Selasa, 07-11-2023 – Al-Azhar Al-Sharif di Mesir dalam satu kenyataan berkata, “Zionis telah berubah menjadi serigala yang gila, taksub dengan keghairahan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang yang tidak berdosa, memamah daging dan menghirup darah mereka.”
Dalam kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Al-Azhar Al-Sharif itu yang mengulas dan mengutuk pembunuhan beramai-ramai di Jabalia yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel pada hari Selasa di Gaza. Ia telah menyebabkan kematian dan kecederaan lebih daripada 400 orang.
Kenyataan itu menambah, “Apa yang mendorong Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah kerana kebisuan seperti bisunya orang mati dalam kubur mereka yang sedang melanda dunia antarabangsa kita, melumpuhkan keupayaannya untuk menghalang entiti ini, dan menamatkan segala tindakan gila yang menjadikan hidangan berdarah hariannya terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang tua, dan remaja Gaza.”
Kenyataan itu berdoa agar Allah melindungi Gaza dan mereka yang berada di dalamnya, mematahkan kekuatan musuhnya dan semua orang yang menyokong pembunuhan beramai-ramai di kawasan yang terkepung itu.
Al-Azhar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia mendoakan penduduk Gaza.
Kenyataan Al-Azhar Al-Sharif itu hadir sebagai mengulas mengenai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan” yang dilakukan oleh rejim Israel selepas ia mengebom kawasan kejiranan bersebelahan dengan Hospital Indonesia di Jabalia, utara Gaza, menyebabkan ratusan mati syahid dan cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata bahawa pembunuhan beramai-ramai mengakibatkan 400 syahid dan cedera, menurut pengiraan awal, menegaskan bahawa jumlah itu mungkin yang terbesar, dan mungkin hampir dengan jumlah mangsa pembunuhan beramai-ramai Al-Ahli Arab Hospital yang dikenali sebagai Hospital Baptist, kerana kawasan yang dibom adalah kawasan “padat penduduk”.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Isnin, 06-11-2023 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkata pada hari Khamis bahawa kumpulan pejuangnya terus menyerang hendap dan menentang tentera Israel yang menyusup di beberapa kawasan sempadan di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah serangan balas roket yang berterusan ke atas tapak dan penempatan tentera Israel.
Dalam persidangan yang berbeza, Briged al-Qassam berkata bahawa ia menyasarkan pada sebelah pagi sejumlah askar Israel di Juhor ad-Dik, selatan Kota Gaza, dengan peluru RPG anti-personel.
Terdahulu, pejuang al-Qassam melepaskan satu peluru Yassin 105 ke arah kereta kebal Israel yang dikelilingi beberapa askar di kawasan Juhor ad-Dik dan peluru serupa ke arah dua kereta kebal di barat laut Gaza.
Pejuang Al-Qassam turut melepaskan peluru Yassin ke arah jentolak berperisai Israel di barat laut Gaza.
Pada waktu subuh, pejuang al-Qassam menyerang kereta kebal dan jentolak di barat laut Gaza dengan dua peluru Yassin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Isnin, 06-11-2023 – Rejim Zionis telah melancarkan kempen penahanan berskala besar di Tebing Barat yang menyaksikan penahanan 65 rakyat Palestin, kebanyakannya bekas banduan dan aktivis Hamas. Mereka yang ditahan termasuk dua orang wanita selepas pasukan tersebut memecah masuk dan menimbulkan kekacauan di dalam rumah mereka.
Kempen penahanan di lakukan di wilayah Tebing Barat Ramallah, Bethlehem dan al-Khalil. Berlaku juga penahanan rakyat Palestin di bandar lain di Tebing Barat di kala penderaan dan intimidasi oleh Rejim Zionis beserta ancaman berterusan terhadap keluarga banduan dan hukuman kolektif.
Di bandar Nublus, Rejim Zionis menahan tujuh rakyat Palestin termasuk tiga bekas banduan salah seorangnya Amjad al-Sayeh yang telah dipenjara selama 19 tahun sebelum ini.
Di Qalqilya, dua bekas tahanan ditahan di rumah mereka, manakala empat lagi ditahan di Jenin termasuk Sharif Herzallah yang berusia 19 tahun.
Di Ramallah, 16 rakyat Palestin telah ditahan termasuk dua wanita dan seorang lelaki yang cedera ditembak oleh askar Rejim Zionis.
Di Jericho, 4 rakyat Palestin ditahan termasuk dua adik beradik lelaki dan seorang lelaki bekeperluan khas. Salah seorang tahanan yang ditahan telah merancang untuk melansungkan perkahwinannya esok.
Rejim Zionis juga telah menahan 5 pemuda di Bethlehem dan 10 yang lain di al-Khalil.
Ini menjadikan jumlah tahanan Palestin yang telah ditangkap sejak 7 Oktober lalu sebanyak 1,900 tahanan.
Kempen penahanan Israel adalah salah satu daripada dasar hukuman kolektif sistematik pendudukan Israel yang digunakan untuk menghapuskan sebarang penentanganterhadap pendudukan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Muhammad Khusairi
Isnin, 06-11-2023 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq berterima kasih dan menghargai pendirian rasmi beberapa buah negara yang enggan melabelkan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam, sebagai pengganas.
Dalam siaran akhbar pada hari Rabu, Resheq berkata: “Kami berterima kasih kepada presiden Turki dan Algeria, Perdana Menteri Malaysia, dan hari ini Menteri Luar Oman atas kenyataan rasmi mereka bahawa Pergerakan Hamas adalah gerakan pejuang negara yang mempertahankan tanah air, rakyat, dan tempat suci sehingga penubuhan Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.”
Pegawai Hamas itu menyeru semua rakyar di negara Arab dan negara Islam di seluruh dunia untuk “mencontohi pendirian yang bermaruah ini, yakni yang menyokong hak rakyat kita untuk mendapatkan kebebasan, ketegasan dalam perjuangan yang sah menentang keganasan paling lama dan paling merbahaya di dunia ini.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Kamariah
Isnin, 06-11-2023 – Kementerian Kesihatan Gaza telah melaporkan bahawa korban keganasan Israel keatas bumi Gaza telah meningkat kepada 8776 orang syahid termasuklah 3648 kanak-kanak dan 2290 wanita sejak serangan itu bermula pada 7 Oktober yang lalu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra dalam sidang media berkata: Pencerobohan ini juga telah mengakibatkan 22219 orang cedera. Kementerian dimaklumkan bahawa masih terdapat 2030 orang mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan sehingga kini, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Seramai 132 staf perubatan telah gugur syahid disebabkan serangan ganas Israel. 16 hospital turut berhenti beroperasi kerana menjadi target pengeboman Israel dan telah kehabisan bahan api, termasuk yang terakhir Hospital Persahabatan Turki – Palestin.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Nur Amnah
Isnin, 06-11-2023 – Kementerian Kesihatan di Gaza kini mengeluarkan amaran akhir berkenaan dua buah hospital besar di Gaza bahawa pihak mereka bakal berdepan kehilangan perkhidmatan perubatan apabila bahan api habis digunakan.
Pada Selasa lalu, wakil jurucakap Kementerian Kesihatan iaitu Ashraf Qudra menyatakan dalam sidang akhbar bahawa penjana kuasa di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia akan berhenti berfungsi dalam beberapa jam sahaja jika tiada bekalan bahan api sewajarnya.
“Kami telah menyatakan kebimbangan kami (tentang keadaan hospital) kepada negara-negara pengeluar minyak untuk membantu secara terus dengan membekalkan bahan api kepada Pusat Perubatan Al-Shifa dan Hospital Indonesia demi menyelamatkan nyawa mangsa yang sakit dan cedera,” beliau berkata.
Beliau juga menambah “keperluan sangat mendesak untuk hospital memandangkan nyawa 42 orang kanak-kanak yang bergantung kepada alat inkubator, 62 orang yang tercedera serta pesakit yang bergantung kepada alat bentuan pernafasan (ventilator), 650 orang pesakit kegagalan buah pinggang, dan ratusan lagi dalam bilik pembedahan.”
Jurucakap berkenaan juga turut memohon kepada pemilik stesen minyak dan individu berkemampuan turut membantu Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia dengan bantuan bahan api demi nyawa masyarakat di sana.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq
Isnin, 06-11-2023 – Tentera Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di kem pelarian Jabalia, di utara Semenanjung Gaza, dengan memusnahkan seluruh kejiranan kediaman melalui serangan udara pada petang Selasa.
Sumber dari pasukan perubatan berkata: 100 syahid dan 400 cedera tiba di hospital Indonesia, manakala berpuluh-puluh lagi dilaporkan berada di bawah runtuhan.
Tentera Zionis itu juga mengebom Bangunan Jurutera di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, mengakibatkan ramai yang cedera dan syahid.
Sumber tempatan memberitahu wartawan kami bahawa bangunan itu terdiri daripada 9 tingkat dan termasuk sekurang-kurangnya 24 pangsapuri kediaman yang didiami oleh penduduk dan menempatkan orang yang berpindah. Tentera Zionis mengebomnya tanpa sebarang amaran dalam suatu serangan udara. Anggaran awal mendapati 45 orang mati syahid dan berpuluh lagi kecederaan dalam pembunuhan beramai-ramai Nuseirat.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Jumaat, 03-11-2023 – Doktor Tanpa Sempadan ataupun digelar sebagai Medecins Sans Frontiers (MSF) mengulangi panggilan mereka pada hari Isnin untuk gencatan senjata dengan segera di Semenanjung Gaza yang dikepung untuk menghalang lebih banyak kematian dan juga membenarkan kemasukan bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan.
MSF berkata dalam satu kenyataan :”Utara Gaza sedang dihancurkan sehingga ke tanah, tetapi seluruh Semenanjung juga telah dibom. Tiada lagi tempat yang selamat untuk penduduk Gaza berlindung.”
“Penyeruan resolusi Perhimpunan Agung PBB untuk gencatan senjata kemanusiaan tidak mendatangkan sebarang kesan setakat ini dalam mengekang kekejaman yang masih berleluasa dan sewenang-wenangnya terhadap penduduk di Gaza. Masyarakat dunia perlu mengambil tindakan yang lebih tegas untuk berhentikan pertumpahan darah” tambahnya.
“Orang ramai telah dibunuh dan terpaksa berpindah dari rumah mereka, dan juga bekalan air dan minyak yang teramat sedikit. Kekejaman yang dilakukan kepada mereka adalah kekejaman diskala yang tidak pernah dilihat di Gaza” tambah MSF.
Bekalan perubatan di hospital juga semakin habis. Awal minggu ini, Dr. Mohammed Obeid, pakar bedah MSF di Gaza menerangkan keadaan yang berlaku : ” Hospital telah dibanjiri oleh pesakit. Amputasi dan pembedahan telah dilakukan tanpa penggunaan bius yang tepat. Dan bilik mayat juga dibanjiri dengan jenazah mereka”
Pertubuhan perubatan juga menggariskan bahawa pemutusan komunikasi juga telah mengehadkan keupayaan doktor dalam tugas mereka dalam memberi bantuan perubatan terhadap jumlah pesakit yang amat besar. Bahan api yang terputus juga telah menyebabkan ribuan penduduk yang terperangkap dalam runtuhan termasuk wanita mengandung dan warga emas tidak dapat mencari bantuan yang sangat diperlukan. MSF telah terputus hubungan dengan kebanyakkan ahli mereka disebabkan pemutusan komunikasi.
“Di seluruh Gaza, jumlah orang yang cedera yang memerlukan bantuan perubatan segera jauh melebihi kapasiti sistem kesihatan, yang kini mempunyai sekitar 3,500 katil. Menurut Kementerian Kesihatan tempatan, lebih daripada 7,760 orang telah terbunuh dan 21,400 orang telah cedera di Gaza sejak 7 Oktober. Jumlah mangsa yang begitu ramai dalam masa yang singkat juga amatlah luar biasa, berbanding dengan serangan besar-besaran Israel sebelum ini” MSF berkata.
“Kemudahan kesihatan seperti Hospital Al Shifa di Bandaraya Gaza, di mana beberapa kakitangan MSF terus bekerja,dibanjira dengan pesakit. Arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital di seluruh utara Gaza adalah berbahaya dan amat tidak berperikemanusiaan,” tambahnya.
Organisasi perubatan kemanusiaan menyatakan bahawa “Sehingga malam Jumaat, Hospital Al Shifa berada dalam kapasiti penuh dengan pesakit yang mendapatkan rawatan perubatan, dan berpuluh-puluh ribu yang lain mencari perlindungan yang selamat. Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, pesakit, pekerja kesihatan, dan kemudahan kesihatan mesti dilindungi pada setiap masa.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi
Bagi pihaknya, Presiden Antarabangsa MSF, Dr. Christos Christou berkata: “Orang yang tidak berdaya sedang mengalami pengeboman yang mengerikan. Keluarga tidak mempunyai tempat untuk lari atau bersembunyi, seperti neraka telah dilepaskan kepada mereka. Air, makanan, bahan api, bekalan perubatan, dan bantuan kemanusiaan di Gaza perlu segera dipulihkan. Kami memerlukan gencatan senjata sekarang”
Christou menggariskan bahawa “Seluruh penduduk Gaza, lebih 2.2 juta orang, menderita di bawah pengepungan Israel. Ini adalah hukuman kolektif, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
Beliau menegaskan pihak berkuasa Israel masih menghalang kemasukan bahan api ke Gaza, yang amat penting untuk membekalkan tenaga kepada hospital serta loji penyahgaraman yang menghasilkan air minuman bersih.
“Sebelum 7 Oktober, antara 300 hingga 500 trak bekalan menyeberang ke Gaza setiap hari, di mana kebanyakan orang sudah bergantung kepada bantuan kemanusiaan kerana sekatan selama bertahun-tahun. Sejak lintasan sempadan Rafah dibuka semula pada 21 Oktober, hanya 84 trak bantuan telah memasuki Gaza, menurut agensi kemanusiaan PBB. Ini adalah tindak balas yang sangat tidak mencukupi kepada keperluan yang berterusan dan semakin meningkat di Gaza,” jelasnya.
“Kami bersedia untuk meningkatkan kapasiti bantuan kami di Gaza. Kami mempunyai pasukan bersiap sedia untuk menghantar bekalan perubatan dan memasuki Gaza untuk menyokong tindak balas perubatan kecemasan, sebaik sahaja keadaan mengizinkan. Tetapi selagi pengeboman berterusan dengan keamatan semasa, sebarang usaha untuk meningkatkan bantuan perubatan tidak dapat dielakkan,” kata Dr. Christou.
Jumaat, 03-11-2023 – Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Belarra memperingatkan negara-negara Kesatuan Eropah akan bahaya jatuh ke dalam perangkap penglibatan dengan Israel dalam genosid yang dilakukan di Semenanjung Gaza.
Dalam hantaran videonya di platform “X”, Belarra mengecam peristiwa menyakitkan yang terjadi pada malam hari di Gaza. Beliau menyampaikan pidatonya dengan sangat jujur kepada para pemimpin Eropah dengan mengatakan, “Setelah malam yang mengerikan di Gaza ini, saya ingin menyampaikan pesan ringkas namun sangat penting bagi para pemimpin Eropah: Jangan membuat kami terlibat dalam genosid massal … Bergeraklah kalian.”
Menteri Sepanyol ini menyatakan keprihatinannya yang mendalam ke atas meningkatnya serangan Israel di Semenanjung Gaza, khususnya di wilayah utara.Beliau turut menyeru kepada Kesatuan Eropah untuk tidak menyokong tindakan Israel dan melakukan sesuatu.
Beliau menyatakan bahawa Israel telah memutuskan semua saluran komunikasi di Semenanjung Gaza dan Israel berusaha menutup kejahatannya di Semenanjung Gaza.
Belara bertanya tentang kemungkinan yang ada untuk melakukan intervensi dan menghentikan kehancuran yang terjadi di wilayah tersebut dengan melemparkan soalan “Tidak adakah yang boleh berbuat apa-apa terhadap apa yang terjadi di Gaza?” Menteri Sepanyol ini mengusulkan serangkaian langkah praktis yang dapat diambil oleh negara-negara Eropah termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, memberi tekanan ekonomi dan menyeru agar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip
Jumaat, 03-11-2023 – Menteri Luar Negara Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah menegaskan bahawa hal yang terjadi di Gaza selama beberapa hari terakhir adalah perang balas dendam, hukuman kolektif, dan kejahatan perang. Dia mempersoalkan, bagaimana apabila lebih daripada 3000 kanak-kanak terbunuh dalam beberapa hari, jika hal ini tidak dianggap sebagai kejahatan perang!
Al-Sabah mengatakan dalam sidang akhbar hari ini di Kuwait, “Masalah dan isu Palestin ialah isu paling utama bagi Kuwait. Usaha menyelesaikan isu ini sudah dibuat selama enam dekad dan Kuwait tidak menyimpang daripadanya. Garis permasalahannya jelas, lurus dan tidak kabur.”
Menteri Kuwait menjelaskan bahwa negaranya menolak pengusiran warga Palestin dari tanah air mereka. Perang di Gaza harus segera dihentikan, bantuan kemanusiaan dan akses bantuan kepada rakyat Palestin perlu diberi segera. Penyelesaian akhir terhadap masalah Palestin harus dibuat dengan cepat.
Beliau menambah, “Sikap Pemerintah Kuwait dan Majlis Nasional konsisten terhadap masalah Palestin. Terdapat kesepakatan prinsip mengenai perkara yang dibahas dalam pertemuan Jawatankuasa Urusan Luar Negara mengenai resolusi undang-undang yang melarang berinteraksi (membina hubungan) dengan entiti Zionis.”
Sejak awal serangan terhadap Tebing Gaza pada tanggal 7 Oktober, Kuwait telah memantau peningkatan pergerakan rakyat dan politik yang mendukung perjuangan Palestin. Kuwait menuntut keganasan terhadap Tebing Gaza ditamatkan dan melaungkan sokongan buati rakyat Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Khamis, 02-11-2023 – Pertahanan Awam Palestin melaporkan pada hari Isnin bahawa serangan Israel ke kawasan Tel al-Hawa, di selatan Bandar Gaza, dianggap sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan bangsa.’
Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam, berkata semasa sidang akhbar, “Beratus-ratus bom dijatuhkan ke Tel al-Hawa, dan kami menghadapi kesukaran untuk melakukan kerja kami. Seluruh kawasan sekitar Hospital Al-Quds, Jalan 8 dan Jalan 10 telah menjadi sasaran.”
Kata Basal lagi, “Apabila kami cuba memberi bantuan, kami dijadikan sasaran, maka kami terpaksa meninggalkan kawasan tersebut.”
Sejak 24 hari lalu, tentera penjajah telah melakukan serangan udara intensif ke kawasan perumahan di Gaza, mengakibatkan kematian 8,306 rakyat Palestin, termasuk 3,457 kanak-kanak dan 2,136 wanita, menurut Kementerian Kesihatan.
Di Tebing Barat, 122 rakyat Palestin telah terbunuh sejak 7 Oktober, dan tentera Israel sedang menjalankan kempen tangkapan meluas yang telah memberi kesan kepada kira-kira 2,000 rakyat Palestin, menurut sumber rasmi Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Khamis, 02-11-2023 – Briged Syuhada Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas, terus berhadapan pencerobohan Israel ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, melalui serang hendap, pertempuran, dan pertempuran langsung, menjadikan beberapa kenderaan disasarkan dengan peluru berpandu Al-Yassin.
Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan petang ini penghapusan pasukan Zionis di Beit Hanoun, dan menyasarkan traktor dan kenderaan yang dinaikinya di utara Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan tentera, briged itu berkata: Mujahidinnya menyerang pasukan Zionis selepas mereka menyerang hendap sebuah bangunan yang terdapat pasukan Mujahidin di dalamnya di Beit Hanoun, dan menyasarkan jentolak dan kenderaan tentera.
Briged Al-Qassam juga menyasarkan kereta kebal Zionis yang menembusi timur kejiranan Al-Zaytoun dengan peluru “Al-Yassin 105”, dan membakarnya.
Sebelum itu, Briged Al-Qassam mengesahkan bahawa mujahidinnya terlibat (10:10 pagi) dalam pertempuran dengan tentera musuh yang menembusi barat laut Gaza. Mereka mengesahkan bahawa dua kenderaan disasarkan dengan peluru “Al-Yassin 105”, membakarnya, dan menumpaskan salah seorang askar dari permulaannya.
Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa Mujahidinnya memusnahkan kenderaan Zionis di timur Erez pada waktu subuh hari ini dengan alat letupan dan dua peluru “Al-Yassin 105”.
Briged Al-Qassam menghantar mesej kepada musuh, dengan menyatakan: Kamu tidak akan terlepas.
Dalam satu kenyataan pagi ini, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa Mujahidinnya melepaskan tembakan dalam serang hendap ke arah kenderaan yang menembusi barat Al-Tawam di utara Semenanjung Gaza dan bertempur dalam pertempuran itu dan menyasarkan 3 kenderaan Zionis menggunakan peluru “Yassin 105”. Briged Al-Qassam juga menyasarkan tentera darat Zionis berhampiran persimpangan Kerem Shalom dengan mortar.
Briged Al-Qassam berkata, selepas tengah malam: Mujahidin menyasarkan kenderaan penjajah Zionis dengan peluru berpandu Al-Yassin 105, sebagai sebahagian daripada konfrontasi tentera yang menembusi dua paksi di Gaza.
Mereka menyatakan dalam satu kenyataan tentera bahawa Mujahidinnya berhadapan dengan pasukan musuh menembusi paksi selatan Gaza, bertempur dengan mereka menggunakan mesingan, dan menyasarkan 4 kenderaan dengan peluru “Al-Yassin 105” dan alat letupan.
Dalam satu kenyataan lain, menambah bahawa Mujahidinnya menyasarkan tangki dan jentolak Zionis di barat laut Gaza dengan dua peluru “Al-Yassin 105”.
Pada petang Isnin, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan penceroboh yang menembusi barat laut Gaza.
Briged Al-Qassam berkata dalam satu kenyataan ringkas pada pukul 18:06 waktu tempatan bahawa pejuang Mujhidinnya terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan mesingan dan peluru “Al-Yassin 105” dengan pasukan tentera penceroboh di barat laut Gaza.
Pada jam 16:45 waktu tempatan, Briged A-Qassam melaporkan bahawa mereka telah membedil kenderaan Israel di barat laut Beit Lahiya (utara Semenanjung Gaza) dengan peluru mortar.
Dia menambah bahawa “Mujahidinnya mengejutkan pasukan tentera penceroboh yang menembusi barat laut Beit Lahia, dan menyerang mereka dengan peluru dan mesingan “Al-Yassin 105” sambil diawasi penembak hendap.
Rejim Zionis memotong Jalan Salahuddin, tenggara Bandar Gaza, selepas waktu subuh ke kawasan terbuka yang memisahkan Gaza daripada gabenor pusat, sebelum pertempuran yang memaksanya berundur ke arah kawat pemisah.
Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka menyasarkan sebuah kapal pengangkut tentera Israel ‘menembusi’ ke kawasan kejiranan Zaytoun di timur Semenanjung Gaza.
“Briged Al-Qassam menyasarkan kapal pengangkut tentera Zionis menembusi timur kawasan kejiranan Zaytoun dengan peluru Al-Yassin 105,” kata al-Qassam dalam satu satu kenyataan.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Joe Ajoei
Khamis, 02-11-2023 – Dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh berikutan serangan di Tebing Barat pada pagi Selasa.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Muhammad Abdel Qader Kharaz, yang berusia 14 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan kritikal yang diterimanya dalam serangan oleh Rejim Zionis di bandar Zawata, Nablus. Seorang lelaki berusia 70 tahun bernama Rawhi Rashid Sawafta juga terbunuh selepas ditembak di muka semasa serangan Rejim Zionis di kawasan Tubas.
Selain itu, tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan dalam serangan Tubas, dua di antaranya dalam keadaan kritikal. Angka kematian rakyat Palestin di Tebing Barat telah mencapai angka 123, sementara hampir 1,950 lainnya mengalami kecederaan sejak 7 Oktober lalu dalam insiden-insiden serupa yang melibatkan konflik di kawasan tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis, 02-11-2023 – Menteri Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 8,525 warga Palestin, yang terdiri daripada 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita, telah terkorban dalam insiden serangan pihak Israel yang masih berlangsung sejak 7 Oktober. Sebanyak 21,543 warga Palestin yang lain telah mengalami kecederaan.
Ashraf al-Qudra, yang bertindak sebagai jurucakap untuk Kementerian Kesihatan Palestin, mengesahkan bahawa 18 serangan pembunuhan besar-besaran telah dilakukan di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lalu, menyebabkan 216 lagi terbunuh.
Sebanyak 926 serangan telah dilakukan di Semenanjung Gaza, ujar beliau lagi, yang mana menyaksikan beribu-ribu korban syahid. 2,000 orang lagi masih terperangkap di bawah runtuhan, termasuk 1,100 kanak-kanak.
Beliau menekankan bahawa terdapat 15 hospital dan 32 pusat penjagaan utama tidak dapat digunakan, malah 25 buah ambulan telah musnah dalam letupan bom. Para petugas kesihatan seramai 130 orang juga terkorban di dalam beberapa siri serangan.
Al-Qudra memberitahu bahawa penaklukan Israeli mengancam keselamatan Turkish-Palestinian Friendship Hospital. Recep Erdogan, Presiden Turki melarang keras sebarang ancaman atau pemusnahan ke atas mercu tanda kemanusiaan Turki di Semenanjung Gaza.
Jet-jet pengebom Israeli juga berulangkali mensasarkan kawasan Al-Quds Hospital dan Indonesian Hospital, menurut Al-Qudra lagi.
Beliau merayu agar kerajaan Mesir membuka laluan Rafah bagi membenarkan kemasukan pasukan dan keperluan perubatan serta bekalan petrol.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Khamis, 02-11-2023 Pertahanan Palestin terus memperbaharui serangan peluru berpandunya terhadap pencerobohan Zionis dan kumpulan tenteranya, ketika Pertempuran Taufan Al-Aqsa memasuki hari ke-24 berturut-turut hari ini. Mereka terus berhadapan dengan pasukan musuh yang cuba menembusi pinggir Semenanjung Gaza dari segenap arah.
Dalam peristiwa malam ini, Briged Qassam telah berjaya menyasarkan dua pengeboman di Tel Aviv sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai orang awam Gaza.
Media Ibrani (Rejim Zionis) turut melaporkan bahawa sebuah rumah di Rishon LeZion telah terkena peluru berpandu yang berada di tengah bumi Palestin yang dirampas.
Briged Al-Qassam turut mengumumkan – pada petang Isnin yang lalu- bahawa mujahidinnya berjaya mengejutkan tentera musuh dengan menembusi barat laut Beit Lahia dan menyerang mereka dengan roket dan mesin gun “Al-Yassin 105” yang ditembak oleh penembak tepat.
Mereka juga mengumumkan kejayaan pengeboman beberapa kenderaan tentera di barat laut Beit Lahia menggunakan peluru mortar.
Dalam sidang itu beliau juga menegaskan pengeboman Beersheba iaitu tanah yang dirampas dengan peluru berpandu Salvo dan serangan-serangan lain adalah sebagai tindak balas terhadap sasaran Zionis yang dibuat keatas orang awam.
Briged Al-Qassam juga menyenaraikan kejayaan mereka antaranya melakukan serangan ke atas Ashdod menggunakan peluru berpandu, tembakan peluru “berdebu” ke arah dron Zionis yang berada di udara wilayah tengah, serangan peluru berpandu ke arah Netfot di Negev barat, serangan ke atas Kibbutz “Nirim” dengan peluru mortar, dan pengeboman tapak tentera “Mars” dengan peluru mortar.
Briged Al-Quds, yang merupakan sayap tentera Gerakan Jihad Islam, berkata bahawa pejuangnya hari ini berjaya menangkap pasukan berperisai musuh (Israel) dalam serangan hendap yang dilakukan di timur kejiranan Zaytoun di Gharra, sekaligus mengakibatkan peningkatan angka korban dalam kalangan penjajah haram Zionis.
Kenyataan oleh Briged Al-Quds itu menegaskan lagi, “Mujahidin kami turut memerangkap pasukan berperisai musuh dalam serangan hendap di timur Olive,” dengan menyatakan bahawa terdapat korban dalam kalangan pasukan itu, tanpa butiran lanjut.
Mereka terus melaporkan bahawa pejuangnya terlibat dalam pertempuran yang sengit untuk menghalau dan menghalang tentera yang menyerang tenggara kejiranan Al-Zaytoun.
Sementara itu, pertahanan (Gaza) terus menghadapi percubaan pencerobohan Israel lebih daripada satu arah di Semenanjung Gaza.
Briged Al-Qassam terus berjaya menyasarkan kapal pengangkut tentera Zionis yang menembusi timur kejiranan Al-Zaytoun dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.
Sumber tempatan turut mengesahkan bahawa pertahanan (Al-Qassam) berhadapan dengan kenderaan (tentera musuh) yang berjaya menembusi Jalan Salah al-Din dan memaksa mereka berundur.
Sebagai fakta, sejak bermulanya Pertempuran Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober, 2,000 orang Israel (askar dan penjajah haram) telah terbunuh, ditangkap, atau hilang tanpa dikesan, dan lebih daripada 5,600 cedera, termasuk 1,200 tentera cedera parah.
Briged Al-Qassam juga setakat ini dapat menawan sepenuhnya bahagian Gaza yang telah dirampas oleh tentera, dan ratusan ribu peneroka haram Israel telah dipindahkan dari bumi Gaza manakala ribuan lagi melarikan diri melalui lapangan terbang, di mana hal ini memberi tekanan kepada ekonomi Israel.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi