Categories
Berita Semasa

Mahkamah tentera Israel lanjutkan tahanan tiga wanita Palestin

Isnin,19-04-2021 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata mahkamah tentera Israel melanjutkan tempoh tahanan tiga wanita Israel.

Menurut suruhanjaya berkenaan, mahkamah tentera Ofer melanjutkan tempoh tahanan Anagim Awad yang berusia 21 tahun, seorang pelajar dari Universiti al-Khalil. Beliau diculik rejim Israel pada sepuluh hari lepas.
Satu lagi mahkamah tentera turut melanjutkan tempoh tahanan Shams Mashaqi dari perkampungan Yasid di Nablus, sehingga Selasa depan. Beliau ditahan di pusat siasatan Jalamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel Menutup Karm Abu Salam Selama 4 Hari

Isnin,19-04-2021 – Israel telah menutup persimpanga Karm Abu Salem dengan semenanjung Gaza selama 4 hari bermula pada hari Rabu dan akan berkahir pada pagi Ahad.

Menurut sumber tempatan, persimpangan ini ditutup oleh pihak Israel kerana cuti Yahudi. Kenyataan ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak Israel kepada Palestine.

Karm Abu Salem merupakan satu-satunya  persimpangan yang dibuka untuk urusan keluar masuk barang komersial di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Polis Israel merampas juadah Ramadhan untuk Muslim di Baitulmuqaddis

Jumaat,16-04-2021 –Polis rejim zionis pada petang Selasa merampas juadah Ramadhan untuk kaum Muslimin pengunjung Masjid Aqsa dan meletakkan sekatan jalan di Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis merampas sejumlah juadah berbuka daripada para sukarelawan Palestin di kawasan Bab al-Asbat dekat Masjid Aqsa dan menghalau mereka sebelum azan Maghrib dilaungkan.

Juadah tersebut sebenarnya akan diedarkan kepada pengunjung masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jordan Menyelar Tindakan Ganas Israel Di Masjid Al-Aqsa

Jumaat,16-04-2021 – Amman: Jordan menyelar tindakan ganas berterusan oleh Israel di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Terkini, mereka mensabotaj pintu Gerbang Al-Silsila, memotong wayar pembesar suara di bahagian barat dan menghina kakitangan Jabatan Waqaf Islam Jordan.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Dhaifallah Al-Fayez berkata, tindakan tersebut adalah tidak boleh diterima dan terkutuk.

“Ini adalah tindakan provokasi terang-terangan menyerang perasaan umat Islam,” jelas beliau.

Fayez turut menekankan bahawa Masjid Al-Aqsa meliputi 144 dunum ini adalah kawasan ibadat khas umat Islam.

“Hak pengurusan adalah eksklusif di bawah seliaan Jabatan Waqaf dan Jabatan Hal Ehwal Aqsa, selari dengan perundangan antarabangsa dan daripada segi sejarah,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Musallam Gesa Hamas Tubuhkan Pusat Media Kristian

Jumaat,16-04-2021 – Pastor Manuel Musallam, paderi terkenal Palestin dan ketua Organisasi Popular Dunia untuk Keadilan dan Keamanan Jerusalem, mendesak Gerakan Hamas untuk menubuhkan sebuah pusat media Kristian bergabung dengannya.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Pastor Musallam menyatakan pusat media Kristian ini akan membantu Hamas berdepan dengan fitnah dan pembohongan daripada saluran media.

Paderi berkenaan menyatakan harapan bahawa Hamas boleh mempunyai penasihat Kristian yang boleh menguatkan hubungannya dengan masyarakat Kristian dan menghadapi cubaan fitnah oleh berbagai pihak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahap Kesihatan Tahanan Abu Aisyah Merosot Disebabkan Pengabaian Keperluan Perubatan

Jumaat,16-04-2021 – Tahanan Palestin dari al-Khalil,, Mohamed Abu Aisha, menghadapi masalah kesihatan yang semakin buruk di penjara Negev disebabkan keperluan perubatannya yang diabai oleh pihak penjara Israel.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin, banduan Abu Aisha menderita beberapa masalah kesihatan, terutama diabetes kronik, tekanan darah tinggi, dan masalah-masalah berkaitan buah pinggang dan dada.

Abu Aisyah adalah salah seorang tahanan Palestin yang menderita penyakit coronavirus di penjara Negev awal tahun ini, tetapi beliau masih mengalami kesan-kesan daripada jangkitan.

Tahanan berkenaan telah ditahan secara pentadbiran sejak Oktober 2020. Beliau adalah bekas tahanan yang telah menghabiskan beberapa tahun di penjara Israel yang berbeza, kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menculik warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Jumaat,16-04-2021 – Rejim Zionis Israel pada malam Rabu dan waktu Subuh hari Rabu menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Rejim Zionis Israel pada malam Rabu dan waktu Subuh hari Rabu menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem. Di Ramallah, kesesakan berlaku di jalan raya di Qalandia dan Kafr Aqab. Rejim Zionis Israle telah menutup jalan selepas tengah malam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Lebih 50 penceroboh berkumpul di halaman al-Aqsa

Jumaat,16-04-2021 – Penceroboh Yahudi menyerbu pada pagi hari Rabu halaman masjid suci al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel. Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis Yang Diduduki melaporkan 58 orang penceroboh masuk ke dalam masjid al-Aqsa.

Sementara itu, polis penceroboh menahan seorang pemuda yang merupakan penduduk Bailtulmaqdis, Ahmed Marwan Abu Jumaa, di bandar al-Tur, timus Baitulmaqdis, selepas menyerbu rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas : Tiada pilihanraya

Jumaat,16-04-2021 – Gerakan Hamas menegaskan bahawa tiada sebarang proses pilihan raya akan dijalankan dan rakyat Palestine akan memilih kepimpinan mereka sendiri yang bakal menyatukan mereka serta memimpin pembebasan nasional, katanya pada Selasa.

Gerakan ini turut mengecam keganasan berterusan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestine dan pemimpinnya.

Mereka menyeru kepada institusi antarabangsa serta masyarakat dunia untuk melancarkan boikot terhadap Israel di atas keganasan serta paksaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine agar menurut perintah mereka melalui penangkapan dan ugutan yang sering dilakukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

IOF culik calon Hamas, Najeh Asi di Tebing Barat

Khamis,15-04-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Isnin menculik pegawai kanan Hamas Najeh Asi dari rumah beliau di Ramallah.

Asi merupakan salah seorang calon pilihanraya dan jurucakap Hamas di Tebing Barat.Pada hari yang sama sebelum itu, IOF menahan 25 warga Palestin dalam serbuan pada sepanjang malam di Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Akan Teruskan Pilihan Raya Meskipun Banyak Gangguan

Khamis,15-04-2021 – Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan mundur untuk menjayakan pilihanraya umum Palestin, segenap rakyat akan menyatakan suaranya melalui kotak pemilihan, yang akan memilih pemimpinnya untuk menyatukan bangsa dan memimpin fasa kemerdekaan Palestin.

Hal itu dinyatakan pihak Hamas mengomentari penangkapan yang dilakukan pasukan Israel terhadap calon ahli Parlimen Hamas, Najih Ashi di rumahnya di kota Ramallah.

Hamas mengutuk tindakan teroris yang dilakukan penjajah Israel terhadap warga dan pimpinan Palestin. baru-baru ini mereka menangkap calon Hamas, Najih Ashi, di rumahnya di kota Ramallah.

Penangkapan secara pengecut yang dilakukan pihak Israel menunjukkan tindakan jahat yang menguasai negara penjajah dan militanya, yang terus memburu warga Palestin disebabkan penyertaan mereka dalam pilihanraya umum, yang merupakan hak sivil bagi semua bangsa di dunia.

Hamas menyeru kepada badan antarabangsa dan PBB untuk melakukkan boikot terhadap penjajah zionis, atas tindakan terorisme negara berstruktur dan mengenepikan kehendak bangsa lain melalui penangkapan dan tindak teroris.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Di Nablus Setelah Tentera Dan Peneroka Menggempur Kawasan Timur

Khamis,15-04-2021 – Pertembungan hebat berlaku pada petang Isnin antara pemuda Palestin dan tentera Israel di kawasan timur bandar Nablus sebelum beratus-ratus peneroka Yahudi berpusu-pusu ke kawasan itu selepas tengah malam untuk melakukan ritual di Makam Joseph.

Sumber setempat mengatakan puluhan pemuda menyekat jalan di kawasan timur dengan batu dan tayar yang terbakar dan berdepan tentera Israel dan kenderaan peronda mereka dengan melemparkan batu dan Molotov cocktail ke arah mereka.

Pertempuran berlaku setelah tentera Israel menaiki kenderaan tentera, termasuk jentolak, menggempur kawasan timur Nablus dan bergerak sepanjang jalan untuk memberi perlindungan kepada bas dan kereta yang membawa ratusan peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas Sampaikan Ucapan Selamat Sempena Bulan Ramadhan Yang Suci

Khamis,15-04-2021 – Gerakan Hamas telah mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin serta negara-negara Muslim dan Arab lain sempena bermulanya bulan puasa Ramadhan.

Dalam siaran akhbar sempena peristiwa penuh berkat ini, Gerakan berkenaan telah memohon kepada Allah SWT untuk melimpahkan keberkatanNya kepada umat Islam pada bulan suci ini dan memberi mereka kekuatan untuk membebaskan tanah dan tempat-tempat suci mereka.

“Perpaduan masyarakat kita serta kesepakatan menyokong usaha penentangan adalah cara terbaik untuk mempertahankan hak mereka, melindungi kepentingan mereka dan menghadapi cabaran yang ada,” tegas Hamas.

“Adalah menjadi kewajipan ummah untuk menyokong Palestin, memperkuat keteguhan rakyat kita, memboikot dan memulau pendudukan Israel, menghapus pengepungan yang tidak adil di Gaza, mengakhiri penderitaan rakyat kita di kem Palestin di luar negera, dan menyokong hak mereka untuk kembali dan membebaskan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lebih 200 Peneroka Haram Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Khamis,15-04-2021 – Ratusan peneroka haram Yahudi menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa pada pagi Selasa, dengan perlindungan polis Israel.

Jabatan Waqaf Islam melaporkan, halaman Masjid Al-Aqsa dicemari oleh 228 peneroka haram dari arah Gerbang Maghareba.

Peneroka haram terbabit melakukan acara berunsur provokatif secara berkumpulan tanpa menghiraukan permulaan bulan suci Ramadhan umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Mishael dipilih ketua Hamas di luar negara, Abu Marzouk timbalannya

Khamis,15-04-2021 – Pergerakan Hamas telah mengumumkan pemilihan Khaled Mishaal sebagai ketua di luar negara dan Mousa Abu Marzouk sebagai timbalannya.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata kepimpinannya di luar negara dapat mengadakan pilihan raya dalaman selama lebih dari sebulan untuk memilih Majlis Shura dan mengadakannya di hadapan anggotanya.
Ia menambah bahawa pilihan raya itu diadakan oleh pergerakan tersebut secara berkala di semua kawasan keberadaan Hamas di luar negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan