Rabu, 15-11-2023 – Holocaust pasukan penjajah Zionis, di Semenanjung Gaza, telah memasuki hari ke-32 berturut-turut, dengan pesawat musuh melancarkan ratusan serbuan, mengebom kediaman penduduk , menyasarkan keperluan hidup, dan pencerobohan darat dari beberapa serbuan terancang, berdasarkan ‘strategi bumi hangus’, dan mendapat tentangan yang berani walaupun diasak dengan pertumpahan darah dan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam.
Pasukan penyelamat menemui 17 syuhada daripada pengeboman rumah Al-Sharbasi, Al-Sousi, Marish, dan Al-Ghamri di Shujaiya, timur Kota Gaza.
Rejim Zionis mengebom seluruh dataran kediaman di Al-Tawabin berhampiran pasar Al-Bastat di Shuja’iya di Gaza, dan berpuluh-puluh syahid, cedera, dan orang hilang tertimbus di bawah runtuhan.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Jumaat, 10-11-2023 – Kementerian Kesihatan pada hari Rabu menyatakan bahawa jumlah kematian hasil daripada kekejaman tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza kini meningkat lebih 10,569 orang yang melibatkan 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita.
Dalam sidang media pada tengah hari Rabu, jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra menyatakan jumlah mangsa tercedera telah melebihi 26,475 orang.
Al-Qudra turut menambah bahawa 241 rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel di Gaza semasa 27 kali pembunuhan dalam masa 24 jam. Hal ini menambah peratusan kepada 49% jumlah mangsa dari Selatan Gaza di mana Israel menyatakan bahawa Selatan Gaza adalah tempat paling selamat untuk berpindah.
Jurucakap tersebut juga menyatakan bahawa kementerian kesihatan menerima 2,500 laporan orang hilang, termasuklah 1,350 kanak-kanak yang masih tertimbus di bawah runtuhan. Hampir setiap hari tentera Israel melakukan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza sejak daripada operasi antara sempadan oleh Sayap Kanan Hamas “Bridged al-Qassam” pada 7 Oktober lalu.
Selain daripada jumlah mangsa dan perpindahan rakyat yang tinggi, keperluan makanan asas, bahan api, minuman, dan bekelan perubatan turut habis bagi 2.3 juta orang rakyat yang tinggal di Gaza sejak kawalan ketat Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq
Jumaat, 10-11-2023 – Ketika serangan kejam Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-32 pada Selasa, 10 September, jumlah kematian telah meningkat kepada lebih daripada 10,328 mangsa, manakala jumlah kecederaan mencapai lebih daripada 25,956 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra, mengesahkan bahawa tentera Israel juga telah melakukan 21 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengakibatkan kematian 548 orang awam, yang majoriti daripadanya ialah rakyat yang terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Al-Qudra menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Bulan Sabit Merah untuk melindungi kemudahan kesihatan dan ambulans, memastikan laluan mereka selamat, dan menghentikan ancaman Israel terhadap kemudahan kesihatan.
Beliau juga menyeru semua pihak untuk menyediakan lorong kemanusiaan yang selamat bagi memastikan kemasukan bantuan, ubat, dan bekalan bahan api.
Beliau turut menekankan keperluan untuk menyediakan bekalan darah yang banyak kepada hospital Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Khamis , 09-11-2023 – Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan bahawa beberapa hari yang lalu, mereka akan membebaskan 12 tahanan di Gaza yang merupakan warga negara asing, tetapi penjajah Israel menghalang mereka berbuat demikian.
Briged Al-Qassam berkata: Kami mengesahkan bahawa kami bersedia untuk melepaskan mereka, tetapi keadaan lapangan dan pencerobohan Zionis yang mengancam nyawa mereka yang menghalang pembebasan ini.
Pada 4 November, Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan bahawa pengeboman kejam yang dilakukan Zionis ke atas Gaza telah menyebabkan kehilangan lebih daripada 60 tahanan musuh di Gaza sejak 7 Oktober hingga sekarang.
Briged itu dalam satu kenyataan berkata: Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan, 23 mayat daripada mereka (tahanan musuh) masih hilang di bawah runtuhan setakat ini.
Tambahnya lagi: Nampaknya kita tidak akan dapat menemui mereka kerana pencerobohan kejam yang berterusan terhadap pendudukan di Gaza.
Briged Al-Qassam sebelum ini mengumumkan kematian 50 tahanan penjajah Israel akibat pengeboman kejam Zionis di Semenanjung Gaza, juga menyebabkan kematian lebih 10,300 rakyat Palestin dan kecederaan lebih 25,000 yang lain sejak 7 Oktober.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Khamis , 09-11-2023 – Rejim Zionis (IOF) memulakan operasi tangkapan besar-besaran di Tebing Barat pada awal pagi Selasa, dengan menahan sekurang-kurangnya 55 orang Palestin sebagai sebahagian daripada siri kempen penahanan berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Kesatuan Tahanan Palestin dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa operasi tangkapan tersebut dijalankan secara intensif di wilayah Tebing Barat; al-Khalil dan Ramallah, manakala tangkapan yang lain berlaku di bandar-bandar Tebing Barat yang lain.
Tangkapan berkenaan, menurut kesatuan berkenaan telah memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, dan bekas tahanan. Di al-Khalil, tentera rejim menyerbu dan merosakkan rumah-rumah , menyerang penduduk Palestin, dan mengambil langkah-langkah untuk merobohkan rumah-rumah aktivis dan bekas tahanan Palestin.
Sumber tempatan melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin terbunuh, dan 7 orang lain cedera semasa pergolakan berlaku di pelbagai bandar di al-Khalil, yang mana salah seorang mangsa dalam keadaan serius.
IOF menahan 25 orang Palestin di al-Khalil, termasuk dua adik-beradik, salah seorang daripada mereka bekerja sebagai wartawan, dari rumah mereka selepas menyerang sebahagian daripada mereka, tambah sumber-sumber tersebut.
Di Bethlehem, IOF menahan empat orang Palestin, termasuk dua beradik, salah satunya berusia 15 tahun, selepas menyerbu dan menggeledah rumah mereka.
Di Ramallah, tujuh orang Palestin, termasuk seorang wanita yang sebelum ini ditahan, ditangkap selepas rumah mereka dimasuki dan dirosakkan. Akibatnya, pergolakan berlaku di seluruh Ramallah, menyebabkan kecederaan, yang mana salah satunya kritikal.
Di Jericho, IOF menyerbu bandar al-Oja dan dua khemah pelarian; Aqabat Jabr dan Ain al-Sultan sebelum menahan tiga pemuda, salah seorang daripadanya berusia 19 tahun. Di Jenin, tiga orang Palestin ditangkap, termasuk bapa seorang bekas tahanan bagi memberi tekanan kepada anak lelakinya untuk menyerah diri. Pergolakan juga meletus setelah tentera IOF menyerbu bandar Jenin dan khemah-khemah pelarian, menyebabkan dua pemuda cedera akibat terkena peluru hidup. Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menempatkan pasukan penembak tepat di atas bumbung beberapa rumah, meminta bantuan tentera dan pasukan khas yang masuk ke dalam kawasan bandar dan perkhemahan dengan membawa sama jentolak yang merobohkan jalan raya serta infrastruktur.
Di Baitulmaqdis, polis Israel menyerbu khemah pelarian Shufat dan menahan 10 orang Palestin. Pasukan tersebut juga menyerbu bandar Abu Dis dan menahan empat wartawan Palestin.
Ini menjadikan jumlah penduduk Tebing Barat yang ditahan sejak 7 Oktober kepada 2,200 orang.
Jumlah keseluruhan tahanan Palestin di penjara Israel telah meningkat kepada 7,000, termasuk 62 tahanan wanita dan 2,070 tahanan pentadbiran.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis , 09-11-2023 – Holocaust pasukan penjajah Zionis, di Semenanjung Gaza telah memasuki hari ke-31 berturut-turut. Mereka melancarkan serangan dari udara dengan pesawat dan menghujani kediaman penduduk dengan ribuan bom yang dijatuhkan ke atas penduduk Gaza, disertai dengan ratusan serbuan dan pencerobohan yang dilakukan dari pelbagai arah di daratan, bertujuan melumpuhkan sebarang talian hayat bagi warga penduduk. Keadaan itu mengakibatkan bumi Gaza kini hangus terbakar. Walaubagaimanapun di tengah-tengah pembunuhan berdarah secara beramai-ramai itu, tentera Zionis tetap mendapat tentangan yang hebat dan berani daripada barisan pertahanan Palestin.
Tentera Zionis juga dikenal pasti, terus menerus melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap orang awam. Dalam satu laporan menyebutkan, pesawat Zionis telah menyerang sebuah rumah milik keluarga Qishta di kejiranan Al-Geneina, timur Gabenor Rafah. Pesawat penjajah juga didapati mengebom Kompleks Perubatan Al-Shifa, yang menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal, sekaligus mengakibatkan seorang gadis terbunuh dan mencederakan 5 yang lain, termasuk seorang wanita.
Sumber perubatan melaporkan kerosakan material yang besar dan kes ketakutan dan trauma di kalangan pesakit dan kakitangan perubatan sangat merisaukan, sehingga ramai penghuni terpaksa dipindahkan akibat pengeboman bangunan utama Kompleks Perubatan Al-Shifa itu.
Di dalam laporan yang lain, 6 rakyat mati syahid akibat pengeboman pesawat penjajah Zionis ke atas sebuah rumah milik keluarga Sammour di Bani Suhaila, timur Khan Yunis. Sumber tempatan melaporkan bahawa para syuhada ialah: Ahmed Marzouk Sammour, Iyad Marzouk Sammour, Ayman Marzouk Sammour, isterinya Mai Ismail Sammour, dan dua anak perempuan mereka iaitu Hadeel dan Farah.
Pesawat penjajah itu juga dilaporkan mengebom Masjid Syahid Salah Shehadeh di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Bulan Sabit Merah Palestin turut mengumumkan bahawa seorang paramedik cedera parah dalam pengeboman yang menyasarkan pintu masuk ke Hospital Al-Quds, barat Kota Gaza.
Pagi ini, Kementerian Kesihatan juga mengesahkan sekurang-kurangnya 103 syuhada dan 106 mangsa yang cedera telah tiba di Kompleks Perubatan Al-Shifa sejak malam tadi.
Pesawat penjajah dalam serangan itu juga bertindak mengebom sebuah rumah milik keluarga Shaqura di kejiranan Al-Amal, barat Khan Yunis, mengakibatkan kematian 5 rakyat, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan beberapa orang tercedera.
Kementerian Kesihatan berkata: Rejim penjajah itu turut menyasarkan satu-satunya Hospital Psikiatri di Semenanjung Gaza dan Hospital Mata, yang telah memusnahkan hampir keseluruhan hospital.
Rejim penjajah dalam kejadian yang lain turut mengebom sebuah apartmen kediaman di kawasan kejiranan Abu Jame di Bani Suhaila, timur Khan Yunis di mana pesawat tentera turut menyasarkan Faisal School Street di Al-Saftawi, utara Semenanjung Gaza. Pesawat rejim penjajah juga didapati mengebom bangunan Al-Waha yang bertentangan dengan Suwaydi Al-Nasr di Kota Gaza.
Wartawan kami melaporkan bahawa Genting Gaza mengalami malam yang sangat sukar dan dahsyat di mana tentera rejim penjajah telah melancarkan 450 serangan sekaligus mengubah Jalur Gaza secara total menjadi lautan api dengan letupan tanpa henti. Buat kesekian kalinya juga, rejim penjajah berjaya memutuskan sumber komunikasi dan internet untuk yang ketiga kali dalam tempoh masa kurang dari seminggu.
Sumber Syarikat Telekomunikasi Palestin mengesahkan bahawa komunikasi dan internet kekal terputus selama lebih daripada 15 jam ketika serbuan yang lebih agresif dilancarkan, sebelum ia mula beransur-ansur kembali pulih bermula 9:10 pagi tadi.
Sumber tempatan dalam kenyataan lain pula melaporkan bahawa antara yang mati syahid kali ini ialah isteri dan empat anak seorang warganegara, Talaat Barhoum, yang juga merupakan ketua Jabatan Perhubungan Awam dan Media di Hospital Al-Najjar di Rafah.
Kekejaman berterusan apabila pasukan rejim penjajah juga melepaskan tembakan meriam ke arah sebuah sekolah yang di jadikan pusat pemindahan sementara di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, mengakibatkan seorang syahid dan beberapa yg lain cedera.
Sekurang-kurangnya tiga orang syahid yang lain pula dilaporkan telah tiba di Hospital Indonesia di utara Gaza selepas pengeboman di Beit Hanoun.
Pantai barat Gaza turut mengalami serangan yang sengit dari tentera Zionis Israel apabila bunyi pertempuran kedengaran selepas rejim penjajah mengumumkan ketibaan kereta kebal mereka di kawasan itu.
Wartawan Muhammad Al-Jaja yang merupakan perunding pembangunan institusi di Press House, juga dilaporkan telah syahid bersama isteri, anak perempuan, ibu, bapa, adik-beradik, dan beberapa saudaranya dalam kejadian pengeboman yang disasarkan ke rumahnya di kejiranan Al-Nasr Gaza malam tadi.
Pesawat penjajah Zionis juga didapati telah meletupkan sebuah rumah yang diduduki oleh keluarga Sinwar di Kem Jabalia, mengakibatkan ramai yang syahid, cedera parah dan ramai yang masih belum ditemui.
Selama lebih 30 hari ini, tentera musuh Zionis telah meneruskan kemusnahan berdarah di semenanjung Gaza, yang telah mengakibatkan hampir 10,000 orang syahid, 25,000 orang cedera, 2,500 hilang tanpa khabar berita, manakala 1.6 juta yang lain kehilangan tempat tinggal. Serangan ini turut mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya membabitkan tidak kurang dari 250,000 unit rumah.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Khamis , 09-11-2023 – Kerajaan Jordan mengumumkan bahawa pesawat tenteranya telah menghantar bantuan perubatan segera secara ‘airdrop’ ke hospital medan Jordan di semenanjung Gaza pada awal pagi Isnin 6 November 2023.
Dalam hantaran Raja Abdullah II di platform “X”, baginda menyatakan bahawa kejayaan menghantar bantuan itu merupakan tanggungjawab negaranya terhadap rakyat Gaza dan Jordan akan terus kekal menjadi penyokong kuat dan paling hampir dengan saudara Palestin mereka.
Menurut sumber Angkatan Tentera Jordan, sebuah pesawat Tentera Diraja menggugurkan bantuan perubatan segera menggunakan payung terjun ke hospital medan milik Jordan di Gaza selepas bekalan di hospital tersebut hampir kehabisan ekoran kelewatan bantuan darat yang tiba melalui sempadan Rafah. Menurut sumber itu lagi, hospital medan milik Jordan akan terus beroperasi untuk membantu meringankan penderitaan penduduk Gaza walaupun mengalami masalah kekurangan bekalan yang teruk.
Hospital medan tersebut telah beroperasi semenjak 2009 dengan kerjasama Tentera Jordan dan mengendalikan 1000 hingga 1200 orang pesakit setiap hari.
Bantuan ini tepat pada masanya ketika mana Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa 16 daripada keseluruhan 35 buah hospital di seluruh Gaza terpaksa ditutup akibat (1) ancaman dan serangan berterusan daripada rejim Zionis atau (2) kekurangan bahan api untuk menjana bekalan elektrik.
Selain masalah tersebut, perkhidmatan perubatan Gaza juga kini berhadapan dengan masalah keletihan melampau di kalangan kakitangan perubatan yang mengendalikan lebih 36 ribu kes mangsa perang dan ribuan pesakit lain setakat 1 bulan peperangan ini berlangsung.
Lebih memburukkan keadaan, rejim Zionis telah bertindak memisahkan utara dan selatan Gaza sehingga menyukarkan bantuan yang tiba dari selatan iaitu sempadan Rafah untuk dihantar ke Gaza City dan utara Gaza.
Setakat Isnin 6 November 2023, Kementerian Kesihatan Gaza telah mengesahkan bahawa jumlah mangsa yang syahid adalah 9770 orang dan jumlah mangsa cedera melebihi 25000 orang, dengan lebih 70% mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman
Rabu, 08-11-2023 – Isnin lalu, rejim Zionis telah membunuh seorang pemuda Palestin di bandar al-Khalil Tebing Barat. Lima lagi cedera, termasuk tiga yang kritikal. Ia berlaku selepas pihak rejim menceroboh bandar Halhoul di utara al-Khalil di selatan Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa pertembungan meletus selepas pihak rejim menyerbu bandar tersebut dan mula menembak peluru hidup, bom tangan serta gas ke arah rakyat Palestin yang berhadapan dengan tentera penceroboh Israel.
Pemuda yang telah gugur syahid itu dikenal pasti sebagai Mahmoud Al-Atrash, 21 tahun. Puluhan kes sesak nafas yang lain juga telah dilaporkan.
Sementara itu, sumber media Israel berkata bahawa polis Israel telah menembak mati seorang pemuda Palestin berusia 16 tahun di bandar Baitulmaqdis yang diduduki Zionis pada hari Isnin
selepas pemuda itu didakwa telah menikam dua pegawai sempadan berhampiran Bab al-Sahera di luar Old City, tindakan itu telah mencederakan seorang daripada mereka dengan parah dan dan seorang lagi cedera ringan. Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang gugur syahid di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober lalu seramai 162 orang.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf
Rabu, 08-11-2023 – Kerajaan Afrika Selatan mengumumkan, pada hari Isnin, penarikan balik diplopmatnya di Tel Aviv untuk rundingan kerana pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.
Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Presiden, Khumbudzo Ntshavheni, berkata semasa sidang akhbar: “Kerajaan Afrika Selatan telah memutuskan untuk menarik balik semua diplomatnya dari Tel Aviv daripada rundingan,” dan menyatakan “kekecewaan” Pretoria, terutamanya dengan “pengeboman Israel yang berterusan terhadap sekolah dan hospital” di Semenanjung Gaza.
Sebaliknya, Menteri Luar Naledi Pandor berkata: “Kami, seperti yang anda tahu, amat prihatin terhadap pembunuhan berterusan terhadap kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah di wilayah Palestin, dan kami percaya bahawa tindak balas Israel telah menjadi hukuman untuk kesemua rakyat Palestin.”
Dia menambah, “Kami fikir adalah penting untuk kami menyatakan kebimbangan Afrika Selatan kerana kami terus menyeru agar menghentikan secara menyeluruh apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Rabu, 08-11-2023 – Rejim Zionis (IOF) telah membunuh seorang pemuda Palestin di bandar al-Khalil, Tebing Barat Isnin lalu. Manakala lima lagi cedera, tiga daripadanya sedang kritikal, selepas IOF menceroboh bandar Halhoul di utara al-Khalil di selatan Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa pertempuran meletus selepas IOF menyerbu bandar itu dan mula menembak peluru hidup serta bom tangan dan gas ke arah rakyat Palestin yang berhadapan dengan tentera penceroboh Israel.
Syahid dikenal pasti sebagai Mahmoud Al-Atrash, 21 tahun. Puluhan kes sesak nafas juga telah dilaporkan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Rabu, 08-11-2023 – Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaida menegaskan bahawa pihaknya mendokumentasikan penghancuran 24 kenderaan tentera penjajah, termasuk sebuah kereta kebal, sebuah jentolak, dan pengangkut pasukan berkenaan dengan sejumlah senjata, termasuk roket Yassin dan bom aksi gerila selama 24 jam terakhir.
Abu Ubaida mengatakan dalam ucapan audio pada Sabtu malam, bahawa pasukan Briged Al-Qassam masih bertempur di segenap sudut, menghadang musuh Zionis di utara dan selatan Kota Gaza dan di Beit Hanoun. Mereka berperang dengan gagah berani dan terus menghadapi kekuatan dan kelengkapan perang zionis.
“Kami menyampaikan ucapan kepada anda hari ini dari tengah-tengah Pertempuran Badai Taufan Al-Aqsa pada hari ke-29, untuk memberi hormat kepada rakyat Palestin yang menjadi sasaran kejahatan sistematik.”
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Rabu, 08-11-2023 – Markaz berita Palestin Pasukan mengumumkan bahawa Pasukan Penentang Islam IRAQ (JAMI) di Iraq telah menyerang pangkalan Ketenteraan Amerika ‘Tel Baidar’ di barat bandar Al-Hasakah di Syria dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu.
Sejak bermulanya pertempuran ‘Taufan Al-Aqsa’, Penentang Islam di Iraq (JAMI) telah melancarkan banyak serangan dan sasaran terhadap kedudukan tentera Amerika di Iraq dan Syria sebagai balasan kepada sokongannya terhadap kejaharan Zionis di Gaza.
Beberapa serangan roket dan drone juga dilancarkan ke arah kawasan penjajah Zionis sebagai isyarat kepada penyertaan JAMI dalam pertempuran ‘Taufan Al-Aqsa’.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Razisatul
Selasa, 07-11-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) memulakan kempen tangkapan besar-besaran di Tebing Barat semalam dan pada awal pagi Ahad, diiringi dengan pergolakan dan konfrontasi bersenjata.
Di Jenin, IOF menyertai quartier Al-Almania dan quartier timur bandar Jenin, diiringi dengan bulldozer “D9”, yang mengakibatkan pergolakan dan konfrontasi dengan pemuda-pemuda, termasuk pertukaran tembakan dan lemparan peranti letupan buatan ke arah askar-askar IOF dan kenderaan tentera.
IOF telah menangkap 10 warganegara dari bandar Jenin, termasuk bekas banduan. IOF juga menyerbu beberapa quartier di bandar Jenin, termasuk Jabal Abu Zaher, Kharouba, Al-Marah, dan Wadi Az-Zein, selain perkampungan pelarian Jenin, quartier timur, dan quartier Al-Germania.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Selasa, 07-11-2023 – Untuk hari yang ke 30, pembunuhan beramai-ramai oleh Israel terus meragut nyawa di Semenanjung Gaza apabila tenteranya terus mengebom rumah-rumah, fasiliti-fasiliti dan kejiranan serta membunuh orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita.
Sejak malam semalam, puluhan warga Gaza syahid dan yang lain cedera dan serangan udara dan Meriam di pelbagai tempat di Gaza.
Pada petang Ahad, kementerian kesihatan di Gaza menyatakan yang jumlah kematian meningkat kepada 9,770 syahid, termasuk 4,800 kanak-kanak dan 2,550 wanita.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Selasa, 07-11-2023 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med melaporkan bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) menjatuhkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza, sejak 7 Okt. Organisasi itu berkata bahawa jumlah itu bersamaan dengan dua bom nuklear.
Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva berkata dalam satu kenyataan pada Khamis, IOF telah mengakui mengebom lebih 12,000 sasaran di Semenanjung Gaza yang dikepung dengan rekod bom melebihi 10 kilogram bahan letupan setiap satu.
Pemantau Euro-Med menekankan bahawa berat bom nuklear yang dijatuhkan oleh Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada akhir Perang Dunia II pada Ogos 1945 dianggarkan kira-kira 15,000 tan bahan letupan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah