Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Menahan Kapal Bantuan, Tahan Penumpang

Khamis , 10/11/2011 – Dua kapal bantuan ke Gaza telah ditahan oleh tentera laut Israel pagi jumaat dan ditunda ke Pelabuhan Israel, dimana penumpangnya telah ditahan oleh Pasukan Keselamatan Israel.

Dennis Kosseim, penyelaras kapal bantuan itu memberitahu pemberita, bahawa sekatan Israel terhadap misi bantuan tidak akan melemahkan semangat para aktivis, sambil menambah, ” Matlamat kami adalah jelas, iaitu membawa bantuan kemanusiaan dan harapan kepada rakyat palestin di Gaza.”. Dia berjanji bahawa misi bantuan ke Gaza itu akan diteruskan, dan lebih banyak bot dijangka akan tiba, bulan hadapan.

Apabila tentera laut Israel menghampiri kedua-dua bot tersebut, hubungan komunikasi terputus secara tiba-tiba diantara penumpang serta rakan media diseluruh dunia, termasuklah telefon bimbit, telefon satelit dan hubungan komunikasi radio, menyebabkan spekulasi timbul bahawa tentera laut Israel menyekat isyarat perhubungan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Israel “Maafkan” Sejumlah Besar Warga Palestin Yang Dikehendaki

Khamis , 10/11/2011 – Sumber keselamatan Palestin melaporkan, Jumaat lepas bahawa, Israel telah menyerahkan kepada pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat, satu senarai mengandungi nama sejumlah besar warga Palestin “dikehendaki” yang telah mendapat sebahagian atau sepenuhnya pengampunan daripada Israel.

Warga Palestin “dimaafkan” tersebut dikehendaki oleh Israel, tentera Israel telah berulang kali melakukan operasi untuk menangkap mereka, bersama-sama “warga Palestin dikehendaki” yang lainnya.

Warga Palestin “pengampunan sepenuhnya” akan bebas bergerak di dalam wilayah Palestin, dan juga akan dibenarkan keluar untuk perjalanan ke luar negara.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Abbas : Tiada Bidaan Baru di UN.

Khamis , 10/11/2011 – Pihak Berkuasa Palestin diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas menyatakan, ia tidak akan memfailkan mana-mana bidaan baru di agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada waktu ini , dan hanya akan memberi fokus pada usaha-usaha mendapat status taraf negara penuh di PBB.
Menteri Luar Palestin, Riyadh Al Maliki, menyatakan yang “Presiden Abbas mahu memberi fokus pada fail percubaan menjadi ahli UN yang akan diserahkan pada 23hb September”, tambahnya lagi , P.A. memberi tumpuan pada isu itu melalui Majlis Keselamatan itu. Katanya, International Community mesti mengganggu dan menghentikan semua langkah diambil Israel untuk menentang rakyat Palestin dalam usaha mencari pengiktirafan antarabangsa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis cedera di perkampungan Palestin.

Khamis , 10/11/2011 – Berita Ynet Israel melaporkan, seorang lelaki rakyat Israel telah cedera berdekatan dengan Makam “Joshua”, di perkampungan Palestin Kafel Hares, berhampiran dengan Tebing Barat Bandar Qalqilia. Lelaki tersebut mendapat kecederaan kecil dan telah dibawa ke sebuah Pusat Perubatan Israel.

Ynet menyatakan, “Sekumpulan pemuja telah pergi ke Makam Joshua tanpa berurusan terlebih dahulu dengan tentera Israel berkenaan lawatan mereka”.

Dalam perkembengan yang lain, tentera Israel telah menculik tujuh orang rakyat Palestin dalam satu malam di beberapa kawasan Tebing Barat dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Jemaah haji Palestin disekat rejim Zionis di sempadan.

Khamis , 10/11/2011 – Pada Jumaat pagi, pihak polis penjaga sempadan negara mengharamkan ratusan jemaah Palestin, yang telah dibebaskan di Shalit melalui perjanjian penukaran yang ditandatangani oleh Pergerakan Hamas-Israel pada bulan lepas, yang pergi ke Tanah Suci Mekah, agensi media Palestin melaporkan pada pagi Jumaat. Pihak Israel mengatakan bahawa kesemua jemaah itu tidak mempunyai dokumen yang sah untuk pergi ke Jordan, kata sumber Israel. Pegawai sempadan Palestin, Nathmi Mhanna, mengatakan bahawa tida koordinasi di antara para jemaah tersebut dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Agama dan Wakaf Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah

Categories
Berita Semasa

Puluhan Ribu Rakyat Israel Membantah Keadaan Ekonomi, Perbelanjaan Ketenteraan

Khamis , 10/11/2011 – Perarakan puluhan ribu rakyat Israel telah berlaku di Tel Aviv, dengan ribuan lagi berhimpun di Jurusalem, untuk mendesak kerajaan Israel untuk mengubah keutamaan perbelajaan ketenteraan dan menangani masalah sosial yang melanda negara itu.

Salah satu penganjur kepada bantahan tersebut, Nicola Simmonds, memberitahu pemberita,”Di dalam Israel, kami tidak mengalami kemelesetan ekonomi. Masalah kami bukanlah kerana kami tiada wang. Masalah kami adalah salah urus.”

Pada hujung September, bertindakbalas terhadap bantahan dan perhimpunan sepanjang musim panas, kerajaan Israel menaikkan cukai ke atas syarikat-syarikat dan orang kaya Israel. Tetapi, penunjuk perasaan mengatakan bahawa itu sahaja tidak mencukupi, dan tindakan selanjutnya perlu diambil untuk menangani masalah ketidaksamaan didalam negara.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Ketua Pegawai Ketenteraan Israel : “Mulakan serangan ke atas Gaza!”

Khamis , 10/11/2011 – Ketua Pegawai Ketenteraan Israel, Benny (Benjamin Gantz, memerintahkan para tentera untuk memulakan serangan tindak balas berperingkat untuk menentang semula serangan dari arah Semenanjung Gaza ke sempadan kawasan Israel, TV Israel melaporkan.

Gantz menyatakan bahawa Israel tidak akan komited tehadap gencatan senjata dengan kumpulan pertahanan di Semenanjung Gaza, dan akan meneruskan untuk menyerang Gaza bagi menghadkan keupayaan kumpulan pertahanan itu. The Jerusalem Post melaporkan di laman sesawangnya pada Isnin malam, bahawa tentera- tentera mestilah sentiasa bersedia untuk pemusnahan dan serangan balas secara mengejut di bahagian kawasan itu, dan pihak Israel mestilah sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah

Categories
Berita Semasa

Palestin Menjadi Ahli UNESCO Secara Rasmi.

Khamis , 10/11/2011 – Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Pendidikan, Organisasi Saintifik dan Kebudayaan, UNESCO, telah pun mengundi pada hari isnin bagi melanjutkan keahlian penuh Palestin, walaupun Amerika dan Negara penyumbang lain menyatakan bahawa keputusan ini akan melibatkan penggunaan dana organisasi ini.

Deligasi UNESCO berbesar hati untuk mengundi bagi mengiktiraf Palestin sebagai ahlinya dengan undian 107-14, dengan 52 yang berkecuali. Apabila undi telah dikira, sorakan kuat kedengaran didalam dewan perhimpunan.

“ Kegembiraan memenuhi hati saya. Ini adalah saat yang bersejarah,” kata Menteri luar Palestin, Riad Malki. “ Kami berharap kemenangan hari ini di UNESCO adalah garis bagi permulaan. Penyertaan kami didalam UNESCO bukanlah pilihan, ia tidak boleh diganti dengan yang lain.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Rakyat Mesir di tahan berikutan kes di kedutaan Zionis

Sabtu , 05/11/2011 – Pihak kehakiman Mesir telah mendakwa seramai 73 orang rakyat Mesir di sebabkan insiden serangan di kedutaan besar Zionis. Mereka telah dihukum 6 bulan penjara. Kejadian berlaku apabila tentera Zionis di kedutaan itu menyerang rakyat Mesir yang berada di kawasan kedutaan itu. Rakyat Mesir telah mengadakan demonstrasi aman di kawasan itu. Hasil dari kejadian itu, pegawai kedutaan Zionis telah bertindak meninggalkan pejabat kedutaan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Notis pemusnahan diberi kepada lima keluarga di Silwan

Sabtu , 05/11/2011 – Rejim Israel (IOA) menyerahkan 5 notis pemusnahan kepada beberapa keluarga Palestin di Silwan pada Selasa, sumber tempatan menyebut.

Mereka berkata, notis tersebut diedarkan di empat kawasan di Silwan. Sumber akhbar Hebrew turut melaporkan bahawa IOA sedang meneruskan perancangan membina sebuah taman kerohanian di Silwan, dan proses ini melibatkan pemusnahan 22 kediaman di bandar itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menuntut Israel bertanggungjawab ke atas penangkapan MP Yusuf

Sabtu , 05/11/2011 – Pergerakan Hamas sangat-sangat mengutuk pendudukan Israel kerana menahan MP Hassan Yusuf dan 13 lagi rakyat Palestin pada hari Selasa.

Ia menyifatkan “skim Zionis” sebagai keganasan terhadap rakyat Palestin dan melemahkan keteguhan mereka sebagai satu usaha terdesak yang akhirnya akan gagal dalam mencapai matlamat mereka.

Dalam siaran akhbar pada hari Selasa, Hamas menuntut pihak berkuasa penjajah Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan dari kejadian itu, dan memberi amaran ia akan terus berada dalam “perkauman, dasar-dasar jenayah”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan rejim Zionis akan pertimbang hubungan dengan UNESCO

Sabtu , 05/11/2011 – Kerajaan rejim Zionis menunjukkan rasa marah terhadap keputusan yang dibuat oleh majority anggoa UNESCO pada Isnin lalu yang meluluskan permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh dalam pertubuhan kebudayaan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, Menteri Luar Negara haram Israel mengkritik keputusan berkenaan dengan mendakwa ianya akan menamatkan perbincangan ke arah perdamaian yang kini terhenti seketika. Pada hakikatnya, perbincangan terbabit tergendala disebabkan keangkuhan pihak rejim Zionis serta aktiviti terus-menerus pengYahudian dan pembinaan penempatan haram di atas tanah milik rakyat Palestin.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan menyebut; “Ini adalah tindakan berat-sebelah yang memihak kepada Palestin dan tidak akan merubah apa-apa tetapi hanya akan menyahkan kemungkinan ke arah perjanjian damai.” Ia turut mengandungi ancaman bahawa Negara haram Israel akan menghentikan kerjasama dengan UNESCO.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

“Maariv” lampu hijau untuk melancarkan serangan terhadap tanah Gaza.

Sabtu , 05/11/2011 – Akhbar Maariv Ibrani berkata pada malam Selasa ,memetik dari sumber ketenteraan.kerajaan memberikan mandat kepada ketenteraan untuk melancarkan operasi darat yang luas di semenanjung Gaza yang bertujuan untuk menyerang sasaran tertumpu kepada unsur- unsur pelancar roket dan infrastuktur”.

Akhbar itu menambah bahawa Majlis Zionis Menteri mempertimbangkan peningkaatan baru- baru ini di semenanjung Gaza sebagai “amat serius dan memerlukan rawatan radikal untuk menghentikan serangan peluru berpandu rintangan”.

Bagi pihaknya, berikrar kepada Timbalan Perdana Menteri Pertama pendudukan Zionis,”Silvon Shalom,” mensasarkan penentangan Palestin di Gaza,termasuk mensasarkan pemimpin mereka dan infrastruktur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rakyat Amerika-Israel Berketurunan Haredi Mengaku Melakukan Penyeludupan Organ Manusia

Sabtu , 05/11/2011 – Warganegara Amerika-Israel, Lewi Yizhak Rosenbaum, 60, seorang Yahudi Ortodoks (Haredi) yang tinggal di Brooklyn New York, mengaku bersalah atas kesalahan menyeludup organ manusia. Rosenbaum telah diberkas dua tahun lalu.

Istilah Haredi atau Charedi digunakan bagi menggambarkan kumpulan yang paling konservastif dalam agama Yahudi Ortodoks.

Dia membuat pengakuan semasa pembicaraannya pada hari Khamis di New Jersey dengan mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan yang dilemparkan kepadanya membabitkan penjualan haram buah pinggang kepada pelanggan-pelanggan di New Jersey, dan menerima sekurang-kurangnya $120,000 setiap kali jualan, dan juga mengaku bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam konspirasi jualan yang lain, tambah Ynet News.

Ynet menambah kenyataan bahawa Rosenbum mengaku melakukan jualan haram organ bersama-sama dengan penduduk Israel, yang menerima $10,000 setiap satu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Israel Terus Bangunkan Senjata Nuklear

Sabtu , 05/11/2011 – Satu laporan diterbitkan oleh akhbar British di London, The Guardian, pagi Isnin, mendedahkan Israel sedang mengembangkan senjata nuklear mereka, merancang untuk membangunkan peluru berpandu balistik antara benua, dan mahu meningkatkan keupayaan nuklear “serangan kedua”.

The Guardian juga melaporkan Israel mahu meningkatkan keberkesanan peluru berpandu automatik; yang direka untuk dilancarkan dari kapal selam mereka. Menurut akhbar harian Israel pula, Haaretz, Israel mempunyai tiga buah kapal selam, dan dua lagi sedang dibangunkan di Jerman. Ia juga melaporkan Israel dan Jerman sedang berbincang untuk penambahan kapal selam keenam.

Juga penting dinyatakan di sini yang Israel telah membangunkan peluru berpandu balistik antara benua darat-ke-darat “Jericho 3” yang dapat menyerang sasaran sejauh 5000 kilometer, dan merancang untuk menambah jarak sasaran.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep