
oleh : Maszlee Malik
Di kala semua mucung kamera badan-badan berita antarabangsa sedang dihalakan ke arah Lubnan, masyarakat dunia bagaikan terlupa akan nasib rakyat Palestin. Bilangan rakyat Gaza yang dibunuh bagaikan tidak mendapat kepedulian dunia. Sebahagian daripada Gaza masih lagi terputus bekalan eletrik. Lima menteri kabinet kerajaan Palestin masih lagi diculik oleh rejim Zionis. Empat puluh pegawai kerajaan termasuk 25 orang ahli parlimen dan beberapa orang datuk bandar yang diculik juga tidak diketahui apakah nasib mereka. Universiti Islam Gaza yang telah dibedil dibiarkan begitu sahaja. Pejabat-pejabat kementerian yang diserang dan hancur tiada siapa yang peduli. Para pekerja yang tidak menerima gaji masih tidak tahu apakah penyelesaiannya. Kanak-kanak Gaza masih lagi tidak dapat ke sekolah kerana infrasruktur kebanyakan sekolah telah hancur, dan ada di antara guru-guru mereka telah ditangkap oleh tentera rejim. Jalan-jalan raya masih lagi belum selamat untuk digunakan, bila-bila sahaja kereta kebal-kereta kebal rejim akan muncul dan menembak sesiapa sahaj, malah apa sahaja yang berada di jalan.

Rabu ,02/08/2006 –
Rabu ,02/08/2006 – 
Rabu ,02/08/2006 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal (gambar) menyeru agar meningkatkan penentangan terhadap penjajah
Selasa ,01/08/2006 –
Selasa ,01/08/2006 –
Isnin ,31/07/2006 –
Isnin ,31/07/2006 –
Isnin ,31/07/2006 –
Isnin ,31/07/2006 –