Categories
Berita Semasa

Pembentukan pasukan perubatan Eropah untuk memeriksa banduan yang sakit

Jumaat, 12/04/2013 – Doktor Palestin di Eropah mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk satu pasukan perubatan Eropah untuk memeriksa pesakit dari kalangan tahanan Palestin dan menyediakan mereka dengan rawatan yang diperlukan.

Perkara ini timbul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Doktor Palestin di Eropah, yang memberi amaran bahawa penyalahgunaan pentadbiran penjara Israel terhadap tahanan Palestin adalah hasil daripada dasar yang sistematik bertujuan untuk melanggar kehendak mereka.

Persatuan merayu kepada “orang-orang yang memiliki kesedaran, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan institusi perubatan antarabangsa, untuk segera campur tangan untuk pembebasan tahanan Palestin yang sakit di penjara Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa pilihan menyeru sekatan ke atas gerakan pendatang Yahudi

Rabu, 10/04/2013 – Jawatankuasa pilihan dan gerakan serta kumpulan belia menyeru pada Ahad agar menutup jalan-jalan utama di Tebing Barat dan menganjurkan perarakan menyokong para tahanan pada Isnin.

Sumber tempatan berkata sejumlah ahli jawatankuasa pilihan dan gerakan ingin melaksanakan perarakan di jalan-jalan utama dan memintas jalan di al-Khalil untuk menghalang pendatang Yahudi dari bergerak bebas di tanah Palestin.

Langkah ini merupakan sebahagian usaha yang dilaksanakan untuk menyokong para tahanan dan juga untuk mengutuk peristiwa kematian tahanan Maysara Abu Hamda dan kemerosotan keadaan kesihatan tahanan Issawi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Anak Gaza Kunjungi AS untuk Jelaskan Penderitaan Tawanan

Rabu, 10/04/2013 – Sejumlah bekas tawanan yang telah bebas dari penjara Zionis, wakil pertubuhan dan keluarga tawanan, Ahad (7/4), mengadakan pertemuan dengan 30 anak yang dipilih melalui ujian khusus dari 250 anak yang menjadi ketua di sekolah-sekolah mereka sebelum mereka bertolak ke program pendidikan Hak Asasi Manusia (HAM) dan membela hak-hak Palestin, untuk memperkenalkannya kepada dunia dan khususnya di Amerika.

Penasihat khusus pengarah operasi Pertubuhan HAM, Dr. Iyad Nashar, menegaskan bahawa pemergian anak-anak tersebut dilakukan dalam dua tahap. Pertama dari 9 sehingga 22 April yang akan dikhususkan untuk anak-anak perempuan dan yang kedua pada 23 April hingga 4 Mei untuk anak-anak lelaki. Dalam kunjungan tersebut mereka akan bertemu dengan badan-badan, tokoh-tokoh dan organisasi-organisasi HAM dan antarabangsa.

Sementara itu ketua program pendidikan, Mahmud Hamdhiyat, menegaskan antara misi delegasi ialah isu keadilan orang-orang Palestin dan menilai bahawa Gaza adalah penjara besar dan harus dibebaskan sekatan atasnya. Anak Palestin memiliki otak yang cerdik meskipun badannya kurus, mereka memiliki misi yang jelas dan kuat. Di antara misi penting yang akan dibawa delegasi adalah isu tawanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tanah Palestin yang dirampas untuk penempatan meningkat sebanyak 182% dalam tempoh dua dekad

Rabu, 10/04/2013 – Data yang diterbitkan oleh institut penyelidikan Palestin khusus dalam pemantauan aktiviti penempatan di Tebing Barat mendedahkan bahawa tanah Palestin yang dirampas telah meningkat sebanyak 182 peratus dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Institut Penyelidikan Gunaan Jerusalem (ARIJ) dalam satu laporan berkata kawasan yang dirampas oleh penempatan Israel telah meningkat daripada 69 km ² pada tahun 1990, kepada 194,7 km ² pada tahun 2012.

Bilangan peneroka Israel pula bertambah dari 240,000 orang pada tahun 1990 kepada lebih daripada 693,000 orang pada tahun 2012, – peningkatan sebanyak 189%, tambah ARIJ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas selar pelajar Fatah kerana hina kepimpinan Qatar

Isnin, 08/04/2013 – Pergerakan Hamas mengecam Fatah dan pelajarnya di Universiti Teknikal Palestin, Tulkarem kerana menghina Qatar dan kepimpinannya serta menyifatkan perbuatan mereka sebagai memalukan dan tidak bertanggungjawab.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa kelakuan biadap pelajar Fatah terhadap Emir Qatar akan merosakkan reputasi rakyat Palestin dan hubungan dengan negara Arab yang menyokong perjuangan Palestin.

“Kami dari Hamas mengutuk tindakan yang tidak bermoral ini dan kita menganggap sebarang pandangan politik harus diungkapkan dengan betul dan hormat dan bukannya dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab,” kata jurucakap Abu Zuhir dinyatakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin berhimpun sebagai bantahan pengecilan perkhidmatan UNRWA

Isnin, 08/04/2013 – Pelarian Palestin berhimpun di luar pejabat catuan UNRWA selatan Gaza dalam protes terhadap pengurangan sokongan kewangan mereka daripada agensi dan menggantung program untuk kecemasan dan pengangguran.

Pelarian juga menutup pintu utama pejabat dan membawa sepanduk membantah pengurangan perkhidmatan UNRWA. Perhimpunan mereka mengambil tempat di blok buruh demokrasi dan jawatankuasa popular untuk kemudahan UNRWA.

Beberapa pelarian membantah menyatakan penolakan mereka terhadap semua dasar kebuluran yang diteruskan oleh masyarakat antarabangsa terhadap rakyat Palestin dan berkata mereka tidak akan menyerahkannya kepada polisi yang yang zalim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Asy-Syahid Maisarah Abu Hamdiah, Teladan Jihad dan Pejuangan Dalam Diam.

Isnin, 08/04/2013 – Asy-Syahid Abu Hamdiah Abu Asninah (Abu Thariq), berasal dari kota Hebron lahir tahun 1949. Beliau dipenjara penjajah zionis dan pernah dibuang daerah ke Jordan pada tahun tahun 1970. Asy-Syahid bergabung dalam revolusi Palestin dan termasuk pejuang bahagian barat di Lebanon. Beliau dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak, agama, pengalaman teknikal dalam bidang persenjataan. Beliau turut terkenal sebagai seorang yang memiliki visi dan misi Islam yang jelas.

Abu Tariq adalah pejuang dan mujahid yang bekerja dengan serius dalam diam. Beliau diketahui teguh beragama dan banyak beribadah, memiliki pemikiran kuat dalam politik dan jihad. Beliau merupakan pakar dalam merancang persenjataan dan bom. Beliau mempunyai kemahiran perisikan keselamatan yang hebat. Beliau bekerja dalam Kelompok Aliran Islam dalam gerakan Fatah yang dibentuk oleh Munir Syafiq. Antara pimpinan utamanya adalah Abu Hamdi Sultan, Abu Hasan Qasim, Al-Kayali. Mereka semua gugur syahid di Limsoel Cyprus. Maisarah menjadi sebahagian dari kelompok Islam di Fatah yang dipimpin oleh Muin Thahir setelah Munir Syafiq yang mengabungkan antara perjuangan melawan penjajah dan kerja Islami.

Abu Thariq berperanan menyiapkan dan merancang sejumlah operasi militan besar walaupun ketika itu beliau berada di luar negeri. Di antara operasi militan yang dikendalikan adalah Operasi Dabuya yang terkenal di Hebron serta sejumlah operasi lain di Al-Quds seperti operasi Bab Al-Magharibah dan lain-lain.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menutup satu-satunya laluan komersil selama 4 hari berturut-turut

Rabu, 03/04/2013 – Rejim Israel (IOA) terus menutup satu-satunya laluan komersil Karm Abu Salem ke Gaza pada Isnin untuk hari keempat berturut-turut.

Raed Fattuh, yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan barangan ke Semenanjung Gaza berkata bahawa IOA memaklumkan jabatannya tentang penutupan laluan pada Ahad dan Isnin dan juga menutupnya pada Jumaat dan Sabtu setiap minggu.

IOA telah menutup Karm Abu Salem selama 17 hari pada bulan Mac untuk sebab keselamatan dan juga keraian Yahudi.

Penutupan tersebut memberi kesan kepada 1,700,000 nyawa penduduk Palestin di kawasan pantai dan mengakibatkan kekurangan bahan asas serta bahan api dan pembinaan. Ia turut memberi kesan kepada jumlah bantuan yang dihantar oleh UNRWA kepada lebih sejuta rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bekas Menteri : Tahanan mengalami keadaan sukar di penjara Israel

Rabu, 03/04/2013 – Bekas Menteri Kerajaan Tempatan, Issa Jabari yang telah dibebaskan dari penjara penjajahan Israel semalam berkata tahanan Palestin di penjara Israel kini mengalami keadaan yang sangat sukar kerana pelbagai bentuk penindasan telah diperlakukan terhadap mereka.

Saudara-saudara kita di penjara Israel sangat memerlukan lebih banyak sokongan peringkat politik dan hak asasi manusia di peringkat tempatan dan antarabangsa, kata Jabari sambil menyeru untuk menyokong mengadakan perarakan bagi menyatakan kebersamaan terhadap tahanan.

Para tahanan memerlukan lebih banyak sokongan psikologi untuk kekal teguh dalam perjuangan mereka menentang musuh Israel, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pensyarah di Gaza Lancarkan Inisiatif Projek Pembebasan Nasional

Rabu, 03/04/2013 – Persatuan Pensyarah Palestin mengumumkan pelancaran projek dialog meluas dalam kalangan pihak akademik dan intelektual Palestin untuk membahaskan asas yang perlu dibangunkan terhadap projek pembebasan nasional Palestin secra kritis. Hal tersebut dicetuskan dalam pertemuan Persatuan Pensyarah Palestin dalam kalangan jurnalis dan intelektual Isnin (1/4) dengan tema “Projek Pembebasan Nasional Palestin .. Meninjau Eksperimen dan Memandang Masa Depan”.

Ketua panitia persiapan projek, Nahad Syaikh Khalil, mengatakan bahawa dialog dengan pihak politik bertujuan untuk meninjau eksperimen yang lalu dan berusaha membangun langkah-langkah masa depan melalui jalan pembebasan terutama setelah 20 tahun berlalu perjanjian Oslo.

Beliau menegaskan bahawa sebuah persidangan akan diselenggarakan pada bulan Julai depan bertujuan untuk menilai eksperimen Palestin yang lalu dan berusaha membincangkan tindakan ke hadapan melalui jalan pembebasan setelah lebih 20 tahun perundingan Oslo dan kompromi politik.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Gaza: Persidangan Keselamatan Negara seru aktifkan perjuangan

Rabu, 03/04/2013 – Sekumpulan pakar yang telah mengambil bahagian dalam Persidangan Keselamatan Palestin telah terpanggil untuk mengaktifkan dan menyokong perjuangan bersenjata bagi menghadapi penjajahan Israel.

Dr Mustafa Barghouti, Ketua Inisiatif Kebangsaan menegaskan semasa ucapannya dalam persidangan tersebut mengenai keperluan untuk mengubah imbangan kuasa berkata: “Apa sahaja yang telah diambil dengan kekerasan hanya boleh dikembalikan dengan kekerasan.”

“Apabila kita bercakap mengenai perubahan imbangan kuasa, ia bermakna bahawa kita perlu menyusun elemen dalam diri kita dengan mengumpul jumlah paling besar ketenteraan dan guna tenaga dalam bidang yang berbeza,” kata Barghouti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Masri: Hubungan Hamas dengan Mesir tetap kukuh meski terowong-terowong dimusnahkan

Selasa, 02/04/2013 – Pegawai kanan Hamas dan juga ahli parlimen Mushir Al-Masri berkata bahawa hubungan gerakan Hamas dengan tentera dan perisikan Mesir adalah kukuh meski banyak terowong di sempadan Rafah musnah.

Dalam kenyataan akhbar kepada pusat maklumat Palestin (PIC), Masri meminta kepimpinan Mesir agar memberi harapan kepada rakyat Palestin di Gaza dengan menyediakan alternatif kepada terowong-terowong yang dikenakan oleh rejim Israel.

Pegawai Hamas itu turut menyeru kepimpinan Mesir agar menghidupkan projek zon perdagangan bebas di antara Mesir dan Gaza serta menekankan yang projek itu boleh mengakhiri kewujudan terowong-terowong tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Rancang Perang Antara Mesir dan Gaza

Selasa, 02/04/2013 – Anggota Dewan Legislatif Palestin, Musyir al Mashri menegaskan bahawa idea penempatan orang-orang Palestin di semenanjung Sinai Mesir termasuk dalam rancangan Zionis untuk mencetuskan perang antara Mesir dan Gaza.

Pemimpin Hamas ini menegaskan bahawa penduduk Palestin menolak ditempatkan di Sinai “yang diusahakan penjajah Zionis”. Beliau menyatakan bahawa penjajah Zionis menyebarkan isu ini untuk mencipta perang antara dua bangsa Mesir dan Palestin.

Beliau mengatakan, “Peringatan hari bumi yang digerakan rakyat Palestin tahun 1967 dan diperingati setiap tahun membuktikan bahawa rakyat Palestin masih tetap berpegang teguh dan mencintai tanahairnya bila dan di mana saja.” Beliau menegaskan pentingnya merealisasikan persatuan rakyat Palestin dan menamatkan perpecahan. Beliau turut menegaskan bahawa bangsa Arab merupakan sandaran bagi orang-orang Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

3 penduduk Palestin terkorban, 236 ditangkap pada bulan Mac

Selasa, 02/04/2013 – Tentera Israel (IOF) telah membunuh tiga warga Palestin, termasuk seorang remaja, dan menahan 236 lain termasuk pesakit jantung, seorang lelaki kurang upaya dan lima nelayan dari Gaza.

Pusat Ahrar untuk kajian tahanan dan hak asasi manusia berkata dalam laporan bulanan Sabtu lalu, 231 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat dan lima di Gaza. Mereka berkata bahawa salah seorang daripada mereka adalah Jihad Bleidi dari Tulkarem mengalami penyakit jantung manakala seorang lagi Obeido Motez dari Al-Khalil mengalami kecacatan motor.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas selar penahanan para ahli parlimen

Jumaat ,29-03-2013 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya siri penahanan oleh rejim ke atas 5 pemimpin dan ahli parlimennya di bandar al-Khalil dan menyifatkan ia sebagai jenayah.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas pada Rabu menyebut, “Kami di Hamas mengutuk sekeras-kerasnya jenayah berterusan oleh rejim ke atas pemimpin dan ikon Palestin.. kami mahu pihak rejim bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan nyawa mereka dan kami memberi amaran akan akibat serius rentetan jenayah berterusan terhadap orang-orang kami dan ikon kebangsaan kami.”

Hamas mengesahkan bahawa penahanan ahli parlimen dan pemimpin tidak akan menghalang mereka daripada mempertahankan hak rakyat Palestin termasuk kesuciannya

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati