Categories
Berita Semasa

Berakhirnya Pertemuan “Perdamaian masyarakat dan mengatasi peristiwa yang bersimpang.

Selasa , 17/01/2012 – Telah berakhir mesyuarat jawatankuasa pendamaian masyarakat yang berpunca dari dialog Kaherah dengan persetujuan dari struktur suruhanjaya,dan ini menjelaskan lagi kepada merapatkan jurang di antara Hamas dan terbuka kepada Fattah yang telah merancang untuk melawat Semenanjung Gaza melalui Beit Hannoun beberapa hari lalu.

Dr,Ismail Redhuan,seorang pemimpin Hamas dan salah seorang wakil mereka dalam pendamaian jawatankuasa itu,dalam satu kenyataan berkata,’Mesyuarat yang diaadakan di Gaza itu yang berakhir dengan pendamaian struktur jawatankuasa dan penamaan ketua-ketua jawatankuasa,dengan keperluan untuk menyelesaikan beberapa formasi yang akan diadakan pada mesyuarat akan datang pada isnin depan.

Beliau menegaskan bahawa beliau mewakili pertikaian yang berlaku di antara Hamas dan Fattah yang berlaku di Beit Hannuon dengan mencuba untuk membuka satu delegasi untk melawat Gaza beberapa hari lalu,ini menunjukkan bahawa jawatankuasa itu diberkati mengatasi perbezaan mereka dan pengakhiran kekeliruan ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Askar Israel Dibebaskan Walaupun Membunuh Rakyat Palestin

Selasa , 17/01/2012 – Empat tahun selepas sorang askar Israel menggunakan senapang patah untuk membunuh seorang rakyat Palestin dari daerah Bethlehem yang melawat keluarga di daerah Ramallah; mahkamah Israel membebaskan askar tersebut dan mendakwa bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk mensabitkan askar tersebut, sambil menambah tiada pertuduhan difailkan terhadap penembak itu, Agensi Berita Arabs48 melaporkan.

Pusat Maklumat Israel untuk Hak Asasi Manusia di Wilayah Kependudukan, B’Tselem, mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa ia telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Israel, pada 8 Ogos 2011, dan telah diberitahu bahawa pegawai yang menembak dan membunuh Firas Qasqas, 32, akan dihantar ke mahkamah. Tetapi pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan apa-apa caj yang akan difailkan ke atas askar tersebut.

Qasqas dibunuh pada 2 Disember 2007, apabila askar Israel menggunakan senapang patah untuk membunuhnya walaupun pada hakikatnya dia berada beratus-ratus meter di hadapan, tidak bersenjata dan tidak menampakkan sebarang ancaman.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Pendatang Binasakan Masjid, Bakar Kereta di Tebing Barat

Selasa , 17/01/2012 – Sekumpulan pendatang Israel berfahaman fundamentalis, pada hari Selasa malam, telah membakar tiga buah kereta milik rakyat Palestin diperkampungan Dir Estia, di Tebing Barat bahagian Salfit, dan membinasakan masjid tempatan dengan grafiti bertulis “Price Tag”.

Polis Israel melaporkan bahawa mereka sedang menyiasat serangan tersebut; Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, menyatakan yang pendatang-pendatang tersebut telah menulis “Price Tag” dan Gal Arye Yosef’ pada dinding-dinding masjid tersebut.

Grafiti “Gal Arye” itu merujuk kepada penempatan haram kota kara yang telah dikosongkan dan digeledah pada hari Selasa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Ribuan Tentera Amerika Syarikat Bakal Tiba di Israel Minggu Ini

Selasa , 17/01/2012 – Menggunakan sebuah kapal terbang AS, 9,000 tentera AS termasuk juruterbang, pasukan pemintas peluru berpandu, marin, juruteknik dan pegawai-pegawai perisikan dijadualkan untuk tiba di Israel dalam beberapa minggu lagi. Kebanyakkannya akan kekal sehingga hujung tahun, sebagai sebahagian daripada kerahan ketententeraan AS-Israel dalam mempersiapkan persediaan penglibatan ketenteraan dengan Iran, bertujuan mempersiapkan barisan hadapan ketenteraan menghadapi Iran.

Tentera Udara AS ketiga, Lt. Jeneral Frank Gorenc memberi komen dalam lawatan beliau pada dua minggu lepas bahawa, tindakan yang bakal di ambil itu adalah lebih kepada persiapan, dari hanya sekadar latihan. Gabungan ketenteraan tersebut kini telah bersedia untuk menyerang pemasangan nuclear Iran dan sebarang kecemasan dalam pertempuran.

Selepas Tehran mengeluarkan buletin tentang latihan tentera laut Iran di Selat Hormuz dalam bulan Februari, Setiausaha Pertahanan AS Leon Panetta, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak, dan dua ketua ketenteraan, Jeneral AS Martin Dempsey dan Lt. Jeneral Benny Gantz telah memutuskan untuk mengumumkan kedatangan pasukan ketenteraan tersebut pada Khamis malam, 5 Januari.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Perancis Untuk Lihat Fail Kanak-kanak yang ditembak Dalam Dakapan Ayahnya.

Selasa , 17/01/2012 – Sebuah mahkamah Perancis akan melihat kes Mohammad Ad-Dorra, 12, yang terbunuh selepas ditembak bertubi-tubi, pada 30 September 2000, ketika mencari perlindungan dari tembakan tentera Israel dalam pangkuan ayahnya; yang turut terkena beberapa tembakan.

Sebelas tahun lalu, wartawan Perancis, Sharl Anderlan, yang berada di kejadian tembakan itu,dan bersama jurukamera rakyat Palestin, Talal Abu Rahma, telah merakam kejadian tersebut. Anderlan kemudiannya telah dituduh mereka video tersebut, walaupun kejadian tembakan tersebut berlaku pada siang hari dihadapan beberapa orang, dan para wartawan, yang juga menyaksikan kejadian tersebut.

Mohammad Jamal Ad-Dorra dilahirkan pada 22 November 1988, telah ditembak mati pada 30 September 2000. Dia dan ayahnya sedang berjalan di lorong Salah Ed-Deen, di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Haneyya kembali ke Gaza dengan sambutan hangat

Khamis , 12/01/2012 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya kembali ke Semenanjung Gaza melalui pangkalan sempadan Rafah pada petang Selasa selepas lawatan ke empat buah negara.

Haneyya memberitahu penerimaan rasmi dan popular bahawa lawatannya ke Mesir, Sudan, Turki, dan Tunisia telah berjaya dan praktikal mencerminkan pengepungan politik yang dikenakan ke atas Semenanjung bakal dimusnahkan.

Beliau menjangkakan bahawa hasil lawatan beliau akan menjadi kenyataan dalam tempoh yang akan datang dalam bentuk sokongan yang lebih besar bagi rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang warga Palestin di selatan Jenin

Khamis , 12/01/2012 – Pendatang Yahudi yang dipimpin oleh tentera rejim Israel (IOF) menyerang beberapa kawasan di selatan Jenin pada Selasa dan mengakibatkan kekacauan.

Sumber tempatan menyebut, pendatang-pendatang itu menyerang orang awam
Palestin di kawasan Hafira, selatan Jenin dan menghina mereka. Mereka menambah, pendatang-pendatang itu juga mendaki bukit dan
mengambil gambar kawasan persekitaran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga Tahanan Nablus Tuntut Kebebasan Ahli Keluarga Dari Penjara Juneid

Khamis , 12/01/2012 – Keluarga tahanan politik di bandar Nablus mengadakan mogok pada Isnin lepas bagi menuntut pihak berkuasa Palestin dan pasukan keselamatan untuk membebaskan ahli keluarga mereka yang ditahan di penjara Al-Juneid.

Mogok tersebut adalah anjuran Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik dan Persatuan Belia Islam. Kedua-dua organisasi ini terlibat dalam perjuangan damai untuk mengawal dasar-dasar keselamatan pihak berkuasa Palestin dan mempertahankan kebebasan awam di Tebing Barat.

Para pembantah melaungkan “Kebebasan untuk Tahanan Al-Juneid” turut membawa gambar-gambar tahanan dan kain rentang yang menuntut pengakhiran kepada tangkapan politik demi pendamaian kebangsaan.

Tokoh-tokoh negara yang terkemuka, penggubal undang-undang dan aktivis hak asasi manusia dari Nablus juga mengambil bahagian dalam mogok tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF serbu kampung Nablus dan tahan kanak-kanak

Khamis , 12/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) menyerbu kampung Sebastia di barat utara Nablus Selasa lalu dan menahan kanak-kanak di salah satu jalan di sana, kata sumber tempatan.

Seorang pegawai kampung di situ berkataaskar IOF menyekat jalan-jalan kampung dan menahan Ahmed Azem yang berusia 14 tahun tanpa memberi sebab penangkapan itu.

Sumber itu, berkata tentera-tentera keluar dari kampung itu tidak lama kemudian selepas menahan kanak-kanak itu, yang berkemungkinan dibawa ke pangkalan tentera IOF di penempatan bersebelahan Shavi Shimron.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Barhum: Sambutan Hebat Lawatan Luar Negeri Haneyya Bimbangkan Zionis

Khamis , 12/01/2012 – Jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum menegaskan sambutan hebat terhadap perdana menteri Ismail Haneyya dalam kunjungan terakhirnya menunjukan realiti bangsa Arab dan kecintaanya terhadap bangsa Palestin.

Dalam pernyataan akhbarnya Barhum mengatakan, sambutan yang begitu besar ini menunjukkan hakikat sokongan bangsa Arab terhadao Al-Quds dan Tebing Barat. Keadaan ini membuat entiti Zionis bimbang dan meletakkan Hamas berada dalam keadaan yang lebih dalam aspek kuasa tuntutan. Konspirasi hari ini telah menunjukkan simpatisme bangsa Arab yang begitu besar terhadap Gaza dan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Al-Aqsa: 70 Serangan Zionis Keatas Tempat Suci Pada Tahun 2011.Al-Aqsa: 70 Serangan Zionis Keatas Tempat Suci Pada Tahun 2011. Al-Aqsa: 70 Serangan Zionis Keatas Tempat Suci Pada Tahun 2011.

Khamis , 12/01/2012 – Yayasan Aqsa Waqaf dan Warisan dalam laporan yang dikeluarkan Selasa (10-1-2012) sekitar tujuh puluh serangan Zionis di tempat suci di wilayah-wilayah Palestin,Jerusalem,dan Tebing Barat,terutamanya pembakaran lapan buah masjid dan pelantar 120 kubur dari tanah perkuburan di Jerusalem,sebagai tambahan kepada kerja-kerja pencemaran dan vandalisme seperti menaip slogan yang menyinggung perasaan orang arab dan umat islam kepada beberapa buah masjid.

Laporan itu termasuk pemantauan serangan keatas kepelbagaian,dari pembakaran masjid,atau cubaan untuk membakar,membakar,atau keputusan-keputusan kehakiman untuk merobohkan dan lain-lain lagi.

Yayasan Aqsa mengingatkan bahawa perusahaan Zionis dan senjata telah meningkatkan serangan ke sebahagian besar di tempat suci,dan mengambil bahagian dalam tangan Zionis;seperti pejabat.badan kehakiman.dan kuasa-kuasa penjajahan dan lain-lain lagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi dari Jordan Bersedia Menghantar Bantuan ke Gaza

Khamis , 12/01/2012 – Ketua Jawatankuasa ‘Artery of Life’, Jurutera, Wael Al-Saqqa, menyatakan bahawa beberapa orang perseorangan Jordan dan institusi popular dalam persediaan untuk konvoi “Ansar 2” bagi memecahkan pengepungan Israel ke atas Gaza, dan menghantar bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan.

Dalam sidang media, Al-Saqqa mengatakan bahawa jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Mesir bagi memudahkan perjalanan konvoi, dan untuk memastikan laluan ke Gaza adalah betul.

Beliau kemudiannya menambah bahawa konvoi tersebut akan membawa bekalan bantuan, terutamanya peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

Konvoi tersebut bakal meninggalkan Jordan tidak lama lagi; mereka akan meninggalkan Amman menuju Pelabuhan Aqaba Jordan sebelum berlayar ke Gaza melalui Pelabuhan Nweibe’ Mesir.

Al-Saqqa berkata bahawa beliau berharap agar Pihak Berkuasa Mesir akan memberikan kerjasama dengan konvoi tersebut dan memastikan mereka tiba di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh : Palestin bukan simbol politik, bahkan ianya adalah tanggungjawab agama dan negara.

Isnin , 09/01/2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh, menyampaikan mesej bahawa Tunisia bersedia untuk membantu menghancurkan kepungan politik dan ekonomi ke atas Gaza, dan memberitahu bahawa Palestin adalah bukan simbol politik, tetapi ia adalah tanggungjawab agama dan kenegaraan.

Haniyyeh sewaktu sidang media ditemani Perdana Menteri Tunisia, Hemaidi Al-Jabali, pada hari Khamis (5 Januari) berkata bahawa rakyat Tunisia telah berjaya melepasi saat revolusi dan pilihanraya, sehingga pada saat ini Tunisia sedang masuk ke tahap pembinaan kepiminan negara. Haniyyeh juga memberitahu bahawa perkara tersebut adalah salah satu dari catatan paling bersejarah.

Haniyyeh menyatakan kegembirannya terhadap kejayaan Tunisia ke dalam tempoh “baik pulih” masaalah dan situasi mereka, kepada mereka yang menyambut beliau di Lapanganterbang Antarabangsa Tunisia yang menyorak “rakyat mahu Palestin bebas”, sangat bermakna kerana membawa maksud bahawa pembebasan Palestin itu semakin dekat, di samping memberitahu bahawa Tunisia mempunyai semangat Arab yang mendalam terhadap Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IOF tangkap 8 lagi rakyat Palestin dan tahan 2 remaja berjam-jam

Isnin , 09/01/2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 8 orang rakyat Palestin di beberapa tempat sekitar Tebing Barat menjelang Subuh hari Khamis lalu selepas menutup mata dan mengikat tangan mereka, kata sumber tempatan.

2 orang remaja Palestin yang berasal dari Kampung Ya’bad, Jenin turut ditahan oleh IOF pada waktu malam dalam satu operasi sekatan jalanraya oleh pihak tentera berhampiran penempatan haram Yahudi.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menyoal-siasat kedua-dua remaja terbabit yang berusia 13 dan 17 tahun sebelum kemudiannya menyerahkan mereka kepada pegawai Palestin yang berautoriti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Beratus-ratus Pendatang Haram Yahudi Serbu Kampung Salfit

Isnin , 09/01/2012 – Beratus-ratus pendatang haram Yahudi menyerbu kampung Kefel Haris pada lewat malam hari Rabu dan tinggal hingga terbit fajar Khamis di bawah perlindungan tentera zionis (IOF), kata sumber-sumber tempatan.

Media Yahudi melaporkan bahawa 1400 pendatang yahudi tiba di kampung di bawah keselamatan yang ketat IOF untuk menjalankan upacara Talmud berhampiran tapak Islam sebelum pulang pada waktu pagi.

Makmun Buzaya, jurucakap perbandaran kampung, berkata bahawa unit IOF menyerbu kampung pada Rabu malam, mengenakan perintah berkurung, menduduki bumbung bangunan, dan mendirikan halangan tentera.

Buzaya berkata bahawa peneroka mendakwa mereka melawat tempat-tempat suci agama Yahudi di kampung, sambil menambah bahawa mereka menyerbu kampung itu 46 kali sepanjang 2011 bagi maksud yang sama.

Penduduk kampung memberitahu wartawan PIC bahawa peneroka menyerang kereta dan harta awam dan mencampakkan sampah di rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen