Rabu, 14-04-2021 – Berdozen peneroka haram Yahudi dengan kawalan pihak polis mencemari kawasan Masjid Al-Aqsa di kawasan penaklukan Jerusalem pada pagi Isnin. Menurut pihak Pentadbiran Islam Awqaf di Jerusalem, sekitar 87 peneroka memasuki kawasan Masjid melalui pintu al-Maghariba dan melawati perkarangan Masjid di bawah perlindungan pihak polis rejim Zionis.
Masjid Al-Aqsa dicemari dengan penyerbuan masuk oleh peneroka haram Yahudi dan pihak polis rejim Zionis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 14-04-2021 – Sekitar 87 orang Yahudi, Isnin (12/4) menceroboh perkarangan Masjid Al Aqsa al-Mubarak, secara provokatif melalui pintu gerbang Maghoribah.
Bahagian wakaf Islam di al-Quds melaporkan bahawa pasukan polis Israel menutup pintu gerbang Maghoribah selepas pencerobohan tersebut, kemudian para penduduk Yahudi mengelilingi perkarangan masjid dengan kawalan ketat polis penjajah Israel.
Pihak polis Israel membenarkan para penduduk dan ekstrimis Yahudi untuk menceroboh Al Aqsa pada dua waktu, pagi mulai pukul 17:30 – 11:00 waktu al-Quds, dan tengahari setelah solat zohor.
Hampir setiap hari (selain Jumaat dan Sabtu) Masjid Al Aqsha menjadi sasaran pencerobohan dan penodaan oleh para penduduk Yahudi dan tentera Israel.
Sementara itu pihak pasukan Israel menahan para pegawai bahagian wakaf Islam dan para petugas keselamatan Al-Aqsha dan menyoal siasat.Tindakan ini dilakukan penjajah Israel dalam rangka mendapatkan penguasaan terhadap Masjid Al Aqsa dan memberkan kepada kaum Yahudi, seperti yang mereka lakukan terhadap masjid Ibrahimi di kota Hebron.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 14-04-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 26 kes kematian selain 2,762 kes baharu Corona dalam tempoh 24 jam, pada Isnin.
Kementerian berkenaan mengesahkan laporan epidemiologi harian bahawa enam kematian berlaku di Tebing Barat, manakala 17 yang lain di Tebing Gaza selain tiga lagi berbaki di Jerusalem.
Jangkitan baharu pula paling banyak berlaku di Tebing Gaza iaitu 1,764 kes, diikuti Nablus (218 kes), Jenin (168 kes), Ramallah (132 kes), Tulkarem (88 kes), Tubas (49 kes), Jerusalem (38 kes), Bethlehem (27 kes), Al-Khalil dan Qalqiya (25 kes), pinggir Jerusalem (17 kes), serta Jericho dan Salfit (12 kes).
Dalam masa yang sama, 1,855 kes sembuh juga berjaya direkodkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Rabu, 14-04-2021 – Rejim Zionis merobohkan sebuah rumah Palestin di timur Bethlehem pada hari Isnin.
Sumber setempat melaporkan rejim itu telah merobohkan rumah keluarga Al-Jaabees seluas 80 meter persegi di daerah Marj Al-Ghazlan di Ush Gurab di bandar Beit Sahour, Timur Bethlehem.
Ush Ghurab, yang meliputi kawasan sekitar 100 dunam, diserang secara berterusan oleh tentera Rejim Zionis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 14-04-2021 – Suruhanjaya Tinggi Islam dan Majlis Ulama dan Pendakwah Islam di Baitulmuqaddis menggesa umat Islam untuk memperhebatkan kehadiran mereka di masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan dan mematuhi langkah-langkah pencegahan Coronavirus semasa keberadaan mereka di tapak suci tersebut.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua institusi Baitulmuqaddis tersebut menekankan bahawa keseluruhan masjid al-Aqsa, di mana premis, laluan dan lamannya adalah tempat untuk melaksanakan ibadah, solat, bacaan al-Quran dan pengasingan.
Mereka juga menggesa negara-negara Islam untuk menjadikan bulan suci ini sebagai medan untuk menamatkan semua konflik dan keregangan, menggambarkannya sebagai “bulan kesatuan, tolak ansur dan kasih sayang”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 14-04-2021 – Rejim Zionis malam tadi dan pada awal pagi Isnin telah menculik beberapa warga Palestin, termasuk beberapa orang pegawai Hamas, dalam kempen penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menyerbu pelbagai kawasan di al-Khalil pada waktu subuh dan menculik tiga pegawai Hamas dari rumah mereka. Yang ditahan dikenali sebagai Anas Rasras, Omar al-Qawasmi dan Mustafa Shawar.
Rejim Zionis juga telah menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohamed Abu Mariya dari bandar Beit Ummar di utara al-Khalil. Ayahnya Wahid Abu Mariya telah dibebaskan dua hari yang lalu.
Di Jenin, rejim Zionis menculik seorang aktivis wanita dan bekas tahanan bernama Mona Qa’dan setelah menggeledah rumahnya di bandar Arraba.
Qa’dan telah ditangkap lima kali sebelum ini dan menghabiskan tujuh tahun di penjara Israel yang berbeza.
Sementara itu, dua lelaki bersaudara yang dikenali sebagai Hammouda dan Ramez as-Sameer ditahan ketika serbuan rejim Zionis di rumah mereka di Bandar Jenin.
Di Bethlehem, rejim Zionis menculik seorang bekas tahanan bernama Hammad Abu Mariya di persimpangan Container di timur laut bandar.
10 bekas tahanan muda yang lain ditawan semasa kempen rejim Zionis di bandar Teqoa di selatan Bethlehem. Kesemua mereka berasal dari keluarga al-Amour.
Di Ramallah, rejim Zionis menyerbu kediaman di bandar Deir Jarir dan menculik seorang pemuda bernama Mahmoud Maali dan seorang lagi warganegara bernama Abdul-Aleem Alawi, bapa tahanan Maan yang diculik kira-kira satu minggu yang lalu.
Rejim Zionis juga menyerbu kawasan Tebing Barat yang lain, tanpa penangkapan yang dilaporkan.
Di Baitulmaqdis, pegawai keselamatan berpakaian biasa Israel menculik Adam Qara’in yang berusia 18 tahun setelah memukulnya dengan teruk di kejiranan Ras al-Amud di daerah Silwan.
Tiga pemuda lain juga diculik oleh pasukan polis dari kediaman mereka di kejiranan at-Tur di Baitulmaqdis timur.
Dalam kejadian yang berasingan, seorang warganegara dari Gaza ditahan oleh rejim Zionis setelah dia didakwa cuba menyusup masuk ke Israel.
Tentera Zionis Israel mendakwa bahawa pasukannya di utara Gaza telah menahan seorang warga Palestin yang tidak bersenjata selama beberapa jam dan telah membebaskannya setelah disoal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 13-04-2021 – Rejim zionis telah melakukan serbuan dan penangkapan pada Sabtu malam dan berlanjutan sehingga subuh Ahad di beberapa wilayah Tebing Barat, Jerusalem.
Kediaman salah seorang pemimpin Hamas, Hassan al-Wardyan di daerah Handaza, timur Bethlehem yang kini berada di bawah tahanan Israel antara yang diserbu dan digeledah oleh rejim zionis. Anaknya yang merupakan bekas tahanan Mahmoud Al-Wardyan turut ditahan ketika serbuan dijalankan
Menurut anak lelaki Hassan, Diaa al-Wardyan melaporkan bahawa rejim zionis telah menyerbu serta merosakkan kediaman keluarga pemimpin Hamas berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Selasa, 13-04-2021 – Gerakan Hamas menyifatkan keengganan Israel untuk bekerjasama dengan penyiasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai keangkuhan dalam berurusan dengan institusi dan keputusan antarabangsa.
Hazem Qassem, jurucakap Hamas menambah dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat bahawa Israel berlagak mengalahkan undang-undang.
Qassem menekankan bahawa kes ini merupakan ujian ke atas institusi antarabangsa agar melaksanakan keputusan mereka, mencapai keadilan dan membunuh penjenayah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 13-04-2021 – Perkarangan Masjid Al-Aqsa terus-terusan diserbu penduduk Yahudi untuk melakukan upacara Talmud dengan perlindungan Polis Israel, pada Ahad pagi.
Sumber-sumber tempatan melaporkan, sekumpulan 65 orang menyerbu dari arah Gerbang Maghareba dan sebelah kiri Gerbang Al-Silsila.
Mereka turut memberitahu, ritual Talmud itu dilakukan secara provokatif walaupun dalam kawalan pihak polis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Selasa, 13-04-2021 – Tahanan Palestin Ashraf Abu Sorour, 40, dari kem pelarian Aida di utara Bethlehem masih ditahan dalam penjara selama beberapa bulan di penjara Beer Sheba Israel.
Perkhidmatan penjara Israel (IPS) sengaja mengabaikan keadaan kesihatan Abu Sorour dan tidak memberinya rawatan atau makanan yang diperlukan.
Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mengatakan dalam satu kenyataan pada hari Jumaat bahawa banduan Abu Sorour kehilangan semua giginya di rahang atas dan sebahagian besar gigi di rahang bawah. Dia juga menderita jangkitan gusi akut, yang menjejaskan kemampuannya mengunyah makanan dengan betul yang seterusnya menyebabkan gangguan pencernaan dan sembelit kekal.
Pihak berkuasa menambah bahawa tahanan itu menderita sakit perut, pelvis, belakang dan masalah penglihatan kabur.
Abu Sorour ditangkap pada 25/11/2001 dan dibawa ke pusat penyiasatan al-Jalameh di mana dia mengalami siri penyiksaan yang teruk yang berlangsung selama dua bulan. Dia kemudian dihukum penjara seumur hidup.
Dia didera sepanjang penahanannya yang panjang. Pada bulan Oktober 2015, tahanan Israel menyerangnya dan memukulnya dengan tongkat di kepala, tangan dan kakinya.
Ini menyebabkan beliau cedera di mata, selain menyebabkan rasa sakit di dada dan bahu, namun dia dikurung bersendirian tanpa rawatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Selasa, 13-04-2021 – Pasukan penjara Israel telah menyerang Seksyen No. 22 Penjara Ofer pada hari Ahad dan melakukan pencarian menyeluruh, menurut Kelab Tawanan Palestin.
Para tahanan di Penjara Ofer dikenakan penindasan berterusan. Tahanan sebelumnya telah memutuskan untuk memprotes penindasan tersebut dan memulakan mogok lapar selepas kegagalan sesi dialog dengan pihak penjara Israel (IPS) yang menolak untuk menghentikan dasar penindasan dan penyalahgunaan.
IPS terus memberi amaran kepada para tahanan mengenai tujuannya untuk meningkatkan penindasan terhadap mereka dan mengancam memindahkan serta menyekat mereka yang bertanggungjawab terhadap protes.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 13-04-2021 – Israel telah memutuskan untuk mengenakan penutupan sepenuhnya di Tebing Barat dan Jalur Gaza selama dua hari bermula pada petang Selasa 13 April.
Tentera Israel mengatakan bahawa penutupan tersebut akan berkuatkuasa selama dua hari hingga tengah malam Khamis untuk meraikan apa yang disebut sebagai “Hari Kemerdekaan”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 12-04-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Rabu telah memberi notis kepada warga Palestin tentang niat mereka untuk merobohkan rumah dan bangunan milik mereka di beberapa kawasan yang berlainan di Lembah Jordan.
Mengikut sumber tempatan, tentera dan pekerja dari bahagian pentadbiran awam tentera rejim zionis menyerbu kawasan Khirbet Ras al-Ahmar dan menyerahkan notis pemusnahan ke atas kawasan pertanian dan ke atas 63 buah binaan termasuk khemah, rumah pondok dan kandang lembu. Warga Palestin di Kardala juga menerima notis pemusnahan dari tentera rejim zionis terhadap kawasan pertanian dan binaan rumah termasuk kawasan pertanian yang berlesen.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 12-04-2021 –Beberapa warga Palestin mengalami kesukaran bernafas di Beit Ummar di utara al-Khalil pada Rabu akibat daripada serbuan tentera rejim di bandar mereka.
Tentera rejim zionis (IOF) menembak peluru besi bersalut getah, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah rumah-rumah warga Palestin. Sejumlah warga mengalami kesukaran bernafas.
IOF turut menutup pintu masuk ke bandar tersebut, menyekat lalu-lintas dan merampas rakaman kamera pengawasan daripada salah satu kedai di kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati