Categories
Berita Semasa

“Histeria” berlaku di Al-Khalil dalam misi mencari tentera yang hilang

Isnin , 23-06-2014 – Pertempuran ganas tercetus pada waktu subuh Selasa di antara orang awam Palestin dan polis peronda Israel yang bersenjata di kawasan yang berlainan di Al-Khalil diikuti oleh segerombolan Israel memecah masuk ke kawasan bandar. PIC memberitahu, saksi mengatakan pertempuran berlaku kerana kekejaman pihak Israel dan pencerobohan mendadak terhadap puluhan rumah rakyat Palestin.

Bekas tahanan Palestin,Ali Sabarna telah diberkas oleh tentera Israel sementara penculikan sewenang-wenangnya dijangka bakal berlaku oleh kerana serangan Israel yang berterusan dilancarkan di kawasan berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Kecederaan, Penahanan dilaporkan ketika pertembungan di Jenin

Isnin , 23-06-2014 – Tiga orang warga Palestin cedera manakala enam yang lain ditahan ketika Pasukan Penjajah Israel(IOF) menyerbu dan menggeledah rumah-rumah di Jenin pada Subuh hari Selasa.

Sumber tempatan memberitahu bahawa beratus tentera Israel menyerbu bandar Jenin dan kem-kem berhampiran dalam satu kempen ketenteraan yang besar. Lebih daripada 20 rumah dan sebuah kenderaan milik UNRWA rosak ketika kempen itu berjalan.

Sumber itu menambah bahawa pertembungan ganas berlaku apabila tentera IOF menembak gas pemedih mata dengan banyak. Tiga pemuda Palestin cedera akibat peluru hidup manakala berpuluh yang lain menderita sesak nafas apabila mengidu gas pemedih mata yang dilepaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pintu Gerbang Karem Abu Salem Dibuka Semula Secara Normal

Isnin , 23-06-2014 – Pihak otoriti penjajah Zionis akan membuka kembali pintu gerbang Karem Abu Salem di sempadan selatan Semenanjung Gaza, hari ini, Rabu (18/6), setelah ditutup selama tiga hari.

Pengarah Bahagian Imigresen Otoriti Palestin Nadzmi Muhanna dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa pintu gerbang (Karem Abu Salem) akan kembali beroperasi secara normal pada hari ini untuk kemasukan semua jenis barang dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Pihak Otoriti penjajah Zionis telah menutup pintu gerbang Karem Abu Salem pada hari Ahad, Isnin dan Selasa lalu, ia hanya dibuka untuk kemasukan bahan bakar sahaja kerana berlaku serangan Zionis di Semenanjung Gaza.

Pintu Gerbang Karem Abu Salem merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan untuk Semenanjung Gaza. Pihak otoriti penjajah Zionis selalu menutup pintu gerbang ini dari masa ke masa dengan pelbagai dalih dan suasana tidak aman. Akibatnya sering berlaku krisis di Semenanjung Gaza, terutama kekurangan bahan bakar.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kempen tangkapan di Kem Balata, Nablus

Isnin , 23-06-2014 – Satu kempen tangkapan berskala besar telah dijalankan oleh tentera Israel sejak awal pagi Selasa di kem pelarian Balata di Nablus. Serangan dan tangkapan telah dijalankan semasa kempen tersebut.

Berpuluh kenderaan tentera milik Israel kelihatan menghampiri kem pelarian tersebut, di mana beratus askar Israel telah memecah masuk secara kejam ke dalam rumah-rumah milik ahli gerakan Fatah, dan juga tahanan yang dilepaskan.

Sumber tempatan memaklumkan wartawan PIC yang sebahagian rumah telah ditukarkan menjadi penempatan tentera. Berpuluh-puluh telah ditangkap setika kempen ketenteraan tersebut dijalankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

HAMAS dituduh menculik tentera Zionis

Rabu , 18-06-2014 – Perdana Menteri ‘Israel’ Benjemen Netanyahu menuduh Hamas bertanggungjawab ke atas penculikan 3 orang tentera Zionis. Nentenyahu turut mengancam pihak berkuasa Palestin. Amaran juga dikeluarkan agar mengembalikan ke semua tentera Zionis itu.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Aktivis-aktivis Palestin dan Ketua-ketua Haman ditahan ekoran serangan oleh IOF di Tebing Barat.

Rabu , 18-06-2014 – Penahanan rambang secara besara-besaran yang menyasarkan Aktivis-aktivis muda Palestin dan ketua-ketua kumpulan Hamas di Jenin dan Nablus telah dilancarkan oleh Tentera Israel (IOF) pada petang Sabtu dan Subuh Ahad.

Kempen itu adalah sebahagian daripada serangan berskala besar yang dimulakan di beberapa tempat di Tebing Barat. Lebih daripada 50 buah jep menyerang Jenin pada subuh Ahad, menahan ketua kumpulan Hamas dan bekas Menteri Hal Ehwal Tahanan, Wabi Qabha setelah menggeledah rumahnya, seorang koresponden PIC memberitahu dari sumber tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Penduduk penempatan Israel lempar batu ke arah kenderaan Palestin, cubaan untuk culik kanak- kanak

Rabu , 18-06-2014 – Sekumpulan penduduk penempatan Israel menyerang kenderaan-kenderaan rakyat Palestin pada petang Jumaat dan pagi Sabtu di laluan di antara Nablus dan Ramallah, manakala seorang perusuh cuba untuk menculik seorang kanak-kanak Palestin di al-Khalil.

Kumpulan pelampau tersebut yang berhimpun di persimpangan utama di antara Nablus dan Ramallah, serta di persimpangan Yitzhar, Zaatara dan Eli, melemparkan batu ke arah kenderaan-kenderaan rakyat Palestin, menurut seorang saksi kepada wartawan PIC. Dalam kejadian itu, cermin hadapan lebih dari 15 buah kereta telah dimusnahkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Tembikai satu medan baru bagi menghadapi Palestin-Israel.

Rabu , 18-06-2014 – Baru-baru ini, buah tembikai telah memasuki medan perlumbaan antara produk Palestin dan produk Israel. Ini adalah untuk mencabar produk pertanian Israel yang mempunyai sokongan manakala Palestin mengadu kekurangan sokongan dan perlindungan.

Persaingan berlaku antara tembikai Palestin dan Israel yang kebanyakannya rakyat Israel. Ketika Israel berjaya dan di bawah ugutan senjata melalui kemasukan sebuah lori besar yang membawa tembikai Israel dengan kuantiti yang banyak ke Kota Nablus dengan harga yang murah pada minggu lepas, ia telah memberi tamparan yang hebat kepada petani Palestin di lembah Jordan yang memulakan penanaman buah ini beberapa tahun yang lalu dan memulakan ladang penghasilan tembikai dengan kuantiti komersial pada tahun ini.

Penanaman tembikai di kawasan lembah Jordan dianggap mempunyai kepentingan strategik di luar faedah kewangan dan impak ekonomi bagi memelihara tanah Palestin dari penyelesaian yang merangkak dan mengekalkan petani Palestin di tanah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Hamas melabelkan penculikan oleh Israel terhadap pemimpin Palestin sebagai “peningkatan yang serius”

Rabu , 18-06-2014 – Hamas, telah memberi amaran tentang implikasi yang serius berikutan peningkatan baru-baru ini dalam kempen-kempen penculikan Israel yang mensasarkan pemimpin Hamas di Tebing Barat.

“Dengan tiada jalan lain, Israel seolah memberi keselamatan kepada penceroboh dan pelampau Yahudi Israel,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Ahad. “Jenayah seperti itu tidak akan berjaya lantaran keyakinan harapan rakyat kita; dan tidak pulak akan menakutkan keinginan kita untuk mengembalikan tanah negara dan tempat-tempat suci suci. ”

Penyataan Hamas datang sebagai tindak balas kepada kempen penculikan Israel yang mensasarkan Ahli Parlimen Palestin dan pemimpin-pemimpin di Tebing Barat, terutama sekali Sheikh Hassan Youssef, bekas menteri Wasfi Qabha dan Khaled Abu Arafa, MP Ahmad Haji Ali, dan Husni al-Burini, antara ikon Palestin yang menonjol.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Perpaduan: Tindak Balas ‘Israel’ Mengenakan Sekatan Massa Untuk Palestin

Rabu , 18-06-2014 – Jurucakap Kerajaan Perpaduan Palestin, Ehab Basisu menegaskan, tindak balas militan ‘Israel’ terakhir terhadap penduduk di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagai bentuk sekatan massa. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan menjaga warga Palestin.

Dalam pernyataan akhbar semalam, Ahad (15/6) Basisu mengecam aksi penangkapan ‘Israel’ terhadap penduduk di seluruh wilayah selatan Tebing Barat dan serangan udara ke Semenanjung Gaza.

Jurucakap kerajaan Perpaduan meminta masyarakat antarabangsa dan badan undang-undang dan kemanusian untuk melindungi rakyat Palestin setelah sekatan yang dikenakan terhadap tahanan Palestin baru-baru ini daripada menerima kunjungan keluarga dan sekatan militan Israel terhadap Hebron setelah tiga tenteranya hilang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Anak kecil Palestin yang tercedera dalam serangan Israel tidak dapat diselamatkan.

Rabu , 18-06-2014 – Seorang anak kecil berusia lapan tahun telah terbunuh pada Sabtu malam yang lalu akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan udara dari pihak Israel di utara Semenanjung Gaza pada lewat minggu lepas.

Juru cakap Kementerian Kesihatan, Dr. Ashraf al-Qudra, telah memaklumkan kepada wartawan PIC bahawa anak kecil malang yang bernama Ali al-Awur, 8, telah mnegalami kecederaan yang kritikal ekoran serangan yang turut membunuh bapa saudaranya Mohammed Awur pada Rabu yang lepas.

Dalam kejadian tersebut, pesawat tentera Israel telah menembak rawak sebuah motosikal yang ditunggang oleh Awur, 33, dan mencederakan Ali yang sedang bersama pakciknya. Dua orang awam yang berdekatan turut tercedera dalam serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

ALHUSAAINAH DAN ALEMADI MENGKAJI PROJEK-PROJEK QATAR BAGI MEMBANGUNKAN SEMULA GAZA

Isnin , 16-06-2014 – Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Mofeed Alhussainah bersama Ketua Jawatankuasa Pembangunan Semula Gaza dan Duta Qatar, Mohammed Al-Emadi mengkaji projek-projek pembinaan semula Gaza.

Pusat Maklumat memaklumkan kepada Kementerian Kerja Raya bahawa Alhussainah menerima panggilan telefon pada petang ahad (6-9) daripada Al-Emadi yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan berharap agar beliau terus dalam khidmatnya kepada anak-anak penduduk Palestin.

Dikhabarkan bahawa kedua-dua pihak telah berbincang mengenai projek-projek negara dan projek-projek infrastruktur yang akan dilaksanakan oleh negara Qatar di Palestin dan cara-cara membantu rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Tahanan tanpa bicara meneruskan mogok lapar untuk hari ke 47

Isnin , 16-06-2014 – Tahanan tanpa bicara meneruskan mogok lapar untuk hari ke 47 manakala ramai daripada kalangan mereka dimasukkan ke hospital akibat keadaan kesihatan yang semakin teruk.

Pihak pentadbiran penjara Israel telah mengambil tindakan disiplin ke atas para pemogok lapar untuk menghentikan mogok tersebut dan mengasingkan kebanyakan mereka di sel terpilih dan bilik hospital. Dalam kejadian berkaitan, ribuan warga termasuk keluarga tahanan, aktivis hak asasi dan ahli parlimen menyertai perarakan pada petang Ahad di bandar Al-Khalil sebagai tanda sokongan ke atas pemogok lapar di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bahar, Hamas kecam serangan PA ke atas MP Palestin dan kaum wanita

Isnin , 16-06-2014 – Kepimpinan Hamas iaitu Hassan Youssef, Fathi Kar’awi serta ketua Hamas Sheikh Nazih Abu Oun, mengecam serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Palestinian Authority (PA) ke atas kaum wanita dan MPs, di samping menyertai perhimpunan secara bersepadu dengan peserta mogok lapar Palestin di Tebing Barat.

Serangan yang berlaku serentak dengan serangan Israel terhadap timbalan-timbalan Palestin itu, memberi petanda buruk kepada usaha perdamaian, menurut Naib Pengerusi Pertama Majlis Perundangan Palestin, Dr Ahmed Bahar.

Bahar menyeru pengerusi PA iaitu Mahmoud Abbas supaya bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan dan membentuk satu jawatankuasa khas untuk menyiasat maklumat lanjut serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Pasukan Risikan akan Menyiasat kematian Pemuda Palestin pada Hari Nakba.

Isnin , 16-06-2014 – Pasukan doktor-doktor antarabangsa dari Denmark dan Amerika dijangka akan menyiasat kematian seorang remaja Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel pada hari Nakba berhampiran bandar Beitunia, di bahagian barat Ramallah dalam jarak beberapa meter.

Media Israel melaporkan bahawa bapa remaja berkenaan menerima untuk bedah siasat dilakukan ke atas mayat remaja berkenaan untuk menyiasat punca kematian. Siasatan ke atas kematian remaja terbabit dijangka akan selesai pada 11 Jun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan