Categories
Berita Semasa

Tufkaji: Rundingan damai dengan Israel diakhiri dengan Baitulmaqdis milik Palestin

Isnin , 09/01/2012 – Pakar hal ehwal penyelesaian Palestin, Khalil Tufkaji memberi amaran sekiranya ada keputusan baru di masa hadapan selepas dari perbicangan pihak berkuasa Palestin dalam rundingan damai yang terkini dengan Israel, berkata langkah itu hanya akan berakhir Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.

Beliau berkata bahawa bilangan peneroka Yahudi telah meningkat sejak perjanjian Oslo 1993 dan Israel telah membina lebih daripada 20000 unit untuk mereka dan berdozen-dozen unit di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Pakar berkata,”Israel bekerja untuk negeri mereka kerana mereka akan tinggal di sana selama-lamanya.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneyya tiba di Tunisia untuk lawatan rasmi

Isnin , 09/01/2012 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya Gaza tiba di ibu negara Tunisia untuk majlis rasmi dan umum pada Khamis lalu.

Perdana Menteri Tunisia, Dr. Hamed Al-Jibali menyambut ketibaan Haneyya di lapangan terbang bersama-sama menteri dan pemimpin parti Nahda, Sheikh Rashed Al-Ghanoushi.

Mereka telah mengadakan pertemuan ringkas di lapangan terbang sebelum menuju ke majlis resepsi popular di mana beribu-ribu warga Tunisia mengibarkan bendera Palestin dan Tunisia bersama gambar as-syahid Sheikh Ahmed Yassin, pengasas Hamas dan Haneyya serta mereka terpanggil untuk membebaskan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF tahan 3 pensyarah Palestin dan 3 warganegara di Al-Khalil

Isnin , 09/01/2012 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pensyarah Palestin Dr Mohammed Salibi setelah menyerbu kediamannya di Nablus pada Subuh hari Khamis, sumber tempatan menyebut.

Ahmed Al-Beitawi, penyelidik di yayasan hak asasi manusia Tadamun berkata pihak tentera menyerbu kediaman Salibi dan menyerang anak-anaknya sebelum membawanya pergi.Beliau berkata, IOF telah menahannya pada 13-12-2009 dan menahannya selama 14 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pertemuan jawatankuasa am saling tukar nama tahanan

Isnin , 09/01/2012 – Jawatankuasa Pemantau Kebebasan Awam telah membincangkan isu-isu dalam pertimbangan dan saling bertukar nama-nama tahanan politik dari puak Fatah dan Hamas dalam mesyuarat keduanya Rabu lepas.

Pemimpin Jihad Islamiah dan penyelaras Jawatankuasa tersebut, Khaled Al-Batsh berkata Jawatankuasa memutuskan untuk menyempurnakan tugasan yang ditetapkan walaupun dalam kadar perlahan kerana
ia merupakan hasil dari penggal lima tahun.

Khaled juga menyatakan kedua kumpulan Palestin ingin menyambung pertimbangan dan perbincangan mengenai isu-isu tahanan politik, passport, institusi-institusi yang yang ditutup, serta kebebasan awam
dan politik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah

Categories
Berita Semasa

Pertemuan Perundingan Amman Sia-sia dan Permainkan Hak Palestin

Isnin , 09/01/2012 – Anggota Dewan Legislatif Palestin, Ismail Asyqar mengkritik pertemuan perundingan antara Otoriti Palestin dan penjajah Israel di Amman dan menyebutnya sebagai menyia-nyiakan hak-hak Palestin. Ia hanya menyelamatkan dan memperbaiki citra Zionis Israel dan memberikan tali hayat kepada Israel. Beliau menegaskan bahawa pertemuan seperti ini tertolak secara nasional dan dinilai mempermainkan hak-hak dan kepentingan Palestin.

Asyqar melihat Otoriti Palestin di Ramallah bertanggungjawab penuh terhadap pertemuan seperti ini dan meminta wakil Palestin agar menghentikan usaha tersebut segera kerana perundingan itu dilaksanakan di luar konteks nasional Palestin.

Beliau menambah, “Wakil Palestin harus segera menghentikan perundingan yang tidak memberikan kebaikan nasional buat Palestin, namun memberikan keuntungan kepada penjajah Israel.” Beliau mengatakan, “Kami katakan kepada Otoriti Palestin dan wakil perunding Palestin, cukuplah mempermainkan dan menyia-nyiakan hak-hak dan kepentingan Palestin, Anda harus segera menghentikannya.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel Disyaki Bakar Kenderaan Warga Palestin di Bethlehem

Isnin , 09/01/2012 – Pada awal pagi Rabu, beberapa orang yang tidak dikenali telah membakar 2 buah trak warga Palestin dan menyembur cat slogan sayap kanan gerakan penduduk Israel.

Grafiti tersebut, lebih kurang sama dengan grafiti yang dicat di beberapa buah masjid, kereta, dan bangunan oleh penduduk Israel sejak beberapa minggu lepas, bertulis “Balas Dendam”, dan “Tanda Harga”. ‘Tanda Harga’ adalah simbol yang digunakan oleh sayap kanan penduduk Israel yang menyatakan warga Palestin harus ‘membayar harga’ kepada keputusan kerajaan Israel untuk memusnahkan penempatan haram warga Israel.

Beberapa buah kereta yang diletakkan sebuah pusat mencuci kereta di perkampungan Sharafat, kawasan Bethlehem tenggara Baitulmaqdis dimusnahkan pada serangan hari Rabu. Pusat cuci kereta tersebut terletak berdekatan pintu masuk ke penempatan Gilo – sebuah penempatan Israel yang dibina atas tanah curi milik Palestin di kawasan Bethlehem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel mengupah pelajar menyebarkan propaganda dalam talian

Isnin , 09/01/2012 – Kerajaan Israel telah melancarkan satu program dengan mengupah pelajar-pelajar untuk mempromosikan agenda Israel di Facebook dan ruang sembang internet.

Pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan menerima wang sejumlah dua ribu dolar daripada Agensi Yahudi, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Israel, dengan memperuntukkan lima jam seminggu di talian dengan mempromosikan nilai mata percakapan yang disediakan oleh kerajaan Israel.

Menurut Kesatuan Kebangsaan Pelajar Israel, yang merupakan rakan kongsi dalam program ini, program ini merujuk kepada satu petikan “memperdalam dan memperluas aktiviti-aktiviti hasbara pelajar”. Hasbara bermaksud propaganda dalam bahasa Hebrew.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

ASYKAR: Rundingan Pertemuan-Pertemuan Lepas Adalah Disalahgunakan Dan Dimanipulasikan Dengan Kebenaran.

Isnin , 09/01/2012 – Timbalan Jurutera,Ismail Asykar,Naib Presiden Perubahan dan Reformasi mengkritik mesyuarat Amman diantara pihak berkuasa Palestin dan penjajah Zionis,menyifatkan pertemuan itu adalah sia-sia dan bertujuan untuk menyelamatkan dan memperbaiki imej Zionis dan untuk melanjutkan bantuan kepada mereka,beliau juga menegaskan bahawa mesyuarat itu tidak boleh diterima di peringkat antarabangsa dan dianggap memanipulasi hak Palestin.

Beliau yang berpendapat dalam satu kenyataan pada hari Khamis lalu (5-1-2012) berkata,pihak berkuasa Rammallah bertanggungjawab penuh dalam mesyuarat itu merosot di peringkat nasional,dan memanggil perunding Palestin untuk menghentikan serta merta.

Asykar berkata:”mesyuarat -mesyuarat ini datang dalam konteks bukan nasional terutamanya selepas pemulihan rangka yang membawa kepada pertubuhan Pembebasan Palestin yang sepatutnya menawarkan kepadanya untuk mengatakan fikirannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Pegawai Ketenteraan Israel ” Pergerakan Jihad Islam Lebih Kuat Dari Hamas”

Isnin , 09/01/2012 – Pegawai Kanan Risikan Ketenteraan Israel menyatakan pada Rabu hasil risikannya kumpulan Hamas dan Pergerakan Jihad Islam di Gaza menunjukkan yang dua kumpulan ini berjaya meningkatkan keupayaan ketenteraan mereka , dan memperolehi roket-roket berkeupayaan tinggi.

Pegawai menyatakan yang roket-roket dari Pergerakan Jihad Islam berkeupayaan tinggi berbanding dari roket-roket kepunyaaan Hamas, ia berkeupayaan menjangkau sejauh74 kilometer, ini bererti bahawa mereka boleh menerjahTel Aviv dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Bercakap di Channel TV Israel 10, pegawai menyatakan yang risikan ketenteraan Israel percaya bahawa, dalam bulan-bulan kebelakangan ini, Pergerakan Jihad Islam berjaya menyeludup jenis senjata berbeza melaluiterowong-terowong , beberapa senjata ini lebih kukuh dan lebih berkesan daripada senjata-senjata yang Hamas gunakan kini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

IOA rampas lagi 13 dunum tanah Jerusalem

Isnin , 09/01/2012 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) telah mengeluarkan arahan supaya 13 dunum lagi tanah rakyat Palestin di Wadi al-Jouz dirampas. Tanah terbabit terletak di wilayah Jerusalem yang dijajah rejim Zionis, kata Pusat Sosial dan Hak Ekonomi Quds pada Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah pusat tersebut, Ziyad al-Hammouri, kawasan yang terbabit itu adalah kawasan perindustrian yang merupakan satu-satunya kawasan yang masih didiaminya oleh penduduk asalnya di Kota Lama,
Jerusalem.

Menurut Hammouri, 170 orang peniaga akan kehilangan perniagaan mereka manakala lebih daripada 700 orang pekerja akan kehilangan perkerjaan setelah tanah terbabit dirampas kelak. Beliau juga mengutuk majlis daerah yang dikuasai oleh rejim Zionis dan
menafikan dakwaan mereka bahawa tindakan rampasan tanah terbabit adalah untuk kepentingan umum.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Haniyya Mengadakan Pertemuan Dengan Erdogan di Ankara

Isnin , 09/01/2012 – Ketua kerajaan pimpinan Hamas di Semenanjung Gaza, Perdana Menteri Ismail Haniyya, mengadakan lawatan ke Parlimen Turki pada hari Selasa, dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, yang menegaskan sokongan Turki kepada perjuangan rakyat Palestin.

Haniyya juga mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada beberapa parti politik Turki, termasuk kumpulan-kumpulan Islam dan yang berhaluan kiri, dan memaklumkan kepada mereka mengenai situasi di Gaza dan penderitaan rakyat yang menghadapi serangan berterusan daripada Israel, dan sekatan yang tanpa henti.

Beliau juga menyatakan bahawa Jerusalem menghadapi ancaman yang serius disebabkan oleh dasar-dasar yang menyalahi undang-undang Israel seperti perobohan rumah, dan aktiviti pembinaan dan perluasan penempatan yang berterusan, sebagai tambahan kepada serangan terhadap tempat suci.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Pemenjaraan Seorang Sheikh Palestin Memasuki Minggu Ketiga Mogok Lapar

Isnin , 09/01/2012 – Sheikh Khader Adnan, 36, seorang jurucakap gerakan HAMAS, memasuki minggu ketiga mogok lapar yang bermula hari Ahad yang lalu, dalam usaha protes kepada keadaan dalam penjara Israel di tempat yang beliau berada sekarang.

Selepas diculik oleh tentera rejim Israel pada 17 Disember dari rumahnya di Kampung Arrabah selatan Jenin, Adnan telah ditahan di pusat tahanan Israel tanpa jaminan.

Menurut Pertubuhan Tahanan Palestin, layanan yang keras dan pemenjaraan ke atas ahli politik Palestin di tempat tahanan Israel meningkat secara mendadak selepas pembebasan dua orang tahanan pada bulan Oktober dan Desember, sebagai pertukaran kepada pembebasan askar Israel Gilad Shalit.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Peneroka ‘Membantu’ Tentera-tentera Membuat Sekatan ke atas Kaum Lelaki

Isnin , 09/01/2012 – Peneroka Israel yang bersenjata, berpakaian orang awam, dilihat membantu tentera-tentera Israel ketika usaha mencari kenderaan milik rakyat Palestin dan memeriksa pengenalan diri mereka di beberapa sekatan jalan ketenteraan yang menghala ke daerah Ramallah, pusat Tebing Barat.

Agensi berita The Maan melaporkan bahawa berpuluh-puluh peneroka berpakaian orang awam, membawa senapang automatik, berdiri di sebelah tentera Israel di sekatan jalan Bet El, timur laut Ramallah, malah mencari kenderaan milik rakyat Palestin dan memeriksa pengenalan diri penumpang.

Peneroka Israel biasanya menjalankan “rondaan” di beberapa jalan raya di Tebing Barat, namun sentiasa diiringi tentera Israel.

Ini adalah kali pertama beberapa orang peneroka mengambil bahagian secara langsung dalam tugas-tugas yang merupakan tanggungjawab mutlak tentera.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Ekmeleddin merayu untuk bantuan segera perubatan ke Gaza

Jumaat , 06/01/2012 – Setiausaha Agung Organisasi Islam Ekmeleddin Ihsanoglu, memohon rayuan segera kepada pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan kecemasan di Semenanjung Gaza.

Dalam kenyataan akhbar Isnin lalu, Ihsanoglu menggesa negara-negara anggota pertubuhan Islam, pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan dan badan-badan amal di negara Islam dan badan-badan antarabangsa bagi menangani masalah kekurangan bekalan perubatan di Gaza.Rayuan beliau adalah secara khususnya untuk keperluan pesakit kanser dan buah pinggang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera perisik Israel menculik kanak-kanak Palestin

Jumaat , 06/01/2012 – Tentera perisik keselamatan Israel telah menculik seorang kanak-kanak Palestin di Aisawiye, ke timur utara Baitulmuqaddis, pada malam Selasa, kata sumber-sumber tempatan.

Mereka berkata bahawa askar menyamar memecah masuk ke kampung dan mengejar beberapa kanak-kanak yang berjaya melarikan diri kecuali kanak-kanak yang berusia 6 tahun Mohammed Ali Dirbas.

Sumber-sumber menyatakan bahawa unit sandaran bergegas ke tempat kejadian dan melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan menyebabkan beberapa orang pengsan di rumah-rumah dan dusun berdekatan, dan menyebabkan berlaku masalah pernafasan berpuluh-puluh orang awam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada