Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas melawat Switzerland

Selasa, 20-03-2012 – Ahli Parlimen Hamas Ismail Al-Ashqar tiba di Geneva pada Ahad dalam lawatan kedua seumpamanya oleh para ahli parlimen Hamas ke Switzerland dalam masa 2 bulan.

3 orang ahli parlimen Hamas tiba di Switzerland 2 bulan lepas dalam lawatan 10 hari di mana mereka bertemu pegawai dan ahli parlimen Switzerland.

Kesatuan reformasi yang bekerjasama dengan gerakan Hamas itu berkata di dalam kenyataan akhbarnya bahawa Ashqar, ketua jawatankuasa keselamatan dan timbalan ketuanya akan menyampaikan ucapan kepada jawatankuasa hak asasi manusia PBB pada Isnin yang menumpukan pada isu ahli parlimen Palestin ditahan di penjara Israel. Ia memaklumkan bahawa ahli parlimen itu akan tetap berada di Switzerland untuk beberapa hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ketua JI Kutuk Israel Guna Anjing Terhadap Rakyat Palestin

Selasa, 20-03-2012 – Ketua Jamaat al Islami Pakistan, Syed Munawar Hasan telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan askar-askar Israel yang melepaskan anjing terhadap penunjuk perasaan Palestin. Beliau turut menggelarnya sebagai satu daripada pencabulan terburuk terhadap hak asasi manusia dan kebebasan awam yang dilakukan di hadapan media Barat, dalam masa yang sama rejim-rejim mereka terus menyembunyikan jenayah ke atas pencabulan hak-hak asasi Palestin.

Sebagai tindak balas atas kejadian pada hari Sabtu itu, beliau berkata laporan dan rakaman yang dikeluarkan oleh media cetak dan elektronik telah jelas menunjukan wajah fasis Israel. “Anjing itu telah mengheret rakyat Palestin yang tidak bersalah dengan masih berlumuran darah, manakala tentera Israel menikmati adegan kejam tersebut,” katanya kesal.
Beliau berasa kesal akan nasib umat Islam di Palestin yang menghadapi kekejaman di tangan tentera Israel di bawah naungan Amerika Syarikat namun begitu tiada pihak yang mengutuk keganasan ini. Tambahnya, “Malah pemerintah sebanyak 57 negara-negara Islam juga telah berdiam diri atas isu serius ini” .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Pelaksanaan Pilihanraya Umum Bergantung Kepada Suasana Kebebasan

Selasa, 20-03-2012 – Jurucakap Gerakan Perjuang Islam, Hamas menyeru Gerakan Fatah untuk komited dengan cadangan jawatankuasa kebebasan agar berhenti melakukan penangkapan politik dan memberi kesempatan untuk urusan politik di Tebing Barat tanpa tekanan demi menjamin transisi ke fasa pelaksanaan proses pilihanraya umum.

Abu Zuhri menolak tuduhan bahawa pihaknya menghalang perpaduan yang dilontarkan sebahagian pihak kepada gerakan Hamas, yang dilatarbelakangi penolakan mengizinkan pihak berkuasa memulakan pendataan pemilih. Beliau menegaskan bahawa gerakan Hamas dan pemerintah di Semenanjung Gaza telah membuka pejabat urusan pilihanraya di Gaza, sebagai persiapan pendataan pemilih.

Beliau menambah bahawa isu ini berkaitan dengan masalah kebebasan di mana gerakan Fatah belum komited melaksanakan satu perkara pun dari aspek-aspek kebebasan. Ini merujuk kepada berterusannya penangkapan dan penahanan politik, penutupan persatuan-persatuan, penghapusan keamanan, pemecatan pegawai, serta sekatan kebebasan kerja politik dan media.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lapan Cedera, satu kritikal, ketika serangan Israeli Troops West Bank Anti Wall Protests

Selasa, 20-03-2012 – Lapan orang awam telah cedera, seorang cedera parah, pada hari Jumaat,sementara banyak telah dirawat untuk kesan-kesan sedutan gas pemedih mata apabila askar Israel menyerang dinding anti membantah dalam sejumlah kampung-kampung Tebing Barat

Bantahan dikelolakan dalam kampung-kampung Tebing Barat pusat itu Bil’in, Nil’in and al Nabi Saleh. Lapan penunjuk perasaan termasuk seorang penyokong antarabangsa telah cedera oleh kebakaran Israel di satu bantahan di kampung itu al NabiSaleh. Aktivis antarabangsa cedera parah apabila dia memukul denganbanyak getah bersalut peluru-peluru keluli dipecat oleh tentera Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Askar Israel Serang Perkampungan Nabi Saleh

Selasa, 20-03-2012 – Askar Israel dilaporkan telah menyerang pada lewat malam hari Ahad, perkampungan Nabi Saleh di pusat bandar Ramallah, Tebing barat dengan memecah masuk serta menggeledah ke dalam beberapa buah rumah dan berikrar akan meneruskan serangan dan pencerobohan jika penentangan diteruskan.

Sumber tempatan melaporkan bahawa askar-askar Israel tanpa belas kasihan menceroboh dan menggeledah rumah penduduk dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Sumber itu juga menambah, askar tersebut juga merakam video pencerobohan rumah, termasuk wanita dan kanak-kanak yang sedang ketakutan. Askar kemudian berundur dari perkampungan tersebut tanpa sebarang tangkapan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Para Peneroka Menyerang Beberapa Buah Rumah di Hebron

Selasa, 20-03-2012 – Sekumpulan peneroka pelampau Israel bersenjata dari penempatan haram di luar kawasan Ramat Yishai, di selatan Tebing Barat bandar Hebron, pada Ahad lalu waktu malam menyerang beberapa rumah penduduk Palestin di kawasan Tal Romedia, dan mengejar kanak-kanak di sekitar sambil mengutuk mereka.

Agensi Maklumat dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan bahawa peneroka-peneroka menakutkan beberapa orang kanak-kanak yang lari daripada mereka, menjerit dan menggunakan perkataan-perkataan yang kotor.

Pemastautin Hisham Al-Azza, salah seorang penduduk di Tal Romedia, menyatakan bahawa para peneroka memecah masuk ke rumahnya sambil mencerca beliau dan keluarganya, dan juga memegang anak lelakinya, Younis, 8, dalam keadaan gelap selama satu jam.

Al-Azza menambah lagi Polis Israel berada di kawasan tersebut namun tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menghentikan peneroka-peneroka itu atau menghalau mereka pergi.

Serangan ini adalah salah satu daripada siri serangan dan pencabulan terbaru yang dilakukan oleh peneroka pelampau Israel terhadap penghuni tetap dan tanah mereka di penempatan Tebing Barat, termasuk di penempatan Timur Baitulmaqdis.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Rusuhan ganas di Penjara Ofer, ada yang tercedera

Selasa, 20-03-2012 – Pasukan-pasukan tindakan khas daripada Unit Metsada dan Unit Nahshun rejim Zionis telah menggempur Penjara Ofer yang terletak di barat Ramallah pada petang Rabu lalu dan melepaskan gas pemedih mata, menyerang para tahanan
penjara serta memusnahkan barang peribadi mereka.

Sumber yang memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) berkata, pasukan-pasukan tindakan khas rejim Zionis yang memakai topeng pelindung gas itu secara tiba-tiba memecah-masuk penjara terbabit, mengepung para tahanan penjara berketurunan Palestin yang ketika itu berada di koridor, membelasah mereka serta mengarahkan mereka masuk ke dalam bilik penjara kecil di luar dalam keadaan berantai. Bilik penjara kecil itu biasanya menempatkan tahanan penjara yang akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Beberapa orang tahanan penjara terbabit telah pengsan selepas gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Dalam masa yang sama, pasukan rejim Zionis itu turut merosakkan dan menyita beberapa barangan peribadi milik para tahanan terbabit yang mereka tinggalkan di dalam bilik kurungan masing-masing atas alas an barangan tersebut adalah haram dimilik. Sebuah bilik kurungan di Seksyen 16 juga dikunci manakala bekalan air kesemua bilik mandi ditutup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kematian kanak-kanak meningkatkan jumlah kematian kepada 26 orang

Selasa, 20-03-2012 – Jumlah mangsa Palestin yang terbunuh ketika serangan Israel yang terbaru ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 26 syuhada setelah seorang budak lelaki berusia 7 tahun meninggal akibat kecederaan serius pada pagi Rabu.

Jurucakap jawatankuasa kecemasan dan ambulans Gaza, Adham Abu Silmiya berkata dalam satu program TV yang dianjurkan oleh jabatan maklumat kerajaan, bahawa para syuhada itu termasuk seorang wanita dan 3 anak.

Serangan Israel itu yang berlarutan sejak Jumaat lepas, mencederakan 96 rakyat Palestin, 30 daripadanya kanak-kanak dan kebanyakannya masih menerima rawatan perubatan di hospital, Abu Silmiya mengatakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Terbaru Israel ke atas Gaza

Selasa, 20-03-2012 – Beberapa pesawat pejuang Israel telah melancarkan dua serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pada waktu subuh, Khamis lepas namun tiada kecederaan dilaporkan, kata sumber tempatan. Wartawan PIC melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel telah melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah kawasan terpencil di bahagian timur pinggir bandar Zaitun yang terletak di bandar Gaza. Pesawat tersebut turut mensasarkan peluru berpandu ke arah sebidang tanah terbuka di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Pesawat pejuang Israel masih terbang di ruang udara kawasan persisiran dan dalam masa yang sama agensi-agensi keselamatan Palestin mengosongkan semua bangunan keselamatan berikutan jangkaan terhadap sebarang serangan udara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Tahanan politik di penjara PA mengancam mogok lapar

Selasa, 20-03-2012 – Tahanan politik di penjara Pihak Berkuasa Palestin di Jericho yang mengancam untuk melancarkan mogok lapar jika perintah mahkamah untuk pembebasan mereka tidak dijalankan.

Saudara-mara orang-orang tahanan memberitahu MP Mustafa Al-Barghouthi dalam satu pertemuan dengan beliau pada malam Rabu di Al-Khalil bahawa waris mereka akan meneruskan mogok lapar terbuka jika fatwa mahkamah tidak dijalankan.

Saudara mara tahanan, termasuk MP Buka kunci Al-Za’areer, memberitahu Barghouthi, atas kuasanya sebagai ahli jawatankuasa kebebasan, bahawa mereka akan turut mengadakan perarakan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Askar Israel Wanita Ditikam Di Jerusalem

Selasa, 20-03-2012 – Sumber media Israel melaporkan Khamis lalu bahawa seorang askar wanita ditikam semasa menaiki transit aliran ringan di Jerusalem. Dia dipercayai ditikam oleh seorang rakyat Palestin, yang kemudiannya disahkan identiti.

Sumber-sumber perubatan di Jerusalem menyatakan bahawa kejadian itu berlaku di Pisgat Ze’ev, utara kawasan yang diduduki di Baitulmaqdis.  Askar tersebut ditikam di bahagian dada dan lengan, dan kini berada dalam keadaan yang serius di Pusat Perubatan Sha’ar Zedek.

Pihak polis Israel berkata bahawa pemuda yang menyerang wanita itu dipercayai telah melarikan diri ke kawasan Shu’fat Arab, di penempatan Timur Baitulmaqdis. Tentera dan polis telah memulakan kempen pencarian di kawasan tersebut.

Berita Nasional Israel melaporkan bahawa penyerang tersebut memasuki kereta api di salah satu perhentian, dan menikam askar tersebut sebelum melompat dengan segera dari kereta api.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Ketibaan Delegasi Parlimen Arab ke Semenanjung Gaza.

Selasa, 20-03-2012 – Delegasi Parlimen Arab di Gaza tiba Khamis lalu,melalui lintasan rafah,yang diterima daripada Presiden Majlis Perundangan Palestin Dr Ahmed Bahar,dan beberapa orang rakyat,bertindak.

Dan mengalu-alukan Bahar semasa 1 sidang akhbar,disertai oleh ahli delegasi-delegasi itu yang terdiri daripada 20 orang dan diketuai oleh Abdul Qadir Samari,yang mempunyai 3 ahli parlimen dan 17 wartawan dari pelbagai akhbar dan agensi-agensi arab menekan kepentingan lawatan dalam konteks langkah yang bertujuan untuk memecahkan kepungan yang dilakukan ke atas Gaza.

Bahar berkata lawatan itu adalah sebahagian daripada pengasingan politik yang dikenakan ke atas kerajaan Palestin dan wakil rakyatnya,disamping peranannya dalam menyokong dan membangkitkan perjuangan rakyat Palestin dalam hati nurani negara.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Teruskan Mogok Lapar

Selasa, 20-03-2012 – Pejabat Media Pertubuhan Waed bagi Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan bahawa tahanan Palestin di penjara Israel dan kem tahanan merancang untuk mengisytiharkan mogok lapar terbesar secara terbuka pada April ini.

Pertubuhan itu juga menyatakan, tahanan akan mengumumkan tarikh sebenar yang akan menandakan permulaan mogok sejurus sebelum mogok tersebut bermula. Mereka menjangkakan, tentera Israel akan mewujudkan langkah berjaga-jaga dan juga serangan bagi menggagalkan mogok tersebut.

Berdasarkan jangkaan dan pengalaman yang dilalui sebelum ini, tentera Israel akan memindahkan berdozen tahanan daripada satu tempat ke tempat lain serta menempatkan tahanan dalam bilik kurungan pengasingan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Ashrawi: “Israel Melaksanakan Hukuman Yang Menyalahi Undang-undang

Isnin, 19-03-2012 – Anggota Jawatankuasa Eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin (PLO), Dr. Hanan Ashrawi, menyatakan pada hari Sabtu lalu bahawa Israel sedang melakukan jenayah dan pembunuhan yang menyalahi undang-undang terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang membuat provokasi tambahan untuk menjejaskan kestabilan rantau itu, dan untuk menimbulkan kemarahan rakyat Palestin bagi tindak balas lanjut.

Dr. Ashrawi mengatakan bahawa serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan berpuluh-puluh mangsa, termasuk kanak-kanak, melanggar Undang-undang Antarabangsa, dan semua resolusi kesahihan antarabangsa.

Beliau menambah bahawa “apa yang berlaku di Gaza merupakan satu lagi usaha Israel untuk campur tangan dalam urusan dalaman Palestin bagi menghentikan perdamaian Palestin”, dan bahawa “Netanyahu sedang mencari populariti untuk pilihan raya Israel akan datang”.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Abbas Bersetuju Untuk Mengepalai Kerajaan Sementara

Isnin, 19-03-2012 – Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengumumkan pada Rabu lalu bahawa Presiden Mahmoud Abbas bersetuju untuk menjadi ketua kerajaan sementara Palestin yang akan untuk beberapa bulan, sehingga pilihan raya baru diadakan.

PLO mengatakan bahawa kerajaan sementara yang baru akan menjadi sebuah kerajaan teknokrat, dan mempunyai tugas utama mengawasi pilihan raya umum dan presiden.

Tambahan pula, PLO mengatakan bahawa Abbas menekankan kepentingan untuk meneruskan semua perbincangan dengan negara-negara Arab dan antarabangsa untuk menjamin kesinambungan proses damai dengan Israel selagimana proses ini didasari menghentikan semua aktiviti penempatan Israel, dan menerima sempadan 1967 (Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan kediaman Timur baitulmaqdis) sebagai asas penyelesaian dua negara.

Jawatankuasa Eksekutif mengatakan bahawa semua usaha di peringkat antarabangsa, terutamanya mereka yang berada dalam Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mesti teruskan sepertimana Israel terus-menerus melanggar undang-undang antarabangsa dengan serangan berterusan, dan pembinaan penempatan yang berterusan dan pengembangan di Jerusalem dan Tebing Barat.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas