Menteri Israel Meletak Jawatan daripada Kerajaan Netanyahu kerana Perang Gaza

Sabtu, 30-03-2024 – Menteri Israel, Gideon Saar berkata bahawa beliau telah meletak jawatan daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. “Saya percaya dan saya masih percaya – bahawa [matlamat kami] dan cita-cita kami adalah tinggi tetapi boleh dicapai,” akan “tetapi di bawah pimpinan Netanyahu, kemajuan ketenteraan bergerak perlahan, dan memanjangkan kempen tersebut,” katanya. … Read moreMenteri Israel Meletak Jawatan daripada Kerajaan Netanyahu kerana Perang Gaza

Rakyat Pakistan menyeru ‘tindakan berani’ untuk mencapai gencatan senjata Gaza, penghantaran bantuan kemanusiaan

Sabtu, 30-03-2024 – Penunjuk perasaan Pakistan di satu tunjuk perasaan bantahan di Islamabad pada hari Ahad menuntut kerajaan mengambil “tindakan berani” dan langkah-langkah konkrit untuk gencatan senjata di Gaza dan penubuhan lorong bantuan kemanusiaan bagi penduduknya. Perhimpunan sepanjang hari di D-Chowk Islamabad dianjurkan oleh kempen Selamatkan Gaza dan dihadiri oleh ramai rakyat Pakistan, termasuk ahli … Read moreRakyat Pakistan menyeru ‘tindakan berani’ untuk mencapai gencatan senjata Gaza, penghantaran bantuan kemanusiaan

Pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa manakala polis rejim mengetatkan sekatan sempena Purim

Sabtu, 30-03-2024 – Sejumlah besar pendatang Yahudi menyerbu dataran Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dengan perlindungan polis rejim pada hari pertama cuti “Purim Mishmar”. Jabatan Waqaf Islam melaporkan puluhan pendatang menyerbu Masjid Al-Aqsa melalui pintu Bab el-Maghariba, dengan kawalan ketat oleh polis rejim zionis. Para pelampau itu menyamar sebagai paderi kuil bagi menunjukkan kewujudan agama Yahudi … Read morePendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa manakala polis rejim mengetatkan sekatan sempena Purim

Menteri Luar Norway: Situasi di Gaza adalah bencana buatan manusia

Sabtu, 30-03-2024 – Menteri Luar Norway Espen Barth Eide berkata bahawa keadaan di Jalur Gaza, yang dibawah tekanan Israel, adalah suatu ‘bencana buatan manusia’, menyeru gencatan senjata segera. Barth menerangkan dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa ‘Israel yang menggunakan kuasa ketenteraannya, memberi impak teruk berlipatganda pada populasi awam dan tidak selari dengan undang-undang hak kemanusiaan … Read moreMenteri Luar Norway: Situasi di Gaza adalah bencana buatan manusia

Pejabat Media Kerajaan : Tentera Israel Bertanggungjawab di atas Kematian 13 Pesakit dial-Shifa

Isnin, 25-03-2024 – Pejabat Media Kerajaan di Semenanjung Gaza mendedahkan bahawa 13 pesakit telah meninggal dunia di kompleks perubatan al-Shifa selepas tentera Israel menghalang mereka daripada menerima bekalan ubat, oksigen, dan makanan. Empat daripada 13 pesakit yang menggunakan ventilator di unit rawatan rapi meninggal dunia selepas tentera Israel memutuskan bekalan elektrik ke hospital, kata Pejabat … Read morePejabat Media Kerajaan : Tentera Israel Bertanggungjawab di atas Kematian 13 Pesakit dial-Shifa

Euro-Med menuntut campur tangan segera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel di Hospital Al-Shifa

Isnin, 25-03-2024 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediteranian meminta masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh rejim Israel di kompleks perubatan Al-Shifa dan sekitarnya, yang telah menyebabkan jumlah yang syahid sekurang-kurangnya 100 orang Palestin, yang kebanyakannya dikenakan hukuman mati di lapangan dan penyeksaan fizikal yang disengajakan setelah ditangkap. … Read moreEuro-Med menuntut campur tangan segera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel di Hospital Al-Shifa

Pertubuhan hak asasi manusia memberi amaran terhadap penyeksaan ke atas tawanan Walid Daqqa oleh Israel

Khamis, 21-03-2024 – Suruhanjaya Palestin bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memberi amaran terhadap penyeksaan Israel ke atas tahanan uzur berusia 62 tahun, Walid Daqqa yang keadaan kesihatannya merosot secara mendadak di penjara Israel. Kedua-dua kumpulan hak asasi manusia itu berkata dalam satu kenyataan bersama pada hari Rabu bahawa … Read morePertubuhan hak asasi manusia memberi amaran terhadap penyeksaan ke atas tawanan Walid Daqqa oleh Israel

Hamas Beri Amaran Pemasangan Penghadang Besi di Aqsa

Khamis, 21-03-2024 – Gerakan Hamas telah memberi amaran tentang pemasangan penghadang besi oleh Israel di Masjid Al-Aqsa, dengan menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan membiarkan tempat suci mereka dicabuli. Pemasangan penghadang besi oleh Israel di Masjid Al- Aqsa adalah cubaan jahat menghalang jemaah daripada sampai ke masjid itu semasa bulan suci Ramadan seterusnya menghalang mereka … Read moreHamas Beri Amaran Pemasangan Penghadang Besi di Aqsa

Serangan Tentera Israel Di Kem Shuafat: Seorang Kanak-kanak Terbunuh

Khamis, 21-03-2024 – Seorang kanak-kanak Palestin terbunuh selepas ditembak oleh penembak tepat Israel di kem pelarian Shuafat di utara Jerusalem yang berpenduduk pada petang Selasa. Dalam kenyataan ringkasnya, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, mengesahkan seorang kanak-kanak Palestin cedera parah terkena tembakan di kem dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Kejadian adalah rentetan dari … Read moreSerangan Tentera Israel Di Kem Shuafat: Seorang Kanak-kanak Terbunuh

Hamas: Tidak ada kebenaran kepada apa yang diterbitkan oleh Al-Arabiya mengenai penerimaan tawaran gencatan senjata lanjutan di Gaza.

Jumaat, 15-03-2024 – Hamas menafikan – pada waktu subuh Rabu – berita yang diterbitkan oleh saluran Al-Arabiya mengenai pergerakan itu menerima tawaran antarabangsa untuk gencatan senjata lanjutan di Gaza, dan kepulangan pelarian secara beransur-ansur, atau delegasi pergi ke Kaherah untuk membincangkan butirannya. Hamas berkata dalam satu kenyataan akhbar: Tidak ada kebenaran kepada berita yang diterbitkan … Read moreHamas: Tidak ada kebenaran kepada apa yang diterbitkan oleh Al-Arabiya mengenai penerimaan tawaran gencatan senjata lanjutan di Gaza.

Hamas selar kenyataan UNRWA mengenai bantuan bekalan ke Gaza

Jumaat, 15-03-2024 – Pergerakan HAMAS menekankan bahawa “kenyataan UNRWA bahawa ketiadaan hasrat antarabangsa untuk membawa bantuan ke Gaza dalam kemelut kelaparan yang berkembang pesat ini adalah satu pengakuan kegagalan oleh masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta kekalahan terhadap dasar genosida yang dilakukan oleh tentera pendudukan penjenayah Zionist terhadap rakyat Palestin kami di Gaza.” “Kami … Read moreHamas selar kenyataan UNRWA mengenai bantuan bekalan ke Gaza

Hamas menuntut siasatan antarabangsa terhadap hukuman mati 27 tahanan Gaza oleh Israel

Selasa, 12-03-2024 – Pergerakan Hamas berkata bahawa pengesahan media Israel mengenai kematian kira-kira 27 tahanan Palestin dari Gaza di bawah penyeksaan, layanan buruk, dan penafian hak asasi mereka adalah bukti tambahan terhadap skop jenayah, pencabulan dan kekejaman yang dilakukan terhadap tahanan Palestin di dalam penjara Israel. Pergerakan itu menegaskan bahawa “ini adalah jenayah perang yang … Read moreHamas menuntut siasatan antarabangsa terhadap hukuman mati 27 tahanan Gaza oleh Israel

Kementerian Kesihatan Rayu Penyediaan Bekalan Darah untuk Gaza

Selasa, 12-03-2024 – Kementerian Kesihatan di Gaza merayu kepada institusi antarabangsa dan Arab untuk menyediakan bekalan darah bagi menyelamatkan nyawa rakyat yang sakit dan cedera. Kementerian itu juga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis menyeru semua pihak untuk menghantar sejumlah besar bekalan darah bagi menyelamatkan nyawa di Semenanjung Gaza. Pihak berkuasa kesihatan menekankan … Read moreKementerian Kesihatan Rayu Penyediaan Bekalan Darah untuk Gaza

Remaja Palestin Terbunuh Selepas Menikam Tentera Israel Di Nablus

Selasa, 12-03-2024 – Seorang remaja Palestin dibunuh rejim Israel berdekatan Nablus selepas membuat serangan ke atas tentera berkenaan di Nablus, semalam. Seorang tentera Israel cedera dalam insiden tikaman di Huwara Street, bahagian selatan kota Nablus di Tebing Barat, menurut sumber media Hebrew Menurut Radia Tentera Israel, “seorang rakyat Palestin mendatangi persimpangan jalan menghala penempatan Yotzhar, … Read moreRemaja Palestin Terbunuh Selepas Menikam Tentera Israel Di Nablus

Hamdan: Kami tidak akan membenarkan rundingan sebagai pemutus untuk meneruskan pencerobohan terhadap rakyat kita

Selasa, 12-03-2024 – Pemimpin Gerakan Penentangan Islam (Hamas) Osama Hamdan, berkata pada Selasa bahawa Hamas tidak akan membenarkan jalan rundingan dibuka tanpa garis sempadan, dengan penerusan pencerobohan dan perang yang mengakibatkan kebuluran terhadap rakyat kita, atau perlindungan untuk terus melakukan lebih banyak jenayah terhadap orang awam yang tidak bersenjata. Semasa persidangan yang diadakan oleh Hamas … Read moreHamdan: Kami tidak akan membenarkan rundingan sebagai pemutus untuk meneruskan pencerobohan terhadap rakyat kita