Isnin, 24/04/2006 –
Persatuan Doktor2 Arab bersetuju untuk menghantar 50,000 dolar ke Gaza untuk menyediakan perubatan untuk pesakit kanser selepas menteri kesihatan Palestin menyatakan keperluan segera perubatan untuk penyakit tersebut.
Isnin, 24/04/2006 –
Persatuan Doktor2 Arab bersetuju untuk menghantar 50,000 dolar ke Gaza untuk menyediakan perubatan untuk pesakit kanser selepas menteri kesihatan Palestin menyatakan keperluan segera perubatan untuk penyakit tersebut.
Isnin, 24/04/2006 –
Tentera Zionis pada hari Ahad membunuh 2 orang dan menahan seorang lagi atas alasan mereka adalah orang dikehendaki. Mereka yang syahid ialah Ahmed Muslih dan Daniel Abu Hamameh. Mereka adalah pejuang Briged Aqsa dan Israel akan menerima balasan yang hebat atas perbuatan mereka itu.
Seorang rakyat Palestin terbujur kaku setelah dibunuh oleh polis rahsia Israel semasa operasi pencerobohan di Tebing Barat di bandar Bethlehem pada hari Ahad, 23/4/2006.
Dalam kejadian yg sama, seorang rakyat Palestin
yang cedera parah diheret manakala kiri
seorang rakyat Palestin ditutup matanya.
Gambar close-up mangsa yang cedera parah itu.
Isnin, 24/04/2006 –
Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Aziz Duwaik menegaskan akan menghantar surat kepada Abbas agar beliau menetapkan satu masa dan pertemuan dengan semua kumpulan Palestin bagi menerangkan dan berbincang krisis ekonomi Palestin.
Jumaat, 21/04/2006 –
Ismail Haneyya ,Perdana Menteri Palestin telah menafikan berita mengenai konvoi keretanya diserang oleh kumpulan bersenjata dan menganggap laporan itu sebagai tidak berasas.
Jumaat, 21/04/2006 –
Dr Alaadeen Al-Araj (gambar), Menteri Ekonomi PA telah memberi amaran kejatuhan PA jika Amerika dan sesetengah negara lain meneruskan ugutan mereka menghentikan bantuan kepada rakyat Palestin.
Jumaat, 21/04/2006 –
Jamaat-e-Islami Pakistan akan memungut derma untuk Hamas dalam memecah sekatan ekonomi daripada pihak kuffar dan akan mengusulkan perkara ini kepada semua lapisan masyarakat tidak lama lagi.
Khamis, 20/04/2006 –
Khaled Mishaal , Ketua Politik Hamas telah membuat panggilan telefon untuk menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada Amir Qatar ,Sheik Khalifa Bin Hamad Al-Thani kerana Qatar mengumumkan kesudian negara itu untuk menghulurkan bantuan sebanyak 50 juta dolar kepada rakyat Palestin.
Khamis, 20/04/2006 –
Menteri Luar Arab Saudi Su?ud al Faishal menegaskan, negaranya bertekad
menyalurkan bantuan dana kepada pemerintah Palestin sesuai dengan janji mereka dalam
Sidang Liga Arab di Khartoum, Sudan, pada 28 Mac 2006.
Khamis, 20/04/2006 –
Hamas memenangi jumlah kerusi yang besar dalam pilihanraya kolej yang berlangsung pada hari Rabu di Universiti Beir Zeit, salah satu institusi pendidikan tinggi paling kebaratan di wilayah dijajah Palestin.
Khamis, 20/04/2006 –
Presiden Iran, Mahmod Ahmad Nejad menegaskan bahawa masalah Palestin bukan
masalah bangsa Arab dan umat Islam saja. Namun masalah ini adalah masalah utama bagi
pemerhati kemanusiaan dan bangsa yang merdeka di dunia.
Khamis, 20/04/2006 –
Sheikh Nayef Al-Rajoub, menteri PA di Awqaf, mengesahakan segala usaha untuk memusnahkan pendirian rakyat Palestin akan gagal dan menekankan peranan pengundi tidak hanya berakhir di peti undi, tetapi akan terus berjuang untuk kebebasan negara mereka.
Khamis, 20/04/2006 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya semasa pertemuan dengan semua kumpulan pejuang menekankan kepentingan syura dengan semua pihak untuk kebaikan Palestin.
Rabu, 19/04/2006 –
Sayap bersenjata Gerakan Penentang Palestin pada hari Selasa meminta ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas supaya meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana menyifatkan operasi mengebom Tel Aviv sebagai “ganas” sambil menggesa beliau menjelaskan apa yang dinyatakan kepada pihak media terhadap kes tersebut.
Selasa, 18/04/2006 –
Kumpulan Persaudaraan Muslim (MB) yang berpengaruh kuat telah menafikan tuduhan yang disiarkan di dalam akhbar Yahudi yang mengatakan terdapat aliran di dalam MB yang bersedia mengeluarkan fatwa membenarkan Hamas mengiktiraf negara Yahudi itu.