Jumaat , 09-08-2024 – Berikutan dari 10 bulan, pemusnahan yang meluas dan sistematik ke atas sektor kesihatan dan meletakan sekatan berkala, rejim Zionis Israel dengan sengaja menghalang kemasukan bekalan perubatan termaksuk ubat-ubatan kritikal dan mesin kesihatan ke dalam Semenanjung Gaza, mengakibatkan peningkatan kadar kematian yang tinggi mengikut laporan Hak Asasi Euro-Med pada petang Isnin.
Kumpulan berikut menekankan tindakan segara diperlukan untuk mengangkat sekatan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza dengan membawa masuk bekalan ubat-buatan dan jaminan hak perjalanan kepada yang memerlukan rawatan kritikal dan membawa masuk bekalan perubatan untuk membina sistem kesihatan dan keselamatan dari serangan rejim Zionis Israel.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Euro-Med menerima banyak aduan harian dari warga Palestin yang memerlukan perjalanan untuk rawatan di luar Semenanjung Gaza akibat kekurangan peralatan, ubat-ubatan dan rawatan kerana kebanyakan hospital tidak berfungsi kerana sekatan dan serangan rejim Zionis Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Jumaat , 09-08-2024 – Empat warga Palestin cedera dalam serbuan oleh tentera Israel di kem pelarian Jenin pada petang Isnin.Pengarah Hospital Jenin, Wissam Bakr, mengesahkan kecederaan tersebut akibat tembakan langsung. Tambah beliau, seorang daripadanya dikejarkan ke hospital dengan kecederaan teruk di bahagian dada.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Huzaifah
Selasa, 06-08-2024 – Jenazah Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Ismail Haneyya dan pengawal peribadinya, Wassim Abu Shaaban, tiba di ibu negara Qatar, Doha pada petang Khamis, sebelum pengebumiannya pada Jumaat.
Keranda dua syuhada itu telah diterima di Doha oleh beberapa pemimpin Hamas, selain ahli keluarga Haneyya. Solat jenazah dijadual diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di ibu kota Qatar.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Selasa, 06-08-2024 – Pergerakan Hamas membuat pengumuman kepada rakyat Palestin dan negara Islam dan Arab atas pemergian “Pemimpin dan Tokoh Kebangsaan, bapa para syahid: Ismail Haniyyeh (Abu Abdul Salam), yang mati syahid dalam jenayah pembunuhan Zionis pada pagi Rabu.”
Hamas menegaskan dalam satu kenyataan rasmi bahawa “Jenayah penjajahan Israel telah membunuh ketua Pergerakan, saudara, pemimpin, dan asy- syahid Ismail Haneyya di wilayah Iran, adalah tindakan pengganas sepenuhnya, pelanggaran kedaulatan Republik Islam Iran, peningkatan yang berbahaya, dan perkembangan pencerobohan dan jenayah terhadap rakyat dan negara kita.”
Rejim Zionis dan para pendokongnya bertanggungjawab ke atas atas jenayah ini dan kesan berbahayanya di rantau ini dan kawasan itu. “Mereka tidak akan berjaya menghalang banjir Al-Aqsa daripada menggoncang asas entiti rampasan ini dan memusnahkannya, insyaAllah,” kata kenyataan itu.
Hamas menangisi Haniyyeh dan mengucapkan takziah kepada keluarganya, semua rakyat Palestin, negara Islam dan Arab atas kehilangan berat itu dan berikrar untuk terus berjuang sehingga pembebasan semua Wilayah Palestin yang dijajah.
Gerakan itu turut menyeru semua rakyat Palestin dan rakyat yang merdeka di seluruh dunia untuk turun ke jalan dan dataran untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap jenayah pembunuhan yang telah melampaui batas ini, mendesak mereka untuk gerakan mengutuk jenayah itu, menyokong rakyat Palestin yang teguh dan perjuangan heroiknya dalam pertempuran pembebasan dan penubuhan negara Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Selasa, 06-08-2024 – Orang ramai mengambil bahagian dalam perarakan di beberapa bandar dan pekan di Tebing Barat pada petang Rabu, mengecam pembunuhan Israel terhadap Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Perarakan besar-besaran diadakan selepas solat Zuhur di Ramallah, al-Khalil, Nablus, Tulkarem dan Tubas. Para peserta melaungkan slogan meratapi kesyahidan Ismail Haniyeh dan menyeru penentangan, serta menuntut tindak balas yang tegas terhadap jenayah pembunuhan itu.
Di Nablus, satu perarakan besar-besaran telah dianjurkan oleh Pergerakan Hamas di peringkat tertinggi. Ia bermula selepas solat Zuhur dari Bulatan al-Shuhada.
Semasa perarakan itu, pegawai kanan Hamas di Nablus, Sheikh Maher Al-Kharaz, meratapi pemimpin syahid Ismail Haniyeh dan berkata, “Syuhada adalah pengakhiran hidup yang paling indah. Hamas mempersembahkan pemimpinnya sebagai syahid di hadapan para tentera,” menegaskan bahawa “Darah Haniyeh adalah seperti darah rakyat Palestin kita di Semenanjung Gaza. Kebanyakan ahli keluarganya mati syahid di Gaza seperti banyak keluarga di semenanjung itu.”
Di Ramallah, peserta dalam perarakan yang bermula di pusat bandar melaungkan slogan marah, mengecam jenayah Israel membunuh Haniyeh, selain slogan yang menyeru kebangkitan besar-besaran menentang penjajahan Israel.
Perarakan besar-besaran di Tubas dan Tulkarem dilancarkan pada waktu petang. Peserta dalam kedua-dua perarakan itu mengecam jenayah pembunuhan tersebut, menyeru sokongan terhadap pergerakan pejuang kebebasan, dan berikrar meneruskan penentangan.
Di al-Khalil, perarakan bermula dari Masjid Al-Hussein menuju kawasan Bab al-Zawiya di pusat bandar, mengecam pembunuhan Haniyeh di tengah-tengah laungan menyeru pergerakan di Tebing Barat untuk mengambil tindakan terhadap jenayah itu.
Sementara itu, pertempuran sengit meletus di antara orang awam dan tentera penjajah Israel selepas perarakan tiba di kawasan Bab al-Zawiya, di mana tentera Israel melepaskan gas dan bom gegaran ke arah rakyat Palestin, apabila pertempuran itu meluas ke beberapa kawasan di bandar itu.
Mogok umum ini merebak ke seluruh Tebing Barat sebagai mesej berkabung dan mengutuk pembunuhan ketua Hamas Ismail Haniyeh, selepas pengisytiharan daripada Hamas dan pasukan serta puak Palestin yang lain. Hari itu juga diumumkan sebagai hari berkabung dan menurunkan bendera oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Rabu, 24-07-2024 – Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengulangi tuntutannya pada hari Rabu untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan menyebut keadaan kemanusiaan di kawasan Palestin adalah noda moral kepada semua.
Guterres berkata dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Ketua kakitangannya, Courtenay Rattray, bahawa terdapat keperluan mendesak untuk gencatan senjata kemanusiaan dalam kadar segera.
Kenyataan itu dibacakan ketika mesyuarat mengenai Timur Tengah yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.
Guterres menyatakan bahawa perbincangan dengan Mesir, Qatar dan AS untuk mencapai kesepakatan bagi mendapatkan gencatan senjata berlanjutan dengan beberapa kemajuan telah dilaporkan.
“Pihak-pihak mesti mencapai perjanjian sedemikian sekarang. Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah noda moral kepada kita semua, ” ujar Ketua PBB itu.
Beliau memberi amaran bahawa sistem sokongan kemanusiaan di Gaza hampir runtuh dan manakala ketenteraman awam mengalami kerosakan sepenuhnya.
Berbalik ke Tebing Barat, Ketua PBB mengatakan bahawa wilayah itu dan Jerusalem menghadapi keadaan yang berbahaya.
Beliau juga menggesa penamatan konflik dan penyelesaian untuk menamatkan penjajahan Israel.
“Dan perang yang dahsyat ini mesti dihentikan,” kata Guterres.
“Kita mesti memfokuskan semula soal mencari penyelesaian politik yang akan menamatkan penjajahan dan menyelesaikan konflik selaras dengan undang-undang antarabangsa, dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Rabu, 24-07-2024 – Kementerian kesihatan Gaza mengeluarkan rayuan terdesak pada hari Rabu untuk menyediakan hospital yang masih beroperasi dengan penjana elektrik bagi membantu menyelamatkan sistem penjagaan kesihatan yang hampir lumpuh di kawasan yang dikepung dan dilanda perang.
Dalam satu kenyataan, kementerian menekankan keperluan mendesak untuk membeli penjana kuasa yang penting bagi memastikan hospital dapat terus berfungsi.
“Kebanyakan penjana yang sedia ada mengalami kegagalan teknikal yang serius, menyukarkan pembaikan. Malah ada yang secara langsung menjadi sasaran dan dimusnahkan oleh tentera Israel yang kejam,” tambah kementerian itu.
Kementerian memberi amaran bahawa beberapa penjana utama dijangka berhenti beroperasi tidak lama lagi kerana alat ganti yang diperlukan untuk penyelenggaraan tidak dibenarkan masuk.
“Krisis yang akan berlaku ini mengancam nyawa pesakit dan memburukkan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sudah tegang,” katanya.
Dalam konteks yang berkaitan, Doctors Without Borders (MSF) telah meminta bantuan antarabangsa dengan segera untuk membuka semula hospital di Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, MSF berkata bahawa sistem kesihatan di Gaza kekurangan peralatan dan bekalan paling asas di tengah-tengah korban harian yang tinggi dan pasukan perubatan yang keletihan bekerja di bawah tekanan yang hebat.
MSF menegaskan bahawa “dengan setiap serangan, pasukan perubatan di Gaza diletakkan di bawah tekanan yang tidak dapat ditanggung oleh sistem kesihatan yang telah pun mencapai tahap kritikal”.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Rabu, 24-07-2024 – Gerakan Hamas dan Jihad Islam Palestin (PIJ) menyeru kepimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk menarik balik pengiktirafannya terhadap Israel.
Pengumuman itu dibuat semasa pertemuan di antara ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya dan Setiausaha Agung PIJ Ziyad Al-Nakhaleh dan timbalannya Dr Mohammad Al-Hindi di Doha.
Pemimpin kedua-dua gerakan itu membincangkan keseluruhan perkembangan politik dan perkara berkaitan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Rabu, 24-07-2024 – Pada pagi Jumaat, angkatan tentera Yaman mengaku bertanggungjawab atas serangan dron ke atas sasaran penting di Tel Aviv di tengah Palestin yang diduduki, “kemenangan untuk penindasan rakyat Palestin dan mujahidin mereka dan sebagai tindak balas kepada pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap saudara-saudara kita di Gaza.”
Angkatan tentera berkata dalam satu kenyataan: Senjata cuaca dron dalam angkatan tentera Yaman, dengan pertolongan Allah, menjalankan operasi ketenteraan kualitatif yang diwakili dalam menyasarkan salah satu sasaran penting di kawasan Jaffa yang diduduki, yang dipanggil Tel Aviv Israel.
Pendudukan mengakui bahawa seorang peneroka terbunuh, 8 cedera, dan pegawai konsulat Amerika rosak akibat letupan dron. Tentera Yaman, yang dikendalikan oleh Ansar al-Allah, mendedahkan bahawa operasi itu dijalankan dengan dron baharu yang dipanggil “Jaffa” yang mampu memintas sistem pemintas musuh dan tidak dapat dikesan oleh radar, dan operasi itu berjaya mencapai objektifnya.
Angkatan tentera Yaman mengisytiharkan kawasan Jaffa yang diduduki (Tel Aviv) sebagai kawasan yang tidak selamat dan akan menjadi sasaran utama dalam rangkaian senjata kami dan berkata: Kami akan memberi tumpuan kepada menyasarkan barisan dalaman musuh Zionis dan akan sampai lebih ke dalam lagi.
Mereka juga mengesahkan bahawa mereka memiliki sekumpulan sasaran di Palestin yang diduduki, termasuk sasaran ketenteraan dan keselamatan yang sensitif, dan akan meneruskan, dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa, untuk menyerang sasaran tersebut sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai musuh dan jenayah yang berlaku setiap hari terhadap saudara-saudara kita di Segenting Gaza.
Beliau berkata bahawa operasi angkatan tentera Yaman terus menyokong mujahidin heroik di Gaza yang mempertahankan negara Arab dan Islam kita bersama semua rakyat dan negaranya, dan operasinya tidak akan berhenti melainkan pencerobohan dihentikan dan pengepungan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ditarik balik.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Rabu, 24-07-2024 – Persatuan Bola Sepak Palestin menyelar persetujuan di antara CONMEBOL (Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan) bersama Persatuan Bola Sepak Israel untuk membenarkan penyertaan Persatuan Bola Sepak Israel ke dalam Liga Copa Amerika.
Persatuan Palestin, dalam kenyataannya berkata “ Keputusan telah dibuat ketika di mana Gaza sedang menyaksikan serangan pembunuhan yang sedang berlangsung. Oleh itu membuat persetujuan seperti ini secara moralnya tidak dapat diterima dan tidak masuk akal bagi masyarakat antarabangsa.
Dalam kenyataan akhbar yang dibuat pada Rabu itu, Persatuan Bola Sepak Palestin juga menyeru
FIFA serta masyarakat antarabangsa, untuk turut menyatakan pendirian terhadap pembantaian yang berterusan kepada atlet-atlet Palestin, menghadapi sasaran terancang, namun dalam masa yang sama atlet-atlet Israel mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sewenang-wenangnya.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Rabu, 24-07-2024 – Jurucakap Briged Al-Quds, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam, Abu Hamza, berkata, “kami tidak akan meninggalkan Baitulmaqdis dan Gaza (sendirian) tidak kira berapa lama perang berlangsung.”
Dalam ucapannya di televisyen pada Selasa lalu, Abu Hamza berkata bahawa Baitulmaqdis, Palestin, dan Gaza sekali lagi mendedahkan kepalsuan dan kezaliman Amerika.
“Musuh menyasarkan orang awam untuk menutup kekalahan mereka,” tambahnya.
“Mereka telah mencabuli hak tahanan kami dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” tambahnya, sambil berkata “penderaan terhadap tahanan mencerminkan kebiadaban dan ketidakadilan Zionis.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Rabu, 17-07-2024 – Presiden Iran yang dipilih, Masoud Pezeshkian memberi jaminan kepada negara Palestin dan pasukan penentang pentadbirannya mengenai sokongan yang disebut sebagai sokongan yang jitu dalam perjuangan menentang rejim Zionis.
Perkara ini disebut dalam surat kepada Ketua Hamas Ismail Haniyyeh, dalam ucapan terima kasih kepadanya atas mesej tahniah untuk kemenangan beliau dalam pilihan raya.
Pezeshkian memberi jaminan kepada Haniyyeh bahawa Iran akan terus menyokong negara Palestin dan perjuangannya terhadap pendudukan dan rejim Zionis apartheid sebagai tugas mereka dari segi kemanusiaan dan Islam.
Republik Islam itu akan terus menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang tertindas sehingga pemulihan penuh hak mereka, pemenuhan matlamat mereka, dan pembebasan Baitulmaqdis, kata Presiden yang terpilih itu.
Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa Palestin akan menjadi pemenang utama dalam perjuangan bersejarah yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin dan Gaza dan usaha heroik yang dibuat oleh pejuang penentang dalam perang yang sedang berlangsung terhadap rejim Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Rabu, 17-07-2024 – Kementerian kesihatan di Gaza berkata pada hari Khamis bahawa tentera penjajah Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, membunuh sekurang-kurangnya 50 orang awam dan mencederakan 54 yang lain.
Kementerian menambah bahawa angka kematian akibat pencerobohan Israel yang berterusan, yang bermula pada 7 Oktober tahun lalu, meningkat kepada 38,345 syahid dan jumlah yang cedera meningkat kepada 88,295 orang.
“Sebilangan mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana ambulans dan kru pertahanan awam telah dihalang oleh tentera penjajah daripada mendekati mereka,” tambahnya.
Sejak 7 Oktober 2023, tentera penjajah Israel telah melancarkan perang yang dahsyat di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan puluhan ribu orang mati syahid, cedera dan hilang, di samping pemindahan dua juta orang dan kemusnahan besar-besaran rumah dan infrastruktur, yang menjejaskan lebih daripada 70% bangunan, di tengah-tengah sekatan yang ketat, krisis kemanusiaan yang menyesakkan, dan kebuluran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, terutamanya di utara Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Khamis, 11-07-2024 – Puak-puak Palestin telah memberi amaran terhadap pemindahan paksa Israel yang dikenakan ke atas penduduk Kota Gaza, menegaskan bahawa rejim Israel (IOF) melakukan pembunuhan beramai-ramai mengerikan yang mendedahkan Netanyahu dan kedudukan sebenar kerajaannya terhadap usaha pengantara di Qatar dan Mesir bagi mencapai gencatan senjata perjanjian untuk menamatkan genosid.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Jawatankuasa Susulan Pasukan Kebangsaan dan Islam menekankan kepentingan menyedari bahaya peningkatan genosid terutamanya di kawasan kejiranan Kota Gaza seperti Al-Shujaiyya, Al-Tufah, Al -Daraj, dan Bandar Lama.
Kenyataan itu menegaskan bahawa rejim pendudukan Israel berhasrat untuk mengosongkan kawasan kejiranan dan menempatkan mereka di selatan sebagai persediaan untuk mengusir secara paksa mereka di luar Semenanjung Gaza dalam kempen pembersihan etnik terbesar dalam sejarah.
Bagi pihaknya, Pergerakan Hamas mengesahkan bahawa peningkatan jenayah Israel tidak akan berjaya menundukkan rakyat Palestin, dengan menyatakan bahawa penentangan akan terus berhadapan dengan IOF sehingga pencerobohan itu ditamatkan.
Banyak kenyataan berasingan telah dikeluarkan oleh puak-puak tersebut sebagai menolak jenayah pendudukan Israel dan usahanya untuk mengeluarkan penduduk Gaza termasuk barisan pembebasan dan demokratik bagi pembebasan Palestin, Inisiatif Kebangsaan Palestin dan Barisan Pembebasan Palestin, serta Perintah Am.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis, 11-07-2024 – Pasukan polis Israel menahan dua gadis di Baitulmaqdis berhampiran pintu Bab Hatta Masjid Aqsa pada petang Selasa lalu.
Saksi berkata, pasukan polis menahan seorang gadis berusia dalam lingkungan dua puluhan sebaik tiba di pintu Bab Hatta kerana memakai perhiasan emas yang menggambarkan peta Palestin.
Tahanan wanita itu kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran. Juga pada hari yang sama, tentera Zionis menangkap seorang pelajar universiti perempuan di Kota Lama Baitulmaqdis.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul