Categories
Berita Semasa

Rejim Israel mempertimbangkan mandat lebih besar kepada panel bantuan Gaza

Selasa, 06/07/2010 –Panel yang diketuai Jacob Turkel, bekas hakim Mahkamah Tinggi rejim Israel melancarkan penyiasatan pada hari Isnin dan memberikan notis bahawa Benyamin Netanyahu dan menteri pertahanan beliau untuk tampil sebagai saksi memberi keterangan semasa insiden 31 Mei lalu di mana seramai sembilan warga Turki telah terbunuh.

Rejim Israel telah meneruskan penyiasatan selepas bangkitnya protes dunia terhadap serangan lalu, walaupun mereka menolak cadangan PBB untuk mengadakan penyiasatan antarabangsa. Serangan Zionis Israel itu telah memberi kesan terhadap sekatan di wilayah pemerintahan Hamas di Gaza dimana sekatan itu telah pun dikurangkan.

Kenyataan yang diambil dari rejim Israel pada Selasa tempoh hari, berkata Turkel telah pun memfailkan “satu permintaan untuk meluaskan kuasa pihak penyiasat bagi mendapatkan saksi-saksi yang akan hadir dan memberi pernyataan bersumpah kepada mereka”.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin memprotes di hadapan penjara Askalan

Selasa, 06/07/2010 –Jawatankuasa perhubungan tahanan penjara di tanah berkod 48 milik Palestin yang telah dijajah melakukan protes pada Rabu lalu di hadapan penjara Askalan milik Israel bagi mengutuk polisi pentadbiran yang tidak masuk akal.

Para pemprotes melaungkan slogan dan mengherdik tentera rejim Zionis (IOF) bagi menggesa pembebasan para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Jawatankuasa terbabit dalam kenyataannya menggesa tindakan-tindakan tidak masuk akal terhadap para tahanan dan keluarga mereka ditamatkan. Jawatankuasa itu turut menggesa pengasingan tahanan ditamatkan serta tahanan-tahanan yang sakit dibenarkan menerima rawatan. Berhubung isu yang sama, jawatankuasa itu merayu pihak antarabangsa mengenakan tekanan ke atas rejim Zionis untuk berurusan dengan mereka atas prinsip tahanan perang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Darat menculik legislator Hamas Di Jerusalem, dan bersiap untuk mengusirnya

Selasa, 06/07/2010 –Tentera Israel dan pasukan yang menyamar, pada Rabu malam, menculik legislator Hamas dari Jerusalem, Muhammad Abu Teir, dan memindahkannya ke penjara al-Maskobiyya, dalam persiapan untuk mengusir dia bersama-sama dengan legislator Hamas lain dari bandar.

Pasukan menyamar menyelusup kenderaan legislator Ahmad Attoun dan menculik Abu Teir, yang menemani Attoun pada saat itu. Para prajurit mendakwa bahawa Abu Teir tidak dibenarkan untuk tinggal di Jerusalem, dan harus diusir.

Legislator Khalid Abu Al Jazeera, bekas Menteri Hal Baitulmuqaddis, menegaskan penangkapan Abu Teir, dan menyatakan bahawa Israel berkemungkinan akan melaksanakan keputusannya untuk mengusir dia bersama-sama dengan legislator lain, termasuk dirinya sendiri, kerana Israel ingin mengusirnya dari Jerusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   farah

Categories
Berita Semasa

Ulama Dunia Minta Mesir Buka Pintu Rafah

Selasa, 06/07/2010 –Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syaikh Yusuf al Qardhawi meminta Mesir membuka terus pintu masuk Rafah yang bersempadan dengan Palestin. Beliau menyatakan Persatuan Ulama Dunia ikut serta dalam konvoi pembebasan sekatan yang akan datang menuju Semenanjung Gaza. Beliau turut memuji sikap Turki dalam masalah sekatan Gaza dan isu Palestin secara umum.

Hal tersebut disampaikan Qardhawi dalam pertemuan Persatuan Ulama Dunia di Istanbul, Turki, Rabu (30/6). Qardhawi mengatakan, “Tujuan pertemuan di Istanbul ini adalah tanda sokongan dan dokongan para ulama umat ini kepada rakyat Turki dan pemerintahnya dalam tindakan kemanusiaan mereka yang mulia berkenaan isu Palestin.”

Dalam pernyataannya Qardhawi memuji Sikap Turki yang berani dalam isu-isu umat Islam, khususnya sikapnya terhadap armada kebebasan, terhadap Gaza dan isu Palestin secara umum.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Erekat : “ Proses Damai tidak akan Dilanjutkan tanpa perkembangan di sempadan”

Selasa, 06/07/2010 – Dr. Saeb Erekat, ketua jabatan rundingan PLO menyatakan rundingan bagi mencapai kedamaian tidak akan dapat dijalankan tanpa perkembangan dalam penyelesaian antara 2 negara dan juga isu sempadan.

Dr. Erekat menambah kerajaan haram Israel mesti menghentikan segala penyelewengan, penaklukan dan penangkapan secara berterusan, membuka semua penutupan dan juga menghentikan segala aktiviti penempatan haram Israel.

Pernyataan beliau didengari selepas Presiden Mahmoud Abbas dan Wakil US di Timur Tengah, George Mitchell, mengakhiri mesyuarat di ibupejabat Presiden di Ramallah. “ Kami harap pesanan kami adalah jelas”, Tegas Erekat, “ Ini adalah pesanan kami kepada pentadbiran US dan komuniti antarabangsa.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ceroboh Khan Younis

Selasa, 06/07/2010 – Beberapa buah jentolak dan kereta kebal rejim Zionis menceroboh Farrahin, timur Khan Younis yang terletak di utara Gaza. Mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah dan harta benda penduduk tempatan.

Para saksi memberitahu bahawa tentera rejim Zionis (IOF) yang dilengkapi beberapa buah kereta kebal, dua buah jentolak dan beberapa buah trak militan menceroboh Farrahin, timur Khan Younis pagi ini serta melepaskan tembakan perisai asap. IOF dilaporkan menceroboh kawasan-kawasan di timur Khan Younis dan Rafah setiap hari untuk memusnahkan harta benda penduduk tempatan serta melepaskan banyak tembakan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Utara Gaza diserang rejim Zionis.

Selasa, 06/07/2010 –Pesawat tentera Israel telah mengebom beberapa kawasan di selatan dan utara Semenanjung Gaza selepas tengah malam tadi (Jumaat lepas) namun tiada korban dilaporkan.

Saksi menyebut pesawat tentera Israel (F16) telah mensasarkan dua peluru berpandu sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah yang ditutup beberapa tahun lalu dan telah menjadi sasaran berterusan oleh pesawat Israel. Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terletak di selatan Gaza itu mengalami beberapa kerosakan manakala pesawat Israel yang sama itu juga mengebom zon bebas di timur Khan Younis.

Pesawat tentera Israel juga mengebom Abu Jarad, selatan Kota Gaza sehingga menyebabkan berlaku kerosakan beberapa buah rumah di sekitarnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Legislator Hamas Protes Terhadap Perintah Pengusiran

Selasa, 06/07/2010 –Legislator Hamas yang terpilih di Baitulmuqaddis mula protes terhadap perintah Israel untuk mengusir mereka dari Baitulmuqaddis, dan kemungkinan akan meningkatkan protes mereka ke mogok kelaparan.

Jurutera Khaled Abu Al Jazeera, bekas Menteri Hal Baitulmuqaddis, berkata kepada al-Jazeera di Qatar bahawa protes tersebut menikmati sokongan masyarakat luas, dan akan berterusan sehingga notis lebih lanjut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Feedom Flotilla Masih Disita Israel

Selasa, 06/07/2010 –Kapal Freedom Flotilla yang ditahan Israel sehingga kini masih belum jelas kesudahannya. Sumber Eropah menegaskan, ada perbincangan yang dilakukan oleh penyelenggara bantuan Freedom Flotilla dengan ahli politik dan anggota parlimen Eropah dalam rangka menekan Israel mengembalikan kapal-kapal itu.

Freedom Flotilla terdiri dari lapan kapal di antaranya kapal pengangkut yang didanai oleh Kuwait yang membawa bendera Turki dan Kuwait, kapal pengangkut Algeria, kapal pengangkut Eropah yang dibiayai oleh Sweden dan Greece dan kapal pengangkut Ireland milik gerakan Gaza Merdeka serta dua kapal penumpang; satunya bernama Skoci 8000 (merujuk kepada jumlah tahanan Palestin di penjara Israel) milik gerakan Kempen Eropah Anti Sekatan Gaza dan kapal penumpang Turki Mavi Marmara.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Gaza meminta supaya dikembalikan bekalan air dan kuasa elektrik

Jumaat, 02/07/2010 –Para penduduk Gaza telah membuat satu desakkan terhadap Negara-Negara Arab Islam dan Dunia Bebas dan juga kepada sesiapa jua yang mempunyai hati dan perasaan supaya mengambil tindakan untuk mengembalikan semula bekalan air dan kuasa elektrik yang telah dipotong secara berterusan semenjak seminggu yang lepas sambil menekankan bahawa bekalan air dan elektrik tersebut hanya akan wujud untuk beberapa jam sahaja yang mana sememangnya tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Berdasarkan laporan daripada salah satu stesyen radio tempatan mengatakan bahawa laungan salah seorang penduduk di situ yang sudah hampir serak suaranya jelas kedengaran kerana mengadu mengatakan bahawa bekalan air tidak sampai ke rumahnya dan tidak sampai ke perumahan kawasan kejirananya semenjak lebih dari empat hari dan mengatakan lalat,nyamuk dan bermacam jenis serangga telah menghurungi rumahnya dan kawasan kejirananya kerana kotor dan air pula tiada untuk membersihkanya.

Begitu juga seorang penduduk yang lain yang hanya ingin dikenali sebagai Ummu Muhammad mengadu bahawa bekalan elektrik tidak sampai ke rumahnya dan jikalau ada pun hanya untuk beberapa jam sahaja dan keadaan tersebut kadang-kadang boleh berlaku sepanjang malam dan telah berlarutan semenjak empat bulan lebih.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Wakil Netanyahu dan Menteri Turki dalam satu perbincangan rahsia

Jumaat, 02/07/2010 – Seorang wakil dari Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah mengadakan satu perbincangan sulit Rabu lepas bersama dengan menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu untuk menyelamatkan hubungan mereka susulan serangan terhadap kapal bantuan di Gaza, lapor media Israel dan Turki.

Wakil itu, Menteri Perdagangan dan Industri, Benjamin Ben-Eliezer, dilaporkan oleh NTV Turki bahawa beliau telah bertemu dengan Davutoglu di Brussels. Saluran itu turut menambah bahawa mereka bersetuju untuk melanjutkan perbincangan tersebut pada masa dan tempat yang dirahsiakan.

Satu laporan lain oleh penyiaran television Channel Two Israel juga menyatakan tempat pertemuan itu adalah dirahsiakan, namun dikatakan menyatakan misi perhubungan itu tanpa diketahui Ben-Eliezers telah melalui Zurich.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Presiden Parti al-Wafd Mesir: Memecahkan kepungan sudah menjadi kemestian

Jumaat, 02/07/2010 –Dr al-Sayyid al-Badawi, Presiden Parti al-Wafd Mesir menegaskan bahawa memecahkan kepungan dan sekatan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza sudah menjadi suatu kemestian, terutamanya ketika semua pihak pada peringkat rantau dan antarabangsa menuntut pemecahan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa membantu bangsa yang dikepung adalah suatu yang tidak dapat tidak mesti dilakukan, sama ada pada peringkat negara Arab atau Islam.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin sebelum meninggalkan sebuah konvoi bantuan yang menuju ke Gaza semalam (Rabu): “Kita sentiasa merindui untuk menziarahi Gaza yang tegar dan berjumpa dengan para penduduknya serta membantu mereka. Kita berharap terdapat perancangan yang boleh kita sertai bagi menyempurnakan pembukaan pintu sempadan Rafah secara kekal dan pembukaan pasaran bersama antara Gaza dan Mesir.”

Beliau juga mengumumkan bahawa konvoi tersebut bukanlah yang pertama. Ia juga akan diikuti oleh konvoi-konvoi lain dan menganggap bahawa memecahkan sekatan adalah suatu kefardhuan yang kita tidak akan mencuaikannya, kerana di sana terdapat 1.5 juta nyawa sedang terancam. Sekatan ini mendukacitakan hati kami, terutamanya isu Palestin dianggap sebagai isu Mesir juga, kerana ia turut menjadi perhatian rakyat Mesir keseluruhannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Delegasi Jordan : Sempadan Rafah masih dihalang

Jumaat, 02/07/2010 –Ketua delegasi Jordan yang baru pulang dari Gaza, Dr Ahmad Armuthi, mengecam larangan yang dikenakan ke atas delegasi para ahli akademik.Jordan. Dr. Ahmad Armuthi, mengecam larangan delegasi gabungan ini untuk masuk Gaza. Walaupun mereka telah menguruskan segala dokumen dari kerajaan Mesir dan mendapat kelulusan.

Dr Ahmad berasa hairan apabila rakyat Mesir dan seluruh pihak antarabangsa mahukan sempadan Rafah itu di buka, tetapi kerajaan Mesir mengambil langkah di sebaliknya. Mesir menyatakan sempadan Rafah telah di buka, tetapi itu hanyalah kenyataan palsu. Realitinya keadaan di Rafah amat teruk. Layanan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin amatlah biadap.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Turki melarang ruang udara digunakan oleh rejim Zionis.

Jumaat, 02/07/2010 –Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan Turki telah melaksanakan larangan kemasukan pesawat tentera Israel dalam ruang udaranya sejak tentera Israel menyerang konvoi kapal bantuan keamanan yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza sehingga meragut sembilan nyawa warga Turki dan mencederakan ramai yang lain.

Erdogan membenarkan kenyataan tersebut sebagai respon terhadap laporan pesawat yang membawa pegawai Israel ke Poland untuk melawat Auschwitz terpaksa mengubah haluan selepas Turki menolak untuk membenarkan mereka memasuki ruang udara Turki.

Menurut sumber terbaru media Israel, Erdogan mengatakan ia akan menutup ruang udara Turki terhadap pesawat tentera Israel dan ini merupakan langkah praktikal pertama yang diambil oleh Ankara terhadap Israel sejak memanggil pulang duta besar mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu minta Rusia memberi tekanan kepada Hamas.

Khamis, 01/07/2010 –Keluarga askar Israel yang diculik tiba ke daerah Haifa pada hari ke 3 perarakan protes terhadap penangkapan itu. Mereka menuju ke Jerusalem, yang disertai 3,000 penyokong.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada hari Selasa meminta Rusia untuk memberikan pengaruh pada Hamas agar tentera Angkatan Pertahanan Israel, Gilad Shalit yang ditangkap oleh mereka, dibebaskan.

Dalam perbualan dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov, Netanyahu meminta Moscow untuk mengambil kesempatan dari hubungan dengan kumpulan Islam itu dengan cara penukaran tahanan dengan Shalit yang telah empat tahun di dalam tahanan.

Keluarga askar diculik dan ditangkap oleh militan Palestin dalam serangan 2006 lintas-sempadan dari Jaluran Gaza, tiba di daerah Haifa pada hari Selasa dengan sekitar 3,000 penyokong pada hari ketiga melakukan aksi protes di kediaman Perdana Menteri di Baitulmuqaddis.

sumber :  Haaretz
penterjemah :  farah