasa

Protes terhadap kekejaman Flotilla berterusan di Ireland

Isnin, 21/06/2010 – Pada awal pagi Isnin, 14 Jun, Pergerakan Anti Peperangan Ireland telah cuba untuk membuat sekatan di Kedutaan Israel di Dublin. Ini adalah cubaan kali ketiga sejak pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara, di mana cubaan kali pertama telah berjaya menutup kedutaan tersebut pada 4 Jun 2010.

Sebelum kedatangan para penunjuk perasaan pada hari Isnin, mereka telah dihalang oleh kehadiran pihak polis yang lengkap dengan penghadang bagi menutup laluan masuk ke kawasan Ballsbridge yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai. Walaubagaimanapun, penunjuk perasaan berjaya menyampaikan hasrat mereka dan terus melancarkan tunjuk perasaan di sekitar kawasan hadangan. Salah seorang tunjuk perasaan telah cuba melepasi hadangan namun pihak pengawal berjaya menangkapnya sebelum sempat tiba di pintu masuk kedutaan. Tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pihak polis Ireland masih mengekalkan bilangan yang ramai di Kedutaan Israel setiap hari atas keselamatan orang awam. Kerajaan Ireland melindungi kedutaan yang mana bertanggungjawab memalsukan passport Ireland beberapa bulan lalu dan telah digunakan dalam pembunuhan pegawai Hamas di Dubai. Kedutaan yang sama juga adalah kerajaan yang membunuh sekurang-kurangnya 9 aktivis keamanan Turki pada 31 Mei yang lepas dan mencederakan 50 yang lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Categories
Berita Semasa

Armada Kebebasan 2 Belayar ke Gaza Bulan Depan

Isnin, 21/06/2010 – Gabungan Armada Kebebasan mengatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk pelancaran “Armada Kebebasan 2”, yang akan belayar ke Jaluran Gaza pada pertengahan bulan depan (Julai) dan diharapkan tiba pantai Gaza beberapa hari selepas tarikh belayar.

Mazen Kahil, seorang ahli dari Kempen “Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza,” salah seorang pengasas gabungan armada kebebasan, mengatakan dalam sebuah sidang akhbar yang dilakukan oleh gabungan tersebut di Parlimen Eropah di Strasbourg: “Kami mempunyai banyak kapal sudah bersedia meninggalkan Eropah, dan kami berharap boleh berlayar menuju Jalur Gaza pada separuh kedua bulan Julai ini, “, tambahnya bahawa “Armada Kebebasan 2 ” ini akan lebih besar dari armada sebelumnya dengan jumlah aktivis keamanan dan bilangan kapal yang terlibat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Mulakan Pelayaran Dari Iran Ke Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Satu kapal kargo penuh dengan bantuan kemanusiaan telah belayar dari Iran menuju ke Gaza, manakala kapal lain merancang untuk bergabung pada akhir minggu ini. Armada Iran, yang di selia oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan dibiayai oleh sumbangan swasta, mengikut jejak konvoi bantuan antarabangsa yang diserang oleh angkatan laut Israel dalam perjalanan ke Gaza dua minggu lalu, mengorbankan 9 pekerja bantuan.

Ini bukan pertama kali sebuah kapal dari Iran telah berusaha untuk memecahkan kepungan Israel di Gaza. Tahun lalu, semasa serangan Israel selama 3 minggu di Gaza di mana 1,400 orang terbunuh, sebuah kapal Iran berusaha untuk memasuki Gaza dari Laut Mediterranean, tetapi di bawa keluar oleh tentera Israel ketika di perairan antarabangsa.

Tentera Israel tidak menyerang kapal Iran pada waktu itu, tetapi telah mengancam akan menyerang kapal yang dalam perjalanan di perairan antarabangsa. Ini adalah taktik yang sama digunakan Israel menyerang armada bantuan antarabangsa dari enam kapal dua minggu lalu, di mana angkatan laut Israel dihantar dalam satu perempat daripada angkatan laut Israel dan naik ke kapal dengan menggunakan komando dari helikopter.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Turki Tidak Akan Menghantar Duta Baru ke Israel

Isnin, 21/06/2010 – Surat khabar The Star di Turki melaporkan bahawa kerajaan Turki memutuskan untuk tidak menghantar duta besar baru ke Israel kecuali mereka bekerja sama dengan Jawatankuasa Siasatan Antarabangsa yang bertanggungjawab menyelidiki serangan Israel terhadap armada Flotilla di perairan antarabangsa.

Seorang pegawai kerajaan Turki menyatakan bahawa negaranya memutuskan untuk membekukan perjanjian ketenteraan dengan Israel, termasuk perjanjian untuk mengemas kini pesawat pejuang, kereta kebal, dan rudal. Perjanjian itu dijangka sekitar $ 7 bilion dolar.

Turki juga memutuskan untuk menunda latihan tentera bersama Israel, perjanjian untuk melatih juruterbang dan juga memutuskan untuk menghentikan kerjasama keselamatan dengan Tel Aviv.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Mesir melarang pesawat Israel melintasi Taba

Isnin, 21/06/2010 – Pihak berkuasa Mesir telah pun menguatkuasakan peraturan menghalang pesawat-pesawat Israel melintasi ruang udara bandar Taba ketika hendark mendarat di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dilihat suatu ketidakkonsistenan dalam perjanjian keamanan antara dua negara ini.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew “Maariv” pada hari ini, antara perkara yang terkandung di dalam perjanjian yang ditandatangani Israel dan Mesir adalah untuk membenarkan pesawat-pesawat komersial Israel untuk menggunakan ruang udara bandar Taba untuk pendaratan di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dikoordinasikan oleh menara kawalan Israel di Israel bersama dengan menara kawalan Mesir untuk memberi arahan penerbangan kepada pesawat-pesawat Israel.

Laman web mereka turut menyatakan bahawa pada minggu lepas, sebuah pesawat Israel melalui menara kawalan Israel yang berada di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Eilat, telah ditolak permohonannya untuk melintasi ruang udara Mesir, malah pihak berkuasa Mesir langsung tidak membenarkan pesawat Israel untuk memasuki ruang udara mereka. Laman web tersebut juga menyatakan Kementerian Komunikasi Israel telah memberi respon dan sedang menyiasat isu ini, terutamanya apabila Israel mengetahui bahawa Mesir kini berada di posisi yang baharu, bukan lagi seperti kejadian-kejadian sebelumnya. Ini adalah kerana Mesir kini mula menunjukkan tanda penentangan terhadap Israel dan berdiri bersama pendokong-pendokong kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Mitchell akan bertemu dengan Ehud Barak.

Isnin, 21/06/2010 – Sumber Israel mengatakan bahawa wakil AS ke timur tengah, George Mitchell akan bertemu dengan Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan pegawai Israel yang lain hari ini. Mitchell tiba di wilayah itu malam tadi dan sebagai pusingan awal lawatan beliau akan bertemu Presiden Mahmoda Abbasa dan pegawai PA yang lain sebelum menuju ke Mesir.

Jurucakap Jabatan Luar Negara AS mengatakan dalam pusingan ini Mitchell akan cuba untuk menekankan ke arah rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Turki akan menghantar flotilla lagi ke Gaza.

Isnin, 21/06/2010 – Sebuah kumpulan pro-Palestin Turki mengatakan pada hari Rabu lalu, akan menghantar lagi kapal bantuan ke Gaza bulan depan, dalam usaha memecahkan kepungan Israel selepas bantuan-bantuan yang lepas menjadi sasaran serangan Israel pada bulan Mei.

Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (ihh) berkata kepada ahli Parlimen Eropah yang ia telah mengumpulkan enam kapal untuk armada seterusnya dan mengajak orang lain untuk menyertai. Armada yang lalu tersekat dan disekat di pantai Gaza pada 31 Mei. Dalam serangan dan halangan oleh pasukan Israel, sembilan orang Turki ditembak mati oleh mereka.

sumber :  LL4G Malaysia
penterjemah : farah

Categories
Berita Semasa

Israel menahan 4 remaja Palestin di Hebron, Nablus

Isnin, 21/06/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menahan empat remaja Palestin di Hebrob dan Nablus. Mereka yang ditahan adalah Mohamed Sabah Al-Hawaren, Esa Baher dan Sameer Abu Marya. Mereka semua adalah remaja berusia dalam lingkungan 16 tahun. Seorang lagi yang ditahan dalam operasi berasingan adalah Mohammed Khalil dari kampung Asera Al-Ablya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Penduduk Ni’lim mengadakan tunjuk perasaan

Isnin, 21/06/2010 – Penduduk di Ni’lin telah mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan Israel merampas tanah mereka. Selepas sembahyang Jumaat, penduduk berarak dari masjid ke kawasan yang telah diistiharkan kawasan tentera oleh pihak berkuasa Israel.

Penunjuk perasaan berarak sambil mengibarkan bendera Turki, Palestin dan bendera negara-negara yang terlibat dalam penghantaran bantuan Gaza Freedon Flotilla baru-baru ini.

Pihak tentera Israel telah bertindak-balas menyerang penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata dan peluru besi yang disaluti getah. Selain itu, pendatang haram Yahudi dari Hashmun’im berkumpul di kawasan berhampiran sambil melaung-laungkan slogan “Palestin berambus ke Jordan”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Amr Moussa meninggalkan Gaza selepas lawatan 12 jam

Isnin, 21/06/2010 – Amr Moussa, Ketua Setiausaha Liga Arab telah mengadakan lawatan ke Gaza selama 12-jam. Di sana beliau berjumpa dengan pihak berkuasa di Gaza dan wakil-wakil puak-puak di Palestin.

Sebelum berlepas pulang, beliau berkata negara-negara Arab akan berjumpa dalam bulan Oktober untuk membincangkang permasaalahan penduduk Palestin di Gaza. Jika tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut, negara Arab perlu menimbang untuk menggunakan pendekatan yang pernah dibuat sebelum ini.

Beliau menambah, “Tiada keamanan tanpa Jerusalem dan tiada negara Palestin tanpa Jerusalem kerana Jerusalem adalah perkara paling penting dalam proses perbincangan dan Liga Arab mempunyai dana untuk mendokong kewujudan Jerusalem dan penduduknya”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan