Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Bincang Usaha Gencatan Senjata Gaza Bersama Menteri Luar Turki

Selasa, 29/04/2025 – Delegasi Hamas telah memberi taklimat kepada Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, mengenai perkembangan terkini usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza serta hasil lawatan terbaru pergerakan itu ke Kaherah.

Pertemuan yang berlangsung di Doha pada Ahad itu diketuai oleh pegawai kanan Hamas, Mohammed Darwish, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi Hamas.

Dalam kenyataan tersebut, Hamas memaklumkan bahawa kepimpinan mereka kini giat mengadakan siri lawatan dan pertemuan politik untuk membincangkan cadangan yang dikemukakan kepada para perantara, dengan matlamat mencapai perjanjian menyeluruh yang merangkumi gencatan senjata, pertukaran tahanan, bantuan kemanusiaan, dan usaha pembinaan semula Gaza.

Perbincangan turut menyentuh situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin parah akibat dasar kelaparan dan sekatan makanan oleh penjajah Israel.

Delegasi Hamas turut mendengar penerangan mengenai usaha Turki untuk menamatkan perang dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berhubung dan berkoordinasi secara politik dalam tempoh mendatang bagi membantu menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.

Terdahulu pada Ahad, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, mengesahkan bahawa rundingan gencatan senjata berkaitan Gaza masih diteruskan. Beliau menekankan bahawa usaha masih giat dijalankan berdasarkan cadangan terbaru yang telah mendapat maklum balas Hamas.

Dalam kenyataan yang dipetik oleh “Sanad News Agency,” Sheikh Al Thani menyatakan bahawa Qatar terus berkoordinasi dengan Mesir dan rakan lain untuk meneruskan ke fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Sementara itu, serangan genosid Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-41, di tengah-tengah kebuluran melampau dan keadaan hidup yang sangat teruk di kalangan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, perantara dari Qatar dan Mesir telah mengemukakan cadangan baru untuk gencatan senjata jangka panjang di Gaza, yang dijangka bertahan antara lima hingga tujuh tahun. Menurut media Arab, cadangan itu termasuk pertukaran tahanan, di mana Hamas akan membebaskan semua tahanan Israel sebagai balasan pembebasan tahanan Palestin, penamatan perang, serta pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza.

Qatar pernah memainkan peranan utama bersama Mesir dan Amerika Syarikat dalam mencapai perjanjian gencatan senjata sementara pada November lalu, yang merangkumi pertukaran tahanan pertama. Namun, rundingan runtuh selepas Israel meneruskan serangan.

Dalam sidang media bersama Hakan Fidan di Doha, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani menegaskan bahawa Qatar telah membincangkan serangan baru Israel ke atas Gaza dengan Turki.

Beliau mengulangi penolakan Qatar terhadap penggunaan kelaparan sebagai senjata oleh Israel ke atas rakyat Palestin, dan mengesahkan bahawa Qatar tetap meneruskan usaha perantara walaupun berdepan kempen fitnah.

Sheikh Al Thani menegaskan bahawa tujuan rundingan adalah untuk membebaskan tahanan dan menghentikan perang, sambil menyatakan bahawa pendekatan Qatar bersifat telus dan Hamas telah berulang kali menyatakan kesediaan membebaskan semua tahanan.

Beliau juga menolak tuduhan bahawa Qatar telah menghasut protes pelajar di Amerika Syarikat, menyifatkannya sebagai “tidak berasas”. Sheikh Al Thani menjelaskan bahawa hubungan Qatar dengan universiti di Amerika Syarikat hanya terhad kepada institusi yang berpangkalan di Doha, dan semua pembiayaan yang diberikan kepada institusi pendidikan atau penyelidikan dilakukan secara telus.

Menyentuh tentang peranan Qatar sebagai negara yang menyokong keamanan dan pernah menjadi perantara dalam banyak konflik, Sheikh Al Thani berkata bahawa Qatar kini menjadi sasaran kempen publisiti terancang oleh Israel.

Dalam kenyataannya, Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, menyatakan bahawa kerjasama strategik Turki dan Qatar membantu menyokong kestabilan serantau. Beliau menuduh Israel melakukan pembersihan etnik di Gaza serta menghalang penghantaran bantuan makanan, walaupun rakyat Palestin bersedia untuk menerima gencatan senjata. Fidan turut menuduh Tel Aviv bersikap keras kepala.

Fidan merakamkan penghargaan kepada Qatar atas usaha perantaraan, sambil menekankan bahawa keutamaan kini adalah untuk menghidupkan semula gencatan senjata dan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau juga menegaskan bahawa “kunci kepada keamanan” ialah dengan merealisasikan penyelesaian dua negara.

Mengenai Syria, Fidan menyatakan bahawa sekatan ke atas Damsyik menghalang kestabilan, dan Turki sedang bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk membatalkannya. Beliau turut mengesahkan koordinasi bersama Qatar bagi menstabilkan Syria, membanteras keganasan, serta menolak sebarang campur tangan atau pemilihan senjata di luar kawalan kerajaan.

Fidan menzahirkan harapan agar Syria kelak menjadi sebuah negara yang menjamin hak sama rata kepada semua kumpulan etnik dan agama.

Lawatan Hakan Fidan ke Qatar memberi fokus kepada perbincangan isu dua hala dan serantau, khususnya berkaitan Palestin dan Syria.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis lancarkan serangan udara di pinggir bandar Beirut

Selasa, 29/04/2025 – Pesawat pejuang rejim Israel telah menyerang pinggir bandar kawasan selatan Beirut di Dahiya pada petang Ahad lalu, selepas mengeluarkan amaran tentang pengeboman yang akan berlaku di kawasan itu.

Kepulan asap besar terlihat di kawasan itu selepas serangan yang menyasarkan bangunan berhampiran dengan tiga butir bom. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kira-kira sejam sebelum serangan itu, jurucakap tentera rejim pendudukan Israel mengeluarkan amaran mengatakan akan berlaku serangan udara ke atas apa yang didakwanya sebagai “fasiliti Hizbullah” di kawasan Hadath dan menggesa penduduk tempatan supaya tidak mendekati sekurang-kurangnya 300 meter dari tapak tersebut.

Awal hari ini, kementerian kesihatan Lubnan memaklumkan bahawa seorang rakyat terbunuh dalam serangan dron Israel di bandar Halta di tenggara negara itu. Sejak gencatan senjata di Lubnan berkuat kuasa pada 27 November 2024, tentera Israel telah membunuh lebih 194 rakyat dan mencederakan 486 yang lain dalam serangan di kawasan berbeza di negara Arab itu.

Penterjemah : Hj Fariz

Categories
Berita Semasa

Hamas gesa PBB ambil tindakan tegas terhadap serangan ke atas sektor kesihatan Gaza.

Isnin, 28/04/2025 – Pergerakan Hamas telah mengesa komuniti antarabangsa, PBB dan organisasi antarabangsa yang berkaitan untuk menegakkan undang-undang dan menjalankan tanggungjawab dan mengambil tindakan yang berkesan untuk menghentikan serangan rejim Zionis Israel ke atas sektor kesihatan Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan penutupan hospital al-Durra di timur bandar Gaza akibat serangan udara rejim Zionis pada Selasa lepas. Serangan ke atas panel solar dan wad ICU menyebabkan kerosakan kekal ke atas fasiliti dan sumber tenaga yang menyokong beberapa jabatan lain di hospital berkenaan.

Penutupan Hospital al-Durra menyebabkan peningkatan penutupan hospital akibat dari genosid sebanyak 37 hospital di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Gaza Mengumumkan Perkhidmatan Hospital Pediatrik Al-dorra Berhenti Operasi

Isnin, 28/04/2025 – Kementerian kesihatan Gaza telah mengumumkan bahawa Hospital Pediatrik Al-Dorra, yang terletak di timur bandar Gaza sudah berhenti beroperasi sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan pada Khamis lalu, kementerian itu berkata bahawa hospital itu mengalami kerosakan yang teruk akibat serangan Israel dua hari lepas.

Kementerian itu menambah bahawa peluru berpandu Israel telah meledak di tingkat atas hospital, mengakibatkan kerosakan teruk pada unit rawatan rapi dan memusnahkan sistem panel solar yang membekalkan fasiliti tersebut dengan kuasa letrik.

Menurut kementerian itu lagi, serangan Israel ke atas fasiliti perubatan di Gaza telah melumpuhkan sepenuhnya 37 pusat perubatan serta hospital-hospital. Ini menyebabkan mereka tiada lagi kemampuan untuk memberikan sebarang perkhidmatan perubatan kepada pesakit.

Israel telah menyasarkan kemudahan awam secara sistematik, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat di dalam perang berterusannya di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Hj Fariz

Categories
Berita Semasa

Hamas: pendatang menyeru agar membuka Aqsa ketika perarakan

Jumaat, 25/04/2025 – Haroun Nasser Al-Din, ahli biro politik Hamas dan Ketua Pejabat Hal Ehwal Baitulmuqaddis, memberi amaran pada Rabu yang para pendatang Israel menyeru agar membuka dataran Masjid Aqsa pada perarakan yang akan diadakan. Ia menandakan peningkatan usaha untuk menerapkan unsur Yahudi ke atas tapak suci dan menekankan penguasaan rejim ke atasnya.

Dalam satu kenyataan, Nasser Al-Din berkata, mereka terus menuntut di samping keganasan oleh tentera rejim terus berleluasa. Beliau menekankan keperluan segera untuk menghalang rancangan mereka memusnahkan masjid dan menggantikan dengan kononnya ‘kuil ketiga’.

Beliau menyatakan yang kumpulan pelampau telah membuat rayuan kepada Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, menuntut agar para pendatang diberi kemasukan tanpa batas ke dataran Masjid Aqsa ketika perarakan yang dijadualkan pada 25 dan 26 Mei. Tuntutan ini adalah sebahagian agenda yang disokong oleh Ben Gvir untuk mencemarkan tempat suci Islam.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Radio Al-Aqsa meratapi wartawan Saeed Abu Hassanein

Jumaat, 25/04/2025 – Dalam satu kenyataan berkabung, stesen radio itu mengesahkan bahawa dia telah bekerja dalam media selama hampir dua puluh tahun, di mana dia menikmati kerjaya yang terbilang dalam bidang kejuruteraan bunyi dan pencampuran radio.

Kenyataan itu menambah bahawa pendudukan Israel terus menyasarkan wartawan Palestin dalam usaha untuk mengaburkan kebenaran dan menekan naratif Palestin, menekankan bahawa percubaan ini tidak akan berjaya mematahkan kehendak rakyat Palestin atau membungkam suara bebas mereka.

Radio Al-Aqsa menegaskan kesetiaannya kepada jalan syuhada dan rakan-rakannya yang syahid kepada firman dan kebenaran, dengan menyatakan bahawa kakitangannya akan tetap setia kepada perjuangan rakyatnya dan terus memenuhi misi medianya walaupun menghadapi pelbagai cabaran

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Hamas Desak Jordan Tangani Kes 16 Tahanan Dengan Tanggungjawab Sosial

Khamis, 24/04/2025 – Pergerakan Hamas menegaskan komitmen penuhnya terhadap keselamatan dan kestabilan Jordan serta semua negara Arab dan Islam, sambil menyeru kerajaan Jordan agar segera membebaskan 16 rakyatnya yang ditahan atas tuduhan cuba menghasilkan roket dan dron.

Dalam satu kenyataan rasmi pada hari Selasa, Hamas menyatakan keyakinannya bahawa tindakan pemuda-pemuda Jordan yang ditahan—atas dakwaan menghasilkan roket dan dron—berpunca daripada solidariti tulen terhadap perjuangan Palestin, penentangan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza, serta usaha mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa. Hamas menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak pernah bertujuan mengancam keselamatan atau kestabilan Jordan.

Hamas menyeru pihak berkuasa Jordan agar memahami dan menghargai “niat nasional yang terpuji” di sebalik tindakan tahanan ini, serta menguruskan isu ini dengan kebijaksanaan dan semangat tanggungjawab pan-Arab. Perkara ini, katanya, akan memperkukuh hubungan sejarah yang mendalam antara rakyat Jordan dan Palestin dalam perjuangan bersama menentang penjajahan Israel dan rancangannya.

Pergerakan itu menekankan bahawa tindakan pemuda Jordan ini berlaku dalam konteks “jenayah kejam rejim Zionis dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.”

Hamas turut memuji pelbagai inisiatif yang lahir daripada “hati nurani umat” dan mencerminkan jati diri Arab dan Islam, menggambarkan solidariti sejarah yang mendalam antara rakyat Jordan dan Palestin. Kedua-dua bangsa ini telah lama berkongsi pengorbanan dalam perjuangan membebaskan Palestin serta mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam.

Hamas menegaskan bahawa sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin adalah “tanggungjawab nasional dan moral” serta hak yang diiktiraf oleh semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Sokongan seperti ini, menurut Hamas, tidak seharusnya dikriminalkan, malah harus dihormati dan dihargai kerana peranannya yang penting dalam menentang penjajahan dan segala bentuk kekejaman.

Hamas juga menyampaikan penghargaan kepada setiap suara bebas dan inisiatif tulus dari Jordan serta seluruh dunia Arab yang menyumbang kepada keteguhan rakyat Palestin, sambil mengecam pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlangsung di Gaza.

Kenyataan tersebut turut menyebut: “Kami menghargai pendirian Jordan yang tegas menolak rancangan pemindahan paksa terhadap rakyat kami di Gaza, dan kami menganggapnya sebagai lambang hati nurani Arab sejati yang memperkukuh ketahanan rakyat kami terhadap agenda penjajahan yang berbahaya.”

Pada 15 April, Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Jordan, Mohammad Al-Momani, mengumumkan penahanan 16 individu yang dituduh terlibat dalam penghasilan roket dan dron, memiliki bahan letupan serta senjata automatik, menyembunyikan peluru berpandu yang sedia digunakan, dan membangunkan projek pengeluaran dron. Mereka juga dilaporkan menghasilkan roket jarak dekat dengan anggaran capaian antara 3 hingga 5 kilometer.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pemerhati Hak Asasi Manusia: Israel mesti dipaksa untuk menarik balik kepungan ke atas Gaza dan memulakan pembinaan semula

Khamis, 24/04/2025 – Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menggesa agar desakan peringkat antarabangsa dikenakan ke atas Israel untuk menarik balik kepungannya di Semenanjung Gaza, yang telah mengakibatkan kebuluran tahap lima yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Omar Shakir, pengarah pejabat Pemerhati Hak Asasi Manusia di Wilayah Palestin, menyatakan bahawa keterlibatan AS di bawah Presiden Joe Biden dan semakin meningkat semasa pentadbiran Donald Trump telah memberanikan Israel untuk meningkatkan serangannya, membunuh lebih ramai orang awam, yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas menghargai penganjuran perhimpunan pro-Gaza di bandar-bandar seluruh dunia

Khamis, 24/04/2025 – Pergerakan Hamas amat menghargai perhimpunan awam yang diadakan di seluruh dunia sebagai tanda solidariti kepada Gaza dan sebagai protes terhadap perang genosid Israel terhadap penduduknya.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa lalu, Hamas memberi tabik hormat kepada semua yang telah bersama menyertai perhimpunan secara global ini termasuk organisasi dan badan yang menganjurkannya.

Hamas menggesa supaya perhimpunan dan protes popular diteruskan di bandar-bandar berbeza di seluruh dunia bagi menyokong Gaza, terutamanya pada hari-hari akan datang.

Pergerakan itu juga menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada semua tokoh dan institusi Islam yang mengajak negara-negara Islam untuk mengadakan mogok umum pada hari Sabtu, 26 April  sebagai protes terhadap perang genosid ke atas Gaza.

Penterjemah : Hj Fariz

Categories
Berita Semasa

3 Syahid, 12 Cedera Dalam Serbuan As Ke Atas Yaman.

Khamis, 24/04/2025 – Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Yaman mengesahkan bahawa tiga rakyatnya terbunuh manakala 12 yang lain cedera, menurut angka awal, akibat pengeboman dan pencerobohan AS di kawasan kejiranan Farwa dan pasar terkenal di ibu kota, Sana’a. Media Yaman turut melaporkan bahawa Amerika Syarikat melancarkan pencerobohan terhadap bandar dan wilayah di Yaman pada petang Ahad. Ini menjadikan lebih daripada 10 serangan telah dilancarkan ke atas Hodeidah, Marib dan Sana’a. 

TV Al Masirah pula melaporkan  dalam satu kejadian, Amerika melancarkan serangan di Pulau Kamaran di Hodeidah, dan tiga serangan yang lain pula menyasarkan Daerah Al Jawf di Marib. Jelas bahawa pencerobohan AS kali ini menyasarkan ibu kota Yaman, Sana’a. Pada  Sabtu yang lalu, tiga warga Yaman juga didapati terbunuh dalam serbuan yang dilancarkan oleh pesawat perang AS ke atas ibu negara Yaman.

Dilaporkan bahawa pesawat perang AS melancarkan sebanyak 29 serangan ke atas ibu kota Yaman, Sanaa, Amran, Ma’rib, wilayah barat Yaman Hodeidah, Pulau Kamaran di Hodeidah serta Daerah Harf Sufyan di Daerah Amran pada hari tersebut. 

Beberapa minggu lalu juga, Amerika Syarikat melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran menentang pergerakan Ansarullah di Yaman, sekaligus mengancam untuk meneruskan serangan udara melainkan kumpulan itu berhenti menyasarkan perkapalan berkaitan Israel di Laut Merah.

Walaupun begitu di sebalik ancaman ini, kumpulan Ansarullah tetap meneruskan serangannya, menyasarkan kawasan di dalam Israel dan kapal di Laut Merah yang menuju ke sana, sebagai tindak balas kepada perang pemusnahan yang berterusan yang disambung semula Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak 18 Mac yang lepas.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Para tahanan wanita Palestin menghadapi keadaan tidak berperikemanusiaan di penjara Damon

Rabu, 23/04/2025 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan pada Isnin yang para tahanan wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon mengalami keadaan yang sangat susah dan tidak berperikemanusiaan.

Rentetan lawatan ke penjara, peguam Suruhanjaya melaporkan yang makanan tidak berkualiti dan sedikit, menyebabkan penyakit gastrointestinal di kalangan tahanan wanita, semuanya mengalami penurunan berat badan yang ketara.Dalam satu kenyataan akhbar, Suruhanjaya membawa kes seorang tahanan wanita Karam Mohammad Musa, 53, dari Kampung Surra di Pentadbiran Nablus, yang ditahan pada 25 Februari 2025.

Beliau ditahan di sel yang ada kesan darah, tanpa ruang untuk solat, tiada makanan, dan hanya ada satu tilam kecil yang dikongsi bergilir-gilir dengan seorang tahanan lain.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Amaran mesej daripada perisikan Rejim Zionis yang sampai kepada penduduk Gaza.

Rabu, 23/04/2025 – Pasukan keselamatan penentangan di Semenanjung Gaza mendedahkan pada hari Isnin bahawa perisikan Israel telah menghantar mesej kepada telefon bimbit rakyat di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, khususnya kawasan utara gabenor tengah.

Pasukan keselamatan penentangan berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Maklumat Palestin bahawa “perkhidmatan perisikan, melalui mesej ini, menyeru rakyat untuk menghubungi pegawai di wilayah untuk mesyuarat, dengan tujuan menyelaraskan apa yang mereka panggil perjalanan ke luar negara.

Beliau menegaskan bahawa  “mesej perisikan adalah sebahagian daripada peperangan psikologi dan cubaan untuk menekan barisan dalam negeri secara moral, dengan tujuan menghasut rakyat menentang penentangan.”

Pasukan keselamatan penentangan memberi amaran kepada rakyat supaya tidak “menghubungi nombor pegawai perisikan, kerana sebarang hubungan, tanpa mengira justifikasi atau tujuannya, akan dianggap sebagai satu bentuk kerjasama dengan musuh, dan penentangan tidak akan teragak-agak untuk menghukum kolaborator, kerana bekerjasama adalah memalukan dan khianat.”

Beliau juga memberi amaran kepada profesional media dan platform di Gaza terhadap “menerbitkan atau mengedarkan mesej risikan musuh, terutamanya yang mengandungi hasutan atau bilangan pegawai perisikan. Sebarang penerbitan sedemikian adalah sumbangan dan perkhidmatan percuma kepada musuh, dan penentangan tidak akan memaafkannya.”

The Resistance Security menjelaskan bahawa ia “melihat tawaran perisikan musuh untuk berkomunikasi dan bertemu dengan rakyat dari perspektif keselamatan yang serius, kerana pengalaman telah membuktikan bahawa musuh mencipta alasan untuk menutup pertemuan dengan pemberi maklumat. Oleh itu, mana-mana warganegara yang berkomunikasi dengan perisikan musuh meletakkan dirinya di bawah syak wasangka dan keraguan keselamatan”

Beliau juga menegaskan bahawa beliau “sedang memantau penyebaran berita rekaan mengenai penghijrahan dari Semenanjung Gaza oleh platform palsu dan aktivis yang setia kepada musuh, dengan tujuan untuk menghasut dan mempengaruhi secara psikologi rakyat, dengan cara yang benar-benar konsisten dengan ‘pelan pemindahan’ dan tawaran risikan musuh, seperti yang didedahkan hari ini.”

Dengan sokongan penuh Amerika, tentera penjajah terus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza sejak 7 Oktober 2023, menjadikan jumlah kematian kepada kira-kira 168,000, termasuk syahid dan cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain lebih 14,000 orang hilang.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Dujarric: Tiada satu lori bantuan pun memasuki Gaza sejak bulan lalu.

Rabu, 23/04/2025 – Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric, berkata sejak awal Mac, tidak ada satu pun lori makanan, bahan api, atau ubat-ubatan telah memasuki Semenanjung Gaza, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Dujarric menambah bahawa sejak 50 hari lalu, stok makanan di Gaza sangat sedikit, dan ubat-ubatan penting serta bekalan perubatan semakin berkurangan.

Beliau menegaskan bahawa ambulans di Gaza terpaksa mengurangkan perkhidmatan mereka dalam misi menyelamat; Akibat kehabisan minyak.

Beliau menegaskan bahawa kedai roti di Semenanjung Gaza terpaksa ditutup, sambil menambah, “Gudang kami dan rakan kongsi kemanusiaan kami juga telah kehabisan khemah untuk menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal.”

Dujarric menyatakan bahawa “kami tidak dapat mengakses beberapa gudang kami di dalam Gaza kerana perintah pemindahan paksa.”

Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak dan orang dewasa di Gaza, kesemuanya menderita kelaparan dan kekurangan akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan, sambil menambah bahawa ratusan ribu di Semenanjung Gaza telah dipindahkan, dan serangan ke atas orang awam, pasukan kecemasan, dan pekerja bantuan telah meningkat sekali lagi.

“Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan memberi amaran bahawa sekatan berterusan bantuan kemanusiaan memberi kesan buruk kepada penduduk Semenanjung Gaza,” kata Dujarric.

Terdahulu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza memberi amaran tentang rancangan Israel untuk mengawal bantuan kemanusiaan dan mengenakan dasar kelaparan dan sekatan ke atas lebih dua juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang awam.

Media kerajaan mengesahkan bahawa pendudukan Israel telah terus menutup sepenuhnya sempadan selama lebih daripada satu setengah bulan, menghalang kemasukan bahan makanan, ubat-ubatan, dan bahan perlindungan, yang jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva, yang mewajibkan kuasa pendudukan untuk memenuhi keperluan penduduk di bawah kawalannya.

Dengan sokongan Amerika, tentera pendudukan telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menyebabkan lebih 168,000 mati syahid dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih 14,000 hilang.

Penterjemah : Farah Najwa

Categories
Berita Semasa

Hamas perbaharui gesaan siasatan antarabangsa terhadap hukuman mati ke atas paramedik di Rafah

Rabu, 23/04/2025 – Pergerakan Hamas sekali lagi memperbaharui gesaannya agar siasatan antarabangsa dijalankan berhubung hukuman mati secara sengaja ke atas para paramedik oleh tentera penjajah Israel di Rafah, selatan Gaza.

Pergerakan itu menolak dakwaan pihak Israel mengenai insiden tersebut sebagai cubaan jelas untuk mengelakkan tanggungjawab terhadap “jenayah keji yang dilakukan dengan niat awal.”

Pada 23 Mac, tentera Israel membunuh 15 anggota pasukan kecemasan dan pertahanan awam di kawasan kejiranan Tel al-Sultan di barat Rafah. Mangsa-mangsa—yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa—dikebumikan dalam kubur besar, dengan kenderaan mereka sengaja dimusnahkan dan disembunyikan.

Pembunuhan beramai-ramai ini mencetuskan kemarahan global dan memperbaharui gesaan agar pemimpin politik dan tentera Israel didakwa atas jenayah genosid terhadap rakyat Palestin, khususnya pembunuhan bersasar terhadap petugas kemanusiaan dan perubatan.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin gugur syahid dalam operasi tembakan di Tebing Barat.

Selasa, 22/04/2025 – Seorang pemuda Palestin gugur syahid pada petang Ahad setelah dia membalas tembakan dengan askar rejim Zionis di pintu masuk penempatan haram Homesh di utara kawasan Tebing Barat  yang ditakluki.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Suleiman Fawwaz Manasra, 24 tahun, gugur syahid setelah ditembak oleh askar rejim Zionis berhampiran wilayah Jenin.

Media Yahudi melaporkan pemuda tersebut tiba di dalam kereta di pintu masuk Homesh diantara kota Nablus dan Jenin dan menembak ke arah tentera sebelum ditewaskan, sebelum mayatnya di ambil oleh pasukan keselamatan rejim Zionis.

Penterjemah : Hairul