Isnin, 27/02/2006 –
Hamas mempertahankan hubungan mereka dengan Iran dan kerajaan akan datang akan menjalinkan hubungan rapat dan kerjasama sepenuhnya dengan negara-negara Islam.
Isnin, 27/02/2006 –
Hamas mempertahankan hubungan mereka dengan Iran dan kerajaan akan datang akan menjalinkan hubungan rapat dan kerjasama sepenuhnya dengan negara-negara Islam.
Bakal PM Palestin , Ismail Haniyeh menghadiri solat jenazah as-syahid Zayed Dukhan, anak kepada anggota HAMAS Abdel Fattah Dukhan, yang mati ditembak rejim Zionis di kem pelarian Nusayrat, terletak di selatan Bandar Gaza, pada 24/02/2006, Jumaat yang lalu.
Khamis, 23/02/2006 –
HAMAS menghargai keputusan kerajaan Sweden yang terus menyambung
bantuan kewangan kepada rakyat Palestin.
Khamis, 23/02/2006 – Karen Abu Zaid, Jeneral Komissioner UNRWA menegaskan agensi beliau tidak akan hentikan bantuan kemanusiaan Palestin.
Rabu, 22/02/2006 –
“Saya percaya sekiranya mereka mengenakan lagi tekanan, rakyat akan menjadi lebih radikal”, kata Barghouti, yang mewakili ‘Independent Palestine’ semasa pilihanraya Palestin yang lepas.
Rabu, 22/02/2006 –
Dr. Mahmoud Al-Azhar, salah seorang pemimpin Hamas berkata Hamas akan mulakan rundingan dengan semua wakil Parlimen dalam membentuk kerajaan baru Palestin.
Parlimen Pentadbiran Palestin semalam telah pun menamakan Ahli Parlimen HAMAS Ismail Haniyeh (kiri) , 43, sebagai Perdana Menteri mereka yang baru berikutan selesainya pilihanraya umum Palestin baru-baru ini. Ismail dijangka membentuk kabinetnya dan mengemukakan calon-calonnya kepada Presiden Mahmoud Abbas untuk pegesahan selewat-lewatnya dalam tempuh tiga minggu.
Selasa, 21/02/2006 – Ali Khameni, bekas ketua republic Islam Iran menyarankan Muslim seluruh dunia memberikan pakej tahunan kewangan kepada Hamas-kerajaan PA.
Selasa, 21/02/2006 – Hamas membangkang pandangan Abbas yang menyarankan agar segala kempen politik beliau diteruskan Hamas dalam ucapannya dalam sesi Majlis Perundangan Palestin, Adnan Asfour jurucakap Hamas di Tebing Barat berkata.
Isnin,
20/02/2006 –
Dr. Salah AL-Bardawil jurucakap bagi parlimen Hamas di PLC, mengesahkan pencalonan Ismail Haneyya (gambar) sebagai PA baru. Bardawil, dalam kenyataan kepada PIC berkata mesyuarat antara Hamas dan ketua PA Mahmoud Abbas akan focus kepada formasi kabinet baru.
Isnin, 20/02/2006 – Ahli Parlimen HAMAS dan bakal Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya (gambar) berkata, delegasi Pergerakan HAMAS yang diketuai oleh Dr. Mahmoud Al-Zahhar, ketua komuniti parlimen mereka, akan memulakan perbincangan dengan semua pecahan komuniti Palestin pada hari Ahad, dalam usaha untuk membentuk kabinet Palestin yang baru
Ismail Haniyah (kiri) , pemimpin HAMAS dan bakal Perdana Menteri Palestin sedang mendengar ucapan oleh Mahmoud Abbas dalam satu persidangan video semasa mesyuarat parlimen di Gaza pada 18/02/2006. Ismail Haniyah telah
dinamakan sebagai bakal PM Palestin.
Jumaat, 17/02/2006 – Louay Shabana, ketua bahagian statistic Palestin, berkata Jalur Gaza kini mengalami kenaikan harga bagi barang pengguna sejak Januari lalu semenjak Israel menutup pusat komersial terminal Mintar.
Jumaat, 17/02/2006 –
Beratus penduduk Palestin Jerusalem menyahut seruan Pertubuhan Aqsa dengan memprotes di luar mahkamah tinggi Israel membantah kerja terkutuk Israel menceroboh perkuburan Islam di Jerusalem.
Khamis, 16/02/2006 – Bank Dunia telah bersetuju untuk memberikan RM 177 juta kepada Pihak Berkuasa Palestin dari Dana Pelaburannya sebagai bayaran pertama dari RM 222 yang dijanjikan.