Categories
Berita Semasa

Seorang warga Palestin cedera dalam kejadian langgar lari oleh pendatang Yahudi

Jumaat , 05-03-2021 – Seorang pemuda Palestin telah cedera teruk pada petang Selasa apabila seorang pendatang Yahudi yang memandu laju melanggarnya di jalan dekat kampung al-Funduq, timur Qalqilya di Tebing Barat.

Mangsa itu dikenali sebagai Anas Zaidan dari bandar Deir Istiya di barat Salfit.

Pendatang itu lari dari tempat kejadian dan pemuda itu ditinggalkan terbaring di atas tanah, di mana beliau diserang oleh anjing liar sebelum dikejarkan ke hospital, demikian menurut sumber tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Serang Petani, Tanah di Timur Gaza

Jumaat , 05-03-2021 – Rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah melepaskan tembakan ke arah petani Palestin dan tanah mereka di beberapa kawasan perbatasan di Semenanjung Gaza yang terkepung.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan dari menara kawalan kepada para petani ketika mereka mengerjakan tanah mereka di timur Deir al-Balah dan kem pelarian al-Maghazi di tengah Gaza.

Kawasan pertanian timur Khan Yunis di selatan Gaza juga menjadi sasaran serangan tembakan Israel.

Tiada kecederaan dilaporkan, tetapi tembakan yang bertubi-tubi itu telah memaksa para petani untuk berhenti mengusahakan tanah mereka dan meninggalkan kawasan yang menjadi sasaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalam Negeri Bebaskan 45 Orang Tahanan

Jumaat , 05-03-2021 – Kementerian Dalam Negeri dan Keamanan Palestin di Gaza pagi Khamis lalu membebaskan 45 tahanan keselamatan dalam rangka menyusun kedudukan dalam negeri untuk penyelenggaraan pilihan raya umum.

Dalam keterangannya, Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza menyatakan, “Badan pengadilan militan dan keselamatan khusus mengkaji kes sejumlah tahanan berkaitan kes keselamatan yang menganggu kepentingan faksi perjuangan Palestin.

Kes 45 tahanan keselamatan itu ditutup dan mereka dibebaskan pagi ini.

Kementerian Dalam Negeri menyebutkan, semua isu ditangani secara aman dan tidak ada hubungan dengan aktiviti politik, kepartaian atau ekspresi pendapat.

Kementerian berjanji akan menjalan kewajibannya menjaga situasi stabil keamanan di Semenanjung Gaza dan menjaga barisan dalam negeri dan kekuatan perjuangan di Palestin.

Tindakan ini dilakukan sebagai ungkapan kehendak Hamas dan peringkat pemerintah di Gaza untuk menyiapkan keadaan positif bagi persiapan pilihan raya dan sebagai kesinambungan dialog Kaherah pada Februari lalu.

Dalam konteks yang sama, Hamas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kementerian Dalam Negeri di Gaza yang membebaskan 45 tahanan berkaitan kes keselamatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman



Categories
Berita Semasa

11 kes kematian Corona, 2,100 kes jangkitan baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Jumaat , 05-03-2021 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan 11 kes kematian terbaru dengan 2,100 kes positif baru dan 1,096 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam

Menurut laporan kementerian harian, lapan dari mangsa kematian akibat virus corona berasal dari kawasan berbeza dari Tebing Barat, dua dari Jerusalem dan satu dari Gaza.101 kes pesakit kritikal Covid turut menerima rawatan intensif di hospital dan 26 dari mereka dirawat dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan ganas tercetus di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat

Jumaat , 05-03-2021 – Pertelingkahan ganas tercetus pada Rabu di antara pemuda Palestin dan tentera rejim (IOF) di timur Baitulmuqaddis daerah Issawiya dan kawasan-kawasan lain di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, polis rejim menyerbu Issawiya dan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah para pemuda tempatan yang melemparkan bom buatan sendiri dan mercun.

Manakala, pemuda bertopeng menyemburkan cat bagi menulis slogan kebangsaan pada dinding di kejiranan as-syahid Mohamed Obeid di Issawiya setelah polis rejim memadamkannya sebelum ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA akan memusnahkan rumah ketua pengawal Aqsa Fadi Elyan di Issawiya

Jumaat , 26-02-2021 –Rejim zionis (IOA) di Baitulmuqaddis pada Ahad memaklumkan ketua pengawal Masjid Aqsa Fadi Elyan tentang niatnya untuk memusnahkan rumah dua tingkat milik keluarganya di daerah Issawiya pada Isnin.

Menurut Elyan, IOA ingin memusnahkan rumah yang didiami 17 orang ahli keluarganya, termasuk 12 kanak-kanak.

Beliau mengesahkan yang rumah itu dibina di kawasan Issawiya di mana pembinaannya dibenarkan oleh rejim Israel, dan menyatakan bahawa beliau percaya tindakan itu bertujuan menghukumnya kerana pekerjaannya dan mencegah beliau daripada bekerja di Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penyelidik Baitulmaqdis, Jamal Amr, Diusir Dari Aqsa 10 Hari

Jumaat , 26-02-2021 – Polis rejim Zionis telah mengeluarkan keputusan yang melarang penyelidik Baitulmaqdis Jamal Amr dari memasuki Masjid Al-Aqsa untuk tempoh 10 hari yang boleh dilanjutkan, setelah menahannya buat beberapa waktu.

Anak lelaki Amr, Radwan, memberitahu bahawa petugas di pusat tahanan Moskobiya di Baitulmaqdis barat telah menyoal siasat bapanya mengenai tuduhan penglibatan dalam hasutan media mengenai Baitulmaqdis, kawasan Bab al-Rahma di Masjid Al-Aqsa dan kegiatan penempatan Israel.

Pada hari Ahad lalu pasukan polis dan pegawai perisik dari Shin Bet telah menyerbu kediaman Amr di kejiranan ath-Thori di Silwan untuk menahannya, tetapi beliau tiada di sana di ketika itu. Mereka kemudiannya menyerahkan saman kepada ahli keluarga Amr yang mengarahkan kehadiran segera di pusat Moskobiya .

November lalu, polis Israel telah menyerbu rumah Amr dan menculik anaknya Radwan, yang bekerja sebagai ketua jabatan manuskrip di Masjid Al-Aqsa, sebelum membebaskannya dengan syarat beliau menjauhkan diri dari Masjid berkenaan selama enam bulan.

Ketika mereka menculik Radwan, polis telah merampas komputer, telefon bimbit, dokumen dan buku dari kediaman mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Gerombolan peneroka haram yahudi menceroboh masuk perkarangan Al-Aqsa.

Jumaat , 26-02-2021 – Kawasan Penaklukan Jerusalem (Gambar),  Segerombolan peneroka haram yahudi pada hari Isnin telah menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa dengan perlindungan pihak polis. Sumber dari warga Jerusalem melaporkan sejumlah 89 peneroka telah mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa. Sumber itu melaporkan peneroka haram Yahudi telah menceroboh masuk pada jam 7.30 pagi dari pintu masuk Maghareba dan berkeliaran di kawasan perkarangan masjid sambil menjalankan upacara Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan rumah Palestin yang masih dalam pembinaan.

Selasa , 23-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari khamis memusnahkan dua buah rumah warga Palestin yang dalam pembinaan di kawasan barat bandar Qalansuwa di tengah Israel.Kerja pemusnahan adalah kali ketiga buat keluarga Abu Arrar yang memiliki rumah tersebut. Pihak rejim Zionis merobohkan kediaman mereka dua tahun lepas dan juga bangunan serta kandang ternakan pada tahun 2017.

Pada hari Rabu lepas, rejim Zionis juga telah merobohkan kediaman milik keluarga Abu Semhedana di perkampungan Umm Batin di utara padang pasir Negev dan juga rumah tetamu milik Abu Siyam di Bandar Rahat di selatan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel benarkan pemindahan jumlah terhad vaksin ke Gaza

Selasa , 23-02-2021 – Rejim zionis (IOA) pada Rabu membenarkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk memindahkan sejumlah kecil vaksin coronavirus vaccine ke Semenanjung Gaza.

Rangkaian Seventh Hebrew melaporkan yang PA memohon pemindahan dua ribu dos vaksin ke Gaza dari vaksin Russian Sputnik V tetapi kerajaan rejim bersetuju memberikan seribu sahaja.

Ia menambah bahawa vaksin dihantar di sempadan Beitunia dan dipindahkan ke Gaza melalui laluan Beit Hanoun (Erez) crossing.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ratakan Tanah di Gaza

Selasa , 23-02-2021 – Tentera rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah melancarkan serangan terhad ke atas sempadan timur Semenanjung Gaza yang terkepung dan telah meratakan beberapa bidang tanah.

Menurut sumber tempatan, lima jentolak mara kira-kira 50 meter di timur Gaza, khususnya di sebelah timur bandar Wadi as-Salqa di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Jentolak berkenaan telah menggali dan meratakan tanah di kawasan berkenaan sambil dilindungi oleh unit tentera dan kereta kebal yang berada di belakang pagar sempadan.

Ini adalah serangan keempat Israel di Gaza dalam tempoh 72 jam terakhir.

Kawasan sempadan timur Gaza sering terdedah kepada serangan ketenteraan dan tembakan dari pasukan tentera Israel, yang menghalang ratusan petani daripada mengusahakan tanah mereka yang berdekatan dengan pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Tokoh Hamas: Penangkapan Tidak Akan Halang Pilihan Raya Palestin

Selasa , 23-02-2021 – Tokoh Hamas syekh Umar al-Barghutsi “Abu Ashif” mengatakan, penangkapan yang dilancarkan penjajah Israel terhadap para tokoh Palestin di Tebing Barat, tidak akan menghalang seorangpun untuk mengikuti pilihan raya umum Palestin.

Dalam keterangan akhbarnya, al-Bargutsi menegaskan kepentingan bersepakat dengan strategi nasional bersatu untuk menghadapi tindakan Israel menangkap para tokoh Palestin dan melindungi kehendak dan ekspresi rakyat.

Pada Selasa lalu, pasukan penjajah Israel menangkap 2 tokoh Hamas; Syekh Yasir Manshur dan Syekh Adnan Ashfur, seteleh menggeledah rumah keduanya di Nablus.

Sebelum itu, pasukan Israel menangkap dua orang tokoh Hamas, Syekh Khalid al-Haj dan Syekh Abdul Bashit al-Haj dari Jenin.

Sementara itu pihak perisikan Israel memanggil bekas tahanan Abu Ashif al-Bargutsi pada akhir Januari lalu dan menyampaikan ancaman untuk tidak mencalonkan diri pada pilihan raya akan datang dan jika ingkar akan diburu dan dipenjara.

Pihak Hamas dalam pernyataannya menegaskan bahawa penangkapan pimpinan mereka di Tebing Barat tidak akan menghalang tekad Hamas menyusun agenda internal Palestin, dengan landasan penglibatan dan perjuangan menghadapi penjajah. Hamas menganggap penangkapan bertujuan untuk menggagalkan pilihan raya umum Palestin. Beliau menegaskan bahawa pimpinan Hamas dan segenap kadernya akan terus berada di barisan hadapan membela hak bangsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ceroboh Selatan Sempadan Gaza

Jumaat , 19-02-2021 – Sejumlah kenderaan tentera Israel telah menceroboh masuk ke kawasan pertanian di timur Kota Khan Yunis di selatan Gaza, diselang seli dengan beberapa tembakan, pada Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, tiga jentolak berperisai dan empat kereta kebal maju dari pos tentera di belakang pagar keselamatan ke kawasan pertanian di sebelah timur Khan Yunis dan mula meratakan tanah dan menghasilkan timbunan tanah.

Tentera Israel juga melepaskan tembakan peluru hidup dan bom tangan secara berkala untuk memberi perlindungan kepada unit penyusup.

Kawasan sempadan timur Gaza sering terdedah kepada serangan ketenteraan dan tembakan dari pasukan tentera Israel, yang menghalang ratusan petani daripada mengusahakan tanah mereka yang berdekatan dengan pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul


Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memusnahkan kawasan Araqib buat kali ke 183 meskipun cuaca buruk

Jumaat , 19-02-2021 – Beberapa jentolak polis Israel memusnahkan beberapa rumah Palestin di perkampungan Al-Araqib di daerah Negev buat 183 kalinya. Perkampungan ini telah diabaikan oleh pihak rejim Zionis Israel dan telah dilucutkan dari perkhidmatan asas kediaman dan sentiasa menerima ugutan pengusiran dan penempatan semula. Jentolak rejim zionis Israel menjarah kediaman di Al-Araqib meskipun dalam keadaan hujan lebat dan memaksa penduduk berpindah di kawasan terbuka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Serbuan Ganas Zionis IOF Bunuh Wanita

Jumaat , 19-02-2021 – Seorang wanita warga emas Palestin meninggal dunia pada waktu subuh Rabu kerana serangan jantung setelah pasukan penjajah Zionis (IOF) menyerang rumah abangnya di timur Betlehem.

Menurut sumber tempatan, Rahma Abu Ahour yang berusia 67 tahun mengalami panik secara tiba-tiba dan meninggal dunia akibat serangan jantung setelah pasukan Israel menyerang rumah tersebut dengan ganas.

Abu Ahour dibawa ke sebuah hospital di bandar Beit Jala di mana dia dinyatakan meninggal dunia.

Menurut keluarganya, IOF merosakkan isi rumah dan merampas bendera dan papan tanda Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen