Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan 3 rakyat Palestin di Tebing Barat

Khamis, 25-07-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan 3 warga Palestin pada Ahad, salah seorangnya ialah pemuda dari bandar Jenin yang diculik oleh unit khas tentera.

Sumber tempatan Palestin berkata, satu unit penyamaran tentera menahan Sa’ed Abu Obeid pada pagi Ahad dari kampung Kafr Qad di pusat bandar Jenin dan memindahkannya ke satu tempat yang tidak diketahui. Mereka menambah bahawa tentera rejim juga turut menggeledah dan menyerbu rumah isteri pemuda itu dan menyoalsiasat penghuninya.

penterjemah : idawati
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Puluhan Pendatang Yahudi Serbu Kampung Negev

Khamis, 25-07-2013 – Sekitar 40 pendatang Yahudi menyerbu kampung Rakhma di Negev, selatan Palestin yang dijajah pada tahun 1948, dan menyerang unta dan sebuah rumah.

Penduduk tempatan berkata bahawa sekumpulan orang Yahudi fanatik menyerang kampung ketika penduduk sedang tidur dan menghina orang-orang Arab menyebabkan panik di kalangan wanita dan kanak-kanak. Penduduk tempatan berkata bahawa beberapa penduduk pergi ke balai polis Israel untuk memfailkan aduan tetapi tidak dilayan oleh mereka.

penterjemah : ameen
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan 20 Kanak-kanak Palestin Dalam Masa 2 Minggu

Isnin, 22-07-2013 – Tentera Zionis (IOF) menahan 20 kanak-kanak Palestin sejak beberapa minggu lalu, satu laporan rasmi Palestin berkata pada hari Rabu.

Laporan oleh jabatan maklumat kanak-kanak di Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah berkata kanak-kanak Palestin yang ditahan telah meningkat akhir-akhir oleh IOF. Mereka menegaskan bahawa berpuluh-puluh kanak-kanak Palestin dirawat kerana lemas gas hasil daripada penggunaan bom gas pemedih mata oleh IOF terhadap perarakan membantah rampasan tanah dan penempatan haram di Tebing Barat.

penterjemah : ameen
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

MADA: Penjajah Yahudi melakukan 78 pelanggaran terhadap kebebasan media dalam masa setengah tahun

Isnin, 22-07-2013 – Pusat Palestin untuk Pembangunan dan Media Kebebasan (MADA) melahirkan kebimbangan mendalam berhubung status kebebasan media di Palestin yang dijajah, memandangkan pelanggaran yang meningkat terhadap wartawan Palestin.

Pusat ini mengumumkan laporan setengah tahun ke atas status kebebasan media dalam Negara Palestin yang dijajah Yahudi, semasa sidang akhbar pada pagi Selasa di ibu pejabat MADA di Ramallah. “Status kebebasan media dalam Negara Palestin yang dijajah Yahudi masih menimbulkan kebimbangan dari segi bilangan dan jenis pelanggaran yang dilakukan terhadap wartawan Palestin. Pencabulan terhadap wartawan Palestin adalah salah satu yang tertinggi di dunia,” kata pusat itu.

penterjemah : syuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Prosedur2 Yahudi Mengancam Identiti Masjid Islam Al Ibrahimi

Isnin, 22-07-2013 – Sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi yang dilakukan oleh peneroka kaum Baroch Goldstein pada tahun 1994M, yang menyaksikan pembunuhan 39 orang Islam yang sedang menunaikan solat Subuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, kini masjid terpaksa menjalani prosedur-prosedur perkauman yang mengancam identiti Islam.

Dan antara prosedur dan tindakan yang dijalankan termasuklah membahagikan sebahagian daripada keluasan masjid dan menukarkannya kepada rumah ibadat (gereja) dan keputusan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Siasatan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Shamgar yang ditubuhkan selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi. Selepas proses pembahagian ini, Masjid Ibrahimi bertukar menjadi markas tentera untuk tentera Zionis serta para peneroka.

Masjid ini dikelilingi oleh beberapa pusat pemeriksaan tentera, pintu-pintu elektronik, serta pergerakan keluar masuk ke masjid menjadi sukar. Semua hal ehwal dan urusan pentadbiran masjid diambil-alih serta dikawal oleh Pertubuhan Tentera Zionis. Pihak Berkuasa meningkatkan penguatkuasaan ke atas masjid bahkan menutup masjid mengikut kehendak mereka, melarang azan dilaungkan, menjalankan latihan ketenteraan didalamnya, mengawal kemasukan orang- orang yang solat ke dalam masjid,serta mereka memberi keizinan dan melarang seseorang mengikut kehendak mereka.

penterjemah : nurfahana
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Pusat Hak Asasi menuntut campur tangan segera untuk menyelamatkan nyawa Barghouthi

Isnin, 22-07-2013 – Pusat Kajian Tahanan menyatakan bahawa semua laporan peguam mengesahkan keadaan kesihatan tahanan Abdullah Barghouthi yang kritikal, dan menyeru agar meningkatkan sokongan kepada Barghouti .

Barghouti masih menderita masalah jantung, buah pinggang, arteri dan penglihatan. and called for escalating the of activities in solidarity with him

Pusat itu menyeru Raja Abdullah II Jordan, kerajaan Jordan, pihak berkuasa Palestin dan institusi antarabangsa, terutama Palang Merah Antarabangsa dan Jawatankuasa Tertinggi Hak Asasi PBB agar campur tangan dan menyelamatkan nyawa Barghouti.

Ia turut merayu kepada seluruh dunia, gerakan Islam dan kebangsaan, rakyat Palestin dan kedutaan Arab agar mengambil langkah serius membantu Barghouti.

penterjemah : nuridawati
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Timbalan menteri agama Zionis berusaha untuk Yahudi solat berjemaah di Al-Aqsa

Isnin, 22-07-2013 – Timbalan Menteri Agama Zionis, Eli Ben Dahan menegaskan bahawa beliau akan bekerja keras untuk membolehkan orang-orang Yahudi menganjurkan solat jemaah di Masjid Al-Aqsa berikutan pihak polis Zionis yang telah menghalang beberapa penduduk dan tokoh politik daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

“Ben-Dahan” berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu (17 | 7) di saluran Hebrew kesepuluh: “Bagaimana orang-orang Yahudi boleh dihalang di sebuah negara seperti Israel yang berada di bawah panggilan untuk prinsip-prinsip dan persamaan dalam kebebasan agama, dari memasuki Masjid Al-Aqsa dan sampai ke Kuil Gunung, yang diibaratkan sebagai tempat yang paling suci di dunia bagi orang-orang Yahudi, “ujar beliau.

Pihak polis Zionis telah bertindak cepat membawa keluar Timbalan Menteri Luar Zionis “Zeev Alkene” pada hari Rabu dari Masjid Al-Aqsa di mana tidak lama selepas beliau memasukinya, berpuluh-puluh penunjuk perasaan jemaah Arab berhimpun di sekelilingnya, melaungkan takbir Allahu Akbar, yang menyebabkan mereka bimbang konfrontasi yang akan diwujudkan oleh jemaah yang hadir di Masjid Al-Aqsa.

penterjemah : siti zunaidah
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Israel menghadkan serangan selepas mengebom timur Gaza

Isnin, 22-07-2013 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) subuh semalam membedil kawasan sempadan di timur Gaza sebelum mereka menjalankan serangan terhad ke dalamnya di tengah-tengah tembakan intensif.

Seorang pemerhati memberitahu akhbar Quds kereta kebal Israel yang ditempatkan di timur Johr Addik, tenggara bandar Gaza melepaskan tembakan di kawasan tanaman namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pemerhati berkata selepas serangan, beberapa kenderaan berperisai itu menghampiri kawasan Al-Kamera di timur Johr Addik.

penterjemah : hijjaz
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Kecederaan semasa penahanan tawanan di kem tahanan “Eichel”

Isnin, 22-07-2013 – Zionis telah menyerbu kem tahanan “Eichel” pada petang khamis yang mana mengakibatkan pergaduhan sesama tawanan dan menyebabkan kecederaan sebilangan daripada mereka. Kejadian yang tegang tersebut disaksikan oleh pihak penjara dan mereka segera menuju ke tawanan-tawanan tersebut.

Sumber-sumber dari dalam penjara “Eichel” kepada wartawan “Pusat Maklumat Palestin” berkata, unit penindasan menyerbu masuk penjara dengan alasan mengadakan pemeriksaan yang mana mengakibatkan provokasi sesama tawanan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa di mana tercetus pergaduhan antara tawanan dan tentera mencelah masuk ke dalamnya dan menyerang dengan pukulan yang teruk ke atas mereka sehingga mengakibatkan 5 tawanan cedera dan lebam.

Sumber-sumber menyatakan bahawa unit penindasan telah mengasingkan beberapa tahanan di bawah alasan penglibatan mereka dalam pertempuran. Ketika menyaksikan keadaan penjara yang terlalu tegang masih berterusan, tahanan yang lain menuntut kembali tahanan yang ditindas,iaitu yang ditolak oleh pihak pengurusan.

penterjemah : nursyuhadak
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Wartawan Disekat Dari Membuat Liputan Di Ramallah, Palestin

Isnin, 22-07-2013 – Tentera Israel telah menyekat sekumpulan wartawan yang ingin membuat liputan terkini mengenai Palestin di tengah-tengah bandar Ramallah berhampiran Tebing Barat, Qelandia. Kejadian ini berlaku apabila sekumpulan wartawan tersebut cuba untuk memasuki Bandar Jerusalim pada Hari Kebebasan Sedunia.

Wartawan Palestin tersebut disekat oleh tentera daripada memasuki Qelandia namun mereka berjaya melarikan diri dan tentera Israel terus melepaskan gas pemedih mata kearah wartawan dan menyebabkan beberapa orang diantara mereka mengalami kecederaan.

Dengan kerjasama Persatuan Wartawan Arab dan Persatuan Wartawan Antarabangsa, kempen yang berslogankan “Hak Kebebasan Bergerak” telah dilancarkan di Ramallah. Usaha ini bertujuan bagi mengembalikan hak wartawan untuk bergerak bebas dan selamat semasa berada dalam wilayah Palestin yang dijajah.

penterjemah : nurul iman
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri Menafikan Kaitan Hamas dengan Peluru Berpandu Tentera Mesir

Isnin, 22-07-2013 – Dr Sami Abu Zuhri mengkritik jurucakap Pergerakan PembelaIslam ”Hamas” kenyataan yang
dikaitkan dengan Komander Tentera ketiga Mesir tentang ketepatan bilangan peluru berpandu Grad
didakwa menyerupai peluru berpandu milik pergerakan Hamas tersebut.

Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau pada petang Rabu, Hamas
menafikan sebarang kaitan dengan peluru berpandu, beliau mengingatkan bahawa peluru
berpandu Grad tidak dibuat oleh Qassam tetapi ianya dibeli oleh puak Palestin yang ianya
terdapat di Sinai dengan kuantiti yang lebih besar berbanding yang ada di Gaza.

Dan beliau menyeru sekali lagi untuk meneliti ketepatan dan mengambil semua langkah-
langkah yang perlu untuk menghentikan kempen media yang diketuai oleh beberapa pihak
berkuasa Mesir terhadap pembela dan rakyat Palestin.

penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Rizqa Memberi Amaran Kepada Delegasi Lawatan Baru Kerry ke Rantau Arab

Khamis ,18-07-2013 – Dr Youssef Rizqa, Penasihat Politik kepada Perdana Menteri Palestin memberi amaran kepada lawatan Kerry ke rantau tersebut terutamanya mereka melawat dalam situasi yang sesuai kepada visi US iaitu ‘proses perdamaian’.

Kerry dijangka bertemu dengan pembantu peribadi Presiden Mahmoud Abbas dan delegasi Liga Arab di Amman pada hari Rabu bagi membincangkan inisiatif US.

Rizqa menyatakan bahawa lawatan keenam Kerry ke rantau tersebut adalah bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap perkembangan Negara Arab baru-baru ini bagi mempromosikan dan menarik lebih banyak sokongan kepada inisiatif yang diutarakan oleh US memandangkan orang awam sangat bimbang terhadap krisis yang berlaku di Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul izzati

Categories
Berita Semasa

Memperbaharui Pengetahuan Tentang Bahaya2 Terhadap Palestin.

Khamis ,18-07-2013 – Para pemimpin dan pemikir Palestin hendaklah benar-benar sedar akan bahaya serta ancaman berikutan angin perubahan yang menerbangkan semua fakta dan data yang kita ketahui tentang mereka. Isu Palestin sepanjang menyelusuri sejarah merupakan sumber perpaduan antara orang Arab walaupun terdapat perbezaan dalam sistem politik di antara mereka, namun tidak lagi sekarang kerana situasi telah berubah, di mana kebanyakan orang Arab tenggelam dan hanyut dalam konflik serta pertempuran yang dahsyat, 1/ 3 daripada rantau Arab yang terlibat dalam perang saudara serta konflik-konflik yang memecahbelahkan rantaian masyarakat Arab. Campur tangan antarabangsa tidak lagi bertujuan untuk keamanan dan keselamatan rakyat Palestin, akan tetapi jaminan keamanan kepada Israel yang merampas hak-hak penduduk Arab Palestin dan bercita-cita untuk memporak-perandakan masyarakat Arab serta memisahkan negara mereka menjadi kawasan-kawasan kecil. Sewaktu Perang Dunia Pertama, banyak wang yang digunakan untuk memecah-belahkan Negara Syam kepada beberapa jajahan-jajahan kecil, dan diantaranya ialah memisahkan Palestin dan menyerahkannya kepada Yahudi.

Setelah berkonflik selama satu abad, kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya serta ancaman terhadap Palestin perlu diperbaharui. Isu Palestin hendaklah berada di bawah semua ideologi, dan cukuplah pengembaraan dan pertaruhan politik penduduk Palestin yang menelan belanja yang sangat banyak. Kebijksanaan serta berhati-hati dengan setiap perkataan yang dituturkan sangat diperlukan kini. Kepimpinan Palestin harus bijak dan hendaklah memastikan keprihatinan mereka yang utama ialah terhadap Palestin, kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Semua orang mengetahui bahawa Israel sedang berusaha mengambil kepentingan atas apa yang berlaku di rantau Arab untuk mengekalkan agenda dan propaganda serta memberi tumpuan kepada legitimasi dengan alasan Palestin adalah satu-satunya negara yang stabil di kedudukannya dan kita perlu berusaha untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di rantau kita iaitu rantau Arab yang begitu berharga, serta menghentikan keganasan dan pembunuhan, dan mengutamakan kebijaksanaan serta toleransi untuk mencapai jalan penyelesaian politik secara rasional.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurfahana

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Tahanan : Pemogok lapar Jordan diletakkan bersama pesakit mental

Khamis ,18-07-2013 – Kesatuan tahanan Palestin berkata pemogok lapar dari Jordan sedang diletakkan bersama pesakit mental di rumah sakit penjara Ramla bagi mendesak mereka menghentikan mogok lapar.

Peguam kesatuan berkata pemogok lapar itu telah digari dan dirantai semasa lawatannya ke penjara Isnin tanpa mengambil kira keadaan kesihatan mereka yang teruk.

Beliau berkata pentadbiran penjara itu memberitahunya bahawa tidak ada peguam boleh melawat pemogok lapar itu melainkan mendapatkan kebenaran pegawai daerah, sambil menyatakan langkah ini bertujuan untuk mengasingkan mereka dari dunia luar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan: Penutupan terowong menyebabkan krisis bahan bakar.

Khamis ,18-07-2013 –  Kerajaan Palestin telah mengesahkan bahawa penutupan terowong antara Gaza dan Mesir menyebabkan krisis bahan bakar yang serius yang mana mengakibatkan masalah bertambah buruk dan melibatkan 70 ribu pemandu di kawasan ini.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Khalil Zayan berkata semasa sidang akhbar yang diadakan oleh pejabat media kerajaan Selasa (16/ 7) bahawa kira-kira 20 ribu kenderaan awam, dan 30 ribu kenderaan persendirian rosak dengan terhalangnya kemasukan bahan api ke Semenanjung Gaza.

Beliau menambah lagi, terdapat banyak pengangkutan kereta berhenti bekerja sepenuhnya, kerana ketiadaan bahan api yang diperlukan untuk menjalankannya. Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengangkut barang-barang dan bahan-bahan penting ke kedai-kedai perniagaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nursyuhadak