Categories
Berita Semasa

Muhjat Al-Quds: Tahanan Iyad Jaradat dipukul di penjara Rimonim

Rabu, 22-02-2023 – Yayasan Muhjat Al-Quds melaporkan yang pentadbiran penjara Israel Rimonim memukul seorang tahanan Palestin yang diasingkan, Iyad Jaradat pada minggu lepas.Jaradat mendedahkan dalam suratnya yang pekerja penjara memukul beliau setelah beliau menolak keputusan pentadbiran untuk meletakkan seorang lagi tahanan di sel beliau , kerana tahanan itu diketahui tidak melayan tahanan lain dengan baik.

Beliau menambah yang tahanan itu menyembur serbuk lada ke mukanya sebelum menyerangnya. Beliau berada dalam kesakitan berhari-hari, dan menambah yang asap gas lada masih berada dalam selnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru sokongan untuk warga Jerusalem dalam perjuangan mereka

Rabu, 22-02-2023 – Jurucakap Hamas, Qassem telah menyeru sokongan untuk warga Palestin di Jerusalem sementara mereka menentang penjajahan rejim Zionis Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad, jurucakap Qassem telah mengutuk  kenyataan Menteri Keselamatan Rejim Zionis , Ben-Gvir di mana dia meminta Polis Rejim Zionis Israel meningkatkan tindakan keatas warga Jerusalem. Jurucakap itu membalas kenyataan tersebut dengan menyeru warga Jerusalem meningkatkan perjuangan menentang rejim Zionis Israel di Jerusalem.

Qassem menambah kenyataan Ben-Gvir itu mencerminkan sikap fasis Rejim Zionis Israel dalam melanggat semua hak asasi manusia dan semua konvenysen kemanusiaan yang sedia ada.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin di Luar Negara Seru Bantu Penduduk Jerusalem Jaga Aqsa

Rabu, 22-02-2023 – Jawatankuasa Jerusalem bagi Persidangan Rakyat Palestin di Luar Negara menyeru semua jenis sokongan kepada rakyat Jerusalem dan menguatkan pertahanan mereka untuk membantu melindungi kota suci dan Masjid Al-Aqsa daripada Yahudi.

“Musuh Israel menggunakan kekerasan, keganasan dan kerosakan dengan menyasarkan penduduk Jerusalem, terutamanya melalui pengusiran, pemindahan dan buang negeri, sebagai matlamat strategik dan terancang untuk membanjiri wilayah itu dengan kehadiran Yahudi dan melenyapkan identiti Islam dan kehadiran Palestin di situ,” kata Jawatankuasa Jerusalem dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Melindungi Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa daripada Yahudi adalah seperti pengukur yang menentukan saiz kekuatan umat,” tambah Jawatankuasa itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas memuji pendirian parti pemerintah Afrika Selatan yang pro-Palestin

Rabu, 22-02-2023 – Pergerakan Hamas memuji, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ahad, Kongres Kebangsaan Afrika Afrika Selatan kerana mengalu-alukan pengusiran delegasi Israel dari sidang kemuncak Kesatuan Afrika (AU) yang diadakan di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa.

“Kedudukan terhormat seperti itu selari dengan pendirian parti pemerintah Afrika Selatan sebelum ini yang menyokong perjuangan Palestin dan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk hak sah mereka,” kata kenyataan itu.

“Kami juga memuji pendirian negara Arab dan Afrika yang mesra menyokong hak Palestin,” tambah Pergerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pakistan Kutuk Keputusan Israel Sahkan Pendudukan

Isnin, 20-02-2023 – Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk mengesahkan sembilan penempatan di Wilayah Pendudukan Palestin di Tebing Barat, mengatakan ia adalah pelanggaran yang jelas dan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.

“Ia akan seterusnya menceroboh hak rakyat Palestin. Tindakan tidak sah dan tidak adil Israel akan memburukkan lagi keadaan tegang dan menjejaskan prospek keamanan di rantau ini,” kata Jurucakap Pejabat Luar, Mumtaz Zahra Baloch dalam satu kenyataan.

Masyarakat antarabangsa perlu berusaha lebih keras untuk menghalang Israel daripada mewujudkan keadaan yang menghalang pencapaian penyelesaian dua negara, tegasnya dalam kenyataan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Dua warga Tebing Barat meninggal dunia akibat kecederaan ditembak Regim Zionis Israel

Isnin, 20-02-2023 – Mahmoud Aida yang berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa selepas dia meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialaminya pada waktu subuh ketika serbuan Israel di kem pelarian Fari’ah, selatan Tubas.

Menurut sumber tempatan, Aida dan seorang lagi kanak-kanak cedera selepas Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu pada subuh Selasa kem Fari’ah dan menyerbu rumah.

Sumber menjelaskan bahawa Aida cedera parah di kepalanya apabila IOF melepaskan tembakan ke arah kereta yang membawa pekerja ketika mereka menuju ke tempat kerja mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Wakil Hamas di Lubnan bertemu dengan Duta Russia.

Rabu, 15-02-2023 – Wakil Hamas di Lubnan, Ahmed Abdulhadi bertemu dengan Duta Rusia di Lubnan, Alexander Rudakov dan berbincang tentang perkembangan terkini Palestin.

Abdulhadi mem Duta Russia tentang perkembangan terbaru Israel di kawasan kepungan Jerusalem termasuk usaha untuk menukar mercu tanda dan mengenakan peraturan baru ke atas Masjid Al – Aqsa dan  serbuan harian ke bandar-bandar, perkampungan dan kem pelarian Palestin di Tebing Barat.

Pada masa yang sama mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza dan serangan berterusan ke atas tahanan Palestin di penjara rejim Zionis Israel.

Dia berkata rejim Zionis Israel meningkatkan serangan ke atas warga Palestin dalam kegagalan mereka untuk menamatkan perjuangan kemerdekaan oleh warga Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Peserta ACD Sumbang £20,000 Kepada Mangsa Gempa Bumi

Rabu, 15-02-2023 – Ratusan anggota masyarakat Palestin dan Arab, serta mereka yang berminat dengan budaya Arab dan dalam perpaduan, menyahut seruan solidariti bersama mangsa gempa bumi di Syria dan Turki, yang dilancarkan oleh Forum Palestin di Britain semasa acara tahunan Hari Komuniti Arab (ACD) yang diadakan di London pada 11 Februari lepas berjaya mengumpulkan sejumlah £20,000 sebagai tambahan kepada forum memperuntukkan keseluruhan prosiding aktiviti untuk
manfaat mangsa gempa bumi.

Artis Yahya Hawa, Ammar Al-Khatib, dan Muhammad Habbash, penyanyi Al-Asheqin Band, mengambil bahagian dalam acara itu, di samping penyertaan cemerlang Sarah Al-Owaisi, pemilik program “Aqsa for Kids”. Perayaan itu yang diadakan di Harrow, barat London melibatkan aktiviti kanak-kanak dan persembahan Dabkeh yang popular.

Pameran produk yang mencerminkan budaya dan adat Arab, seperti makanan, pakaian, karya sastera dan manifestasi tamadun Arab yang lain turut diadakan. Para penonton berinteraksi dengan penuh semangat dengan persembahan Pancaragam Kanak-Kanak Yasmine Al-Sham dan Kumpulan Al-Fursan Dabkeh, selain persembahan artis dan lagu terkenal mereka tentang Palestin dan dunia Arab.

Perayaan tahun ini diadakan dengan perhimpunan besar lebih daripada 1,500 peserta daripada masyarakat Palestin dan pelbagai masyarakat Arab, selain warga Britain yang berminat dengan budaya Arab dan solidariti dengan mangsa gempa bumi di Syria dan Turki. Forum Palestin juga
berminat untuk melibatkan penyertaan tetamu dari pelbagai negara, dan menekankan kepelbagaian budaya Arab, kesyumulan tamadun dan sejarah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel Setuju Robohkan Rumah Syuhada Palestin

Selasa, 14-02-2023 – Pihak Otoriti penjajah Zionis Israel menandatangani perintah untuk merobohkan rumah keluarga syuhada Muhammad Souf di kampung Haris di Salfit dan rumah bekas tawanan Yunus Haylan di kota Hajjah, sebelah timur Qalqilya.

Penjajah Zionis Israel juga bercadang merobohkan rumah syuhada Khairi Alqam yang terlibat dengan kes menembak tentera Zionis di al-Quds pada 28 Januari lalu.

Muhammad Souf dan Haylan melakukan dua aksi berani mati tahun lalu, yang menyebabkan 4 penduduk pendatang Yahudi dan mencederakan beberapa yang lain.

Syuhada Muhammad Murad Souf (18 tahun) dari kampung Haris menikam penduduk pendatang Zionis pada 15 November lalu berdekatan perkampungan Yahudi “Ariel” yang didirikan di tanah warga Palestin di utara Salfit, di mana tiga penduduk pendatang Yahudi meninggal dunia dan 4 lainnya cedera.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

 Hamas menolak penerimaan dan penyataun dengan pihak Zionis. 

Selasa, 14-02-2023 – Delegasi Pergerakan Hamas yang diketuai oleh Khaled Qaddumi, menghadiri seminar “Jerusalem di hujung kemerdekaan” yang diadakan di Tehran pada sambutan ulangtahun ke 44 Revolusi Islam.

Beberapa pegawai Iran, ahli parlimen dan panglima-panglima tentera telah menghadiri seminar selain wakil dari negara – negara dan wakil pejuang- pejuang Palestin dan Lebanon.

Dalam ucapan beliau, Qaddumi mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Iran, warga Iran dan kerajaan Iran dalam meraikan  ulang tahun kejayaan revolusi Islam yang ke 44.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Diculik Rejim Zionis di Tebing Barat dan Jerusalem

Selasa, 14-02-2023 – Rejim Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh warga Palestin ketika serbuan pada waktu subuh dan pagi hari Rabu di Tebing Barat dan Jerusalem.

Menurut sumber setempat, rejim itu menculik seorang warga Palestin dan anaknya dari kawasan al-Khallah di selatan Kota al-Khalil dan dua lelaki muda dari bandar Meithalun dan Misilyah di selatan Jenin.

Dua lagi rakyatnya dilaporkan telah ditangkap semasa serbuan rejim ke atas rumah di bandar Beitillu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Lebih 70 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 09-02-2023 – Puluhan pendatang pelampau Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Selasa dan kemudian pada petangnya.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 71 pendatang memasuki masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan perlindungan polis rejim. Ketika mereka berada di situ, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh para rabbi tentang kuil dan kebanyakan mereka sedang menunaikan ritual Talmudic di sudut timur masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas ratapi kematian Ashqar, beri amaran kedegilan Israel di atas jenayahnya

Khamis, 09-02-2023 – Pergerakan Hamas meratapi kematian seorang pemuda Palestin Hamza al-Ashqar, 17, dan memberi amaran kepada negara penceroboh Israel tentang kegigihan dalam jenayahnya di Tebing Barat.

“Darah Palestin adalah berharga. Jadi kami memberi amaran kepada Israel yang berterusan melakukan jenayahnya,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

“Jenayah Israel yang berterusan dan semakin meningkat tidak akan menghalang rakyat kita berjuang dan menentang Israel untuk kebebasan mereka, tanah yang dirampas dan tapak suci itu,” tambah pergerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Bunuh Remaja Palestin Ketika Serangan di Bandar Nablus

Khamis, 09-02-2023 – Seorang remaja Palestin terbunuh pada awal pagi Selasa selepas Rejim Zionis menyerbu Bandar Nablus dan melepaskan peluru hidup ke arah pemuda tempatan.

Menurut sumber setempat, Hamza al-Ashqar, 17 tahun, terbunuh akibat kecederaan peluru di kepalanya ketika pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera Israel di kejiranan al-Masaken ash-Shabiyah di timur bandar Nablus. Tiga rakyat Palestin dilaporkan diculik oleh rejim dari kawasan kejiranan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pihak IOA merampas ratusan ekar tanah di Baitul Laham

Rabu, 08-02-2023 – Pasukan Penaklukan rejim Zionis Israel  (IOA)  mengarahkan rampasan ratusan lot tanah kawasan pertanian Palestin, di Barat Daya Baitul Laham.

Aktivis tempatan Hassan Brijieh menyatakan pihak IOA memaklumkan perampasan 490 lot tanah di Nahalin dan al-Jabaa dalam meluaskan lagi kawasan penempatan haram Alon Shvut dan Geva’ot .

Polisi penempatan rejim Zionis Israel melanggar hak-hak asasi manusia di bawah undang-undang antarabangsa termasuk resolusi ke Empat Konvensyen Geneva dan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul