
Jumaat, 08/01/2010 –Berikutan serangan-serangan agresif dari pihak rejim Zionis di Genting Gaza, angkatan udara rejim Zionis telah melancarkan sejumlah serangan udara terhadap terowong yang membawa sumber makanan dari Mesir. Sumber-sumber perubatan melaporkan bahawa 2 orang awam terbunuh dan beberapa tercedera dalam pengeboman yang ganas itu.

Jumaat, 08/01/2010 – Rejim Zionis telah mengeluarkan arahan ketenteraan bagi menyekat Fawaz Eghbariye, seorang pemerhati Badan Anugerah dan Warisan Aqsa (AFEH), daripada memasuki Masjidil Aqsa selama enam bulan.

Jumaat, 08/01/2010 – Dr Ahmed Bahar, timbalan speaker pertama Parlimen Palestin (PLC) Selasa lalu menekankan bahawa semua konspirasi yang bertujuan untuk menguji ketabahan penduduk Gaza dan memeras mereka untuk membuat konsesi akan menemui kegagalan.
Khamis , 07/01/2010 – Lebih dari 14 organisasi Eropah menyerukan untuk berdemo di depan kedutaan Mesir di seluruh Eropah bagi mengutuk serangan pihak keselamatan Mesir. Pihak keselamatan Mesir telah menyerang dan memukul para sukarelawan konvoi kemanusiaan “Life Line 3” di pelabuhan El-Arish, Mesir. Demo besar-besaran dijangka akan diadakan serentak di bandar-bandar besar Eropah. Demo ini bertujuan mengutuk tindakan Mesir dan menghantar memorendum kepada kedutaan Mesir.
Galloway: Mesir khianati kami.

Khamis , 07/01/2010 – Seorang ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan 3, George Galloway menegaskan bahawa konvoinya yang menempuh perjalanan selama 31 hari disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Gaza “…kerana melihat kami sanggup mengorbankan darah semata-mata kerana mereka.”

Khamis , 07/01/2010 – Puluhan pembantah yang menyertai konvoi ‘Pembuluh Kehidupan 3’ mengalami kecederaan lewat petang semalam (Selasa, 5/1) setelah dikasari dan dipukul dengan cortar dan disembur dengan gas pemedih mata dan pasir halus, oleh pasukan keselamatan Mesir di Pelabuhan al-‘Arish.

Khamis , 07/01/2010 – Penggubal undang-undang Hamas, Mohamed Abu Juhaisha menafikan laporan media yang menyebut bahawa penyeksaan di penjara-penjara milik PA di Tebing Barat telah berakhir. Beliau mengesahkan bahawa laporan itu adalah palsu.

Khamis , 07/01/2010 –Puluhan sukarelawan yang bersatu di bawah “Live Line 3” cedera akibat dipukul dan dikasari oleh pasukan keselamatan Mesir di pelabuhan Areys. Mereka turur disembur dengan gas pemedih mata. Jurucakap “Live Line 3” Zahir Birawi memberitahu pihak keselamatan Mesir menggunakan kekerasan yang melampau. Dalam pada itu, lebih 10 buah lori yang membawa makanan telah rosak. Mengikut Zahir, pihak keselamatan Mesir turut menggunakan batu-batu bagi menghalang “Live Line 3”.

Rabu , 06/01/2010 – Viva Palestin Malaysia ingin mengekspresikan kekesalan dalam perkembangan terbaru di Al Arish, Mesir . Untuk menganiaya sekelompok sukarelawan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat Gaza adalah sama sekali tidak boleh diterima akal.

Rabu, 06/01/2010 – MP Mona Mansour mengutuk keputusan Israel untuk menutup persimpangan Shujaia (Nahal Oz) dan menyifatkan ianya sebagai “kejam”.

Rabu, 06/01/2010 – Konvoi bantuan antarabangsa Lifeline-3 untuk Gaza akhirnya tiba di pengkalan El-Arish di Mesir pada malam Ahad lalu dengan menaiki sebuah kapal kargo Turki yang dalam perjalanan ke semenanjung Gaza.

Rabu, 06/01/2010 – Yayasan al-Aqsa menegaskan keadaan tanah mendap dan jalan berlubang semakin merebak dan membesar di jalan utama Silwan. Jalan utama itu menghubungkan bandar Silwan dengan masjid al-Aqsa. Yayasan al-Aqsa menegaskan kejadian ini berlaku hasil kerja-kerja penggalian terowong oleh Zionis-Israel. Ini membahayakan masyarakat, rumah-rumah dan masjid-masjid di kawasan itu.