Perarakan Besar-besaran di Gaza Tuntut Perletakan Jawatan Schmale

Isnin,07-06-2021 – Berpuluh-puluh ribu warga Palestin pada hari Isnin lalu telah menyertai perarakan yang dianjurkan oleh oleh kesatuan pekerja UNRW di Kota Gaza untuk menuntut pengarah operasi UNRWA Matthias Schmale untuk meletak jawatan. Para penunjuk perasaan membawa papan sepanduk yang menuntut Schmale untuk meninggalkan Gaza dan meletak jawatan, sebagai bantahan atas komen yang dibuatnya baru-baru … Read morePerarakan Besar-besaran di Gaza Tuntut Perletakan Jawatan Schmale

Lebih 30 penahanan di Tebing Barat, Jerusalem dan kawasan jajahan 1948.

Isnin,07-06-2021 – Rejim Zionis Israel melancarkan kempen besar-besaran tangkapan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Isnin dan waktu subuh Selasa lepas. Di Ramallah, Rejim Zionis menyerbu bandar Beit Rima di barat Ramallah dan menahan Jadallah Al-Barghouti dan Ali Al-Barghouti. Mereka dibawa ke lokasi penahanan yang tidak diketahui umum. Youssef Allan juga … Read moreLebih 30 penahanan di Tebing Barat, Jerusalem dan kawasan jajahan 1948.

Rejim Israel ancam roboh 10 rumah penduduk Palestin di Ramallah.

Isnin,07-06-2021 – Tentera rejim Israel mengugut   akan merobohkan 10 buah rumah milik penduduk Palestin di bandar Ni’lin dan Deir Qaddis, barat Ramallah. Datuk Bandar Ni’lin, Emad al-Khawaja berkata bahawa pihak rejim Israel telah menceroboh masuk ke dalam bandar Deir Qaddis dan kawasan berhampiran untuk menyerahkan surat arahan roboh ke atas 10 buah rumah. Tambah beliau … Read moreRejim Israel ancam roboh 10 rumah penduduk Palestin di Ramallah.

Hammad memberi amaran kepada Israel atas penutupan sempadan dan gangguan pembinaan semula.

Isnin,07-06-2021 – Ahli biro politik Hamas menyatakan bahawa pejuang Palestin tidak akan berdiam diri jika rejim zionis terus menutup sempadan dan menghalang usaha pembinaan semula. “Kami masih memegang senjata dan roket kami masih bersedia untuk dilancarkan,” Hammad berkata ketika perayaan yang diadakan pada petang Ahad untuk menghormati para syuhada Palestin yang terbunuh ketika Perang Sword … Read moreHammad memberi amaran kepada Israel atas penutupan sempadan dan gangguan pembinaan semula.

Suasana tegang di penjara Negev berikutan serangan ganas ke atas sel

Isnin,07-06-2021 – Pasukan penjara Israel telah masuk dan menggeledah sel di penjara Negev, yang menimbulkan ketegangan dengan tahanan Palestin. Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS), keadaan yang sangat tegang dengan para tahanan berlaku di penjara Negev setelah pasukan dari unit Masada menyerbu sel-sel di bahagian 22. Ketegangan dilaporkan meningkat di semua bahagian penjara dan semua banduan … Read moreSuasana tegang di penjara Negev berikutan serangan ganas ke atas sel

Puluhan Peneroka Pecah Masuk Laman Al-Aqsa

Isnin,07-06-2021 – Peneroka Yahudi telah menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di bawah perlindungan polis Israel pada pagi Selasa. Sumber Jerusalem melaporkan 52 orang peneroka telah mencemari Masjid Al-Aqsa secara berkumpulan dari Gerbang Magharabi dan membuat kunjungan provokatif di halamannya sebelum keluar melalui Bab Al-Silsila. Sumber-sumber tersebut menjelaskan bahawa polis Israel mengawal serangan … Read morePuluhan Peneroka Pecah Masuk Laman Al-Aqsa

US lancar kempen sekat kargo Israel ke seluruh dunia

Isnin,07-06-2021 – “Sekat Kapal”, satu gabungan NGO, kesatuan dan aktivis Amerika, telah melancarkan kempen satu minggu bermula Rabu, 2 Jun, menyeru semua kesatuan pekerja pelabuhan di seluruh dunia untuk menolak daripada mengendalikan semua kargo dari Israel yang tiba di pelabuhan mereka. Dalam satu kenyataan, Sekata Kapal berkata minggu pro-Palestin ini bertujuan untuk menghantar mesej jelas … Read moreUS lancar kempen sekat kargo Israel ke seluruh dunia

Pendatang Yahudi serang perkampungan Palestin Deir Jarir.

Rabu,02-06-2021 – Seorang penduduk Palestin cedera manakala sebuah kereta rosak teruk selepas sekumpulan pendatang Yahudi menyerang  perkampungan Deir Jarir, utara Ramallah. Menurut sumber tempatan, pelampau Yahudi membaling batu ke arah petani Palestin yang sedang berkerja menyebabkan  seorang cedera. Serangan itu turut merosakkan sebuah kereta.  sumber : http://english.palinfo.compenterjemah : Zainudin

ICHR keluarkan fakta tentang pembunuhan oleh Israel di Gaza

Rabu,02-06-2021 – Satu dokumen fakta dikeluarkan oleh Suruhanjaya Bebas untuk Hak Asasi Manusia (ICHR) menyatakan bahawa “pembunuhan seluruh keluarga Palestin adalah satu tindakan sistematik dan terancang oleh rejim zionis”. “Ketika keganasan terbaru dalam tempoh 11 hari berturu-turut, tentera rejim telah mengebom puluhan rumah dan unit kediaman secara bersasar dan disengajakan serta memusnahkan kesemuanya, mengakibatkan kematian … Read moreICHR keluarkan fakta tentang pembunuhan oleh Israel di Gaza

Hammad memberi amaran kepada Israel untuk menutup lintasan yang menghalang pembangunan semula.

Rabu,02-06-2021 – Anggota biro politik Hamas, Fathi Hammad telah menegaskan bahawa Palestin tidak akan berdiam diri sekiranya Israel berterusan dalam menutup perbatasan dan menghalangi usaha pembinaan semula. “Jari-jari kita masih pada pencetus dan roket kita siap sedia untuk dilancarkan,” kata Hammad dalam festival yang diadakan Ahad lalu untuk menghormati para syuhada Palestin yang terbunuh dalam … Read moreHammad memberi amaran kepada Israel untuk menutup lintasan yang menghalang pembangunan semula.

Rejim Zionis Israel mengusir 15 ahli keluarga dari selatan al-Khalil.

Rabu,02-06-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin telah merobohkan dan merampas 4 khemah di selatan al-Khalil dimana 15 orang dalam satu keluarga dihalau keluar. Ratib al-Jabour, penyelaras Jawatankuasa Penentang Peneroka Tembok dan Penempatan berkata dalam kenyataan media, Rejim Zionis telah menyerbu perkampungan  al-Buwaib, timur laut Yatta dan merampas empat buah khemah. Jabour menjelaskan dua … Read moreRejim Zionis Israel mengusir 15 ahli keluarga dari selatan al-Khalil.

Kempen Tangkapan di Tebing Barat, Baitulmaqdis, Tanah 1948

Rabu,02-06-2021 – Pada malam Ahad dan subuh Isnin lalu rejim Zionis telah menahan beberapa rakyat tempatan, termasuk tahanan yang telah dibebaskan, di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Di Al-Khalil, rejim Zionis menahan bekas tahanan, Baha Zahdeh, 41, setelah menyerbu kediamannya di kawasan Al-Haraiq dan menggeledah banyak rumah kediaman keluarga Zahida dan Dais. Rejim … Read moreKempen Tangkapan di Tebing Barat, Baitulmaqdis, Tanah 1948

Haaretz : Israel Halang Perjalanan Penduduk Gaza Untuk Rawatan Barah

Rabu,02-06-2021 – Semenjak pencerobohan terakhir terhadap Gaza dimulakan, pihak berkuasa Israel telah menghalang pesakit barah meninggalkan wilayah pesisir itu untuk mendapat rawatan perubatan untuk menyelamatkan nyawa di hospital-hospital di Jerusalem. Pesakit-pesakit barah mendapatkan rawatan kimoterapi di hospital Jerusalem kerana rawatan itu tidak terdapat di Gaza. Menurut akhbar Haaretz, sejak hari pertama peperangan Israel ke atas … Read moreHaaretz : Israel Halang Perjalanan Penduduk Gaza Untuk Rawatan Barah

Polis Israel melanggar kanak-kanak Palestin kerana menaikkan bendera Palestin

Rabu,02-06-2021 – Polis Israel pada hari Ahad melanggar kanak-kanak Palestin berusian 15 tahun, Jawad Abbasi di kejiranan Ras al-Amud di bandar Silwan, selatan masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, kerana memasang bendera Palestin pada basikalnya. Saksi melaporkan bahawa tiga orang anggota polis Israel mengekori Abbasi dengan kenderaan mereka semasa dia menunggang basikal dan melanggarnya dengan … Read morePolis Israel melanggar kanak-kanak Palestin kerana menaikkan bendera Palestin

Mishaal: Kami mengalahkan ‘entiti zionis’ dalam pertempuran yang lepas.

Selasa, 01-06-2021 – Khaled Mishaal, pemimpin Hamas di luar negara, menyatakan pada Jumaat bahawa pertempuran dengan ‘musuh zionis’ belum berakhir. Mishaal menambah Ketika berucap di Sambutan Kemenangan Pertempuran Saif Al-Quds di Lembah Bekaa Lubnan, “Kami mengalahkan entity zionis dan menang besar dalam pertempuran ini.” Beliau menyatakan, Israel cuba untuk mencapai secara politik, apa yang tidak … Read moreMishaal: Kami mengalahkan ‘entiti zionis’ dalam pertempuran yang lepas.