
Isnin, 11/05/2026 – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, mendesak Kesatuan Eropah untuk segera mengaktifkan “mekanisme sekatan” untuk melindungi kebebasan hakim dan jaksa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang sedang menyiasat dakwaan genosid di Semenanjung Gaza. Seruan tersebut disampaikan Sánchez melalui hantaran di platform X pada Rabu, Ketika meningkatnya tekanan antarabangsa terhadap badan kehakiman antarabangsa yang berusaha membuat dakwaan terhadap kejahatan perang Israel di Palestin.
Dalam pernyataannya, Sánchez menegaskan bahawa tekanan terhadap para pembela keadilan antarabangsa merupakan ancaman serius terhadap sistem hak asasi manusia dunia. Beliau melihat Kesatuan Eropah tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi usaha intimidasi terhadap badan kehakiman antarabangsa yang sedang menangani kes di Gaza.
“Pemberlakuan mengenakan tindakan terhadap para pembela keadilan anatarbangsa membahayakan seluruh sistem hak asasi manusia. Kesatuan Eropah tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi ketidakadilan ini,” tulis Sánchez.
Beliau juga menyerukan agar Kesatuan Eropah segera mengaktifkan mekanisme sekatan untuk melindungi kebebasan ICC dan Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) dalam usaha menghentikan genosid di Gaza.
Seruan Sepanyol muncul setelah Washington menjatuhkan hukuman terhadap anggota ICC sejak awal 2025. Paling kurang 11 hakim dan jaksa menjadi sasaran tindakan tersebut. Pada Februari 2025, Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang memberikan hukuman kepada pegawai kanan dan staf ICC sebagai respons atas penerbitan surat perintah penangkapan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Penterjemah : Dr Osman













