
Jumaat, 24/4/2008 –MP Jamal Al-Khudari, Pengerusi Jawatankuasa Anti Pengapungan menyatakan bahawa bekalan bahan api yang dibekalkan oleh pihak berkuasa Israel kepada stesen penjanaan elektrik Gaza tidak mencukupi dan hanya boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari sahaja.




Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.





