Categories
Berita Semasa

Kenyataan rasmi AIC ke atas Dua Kematian Palestin di Tebing Barat

Lebih 30,000 rakyat Palestin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan perpaduan Gaza di bandar Tebing Barat Hebron pada hari Jumaat / Foto: Bassam Shweiki, Jawatankuasa Pertahanan Hebron.

Selasa, 05-08-2014 – Dengan seluruh perhatian diberikan kepada gencatan senjata Gaza yang tidak menjadi, dilaporkan dua rakyat Palestin terbunuh dan lebih 120 cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di Tebing Barat.

Tamer Sammour, 22, ditembak di bahagian dada dengan peluru hidup semasa protes di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Tulkarem. Sammour telah diisytiharkan mati di tempat kejadian. Seramai 14 rakyat Palestin cedera oleh peluru hidup dan keluli bersalut getah yang ditembak oleh tentera Israel, yang bertindak untuk menghalang protes tersebut. Lebih 3,000 rakyat Palestin yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu, yang dipanggil oleh pihak-pihak negara dan Islam Palestin, untuk menyokong Gaza dan membantah pembunuhan beramai-ramai Israel.

Odai Nafez Jaber, 19, tercedera dengan tiga peluru hidup semasa protes berhampiran bandar Ramallah-kawasan berhampiran Saffa. Jaber meninggal dunia di hospital tersebut petang ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Masjid Gaza, Dedikasi Letupan Kepada Komrad yang Terkorban

Selasa, 05-08-2014 – Tentera Israel yang disyaki daripada pasukan Givati telah mendedikasikan kemusnahan masjid kepada komrad mereka yang telah terkorban dan bersorak menyaksikan satu letupan yang memusnahkan masjid tersebut.

“Hidup Negara Israel!’ Satu suara bersorak.Berdasarkan satu rakaman oleh seorang juruvideo, letupan itu berlaku pada 30 Julai di Khuzaa, dekat timur Khan Younis di Selatan Tebing Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Oxfam : Krisis Gaza Semakin di Luar Kawalan

Selasa, 05-08-2014 – Oxfam memberi amaran bahawa krisis di Gaza yang semakin di luar kawalan dengan bekalan air yang sangat sedikit bakal mencetuskan krisis kesihatan penduduk. Kegagalan gencatan senjata yang baru diumumkan membayangkan banyak lagi nyawa berada dalam keadaan berisiko.

Keadaan semakin terdesak dengan kesesakan di sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan yang memberi perlindungan kepada hampir 450,000 orang penduduk. Ramai penduduk yang hanya mendapat 3 liter bekalan air bersih sehari, jauh daripada standard kecemasan antarabangsa yang ditetapkan. Kemusnahan yang teruk terhadap bekalan air, sistem pembentungan dan elektrik telah mengurangkan bekalan air kepada keseluruhan 1.8 juta penduduk Gaza. Tumpahan sisa kumbahan bakal mencemarkan punca bekalan air dan ancaman penyakit berjangkit semakin meningkat. Sudah terdapat 30 kes meningitis, penyakit kulit di kalangan kanak-kanak dan gastroenteritis yang sudah dilaporkan.

Pihak Oxfam dan rakan setempat sedang bekerja keras untuk membekalkan bekalan air bersih 70,000 penduduk, namun begitu kemusnahan teruk infrastruktur dan pengeboman yang berterusan dari Israel mengganggu tugasan petugas misi memberi bantuan, mereka perlu berusaha untuk memenuhi sekurang-kurangnya keperluan asas.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Empat Terbunuh Oleh Regim Zionis Israel yang Mensasarkan Hospital Al-Aqsa

Khamis , 24-07-2014 – Kementerian Kesihatan berkata, tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke Hospital Al-Aqsa, di Central Gaza. Serangan kejam itu membunuh empat rakyat Palestin, dan mencederakan 40 yang lain. Ambulans juga terpaksa melalui kawasan yang diserang regim zionis itu ketika cuba untuk memindahkan pesakit ke pusat perubatan Shifa.

Laporan awal menunjukkan rakyat Palestin yang terbunuh adalah seorang pesakit dan tiga saudara-mara pesakit yang dimasukkan ke hospital itu. Serangan yang memusnahkan unit pengeluaran oksigen, wad bersalin, unit penjagaan segera dan wad pembedahan mengakibatkan semua perlatan itu tidak boleh berfungsi lagi akibat pengeboman Israel yang mensasarkan hospital.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Warga emas terbunuh dan 4 cedera dalam letupan utara Gaza

Khamis , 24-07-2014 – Seorang warga emas Palestin terbunuh Sabtu lalu (19.7) dan 4 orang cedera dalam pengeboman jet Zionis ke atas tumah penduduk Utara Gaza.

Sumber memberitahu, jet Zionis melepaskan bom ke arah rumah keluarga Abu Saadah di daerah Bani Suhaila, timur Khan Yunis di utara Gaza sehingga warga emas turut terbunuh dan mencederakan 4 yang lain.

Dan sumber hospital Palestin memaklumkan bahawa mangsa yang terbunuh ialah Salim Ali Abu Saadah yang sudah memasuki usia 70-an, dan empat yang cedera sudahpun dibawa ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Angkatan Israel Lepaskan Tembakan di Hebron .

Khamis , 24-07-2014 – Berpuluh-puluh orang telah cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan secara rambang semasa penduduk Hebron meraikan penahanan seorang askar Israel di Gaza dan mengadakan bantahan pengepungan wilayah Palestin yang menyaksikan sekurang-kurangnya 100 dibunuh oleh tentera Israel pada Ahad lalu. Hamas telah mengesahkan bahawa 10 pejuangnya telah terbunuh baru-baru ini.

Abdallah al-Qawasemi, pengarah Hospital Hebron berkata 20 pemuda telah dikearkan ke hospital berikutan kejadian itu, menurut Ma’an. Perhimpunan juga berlaku di Halhoul, kem pelarian al-Arroub dan al-Fawwar, Ramallah, dan bandar-bandar lain di seluruh Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis sebagai tindak balas atas kekejaman Zionis.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis memusnahkan 25 institut kesihatan semasa pencerobohan

Khamis , 24-07-2014 – Kementerian Kesihatan berkata bahawa penjajah Zionis telah memusnahkan 25 Institut Kesihatan. Mereka kini mensasarkan Hospital Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza sejak pencerobohan dilancarkan bagi hari ke-13 berturut-turut.

Wakil Kementerian, Yusuf Abo al-Rish di dalam satu kenyataan akhbar petang sabtu berkata bahawa keperluan bulanan sektor kesihatan ialah 5.6 milion dolar. Namun, jumlah ini tidak mencukupi sehingga kini. Ini menyebabkan sektor kesihatan berada dalam keadaan yang susah.

Beliau menegaskan bahawa gangguan kuasa elektrik dalam tempoh yang lama telah menyekat keupayaan penjanaan untuk meneruskan kerja-kerja yang menggunakan sejumlah besar bahan api. Ini kerana 50% daripada loji rawatan air sisa telah rosak akibat ancaman bencana alam.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Dibunuh Berdekatan Ramallah

Khamis , 24-07-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin telah ditembak dan terbunuh oleh pendatang Israel di pintu masuk bandar ar-Ram, selatan bandar Tebing Barat tengah Ramallah.

Menurut sumber itu, Mahmoud Hatem Shawamra, 21 telah ditembak oleh empat peluru hidup di dada, perut, belakang, dan paha. Saksi berkata, pendatang Israel menembak Shawamra dari jarak yang sangat dekat. Tentera Israel telah menghubungi ambulan tentera Israel, namun Shawamra telah meninggal disebabkan luka berhampiran sekatan jalan Israel di Hezma.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

3 orang diculik daripada kem pelarian Bethlehem

Khamis , 24-07-2014 – Tiga orang rakyat Palestin diculik pagi ini daripada kem pelarian Aida dekat selatan Bethlehem, lapor sumber keselamatan Palestin.

Ahmad Lufti, 27, Mustafa Abu Srour, 26, dan Khalil Abu Srour ,24, diculik sebagai tahanan Israel selepas askar mereka memecah masuk ke dalam rumah dan mencari mereka. Menurut Rangkaian Berita Palestin, askar Israel juga memecah masuk ke dalam rumah keluarga Alazzah, di Kem Aida dan menahan serta menyoal siasat kesemua ahli keluarga mereka sebelum mencederakan Mohammad Allazah yang juga seorang jurugambar dan abangnya, Abood.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Kerry terlepas cakap tentang pembunuhan kaum di Gaza.

Khamis , 24-07-2014 – Setiausaha Kerajaan US, John Kerry didapati mengkritik Israel secara tanpa disedarinya pada hari ahad. Menurut Agensi Brita Ma’an, ulasan tersebut didengar apabila dia tidak menyedari yang mikrofonnya sedang dipasang sewaktu temubual televisyen.

Seorang Ahli Politik US didengar ada menyebut tentang tentera Israel yang terbunuh di Gaza kepada pegawai Jabatan Negeri Jonathan Finer sebelum muncul dalam rancangan gosip media mogul Australian-American, Rupert Murdoch yang Pro Israel iaitu “Fox News Sunday”.

“Saya harap mereka tidak menganggap itu sebagai ajakan untuk melakukan dengan lebih banyak.” kata Kerry. “Harapnya ia menjadi amaran buat mereka.”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Persatuan Sastera Afrika Menyokong Pemboikotan Akademik ke atas Israel

Khamis , 24-07-2014 – Persatuan Sastera Afrika komited dalam mencari keadilan sosial, menentang semua agenda perkauman, termasuk anti-semitik, diskriminasi dan ‘xenophobia’ serta bersama-sama dengan orang-orang yang bersedih di Afrika dan dunia;

Penjajahan Israel ke atas Palestin dan peluasan penempatan haram serta pembinaan tembok melanggar undang-undang antarabangsa. Di samping itu, menyokong diskriminasi sistematik ke atas penduduk Palestin telah menunjukkan kesan yang teruk ke atas kehidupan, hak politik dan asasi manusia, kebebasan pergerakan dan peluang pendidikan kepada mereka;

Oleh sebab tiada kebebasan pendidikan kepada pelajar dan ahli akademik Palestin di bawah penjajahan Israel, dan Pusat Pengajian Tinggi di bawah seliaan Israel yang melanggar hak asasi manusia dan telah memberikan kesan kepada ahli akademik dan pelajar Palestin;

Persatuan Sastera Afrika bersungguh-sungguh dalam menyokong hak ahli akademik dan pelajar untuk menyambung pelajaran dan kajian tanpa sekatan, tekanan dan keganasan tenteral; dan merealisasikan kenyataan awal mereka untuk menyokong hak kebebasan akademik pelajar dan ahli akademik Palestin dan juga dalam hal politik.

Persatuan ini telah mencapai resolusi dan akan menyokong masyarakat Pakestin untuk memboikot Institusi Akademik Israel. Persatuan ini juga menyokong hak pelajar dan ahli akademik di seluruh dunia untuk menyertai kajian dan ucapan tentang Israel-Palestin, dan menyokong pergerakan pemboikotan.

sumber : http://www.imemc.org//
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Mantan Pendeta Yahudi: Hamas Berjaya Menundukkan Israel

Rabu, 23-07-2014 – Mantan Pendeta Yahudi bagi tentera Zionis, Ovijaa Rontsakhi menolak keputusan Menteri Kabinet agar melakukan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Rontsakhi dalam kenyataannya yang disiarkan dalam media massa Ibrani pada hari selasa menganggap gencatan senjata bersama gerakan Palestin itu bermaksud Hamas berjaya menundukkan seluruh negara ke lututnya.

Beliau berkata lagi, Hamas tidak kisah berapa banyak peluru berpandu yang telah membunuh. Namun yang penting baginya ialah imej Israel yang melarikan diri ke kem pelarian. Keputusan Kabinet akan menguatkan roh perjuangan kepada Hamas yang membolehkan mereka mengalahkan
Israel. Hamas dan rakyat Palestin mendapat kekuatan melalui semangat perjuangan kerana mereka tidak mempunyai kereta kebal atau pesawat udara. Oleh itu, keputusan itu menjadikan mereka mampu memiliki negara ini sepenuhnya dan menyebabkan Israel melarikan diri ke kem
pelarian.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Al-Asy’al : Inisiatif senyap Mesir bagi menghapuskan penentangan di Gaza.

Rabu, 23-07-2014 – Dr Abdullah Asy’al, profesor undang-undang, Mesir, memberi amaran bahawa usaha bersungguh-sungguh Mesir bagi menjadi pendamai di antara pergerakan Hamas dan pihak penjajah Zionis, yang sudahpun mendapat perkenan menteri luar negara-negara Arab, sebenarnya bertujuan melucutkan senjata milik pergerakan itu dan memaksa mereka keluar dari Gaza.

Al-Asy’al dalam isyaratnya memberitahu Quds Press bahawa beliau percaya, usaha rejim Mesir itu adalah supaya Hamas melucutkan semua senjata mereka dan menyerahkan Gaza kembali kepada Israel.

Beliau berkata, “Israel bersedia melaksanakan peperangan darat pada hari ini bagi menghapuskan pergerakan Hamas, namun kementerian luar Arab cuba menghalang hal ini berlaku. Cuma syaratnya, Hamas perlu melucutkan senjata, serta keluar dari Gaza dan kembali ke wilayah lain. Kita berada di antara dua pilihan. Hamas perlu menghapuskan Israel bersendirian, ataupun negara Arab terpaksa melucutkan senjata Hamas bagi pihak Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israel, tentera IOF membakar tanah Palestin

Rabu, 23-07-2014 – Sekumpulan peneroka pelampau Israel membakar berpuluh-puluh pokok zaitun milik penduduk Palestin di bandar Hawara, selatan Nablus, dan di Barta’a, di Jenin.

Para saksi memberitahu wartawan PIC bahawa gerombolan peneroka Yitzhar membakar pokok-pokok zaitun milik penduduk Palestin di kawasan al-Laf, berhampiran bandar Hawara. Tambahan mereka, beberapa pokok telah berkurang menjadi abu akibat kebakaran yang merebak dengan cepat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin terbunuh dalam serbuan IOF di al-Khalil

Rabu, 23-07-2014 – Munir al-Badarin, 21, telah terbunuh di tangan Angkatan Bersenjata Israel (IOF) dalam satu serbuan di perkampungan Samu, selatan al-Khalil pada Isnin lalu. Penyelaras Jawatankuasa Popular penempatan dan tembok selatan Tebing Barat, Ratib al-Jabour,

berkata tentera IOF melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penduduk di perkampungan Samu yang membunuh Badarin dan mencederakan sejumlah yang lain. Menurut beliau lagi, tentera IOF menghalang ambulans yang cuba untuk menyelamatkan Badarin dan
membiarkan Badarin mengalami pendarahan selama 40 minit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira