
Rabu,23/4/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin, Isnin lalu menegaskan bahawa lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter bukanlah sebagai pengantara sebaliknya lawatan beliau amat penting dari segi politik kerana ia melibatkan syarat-syarat de facto Palestin.

Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.








