Categories
Berita Semasa

Konvoi Perpaduan Tiba di Gaza

Sabtu ,26/11/2011 – Sebuah konvoi perpaduan berjaya dibentuk ke Semenanjung Gaza pada petang Isnin, melalui Terminal Sempadan Rafah, antara Semenanjung Gaza dan Mesir. Ahli kumpulan-ahli kumpulan konvoi “Freedom Spring” bakal mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh politik dan sosial di Gaza.

Wakil-wakil gerakan Arab Spring adalah sebahagian daripada konvoi tersebut dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Ismail Haniyya, Perdana Menteri kerajaan pimpinan hamas yang dibubarkan di Gaza, dan beberapa pegawai Palestin, di samping untuk mengadakan mesyuarat dengan ahli perniagaan Gaza, wakil-wakil pergerakan wanita, dan wakil-wakil NGO tempatan.

Ahli-ahli kunjungan konvoi akan melawat kem-kem pelarian di Gaza, untuk memerhatikan keadaan yang mencamaskan, dan juga berhasrat untuk melawat UNRWA (United Nations Relief and Works Agency) untuk Pelarian Palestin di Near East.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Enam, termasuk banduan yang baru dibebaskan, telah ditahan oleh tentera Israel dalam serbuan waktu pagi.

Sabtu ,26/11/2011 – Dalam kejadian serbuan awal pagi yang terbaru, yang telah dilancarkan oleh tentera Israel di Tebing Barat pada hari Isnin, askar-askar Israel telah menahan enam orang rakyat Palestin, termasuk seorang yang baru sahaja dibebaskan dari sebuah tahanan Israel bulan lepas melalui perjanjian pertukaran banduan.

Dua beradik, berumur 17 dan 18 tahun, merupakan antara yang diculik pada awal pagi Isnin kelmarin. Dua beradik tersebut, Imad al-Amour, 18, dan Mohammed al-Amour,17, telah diculik dari rumah keluarga mereka di Perkampungan Tiqu’a, bahagian selatan Bethlehem.

Ghassan Mohammed Hanini, 22 tahun, telah ditahan berdekatan dengan Qalqilia dalam percubaannya untuk melepasi sebuah pusat pemeriksaan tentera Israel. Hanini baru sahaja dibebaskan dari kem tahanan Israel dimana dia telah ditahan selama tiga tahun sebagai ‘tahanan pentadbiran’ tanpa sebarang dakwaan. Dia merupakan antara 477 rakyat Palestin yang telah dibebaskan melalui pertukaran dengan seorang banduan rakyat Israel yang ditahan oleh puak tentangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Hijazi: Kami menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem

Sabtu ,26/11/2011 – Dr. Safwat Hijazi, pemimpin Rabetat Ahl Al-Sunnah yang menganjurkan konvoi utama ke Gaza pada hari Isnin, memberitahu sidang akhbar di bandar Gaza selepas ketibaannya bahawa Rabeta beliau telah menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem.

Beliau berkata bahawa ketibaan konvoi ke Gaza, yang terkumpul dari 40 buah negara, adalah salah satu daripada saat-saat terbaik hidupnya.

Hijazi berkata bahawa wakil-wakil dari 40 buah negara telah memutuskan untuk memecahkan pengepungan ke atas Gaza, yang secara haram yang dikenakan oleh “Zionis”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel bimbang perkembangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Sabtu ,26/11/2011 – Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan tembok sempadan akan ditutup selamanya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Gaza: Pemerintah Bantah Keras Penangkapan Wartawan wanita, Isra Salhab

Sabtu ,26/11/2011 – Biro media pemerintah menyatakan bantahan keras atas penangkapan seorang wartawan wanita Al-Quds, Isra Salhab, penyampai program Ahrar di TV Al-Quds. Penangkapan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa bahkan undang-undang Israel juga.

Pasukan Israel menangkap Salhab (26) setelah memanggilnya ke pusat penyiasatan di Al-Quds, kemudian dinyatakan bahawa wartawan tersebut ditahan untuk penyiasatan lanjut dan dialihkan ke sel penjara Israel.

Dalam laporan yang diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (22/11) Biro media menegaskan bahawa penangkapan wartawan Salhab merupakan tindakan tekanan dan sekatan kebebasan yang dilakukan Israel terhadap warga Palestin untuk menodai kehormatan dan kebebasan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Darawi: Kerajaan, PLO dan pilihanraya adalah agenda utama pertemuan Abbas-Mishaal

Sabtu ,26/11/2011 – Ketua Pusat Pengajian Palestin di Mesir, Ibrahim al-Darawi berkata terdapat tiga isu yang akan menjadi agenda utama di antara Presiden dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Mishaal yang dijadualkan pada Khamis di Kaherah.

Akhbar Quds melaporkan Darawi berkata, tiga isu tersebut adalah: penstrukturan semula Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk benar-benar menjadi wakil rakyat Palestin, pilihanraya dan kerajaan serta tanggungjawabnya.

Darawi berkata, jawatankuasa khas membincangkan rundingan damai di antara Hamas dan Fatah bersetuju untuk menggugurkan pencalonan Fayyad sebagai perdana menteri, namun tiada kesepakatan tentang nama yang akan dicalonkan sebaliknya ia akan dibincangkan dalam pertemuan Abbas-Mishaal nanti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Fatah setuju tidak lantik Fayyad

Rabu ,23/11/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata bahawa pergerakan Fatah telah bersetuju untuk memilih individu lain selain daripada Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan Palestin campuran akan datang. Abu Zuhri memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) pada Sabtu lepas bahawa pegawai-pegawai Hamas dan Fatah telah mencapai kata sepakat beberapa hari lepas untuk tidak memasukkan nama Salam Fayyad dalam kerajaan campuran akan datang,
tetapi masih belum mencalonkan mana-mana nama untuk jawatan Perdana Menteri.

Menurut beliau lagi, pegawai-pegawai Hamas dan Fatah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan seterusnya pada 25 November ini yang akan disertai oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashaal dan Presiden PA, Mahmoud Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Prof. Qasem pada kira-: Keretakan dalaman hanya akan berakhir jika PA mengakhiri hubungan dengan Israel

Rabu ,23/11/2011 – Profesor sains politik Abdulsattar Qasem tidak menaruh harapan peluang mencapai perdamaian nasional yang tulen antara puak Hamas dan Fatah jika pihak berkuasa Palestin (PA) tidak mengakhiri kerjasama keselamatan dengan Israel dan meletak pergantungan kewangan kepada Barat.

Qasem pada kira-kepada Quds Press bahawa Hamas dan Fatah boleh mengulangi kesilapan yang lalu jika sebab-sebab sebenar pertikaian mereka tidak ditangani daripada akar umbinya, terutamanya dengan mengambil kira perjanjian PA yang ditandatangani dengan Israel.

“Saya percaya terdapat potensi yang besar untuk mencapai perdamaian jika punca sebenar perpecahan dan persengketaan antara puak Fatah dan Hamas telah ditangani,” profesor itu menegaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Gaza memberi amaran banjir besar akan berlaku jika Israel membuka empangan

Rabu ,23/11/2011 – Kementerian Pertanian dan Pertahanan Gaza telah memberi amaran akan berlakunya banjir besar sekiranya Israel meneruskan ancamannya untuk membuka empangan lembah Gaza. Kol. Yousef Al-Zahhar, ketua skuad pertahanan awam di Gaza memberitahu PIC pada Ahad bahawa banjir tersebut boleh mengakibatkan kerosakan kepada 100 rumah dan ratusan sarang lebah serta 100 kilometer persegi tanah yang telah digembur di Mighraka, Gaza Tengah. Beliau berkata, ternakan di kawasan tersebut turut akan mati lemas, dan akan menyebabkan pendapat kaum Badwi di kawasan itu terjejas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Beberapa acara yang akan diadakan di Kaherah bagi menyokong Baitulmuqaddis

Rabu ,23/11/2011 – Kempen popular Mesir-Palestin Sabtu lalu berkata ia akan menganjurkan beberapa acara, termasuk perarakan besar-besaran pada hari Ahad sebagai sokongan terhadap bandar yang diduduki, Baitulmuqaddis .

Pihak penganjur kempen ini bertemu Selasa lalu dengan Sheikh besar MasjidAl-Azhar, Ahmed Attayeb dan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyokong penduduk Palestin dan menghadapi pencabulan Israel terhadap mereka.

Kempen ini melibatkan beberapa tokoh agama, negara dan politik Mesir yang berhasrat untuk menganjurkan perarakan besar-besaran bagi menyokong Baitulmuqaddis Jumaat depan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al Azhar Tegaskan Kembali Surat Shalahuddin kepada Raja Richard

Rabu ,23/11/2011 – Syeikhul Azhar, Dr. Ahmad Muhammad Thayib menegaskan bahawa al Azhar dan seluruh kaum muslimin di barat dan di timur, menolak projek Zionis untuk melakukan pengyahudian kota al Quds. Beliau mengingatkan entiti Zionis Israel dan pihak yang menyokongnyan akan kesan buruk yang mengancam perdamaian Palestin bahkan mengancam perdamaian seluruh dunia.

Al Azhar menegaskan bahawa monopoli terhadap kota suci al Quds dan yahudinisasi padanya, merupakan pelanggaran terhadap persetujuan dan undang-undang antarabangsa serta norma-norma yang melarang perubahan pada status tanah, penduduk, dan identiti di wilayah pendudukan. Oleh itu, al Azhar tegas dalam pernyataannya, “Maka Yahudinisasi al Quds tidak ada asas legitimasi.”

Al Azhar kembali menegaskan ketetapan jalan yang ditempuh Shalahuddin bagaimana cara pembebasan kota al Quds, ketika dia menulis surat kepada Raja Salib Richard The Lion Heart, “Anda jangan berpikir bahawa kami akan menyerahkan al Quds, tidak pernah, demikian juga kami, sebagai umat muslim, tidak mungkin akan menyerahkan hak-hak kami di al Quds, dalam apa keadaan sekalipun, anda tidak akan dapat mengambil seketul batu pun di tanah ini, selama masih ada jihad.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Laporan: “Kampung Warga Palestin Hadapi Kesukaran Hidup Dalam Kegelapan”

Rabu ,23/11/2011 – Organisasi Sepanyol, Seeba berjaya memasang panel solar di sebuah kampung warga Palestin di Tebing Barat, yang dikenali sebagai Amenzil. Untuk pertama kalinya penduduk kampung tersebut mendapat tenaga elektrik, tetapi Israel telah mengeluarkan satu injuksi tentera mengarahkan penduduk menyahpasang panel tersebut.

Kampung tersebut tidak pernah mendapat tenaga yang sepatutnya, tetapi setelah panel solar dipasang, penduduk dapat menyediakan rumah dan khemah mereka dengan lampu, membeli set televisyen, dan barang-barang elektrik yang lain.

Dengan kerjasama Universiti An-Najah di Nablus, NGO Sepanyol tersebut memasang 2 panel solar di kampung kecil “Amenzil” yang terletak di selatan Tebing Barat, dan penduduk dapat menaiktaraf generator gas mereka yang hanya dapat menampung peralatan asas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Sumber Israel: Rang Undang-undang untuk menghadkan pembiyaan ke atas kumpulan hak asasi manusia Israel dihentikan oleh Perdana Menteri

Rabu ,23/11/2011 – Sumber-sumber Israel yang tidak disebutkan nama memberitahu para pemberita Israel pada hari Ahad di pejabat Perdana Menteri Binyamin Netanyahu bahawa rang undang-undang untuk menyekat pembiyaan kepada kumpulan hak asasi manusia Israel, yang telah diluluskan oleh Knesset Israel pada minggu lepas, telah dihentikan oleh pejabat Perdana Menteri.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, kebanyakannya bekerja untuk mendokumentasi penyalahgunaan Israel di wilayah Palestin, telah menghadapi peningkatan penelitian dan tindakan keras oleh kerajaan Israel sejak tahun lepas, yang mana kumpulan hak asasi tersebut mengatakan bahawa tindakan tersebut jelas dilakukan untuk menghadkan dan melarang kebebasan bersuara mereka.

Rang undang-undang yang telah diluluskan pada minggu lepas oleh Jawatankuasa Perundangan Knesset Israel (Parlimen) stakat ini merupakan yang paling kejam – kerana kumpulan ini banyak menerima dana dari luar negara, rang undang-undang tersebut pada dasarnya akan menutup sebahagian besar hak asasi manusia dan kumpulan keamanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

‘Radio Keamanan’ gabungan Palestin-Israel ditutup oleh pihak berkuasa Israel

Rabu ,23/11/2011 – Sebuah stesen radio yang telah beroperasi selama 7 tahun untuk membawa bersama pihak Palestin dan Israel dalam gabungan penyiaran dan dialog telah ditutup oleh pihak berkuasa Israel pada hari Sabtu, dengan dakwaan stesen berkenaan tidak dilengkapi dengan lesen yang sepatutnya – Walaupun pada hakikatnya, stesen berkenaan bersiaran dari Tebing Barat dan bukanlah dibawah bidang kuasa Israel.

Stesen tersebut telah ditubuhkan oleh kumpulan keamanan Israel dan Palestin tujuh tahun lalu dan diberi nama ‘Kol Hashalom’ yang bermaksud ‘Keamanan Semua’. Pusat penyiarannya terletak di Ramallah, yang merupakan pusat pengkalan bagi pihak berkuasa Palestin dan telah dianggap berada dibawah penguasaan pihak berkuasa Palestin berdasarkan Perjanjian Oslo 1993.

Menurut Menteri Komunikasi Israel, “Pihak kementerian telah menjalankan aktiviti pengawasan tanpa wayar dengan kerjasama pihak Polis Israel dalam menentang stesen radio haram, sama seperti apa yang mereka jalankan ke atas lain-lain stesen yang ditubuhkan secara haram.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  amsyar

Categories
Berita Semasa

Dweik : Kejayaan pertemuan “Mesh’al – Abbas” untuk rekonsiliasi bergantung pada campurtangan pihak luar.

Isnin ,21/11/2011 – Dr. Aziz Dweik, Pengerusi Majlis Legislatif Palestin, menyifatkan bahawa pertemuan di antara Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, dan Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al yang dijadualkan sepanjang minggu depan di ibu negara Mesir, Kaherah, hanyalah sebagai sesuatu yang “akan menjadi bersejarah” kerana segala keputusan adalah bergantung kepada campurtangan pihak luar ke dalam isu dalaman Palestin.

Dweik berkata dalam kenyataannya dekat Quds Press : “semua orang tahu bahawa kuasa veto Amerika dan Israel yang sekarang melambatkan rekonsiliasi Palestin, dan sekiranya kuasa veto ini terus menguasai proses rekonsiliasi, maka tiadalah masa depan baginya, dan pertemuan antara kedua mereka tidak akan membuahkan hasil yang positif untuk proses ini dan akan menamatkan segala-galanya.”

Beliau juga berkata beliau lebih optimis dengan pertemuan ini, “dari segi apabila tempoh hari pimpinan Palestin di Ramallah turun untuk persidangan UN dan UNESCO, itu sudah mengancam pihak Amerika, dan ini menunjukkan pendirian jelas warga Palestin, dan pada masa yang sama tidak mungkin tidak barisan pimpinan Palestin adalah sangat berperanan penting dan ia berdiri sama tinggi dengan kuasa veto Amerika bila kita berbicara isu rekonsiliasi ini, di samping menjadi bukti yang kukuh, bahawa sesiapa yang memperjuangkan keamanan tidak memerlukan berpisahnya Tebing Barat dengan Gaza, bahkan apa yang diperlukan adalah kesatuan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen