Categories
Berita Semasa

Serbuan regim Israel ke atas Hebron, menggeledah rumah-rumah rakyat Palestine yang tertindas

Khamis , 26/08/2010 – Pasukan penjajah regim Israel (IOF) hari ini menyerbu sejumlah rumah di kawasan Zef di selatan bandar Hebron, di Tebing Barat.

Tentera regim zionis itu melakukan penggeledahan rumah dengan alasan mereka telah mendengar bunyi tembakan. Namun begitu apa yang mereka jumpa hanyalah mercun dan bunga api, menurut laporan sumber-sumber tempatan. Tentera regim turut menubuhkan sejumlah pos-pos pemeriksaan tentera di daerah lain di Hebron. Lebih dari 500 pos-pos pemeriksaan tentera di Tebing Barat didirikan untuk mereka gunakan sebagai tempat untuk menghentikan warga Palestin dan mengesahkan kad pengenalan mereka. Tujuan utama mereka konon-kononnya adalah untuk mencari ” warga Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Mesh’al : Perundingan hanya berpaksikan Amerika

Khamis , 26/08/2010 – Khaled Mehsal, ketua bahagian politik Hamas menegaskan bahawa lawatan persidangan dua hala antara Pihak Oslo dan Pihak Zionis adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kerana persidangan itu berlangsung secara paksaan dan perbincangan bertumpu kepada isu Amerika dan bukan berkenaan Palestin atau Negara Arab.

Tambah Mesh’al lagi pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sidang media professional di ibu Negara Syria, Damsyiq pada hari selasa (24 Ogos) yang lalu, keputusan Majlis Eksekutif, yang terdapat kekurangan pada bilangan ahli majlis yang menanggotainya, hanyalah sebagai repitisi suara dari Washington. Majlis eksekutif ini juga mendapat tentangan baik dari pihak pentadbiran rendah Palestin, mahupun daripada 11 anggota paling tinggi majlis Palestin sendiri.

Beliau juga menekankan kepada Pimpinan Palestin dalam ucapannya lagi – yang turut mengalu-alukan kedatangan rakyat Palestin serta bulan Ramadhan – , bahawa sesungguhnya sidang rundingan kali ini, adalah terpencil dari segi bilangan dan signifikasinya, serta tidak akan menemui jalan penyelesaian kerana bertemakan Amerika dan bukan Palestin. Sidang cuba membahaskan isu perlembagaan tetapi dilakukan dari luar dan bukan dari dalam Negara sendiri. Perundingan juga mengabaikan segala syarat-syarat dan tuntutan dan Amerika dipatuhi tanpa soal seakan-akan meletakkan kuasa veto lebih tinggi kepentingannya daripada tuntutan menyelesaikan masaalah Palestin itu sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PBB mula menyiasat Armada Kebebasan Turki.

Khamis , 26/08/2010 – Misi antarabangsa Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB mencari fakta bebas dari kalangan pakar peringkat tertinggi bagi melihat insiden kapal bantuan Gaza pada 31 Mei lalu bermula dengan melawat Turki dan Jordan untuk menemubual saksi dan pegawai kerajaan.

Tentera Laut Israel menyerang kapal bantuan Gaza ketika belayar di perairan antarabangsa pada Mei lalu. Sembilan pekerja sukarelawan dari Kalkun maut dalam serangan Tentera Laut dan menyebabkan 54 yang lain cedera. Melalui misi mencari fakta, Juan Carlos Monge berkata kepada wartawan hari ini bahawa misi ini akan bertemu dengan saksi dan pegawai kerajaan di Turki dan Jordan. Beliau juga menyatakan Israel tidak menjemput pasukan ini untuk misi terbabit.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PBB Memulakan Misi Penyiasatan Armada Flotilla

Khamis , 26/08/2010 – PBB berkata hari ini, misi penyiasatan oleh Jawatankuasa Majlis Hak Asasi Manusia untuk menyiasat serangan Israel terhadap armada kebebasan pada bulan Mei lepas telah memulakan soal-jawab dengan saksi-saksi di Turki dan Jordan.

Misi yang bertujuan menemukan kebenaran itu diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Carl Phillips dan ahli Desmond de Silva, Shane Dairiam. Misi tersebut bermula minggu lepas untuk menemuramah saksi-saksi di London dan Geneva dalam usaha mengumpulkan maklumat awal bagi tujuan penilaian berdasarkan laporan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Majlis Hak Asasi Manusia tersebut terdiri daripada 47 orang ahli yang telah dipilih pada Jun. Hasil daripada misi ini, satu laporan dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat bulan September akan datang. Radio Israel memetik kata-kata seorang pegawai kanan, “Pihak berkuasa Israel percaya, kerjasama dengan misi seumpamanya akan memberikan pengesahan kepada Majlis Hak Asasi Manusia itu yang terus melaksanakan taktik anti-Israel.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penganjur bantahan anti-tembok pemisah bebas tuduhan baling batu, tuduhan provokasi

Khamis , 26/08/2010 – Penganjur bantahan, Abdallah Abu Rhamah yang berasal dari Bil’in, sebuah perkampungan kecil di tengah Tebing Barat, telah didapati bersalah mengadakan provokasi dan menganjurkan bantahan yang haram dari segi undang-undang pada Selasa lalu, selepas dibicarakan oleh pihak tentera rejim Zionis selama 8 bulan. Beliau dipenjarakan sepanjang menghadapi perbicaraan yang panjang itu. Beliau juga didapati tidak bersalah atas tuduhan membaling batu dan memiliki senjata.

Keputusan perbicaraan Abu Rahmah telah dibacakan pada hari ini dalam sebuah bilik mahkamah tentera, mengakhiri perbicaraan bermotifkan politik selama 8 bulan. Para diplomat dari Perancis, Malta, Jerman, Sepanyol dan Britain, serta para perwakilan daripada Kesatuan Eropah hadir untuk memantau perjalanan perbicaan itu. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya hadir untuk memberikan sokongan moral.

Abu Rahmah yang merupakan Koordinator bagi Jawatankuasa Terkenal Bil’in yang Menentang Tembok Pemisah dan Penempatan Haram Yahudi telah dibebaskan daripada 2 pertuduhan (jumlah pertuduhan asal adalah 4) iaitu membaling batu dan memiliki senjata berbahaya.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Sepakat Tamatkan Krisis Elektrik

Khamis , 26/08/2010 – Jurucakap pemerintah Palestin, Thahir Nunu menegaskan bahawa mereka telah mencapai kata sepakat antara pemerintah Palestin pimpinan Ismail Haniyah dengan Salam Fayadh dengan memasukkan USD 2 juta untuk membeli bahan bakar bagi menjana elektrik di Gaza.

Dalam kenyataan akhbarnya, Selasa (24/8) Nunu mengatakan, perusahaan elektrik Gaza sudah memasukkan wang berjumlah USD2 juta. Ia hasil kesepakatan dengan pihak Ramallah untuk mengakhiri krisis elektik yang berpanjangan di Gaza. Dalam hal ini Nunu menyambut baik keputusan pemerintah berkaitan kesepakatan ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Kenapa biarkan Presiden Abbas sendirian?

Khamis , 26/08/2010 – Kita semua sedia maklum bahawa kita diberi tekanan supaya mengadakan perbincangan secara langsung dengan pihak rejim Zionis. Kita juga tahu bahawa konflik ini hanya boleh diselesaikan dengan cara perundingan.

Satu perkara yang ganjil adalah cubaan terang-terangan untuk membiarkan Presiden Palestin, Abbas keseorangan menangani isu ini, seolah-olah beliau memilih untuk mengadakan perbincangan itu seorang diri tanpa berbincang dengan pihak-pihak yang relevan. Hal ini menimbulkan keraguan samada memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan cara ini atau cara lain.

Presiden Abbas telah berjumpa dengan Liga Arab untuk cuba mengumpulkan pemimpin-pimimpin Arab bagi menjalankan satu tugas yang kritikal dan merupakan tanggungjawab mereka juga. Mereka (pemimpin-pemimpin Liga Arab) dengan pantas memberi lampu hijau untuk beliau mengadakan perbincangan secara langsung dengan rejim Zionis, yang mana merupakan satu kekecewaan, kerana tidak seorang pun daripada pemimpin Liga Arab yang mampu berkata “tidak” kepada Amerika Syarikat.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Israel Berkemungkinan Menerima Amerika Untuk Panggilan Terus

Rabu , 25/08/2010 – Sumber regim Israel melaporkan bahawa Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, berkemungkinan akan memberikan respon positif untuk membuat panggilan terus ke AS. Ia bertujuan untuk memulakan perbincangan langsung dengan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.

Perbincangan itu berkemungkinan akan diadakan pada awal September di Washington. Turut serta dalam perbincangan itu ialah Presiden AS Barack Obama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Para pemimpin Palestin di Tebing Barat masih menunggu keputusan dari Jawatankuasa Kuartet tatacara sempadan (yang ditubuhkan pada tahun 1967) sebagai asas dan tujuan utama dari perbincangan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  shuhada
Categories
Berita Semasa

Pemimpin Fateh dan Hamas Akan Bertemu di Gaza Sabtu Ini

Rabu , 25/08/2010 – Ahli Jawatankuasa Pergerakan Fateh, Sakher Bseiso menyatakan bahawa para pemimpin Fateh and Hamas akan mengadakan pertemuan di Gaza pada Sabtu ini dalam usaha meleraikan perpecahan dalaman dan mencapai persefahaman.

Bseiso memberitahu wartawan “Maan” di Gaza bahawa pucuk pimpinan kedua-dua pergerakan ini bersetuju bersemuka untuk perbincangan ke arah persefahaman. Beliau berkata, isu utama bukan tentang menandatangani sebarang perjanjian. Tambah beliau, perbincangan dan usaha seumpama itu seharusnya berteraskan kepercayaan dan niat yang ikhlas. Beiso seterusnya menyatakan, tiada kumpulan yang boleh mengabaikan kewujudan kumpulan lain. Menurut beliau, kesemua pergerakan politik bertindak dengan visi yang jelas serta memiliki agenda menuju persefahaman dan perpaduan.

Perdana Menteri kerajaan Hamas yang telah dibubarkan, Ismail Haniyya menyeru wakil-wakil Fateh untuk bersemuka dengan kepimpinan Hamas bagi membincangkan tentang perpaduan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  idawati
Categories
Berita Semasa

Yoav Galant.. Dalang “Pembunuhan beramai-ramai (holocaust) Gaza” memimpin tentera Zionis.

Rabu , 25/08/2010 – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, melalui proses yang amat teliti, telah melantik ketua bahagian ketenteraan “zon selatan”, Jeneral Yoav Galant, untuk memimpin pasukan ketenteraan Zionis untuk sesi hadapan. Pemilihan Galant disokong lagi apabila beliau sendiri adalah antara perancang dan penggerak utama di sebalik “pembunuhan beramai-ramai Gaza”. Galant bertekad untuk meneruskan rancangan pembunuhan tersebut yang akan berterusan menjadi hala tuju Zionis sehingga masa hadapan.

Yoaz Galant adalah orang yang pertama yang dilantik dari kalangan pegawai Tentera Laut untuk mengambil alih pentadbiran ketenteraan Zionis, beliau yang juga adalah dalang “pembunuhan beramai-ramai Gaza”, satu insiden yang telah merampas nyawa 1450 syuhada dan mencederakan lebih 5000 lain. Perlantikan beliau menguatkan lagi bukti bahawa pihak Zionis memang merancang untuk peperangan dan berusaha ke arah itu.

Galant dilahirkan di petempatan pendatang haram Israel di Jaffa, manakala ibunya pula sendiri adalah pendatang Yahudi dari Eropah. Gallant telah menyambung pendidikannya dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan di Universiti Haifa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  Azleen
Categories
Berita Semasa

PBB mula siasat armada Turki.

Rabu , 25/08/2010 – Para penyiasat dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB mula melakukan soal siasat terhadap saksi penangkapan kapal bantuan Gaza oleh Israel pada 31 Mei lalu di mana sembilan orang terbunuh, menurut PBB pada Isnin lepas.

Satu kenyataan rasmi mengatakan pasukan yang terdiri daripad 3 orang itu kini di Turki di mana bendera kapal telah didaftarkan selepas mendengar saksi-saksi lain di London dan Geneva. Selepas dua minggu, mereka akan meneruskan perjalanan ke Amman, Jordan. Pasukan itu yang terdiri daripada hakim dari Britain dan Trinidad serta jurucakap hak asasi manusia Malaysia telah dilarang masuk oleh Israel sambil mengatakan aktivis pro-Palestin dari kapal itu terbunuh ketika mereka bertempur serta melawan pasukan komandonya.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz
Categories
Berita Semasa

Tawanan Wanita Menghantukkan Kepala ke Dinding

Rabu , 25/08/2010 – Hasan Karajeh, saudara tawanan perempuan Yasir Hasan Karajah (22 tahun) dari daerah Shafa, Ramallah yang sedang terperosok dalam penjara Israel meminta pihak Hak Asasi Manusia tempatan mahupun antarabangsa agar segera menyiasat dan menghentikan penderitaan yang dialami saudara perempuanya di penjara Israel.

Saudaranya yang ditangkap sejak 20 Oktober 2009 lalu, sering menghantuk-hantukan kepalanya ke tembok di penjara Damona, kerana sikap pihak penjara yang tidak menghiraukan keadaan kesihatan tawanan perempuan Palestin.  Sebelumnya Yasir Karajeh dibawa ke doktor gigi Damona untuk mencabut gigi rahangnya, namun kerana kecuaian atau disengajakan, sakitnya merebak ke bahagian gigi yang lain. Disebabkan kesakitan yang amat sangat beliau menghantukkan kepalanya ke tembok.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Zionis maklumkan PBB konvoi kapal Gaza akan dihalang

Rabu , 25/08/2010 – Rejim Zionis memaklumkan PBB pada Jumaat lepas bahawa pihaknya mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan bagi menghalang konvoi kapal bantuan terbaru daripada sampai ke Genting Gaza yang dikepungnya.

Dalam satu surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Duta rejim Zionis ke PBB iaitu Gabriela Shaley berkata bahawa cubaan sebuah kapal kargo tajaan Negara Bolivia yang diberi nama Mariam dan akan membawa hanya penumpang wanita sebagai “satu tindakan yang merosakkan sekatan ke atas perairan Gaza.”

Dia turut menambah bahawa rejim Zionis ada menerima maklumat tentang sebuah kapal lagi yang diberi nama, Najj al-Ali, sedang merancang untuk berlepas dari sebuah pelabuhan di Lebanon dengan tujuan untuk memecahkan sekatan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Syarat Perundingan: Iktiraf Zionis Israel

Rabu , 25/08/2010 – Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu menegaskan tentang dasar serta prinsip dalam perundingan dengan Pihak Autoriti (PA) Abbas. Beliau menolak merealisasikan sebarang tuntutan dari pihak Palestin. Sementara di pihak lain, Abbas menarik semua tuntutannya terhadap Israel demi memulakan perundingan terus dengan Zionis.

Netanyahu menyatakan, prinsip perundingan terus dengan PA Abbas didasarkan kepada prinsip keamanan hakiki dan pengiktirafan terhadap Entiti Zionis, disamping pengumuman tentang penghentian konflik dengan Israel secara tetap. Dalam sidang mingguan jemaah menteri, Ahad (22/8) Netanyahu mengungkapkan, realisasi perdamaian dengan pihak Palestin, mungkin sangat sukar, tetapi boleh berlaku. Namun untuk merealisasikannya perlu kebersamaan dengan pihak Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Seorang Journalist cedera, 2 Aktivis Ditangkap Ketika Tunjuk Perasaan Mingguan

Selasa , 24/08/2010 – Dua tunjuk perasaan anti tembok pemisah telah diadakan di pusat desa Bank Barat di Bil’in dan Nil’in pada hari Jumaat. Walaubagaimanapun, tunjuk perasaan yang berlaku di Bil’in telah diserang oleh tentera regim Zionis.

Penduduk kampung bersama-sama dengan penyokong dari seluruh dunia serta dari Israel sendiri berjalan di tengah hari Jumaat dari perkampungan ke pintu masuk tembok yang telah memisahkan penduduk dari tanah air mereka sendiri. Mereka menuntut pendakwaan Eden Abergil, seorang tentera regim Zionis yang menyiarkan foto di facebook-nya yang menunjukkan penderaan ke atas tahanan – tahanan Palestin.

Sebaik sahaja penunjuk perasaan itu sampai ke pintu masuk tembok pemisah, pasukan regim Zionis yang ditempatkan di sana telah menembak dengan menggunakan bom bunyi dan gas pemedih mata pada penunjuk perasaan yang tidak bersenjata itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada