Jumaat, 4/1/08 – Damsyik: Ahli jawatankuasa Persiapan Persidangan Nasional Palestin, Thilal Naji menyatakan bahawa pihak panitia telah menetapkan jadual Persidangan Nasional Palestin yang akan dijalankan di Damsyik, Syira pada 23 Januari depan.

Jumaat, 4/1/08 – KHAN YOUNIS, (PIC)– Lima rakyat Palestin telah terbunuh dalam kepungan Rejim Israel di daerah Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza termasuk empat sekeluarga bersama seorang pejuang penentang.

Isnin, 31/12/07 – Pergerakan Hamas pada hari Ahad menyeru pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan 2,400 orang jemaah Palestin melintasi masuk Semenanjung Gaza melalui pangkalan Rafah, menegaskan jemaah haji dalam kem-kem sementara akan memburukkan penderitaan mereka.

Isnin, 31/12/07 – Gaza: Jurucakap Hamas di Parlimen Palestin, Dr. Shaleh Bardawil menegaskan akan tiba masanya Salam Fayadh dan menterinya Riyadh Maliki dihadapkan ke muka pengadilan.

Jumaat, 28/12/07 – Khan Yunis: Sekurang-kurangnya 6 pejuang Palestin gugur syahid dalam dua peristiwa berbeza. Tiga pejuang gugur dalam serangan udara pesawat perisik Rejim Zionis Israel dan 3 lainnya syahid ketika berlaku pertempuran dengan pasukan penjajah Zionis Israel yang memasuki daerah Abasan, Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Serangan ini berlaku ketika bermulanya pertemuan antara Presiden Palestin Mahmud Abbas dengan PM Israel, Ehud Olmert di Jerusalem (al Quds), Khamis (27/12).

Jumaat, 28/12/07 – Kerajaan sementara PA diketuai oleh Ismail Haneyya telah menuduh kuasa pendudukan Israel melangkah masuk kawasan pemblokan dan enggan membenarkan delegasi Itali ke Gaza adalah satu percubaan yang terang-terangan untuk menyembunyikan keputusan jenayah-jenayahnya.

Rabu, 26/12/07 – Gaza: Pihak Gerakan Perlawanan Islam, Hamas mengecam beberapa pertemuan yang dilakukan pimpinan Pemerintah Autoriti (PA) Palestin dengan pihak Rejim Zionis ‘Israel’ dalam situasi pihak penjajah tersebut masih terus melakukan pembunuhan terhadap bangsa Palestin, sama ada di Semenanjung Gaza mahu pun di Tebing Barat.

Selasa, 18/12/07 – Gaza: Jurucakap Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan Gerakan Jihad Islam, Abu Ahmad berjanji untuk menggerakkan operasi syahid di wilayah Palestin jajahan 1948.

Selasa, 18/12/07 – BAITULMUQADDIS, (PIC)– Yayasan Aqsa Isnin lalu memberi amaran tentang keputusan Israel untuk menyambung kerja memusnahkan Maghareba, laluan bersejarah menuju ke Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.

Khamis, 13/12/07 – Al-Quds: Majlis Kabinet Kecil, penjajah Israel menghalang dikeluarkan arahan operasi militan besar-besaran ke Semenanjung Gaza. Keputusan ini dikeluarkan oleh pihak militan dan politik Israel yang melihat bahawa operasi militan ke Semenanjung Gaza akan gagal menghentikan perjuangan Palestin di Semenanjung Gaza, Selasa (11/12).

Rabu, 12/12/07 – GAZA, (PIC)– Anggota senior dalam pasukan pelapis Rejim Israel baru-baru ini telah menerima arahan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik terutamanya Hamas Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin.

Selasa, 11/12/07 – Riyadh – infopalestina; – Anggota Biro Politik Hamas, Muhammad Naser, menyampaikan penghargaannya atas sikap pemerintah Kerajaan Arab Saudi yang selalu menyokong bangsa Palestin dan cukup konsisten dalam mendorong tercapainya kesatuan dalam negeri Palestin.

Khamis, 6/12/07 – GAZA, (PIC)– Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin Isnin lalu menyatakan keputusan Mesir untuk membuka sempadan di Rafah agar jemaah-jemaah dari Gaza dapat bergerak ke Arab Saudi adalah jalan terbaik bagi memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atas Gaza.

Rabu, 5/12/07 – Alquds (Terjajah): Menteri Luar Israel, Tzepi Levni menegaskan, kerajaan Ehud Olmert bersungguh-sungguh meminta agar 16 negara Arab hadir dalam pertemuan Annapolis, yang dijalankan pada akhir November lalu, adalah agar negara-negara ini mendukung pembatalan-pembatalan (tuntutan) dari Presiden Mahmud Abbas. Menurutnya, “Tiada pemimpin Palestin yang boleh membatalkan (hak) tanpa sokongan dan dukungan Arab.â€

Selasa, 4/12/07 – GAZA, (PIC)– Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas Isnin lalu mengesahkan salah satu daripada unitnya telah menyerang sebuah kapal penggempur Rejim Israel di pesisir pantai Beit Lahia, utara Gaza, dan melepaskan tembakan RPG terus ke sasarannya.