Categories
Berita Semasa

Keadaan kesihatan tahanan Barghouti semakin serius

Jumaat, 21/06/2013 – Sumber hak asasi manusia melaporkan bahawa keadaan kesihatan tahanan pemogok lapar Abdullah Barghouti yang semakin meruncing meski berada di hospital.

Peguam Hanan Al-Khatib berkata pemimpin Qassam, Barghouti menderita kecederaan di kaki dan tangan dan turut terdedah kepada tekanan psikologi agar menghentikan mogok lapar oleh pengawal Israel.

Barghouti memberitahu peguamnya bahawa beliau diasingkan dari dunia luar dan dilarang daripada menerima akhbar dan juga ubat-ubatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

10,300 unit penempatan baru di Tebing Barat dibina dalam tempoh tiga bulan

Jumaat, 21/06/2013 – Pusat penyelidikan Palestin yang membuat kajian tentang Israel mengatakan pembinaan unit penempatan di Tebing Barat telah meningkat sebanyak 176% pada suku pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pusat Pengajian Israel Palestin yang berpusat di bandar Ramallah, Tebing Barat mendedahkan penjajahan telah memulakan pembinaan 10,300 unit perumahan baru.

Ia berkata data rasmi baru yang diterbitkan oleh Biro Pusat Statistik Israel membuktikan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak membekukan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis seperti yang didakwa oleh sesetengah media Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pimpinan Hamas Bertemu Erdogan di Ankara

Jumaat, 21/06/2013 –Delegasi Gerakan Perjuang Islam Hamas yang dipimpin Ketua Biro Politik Khaled Misy’al, Rabu (19/6) malam menamatkan pertemuannya dengan PM Turki Receb Tayyib Erdogan dan beberapa pegawai tinggi Turki lainnya.

Dalam pertemuan PM Turki Receb Tayyib Erdogan kembali menegaskan keinginannya untuk berkunjung ke Semenanjung Gaza dan meneruskan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Anggota Biro Politik Gerakan Hamas Izet Rasyq, dalam pernyataan akhbar Rabu malam, mengatakan bahawa kunjungan delegasi gerakan Hamas ke Turki setelah melakukan kunjungan ke Kaherah, ini terjadi dalam konteks kunjungan ke sejumlah negara Arab dan Islam untuk menyampaikan gambaran perkembangan situasi politik dan keamanan di Palestin serta memaparkan sudut pandang gerakan Hamas terhadap perkembangan situasi setempat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

UFree: Penjajah melihat peluang penggubalan undang-undang untuk membenarkan penahanan pentadbiran

Khamis ,20-06-2013 – Rangkaian Eropah untuk mempertahankan hak-hak tahanan Palestin (UFree) melahirkan kebimbangan mengenai “Undang-undang Keganasan” yang baru-baru ini dicadangkan oleh kerajaan Israel.

UFree telah mempertimbangkan dalam satu kenyataan bahawa undang-undang baru ini merupakan alternatif kepada darurat dan menyumbang, menurut ramai pakar, dalam meningkatkan pencabulan hak asasi manusia yang sedia ada dengan mengesahkan tindakan mereka, atas alasan “pertempuran keganasan”.

Rangkaian ini memberi amaran betapa seriusnya undang-undang baru itu. Ia berkata ia akan memudaratkan rakyat Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan wilayah-wilayah yang diduduki pada tahun 1948. Ia turut akan menyasarkan pertubuhan bukan kerajaan dan semua mereka yang bekerja untuk perjuangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keadaan kesihatan dua tahanan Jordan semakin meruncing

Khamis ,20-06-2013 – Rejim Israel memindahkan dua tahanan warga Jordan yang mogok lapar dari klinik penjara Ramle ke sebuah hospital Israel rentetan keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk. I

Para tahanan warga Jordan itu mengumumkan mogok lapar secara terbuka pada 2 Mei sebagai tanda protes ke atas situasi tahanan yang teruk, polisi perubatan yang tidak menyebelahi tahanan dan larangan lawatan keluarga.

Abdullah Qandil, jurucakap kesatuan tahanan dan bekas tahanan Wa’ed, memberitahu Akhbar Quds bahawa 2 rakyat Jordan yang ditahan Hamza Al-Dabbas dan Mohammad Rimawi dipindahkan ke hospital Soroka di Beersheva.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Konfrontasi ganas meletus di kem Fawwar

Khamis ,20-06-2013 – Pertempuran meletus berhampiran kem pelarian Fawwar, selatan al-Khalil pada Isnin lalu selepas peneroka dan tentera Zionis Israel menyerang penduduk awam Palestin.

Saksi memberitahu PIC peneroka yang dikawal pasukan rejim, menyerbu masuk ke kem dan mula membaling batu ke arah penduduk yang membawa kepada tercetusnya pertempuran di mana beberapa penduduk Palestin mengalami kesesakan.

Saksi-saksi berkata, lebih 40 kenderaan tentera rejim Zionis ditempatkan berhampiran kem dan di sepanjang jalanraya menghala ke penempatan Njihut yang dibina di atas tanah rakyat Palestin di selatan Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pihak Penjara Israel menahan ibu kepada tahanan Jerusalem sewaktu lawatan

Khamis ,20-06-2013 – Pihak pentadbiran Israel Penjara Hasharon menahan ibu kepada seorang tahanan berumur 16 tahun dari Jerusalem, Shaddad Al-Awar ketika sedang melawat anaknya itu.

Amjad Abu Asab, ketua Jawatankuasa Keluarga Tahanan Jerusalam memberitahu Pusat Informasi Wadi Hilwa pada hari Selasa, bahawa pihak penjara menahan ibu pemuda tersebut di bilk menunggu selama dua jam kerana terlupa untuk meninggalkan telefon bimbitnya di luar penjara dan secara tidak sengaja membawanya masuk.

Beliau berkata, telefon tersebut dijumpai pada pusingan pertama pemeriksaan dan si ibu telah cuba menyakinkan pihak penjara bahawa beliau secara tidak sengaja terbawa telefon bimbit tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Pimpinan Fatah Diminta Hentikan Pelanggaran Hak Oleh Pihak Keselamatan

Khamis ,20-06-2013 – Anggota Biro Politik Hamas, Syaikh Shaleh Arori menegaskan bahawa penangkapan dan pemanggilan politik yang dilakukan pihak keselamatan Otoriti Palestin, bertentangan dengan semua yang telah disepakati dalam pertemuan-pertemuan dialog antara gerakan Hamas dan Fatah.

Hal tersebut disampaikan Arori menyusul meningkatnya operasi penangkapan dan pemanggilan politik di daerah-daerah di Tebing Barat. Beliau menambah, “Tindakan pelanggaran muktakhir ini memberi kesan sangat negatif kepada semua pihak apatah lagi impak ke hadapan terhadap kesepakatan dan perpaduan yang dilihat semakin sulit dan rumit.”

Dalam pesan khusus yang ditujukan kepada para pemuda Tebing Barat yang melancarkan kempen media untuk menolak tindakan tersebut, Arori menegaskan bahawa para pemuda memiliki hak untuk hidup secara bermartabat dan bebas dari gangguan tangkapan agar mereka dapat memberi khidmat bakti kepada tanah air dan rakyatnya dalam segala bidang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tiga tahanan rayu rawatan perubatan

Khamis ,20-06-2013 – Tiga tahanan Palestin dari Jenin merayu untuk mendapatkan rawatan perubatan segera untuk menangani masalah kesihatan mereka di penjara Israel.

Satu laporan oleh banduan Palestin di Jenin semalam berkata Sami Aridi, 33, yang diletakkan di penjara Megiddo mengalami tekanan darah tinggi, sesak nafas, dan lemah jantung. Ia menambah bahawa Aridi telah di penjara selama lebih 14 tahun dan sedang menjalani hukuman 19 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Penyiasat Israel pecahkan tulang tengkorak tawanan Palestin

Jumaat, 14/06/2013 – Tawanan Palestin, Mohammed Zakarne telah disoal siasat secara kejam oleh penyiasat Israel dan telah menyebabkan retak tulang tengkorak hasil soal siasat tersebut.

Kamel Zakame, abang kepada Mohammed, berkata Isnin lepas bahawa Mohammed juga mangalami banyak kecederaan lain sepanjang soal siasat di Pusat Tahanan Jalama.

Beliau memberitahu bahawa Mohammed terdahulu dari soal siasat tersebut sudah pun mengalami masalah kesihatan yang buruk akibat dari kurungan dan layanan buruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memanjangkan tempoh penahanan seorang pesakit warga emas

Jumaat, 14/06/2013 – Mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan seorang wanita warga emas Fethiye Khanfar, dari Jenin, hingga bulan September di sebuah rumah di Rahat untuk kali keenam berturut-turut.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mendakwa pihak rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan wanita itu tambahan pula kesihatannya yang tidak mengizinkan.

PPS berkata Hajja Fethiye, 58 telah ditahan selama 18 hari di penjara Israel selepas melawat anak lelakinya yang menjalani hukuman penjara 15 tahun. Fethiye kemudiannya dibebaskan dan ditahan di rumah di Rahat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Eropah menyoal Ashton mengenai penyeksaan di penjara PA

Jumaat, 14/06/2013 – Pertubuhan Arab untuk Hak Asasi Manusia di Britain menyatakan bahawa sokongan Kesatuan Eropah terhadap PA memberikan lampu hijau kepada perkhidmatan keselamatan untuk meneruskan pelanggaran mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu, organisasi itu menggesa EU untuk menghantar misi mencari fakta ke wilayah Palestin untuk menyiasat pelanggaran yang dijalankan oleh pasukan keselamatan PA dan merangka peranan Eropah dalam menyokong agensi-agensi keselamatan berkenaan dengan kepentingan rakyat Palestin.

Organisasi yang dipanggil untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab bagi pencabulan serius dalam penjara PA, mengatakan bahawa Mahmoud Abbas, ketua PA, menanggung satu tanggungjawab peribadi untuk pelanggaran ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Bahar: Perlawanan Pilihan Strategik untuk Kembalikan Hak

Jumaat, 14/06/2013 – Wakil Ketua Dewan Legislatif Palestin, Dr. Ahmad Bahar menegaskan bahawa adalah menjadi hak Palestin untuk melakukan perjuangan bersenjata melawan penjajah. Beliau menilai pertempuran senjata adalah satu-satunya pilihan strategik untuk mengembalikan tanah dan hak-hak yang dirampas.

Bahar menyatakan bahawa perundingan hanyalah tindakan sia-sia. Ia sama sekali tidak membantu mengembalikan hak-hak Palestin dan sebaliknya hanya memberikan semakin banyak konsesi kepada penjajah Zionis. Hal tersebut disampaikan Bahar ketika menerima delegasi kemanusiaan dari Arab Saudi yang ikut serta konvoi Miles of Smiles, Isnin (10/6).

Beliau menyatakan bahawa konvoi kemanusiaan yang datang ke Semenanjung Gaza merupakan salah satu bentuk sokongan kepada Semenanjung Gaza dan warganya serta memperkuat semangat juang warga Gaza.Bahar turut menjelaskan kepada para delegasi berkaitan pelanggaran dan tindakan zalim Zionis terhadap warga Gaza, khususnya dalam perang 8 hari dan perang sebelumnya yang mensasarkan masyarakat awam dan pegawai tinggi kerajaan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis gempur Nablus, Jenin

Jumaat, 14/06/2013 – Rejim Zionis Israel (IOF) menggempur beberapa kawasan di Nablus selepas tengah malam tadi, di mana pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan tentera Israel yang mengiringi ratusan peneroka ketika mereka menyerbu Makam Nabi Yusuf di timur bandar tersebut.

Pertempuran meletus di kem-kem pelarian Askar dan Balata menyebabkan beberapa kecederaan di kalangan penduduk termasuk seorang bayi selepas tentera rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata. Tiada tangkapan dilaporkan.

Lima ratus peneroka memecah masuk ke makam tersebut dan melakukan ritual keagamaan di bawah perlindungan rejim Zionis, menurut sumber-sumber tempatan yang disahkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bayi cedera di Kufur Qaddoum

Selasa, 11/06/2013 – Lewat malam Khamis lepas, sekitar tengah malam pada 6th June 2013, sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang bayi mengalami masalah pernafasan apabila terhidu gas yang dilepaskan oleh tentera Israel yang menyerang Kufur Qaddoum, sebuah perkampungan di selatan bandar West Bank Qalqilia.

Bayi tersebut, Sana’ Eshtewy, 7 bulan menerima rawatan daripada Persatuan Palang Merah Palestin selepas tentera Israel melepaskan berdozen-dozen bom gas terhadap kawasan perumahan di perkampungan tersebut.

Koordinator media daripada Popular Committee Againt the Wall and Settlements, di perkampungan tersebut memberitahu, bahawa berpuluh-puluh tentera Israel menyerang perkampungan tersebut dan melepaskan perlbagai jenis tembakan termasuk gas pemedih mata dan bom gas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hafizah