Categories
Berita Semasa

Hospital Rafah Tidak dapat Menangani Peningkatan Bilangan Kematiani dan Kecederaan.

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Gaza mendapat laporan yang keluar dari Rafah, menurut Agensi Media Al Ray Palestin bahawa ramai orang telah terbunuh dan cedera, hari ini, yang mana 10 orang mati dan lebih 30 cedera dalam satu lagi serangan ke atas sebuah sekolah UNRWA – Sekolah Persediaan Anas Ibn Malik yang telah menjadi tempat berlindung ribuan orang yang telah dipindahkan secara paksa.

Sekumpulan wanita, kanak-kanak dan warga tua yang duduk di tepi dinding di pintu masuk sekolah, sebagai tempat berteduh dari matahari
semasa diserang oleh tentera Israel. Al Ray melaporkan serangan peluru berpandu dan mortar berterusan di Rafah. Ini meletakkan tekanan yang besar ke atas Hospital Bersalin 20 katil Kuwait, yang kini dipenuhi dengan mayat dan orang yang cedera.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

7 Diculik Di Tebing Barat, Baitul Maqdis

Jumaat, 08-08-2014 – Menurut laporan daripada sumber tempatan dan keselamatan, tentera Israel telah menculik 5 warga Palestin di al-Khalil (Hebron) dan Baitul Laham, serta menculik dua orang yang lain di Baitul Maqdis, Tebing Barat yang dijajah.

Tentera penjajah itu menculik seorang warga Palestin berumur 43 tahun di al-Khalil ketika beliau sedang melepasi pusat pemeriksaan Israel di Selatan Baitul Maqdis.

Sementara itu, menurut laporan WAFA, sepasukan tentera Israel memasuki bandar Bait Umar, utara al-Khalil ketika Subuh apabila mereka menyerbu dan menggeledah beberapa buah rumah, melepaskan bom stun dan gas pemedih mata terhadap penghuni rumah itu.

Dua orang remaja Palestin berumur 21 dan 23 tahun telah ditahan ketika pertempuran itu.

Di perkampungan Nahalin, barat Baitul Maqdis, tentera penjajah menculik dua remaja berumur 17 dan 18 tahun selepas menyerbu dan menggeledah rumah mereka. Selain itu, tentera penjajah mengeluarkan perintah kepada remaja berumur 25 tahun supaya menghadirkan dirinya ke kem tentera berdekatan untuk disoal siasat.

Dua orang penduduk Baitul Maqdis yang lain telah ditahan oleh Polis ISrael berikutan serbuan yang lebih kurang sama. Mereka telah dibawa untuk disoal siasat di pusat tahanan berhampiran.

Bethlehem and Hebron are a part of the Palestinian territories which have been illegally occupied by Israel since 1967.

Baitul Laham dan al-Khalil merupakan sebahagian tanah Palestin yang telah dijajah secara haram oleh Israel sejak 1967.

Lebih daripada 550,000 rakyat Israel dan rakyat Israel yang memiliki dua kewarganegaraan kini tinggal di penempatan haram meliputi timur Baitul Maqdis, di antara dan mengelilingi perkampungan Palestin.

Selain itu, lebih daripada 800,000 rakyat Palestin telah ditahan oleh Israel sejak 1967.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

10 Terbunuh, Berpuluh Tercedera, pada Awal Isnin

Jumaat, 08-08-2014 – Pada seawal pagi Isnin, sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh Palestin telah dibunuh, selepas tentera udara dan pasukan Israel melepaskan peluru berpandu ke dalam rumah, dan kawasan-kawasan awam, di bahagian yang berlainan di Semenanjung Gaza. Puluhan telah cedera.

Seorang kanak-kanak Palestin yang dikenali sebagai Raghd Mas’oud, 7, dari Rafah, terbunuh dan empat ahli keluarga mengalami sederhana hingga teruk kecederaan, selepas peluru berpandu Israel melanda rumah mereka di kejiranan al-Barazil dalam Rafah. Mereka telah dipindahkan ke Hospital Kuwait di Rafah.

Pada awalnya, tentera telah mengebom rumah milik ‘Ayed al-‘Abadla, di al-Qarara, timur Khan Younis, di bahagian selatan Semenanjung Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya satu kecederaan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

MoH: Demi kemanusiaan, hentikan penyembelihan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Gaza menyelar sekeras-kerasnya ­pelanggaran gencatan senjata dalam pembunuhan keluarga Al-Bakri di kem pelarian Al-Shaati di barat bandar Gaza, membunuh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dan mencederakan 30 orang yang lain, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan terhadap kediaman yang berada di kawasan paling padat penduduk beberapa minit selepas pelancaran gencatan senjata ternyata suatu tindakan yang telah dirancang dan disengajakan ke atas orang awam. Serangan itu merupakan tindakan biasa yang dilakukan Israel setiap kali perjanjian ditandatangani, sama ada gencatan sejata, perjanjian damai mahupun persidangan antarabangsa. Ia melanggar semua undang-undang kemanusiaan yang mana boleh dilihat sebagai kebencian sebenar oleh rejim Israel .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Protes untuk Gaza

Jumaat, 08-08-2014 – Rakyat Palestin di Bethlehem menunjukkan kemarahan mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel ke atas Gaza. Dianggarkan 3,000-5,000 orang mengadakan bantahan termasuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Penunjuk perasaan berarak ke pusat pemeriksaan, di mana mereka berhadapan dengan pengawal Israel.

Kira-kira 20 askar Israel keluar dan menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai. Sesetengahnya telah mengalami kecederaan teruk, dan beberapa lagi terpaksa dibawa ke hospital berikutan daripada sedutan gas pemedih mata.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel culik sepuluh rakyat Palestin di Tebing Barat

Jumaat, 08-08-2014 – Tentera Israel menceroboh bandar Beit Ummar di utara bandar Hebron Tebing Barat selatan dan menculik enam orang rakyat Palestin. Tentera Israel juga menceroboh Hebron dan menculik tiga orang adik-beradik lelaki manakala dua orang telah diculik berdekatan Bethlehem.

Menurut Mohammad Awad, penyelaras Popular Committee Againts the Wall and Settlements di Beit Ummar, tentera-tentera tersebut memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah di kawasan Thaher yang berdekatan dengan penempatan tidak sah Israel lalu menculik tiga adik-beradik lelaki yang dikenalpasti sebagai Kifah Ahmad Younis Bahar, 31, Mohammad, 30 dan Younis, 25.Tentera Israel juga memecah masuk kawasan Khallet al-Ein dan menculik Majdi Abdul-Fattah Bahar, 30, Yousef Khalil Sabarna, 20 dan Fathi Khader Sabarna, 21.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa, Sepuluh Cedera

Jumaat, 08-08-2014 – Sumber dari perubatan Palestin di jajahan Baitulmuqaddis melaporkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh rakyat Palestin cedera pada hari Isnin, semasa pertempuran yang berlaku selepas pegawai polis Israel menyerbu kawasan di masjid al-Aqsa.

Polis menyerang rakyat Palestin dimana berpuluh-puluh rakyat Israel yang fanatik berhimpun di masjid dan cuba untuk menyerang, terutamanya kerana mereka akan menandakan apa yang mereka panggil sebagai “kemusnahan kuil”, Selasa. Yayasan al-Aqsa bagi Endowmen dan Warisan telah melaporkan bahawa polis melepaskan bom tangan, bom gas, dan peluru logam bersalut getah terhadap rakyat Palestin dan turut mencederakan sepuluh daripada mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Satu lagi sekolah UN diserang serangan udara Israel , kali ini di Rafah.

Mangsa bom di sekolah kelolaan UN di Rafah (foto oleh Rosa Schiano)

Selasa, 05-08-2014 – Satu serangan udara oleh tentera Israel pada pagi Ahad telah mensasarkan sebuah sekolah Negara-negara Bersekutu di mana orang awam Palestin mencari perlindungan , mengakibatkan kematian 10 orang dan mencederakan lebih 30 orang , merujuk kepada Kementerian Kesihatan Palestin.

Mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada kanak – kanak telah dibawa ke Hospital Kuwaiti di Rafah, yang mana telah dipenuhi dengan ratusan orang yang cedera akibat serangan tentera Israel di Rafah yang bermula sejak hari Jumaat dengan pengeboman pasar yang sesak ketika gencatan senjata berlangsung.

Jason Burke memberitahu kepada akhbar Guardian, ” Saya berada di Rafah di selatan Gaza di Sekolah Persediaan Lelaki, sebuah tempat perlindungan UN. Oeang di sini memberitahu saya sekitar jam 10.30 pagi ini terdapat letupan di luar pagar sekolah.

sumber : IMEMC News
penterjemah : farida

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Berundur daripada Bandar Gaza, Berkumpul di Sempadan

Selasa, 05-08-2014 – Sungguhpun masih jauh daripada mengumumkan tamatnya serangan ketenteraan ke atas penduduk Gaza, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Sabtu bahawa pasukan tentera Israel telah berundur daripada bandar Gaza.

Menurut Agensi Berita Ma’an, Netenyahu berkata menerusi TV bahawa Hamas akan membayar harga yang mahal jika mereka meneruskan serangan roket ke atas Israel, sambil menambah walaupun tentera Israel diletakkan di sempadan, mereka tetap bersedia untuk menyerang.

Media Israel melaporkan bahawa tentera Israel berundur daripada bandar Gaza menuju ke sempadan, dan melihat kepada kenyataan Netanyahu, serangan darat ke atas bandar Gaza tidak akan berakhir.

Hamas berkata mereka akan terus mempertahan Gaza, sambil menekankan bahawa Israel akan membayar harga di atas jenayah mereka tanpa mengira sama ada mereka meneruskan operasi, berundur atau kembali ke meja rundingan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Serangan Bertali Arus, Ramai Penduduk Palestin Terbunuh Di Gaza

antara yang syahid di Rafah.

Selasa, 05-08-2014 – Berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan penduduk awam sehingga hari ke-28 berturut-turut, peluru berpandu dan tembakan Israel telah membunuh ramai rakyat Palestin Ahad lalu manakala berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan.

Saksi berkata, tentera terus membedil rumah-rumah dan kemudahan awam termasuk hospital, klinik, ambulans, pasukan perubatan dan wartawan di lokasi berbeza di Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan berkata seorang penduduk Palestin terbunuh di Rafah, bahagian selatan Semenanjung Gaza sebelum subuh Ahad lau dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera selepas tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke rumah mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan Zionis Terhadap Sekolah UNRWA Di Rafah Adalah Jenayah Perang

Selasa, 05-08-2014 – Hamas menyatakan, serangan terhadap sekolah milik UNRWA di Rafah, Ahad (3/8) pagi merupakan jenayah perang dan meremehkan pihak antarabangsa.

Jurucakap, Sami Abu Zuhri menyebutkan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon terlibat dalam serangan ini, kerana sikap berdiam diri dan empatinya kepada tentera Zionis yang terbunuh serta mengabaikan darah warga sivil Palestin.

Sekitar 10 warga sivil meninggal dunia dan puluhan lainnya tercedera dalam serangan terbaru yang dilakukan pasukan Zionis terhadap para pelarian di sekolah Anas al Wazir, milik badan PBB UNRWA, di kota Rafah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

19 ahli perubatan dibunuh, 17 hospital dibom oleh rejim Israel sejak 8 Julai

Keadaan ambulan dibom rejim Zionis pada July 21, 2014 (imej oleh Saleh Hijazi)

Selasa, 05-08-2014 – Sejak rejim Israel memulakan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 8 Julai, rejim Israel berulang kali menyasarkan ahli perubatan dan pusat perubatan yang bekerja keras merawat lebih 9,000 orang yang cedera.

Sejak 8 Julai, pasukan perubatan dan penyelamat telah diserang menerusi serangan udara dan roket sebanyak 102 kali. 19 ahli perubatan dibunuh dan ramai lagi cedera. Malah, 44 daripada 55 pusat penjagaan kecemasan telah ditutup akibat serangan Israel. 17 hospital, kerajaan dan swasta telah menjadi sasaran oleh tentera rejim Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Lapan terbunuh oleh peluru berpandu Israel, ramai tercedera

Children Injured In Gaza – Ya Balad News

Selasa, 05-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang rakyat Palestin terbunuh pada waktu subuh hari Ahad manakala ramai yang tercedera, sebahagiannya mengalami kecederaan serius dalam satu serangan berterusan Israel ke atas rumah-rumah orang Palestin di Semenanjung Gaza.

Dilaporkan sekurang-kurangnya lima orang rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak dan ibu mereka telah dibunuh dan 25 lagi mengalami kecederaan selepas tentera Israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah rumah yang dimiliki oleh Abu Jazar dan Sha’e r di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Mereka telah dikenalpasti sebagai:

1. Fares Abu Jazar, 2, Rafah
2. Maria Abu Jazar, 2, Rafah
3. Amani Abu Jazar, 23, Rafah
4. Issa Sha’er, Rafah
5. Saed Mahmoud al-Lahwani, Rafah

Dua lagi rakyat Palestin telah terbunuh apabila tentera Israel menyerang rumah mereka di Jabalia di utara Gaza, manakala ramai tercedera, kesemua mangsa telah dipindahkan ke hospital Kamal Adwan dan Kuwaiti.

Mangsa yang terbunuh telah dikenalpasti sebagai:

1. Hater Abdul-Rahman Wahdan, 50, Jabalia
2. Seniora Wahdan, 27, Jabalia

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Kenyataan rasmi AIC ke atas Dua Kematian Palestin di Tebing Barat

Lebih 30,000 rakyat Palestin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan perpaduan Gaza di bandar Tebing Barat Hebron pada hari Jumaat / Foto: Bassam Shweiki, Jawatankuasa Pertahanan Hebron.

Selasa, 05-08-2014 – Dengan seluruh perhatian diberikan kepada gencatan senjata Gaza yang tidak menjadi, dilaporkan dua rakyat Palestin terbunuh dan lebih 120 cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di Tebing Barat.

Tamer Sammour, 22, ditembak di bahagian dada dengan peluru hidup semasa protes di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Tulkarem. Sammour telah diisytiharkan mati di tempat kejadian. Seramai 14 rakyat Palestin cedera oleh peluru hidup dan keluli bersalut getah yang ditembak oleh tentera Israel, yang bertindak untuk menghalang protes tersebut. Lebih 3,000 rakyat Palestin yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu, yang dipanggil oleh pihak-pihak negara dan Islam Palestin, untuk menyokong Gaza dan membantah pembunuhan beramai-ramai Israel.

Odai Nafez Jaber, 19, tercedera dengan tiga peluru hidup semasa protes berhampiran bandar Ramallah-kawasan berhampiran Saffa. Jaber meninggal dunia di hospital tersebut petang ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Masjid Gaza, Dedikasi Letupan Kepada Komrad yang Terkorban

Selasa, 05-08-2014 – Tentera Israel yang disyaki daripada pasukan Givati telah mendedikasikan kemusnahan masjid kepada komrad mereka yang telah terkorban dan bersorak menyaksikan satu letupan yang memusnahkan masjid tersebut.

“Hidup Negara Israel!’ Satu suara bersorak.Berdasarkan satu rakaman oleh seorang juruvideo, letupan itu berlaku pada 30 Julai di Khuzaa, dekat timur Khan Younis di Selatan Tebing Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : huda