Jumaat, 13/06/2008 –Mahkamah tentera Ofer telah menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas seorang wartawan yang berkhidmat dengan saluran satelit Aqsa TV, Mohammed Ezzat Al-Halaykaatas tuduhan bekerja untuk ‘musuh’ kepada stesen tersebut. Beliau yang berusia 25 tahun dan berasal dari al-Khalil di Tebing Barat turut dikenakan denda sebanyak 1,200 US dolar di samping hukuman penjara tersebut.







