Categories
Berita Semasa

Pemerintah Bantah Peraturan Kunjungi Gaza

Khamis ,14-02-2013 – Thaher Nunu, jurucakap pemerintah Palestin menyambut baik kunjungan sejumlah pemimpin Arab mahupun Islam ataupun antarabangsa ke Semenanjung Gaza dalam rangka menyokong perjuangan warganya dan bersepakat dalam menghadapi tindakan rasis Zionis.

Beliau membantah secara rasmi tindakan mengadakan peraturan khusus berkait Gaza. Beliau juga mengatakan, dalam waktu dekat ini akan ada kunjungan rasmi dari presiden Lebanon, Najib Miqoti ke Gaza. Sementara itu, menteri wakaf dan urusan Islam, Ismael Ridwan dalam pernyataannya mengundang presiden Lebanon ini dan sangat menghargai kesempatanya untuk bertemu dengan perdana menteri Palestin, Ismael Haneya.

Nunu mengatakan, pintu masuk Gaza selalu terbuka untuk semua pemimpin negara. Tercatat, sejumlah pemimpin negara yang telah berkunjung ke Gaza dalam satu tahun terakhir, seperti perdana menteri Malaysia, Amir Qatar Hamdan Alu Tsani dan lainya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim mempertingkatkan serangan di pelbagai kawasan Tebing Barat

Jumaat ,08-02-2013 – Biro Perlindungan Tanah Kebangsaan berkata dalam laporan mingguannya bahawa pihak rejim Israel masih meneruskan polisi pembersihan etnik di Baitulmuqaddis dan Lembah Jordan.

Laporan itu menyebut bahawa pihak rejim ingin mengambilalih sepenuhnya tanah di kawasan itu dengan memusnahkan harta benda warga Palestin.

Ia berkata, pihak rejim telah mengumumkan niatnya untuk memusnahkan kediaman-kediaman di daerah Fahidat di timur bandar Anata, timur laut Baitulmuqaddis kerana kedudukannya yang hampir dengan kem latihan Israel. Pihak tentera rejim menyerahkan notis pemusnahan 13 rumah dan 10 pondok dalam perancangan untuk menjadikan kota Baitulmuqaddis milik Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Al-Masri menyeru pemimpin negara untuk menyokong pembebasan Palestin.

Jumaat ,08-02-2013 – Ahli Majlis Perundangan Palestin bagi blok Perubahan dan Pembaharuan, Mushir al-Masri menggesa pemimpin dan rakyat negara Arab dan Islam untuk mengambil bahagian dalam merancang strategi Pembebasan Palestin dan menyokong penentangan menggunakan senjata.

Al-Masri menegaskan semasa menyertai sambutan di Tunisia, tahap penting sejarah yang disaksikan oleh negara Arab dan Islam dan punca kebangkitan Arab telah menarik ciri-ciri baru dalam konflik Arab Israel Palestin.

Beliau disambut pemimpin dan rakyat Tunisia , sambil mengatakan bahawa revolusi Tunisia adalah langkah pertama ke arah pembebasan Palestin, serta menunjukkan slogan yang dinyatakan oleh rakyat Tunisia dalam revolusi mereka, “rakyat mahu membebaskan Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Waed: Penjajah Zionins masih menghalang lawatan beberapa keluarga banduan

Jumaat ,08-02-2013 – Persatuan banduan dan bekas banduan Waed berkata bahawa kuasa IPS terus menghalang sebilangan keluarga banduan daripada melawat anak-anak mereka di penjara Regim Zionis.

Persatuan Waed menunjuk dalam satu kenyataan pada hari Ahad bahawa program lawatan, yang telah digantung selama enam tahun itu, telah kembali selepas mogok lapar besar-besaran yang telah diperjuangkan oleh banduan pada Mei tahun lepas yang berlangsung selama hampir sebulan. IPS mula membenarkan lawatan keluarga bagi sesetengah banduan, tetapi beberapa keluarga tawanan lain masih tidak dibenarkan.

Ia menambah bahawa pihak regim zionis tidak memberitahu keluarga yang sudah melawat anak-anak mereka mengenai tarikh lawatan seterusnya. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang paling asas kemanusiaan antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bersatu menyokong banduan di penjara Israel

Selasa, 05/02/2013 – Puluhan rakyat dan institusi negara serta hak asasi manusia telah menganjurkan duduk bersama berpadu dengan tahanan Palestin di penjara Israel terutamanya pemogok kelaparan. Mereka duduk beramai-ramai di hadapan ibu pejabat Palang Merah Antarabangsa di Nablus.

Wakil-wakil puak Palestin dan PPS dan keluarga banduan telah mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu, menyeru Palang Merah Antarabangsa untuk campur tangan dalam memberi tekanan kepada kerajaan Israel.

Semasa sesi tunjuk perasaan, peserta menekankan keperluan untuk mengaktifkan isu banduan ‘dalam forum-forum antarabangsa, untuk lebih memberi sokongan terhadap banduan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Luaskan Kawasan Penempatan Efrat

Isnin ,04-02-2013 – Rejim Zionis telah meratakan tanah untuk meluaskan penempatan Efrat di tanah Palestin dekat wilayah Bethlehem.

Sumber berita memberitahu PIC, rejim Israel mula meratakan tanah berdekatan jalan utama yang menghubungkan Bethlehem dan Al-Khalil bagi meluaskan penempatan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan Israel bersetuju untuk membina 7500 unit rumah di Wilayah diduduki Baitulmaqdis dan tebing barat dalam masa 60 hari termasuk 194 unit di Gush Etzion, selatan Bethlehem dan berdekatan dengan penempatan Efrat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Haaaretz: Lebih 166 kediaman di penempatan Eli dibina di atas tanah rakyat Palestin

Isnin ,04-02-2013 – Akhbar Haaretz menyebut bahawa ia memiliki satu peta penempatan Eli di Tebing Barat yang menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 166 rumah dibina di atas tanah milik warga Palestin. Kandungan peta yang disahkan itu bertentangan dengan dakwaan pentadbiran awam rejim Israel.

Pada tahun lepas, rejim itu mendakwa bahawa cuma 2 rumah dibina di atas tanah peribadi itu. Menurut akhbar tersebut lagi, pentadbiran awam Israel akhirnya mengaku bahawa sekurang-kurangnya terdapat 166 kediaman di penempatan Eli, Tebing Barat dibina atas tanah peribadi warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Haaretz: Israel paksa wanita Ethiopia mengambil dadah Depo-Provera

Isnin ,04-02-2013 – Akhbar Haaretz mendedahkan bahawa kementerian kesihatan Israel memaksa wanita Etheopia dari komuniti Flashmura yang tinggal sementara di kem-kem transit Ethiopia supaya mengambil suntikan dadah yang bertindak mengawal kelahiran dikenali sebagai “Depo-Provera.”

Ia melaporkan kementerian dan agensi kerajaan negeri yang lain sebelum ini telah menafikan bertanggungjawab untuk menjalankan amalan serius itu, yang pertama kali dilaporkan lima tahun lalu.

Wanita yang berhijrah dari Ethiopia lapan tahun lalu mengadu bahawa mereka diancam mereka tidak akan dibenarkan masuk ke Israel melalui imigresen atau tinggal di dalamnya melainkan mereka bersetuju disuntik dengan Depo-Provera secara tetap, tambag Haaretz .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis IOA mendakwa menangkap ahli penjara yang bertanggungjawab untuk serangan bersenjata

Isnin ,04-02-2013 – Regim zionis Israel berkata pada malam Isnin bahawa prnjara komando Palestin telah ditangkap akhir November lalu kerana menyerang askar Israel dan rakyat penjajah yang lain.

Akhbar Hebrew Yediot Ahronot berkata bahawa ahli-ahli penjara yang bergabung dengan puak Fatah telah menyerang peronda Israel di Beit Fajjar, selatan Betlehem, tanpa mendapat mangsa.

Laporan itu turut berkata berkata bahawa senarai dakwaan telah dibentangkan di mahkamah terhadap 5 rakyat Palestin untuk serangan tersebut serta rancangan serangan lain. Laporan itu mendakwa bahawa ahli-ahli penjara itu turut membuat pengakuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keluarga MP Hassan Yousef’s Nafi Perbicaraan

Rabu, 30/01/2013 – Keluarga tahanan dalam penjara Israel, MP Hassan Yousef monolak kesahihan berita yang melaporkan bahawa Yousef dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun oleh makhkamah Israel.

Anak lelaki MP memberitahu akhbar Quds bahawa keputusan pertuduhan belum dikeluarkan dan menegaskan bahawa Makhkamah Israel tidak mengeluarkan keputusan akhir berhubung rayuan bapanya terhadap tuduhan palsu Israel.

Bagi pihaknya, MP Ahmed Attoun memberitahu akhbar Quds bahawa belum ada lagi makhkamah yang mendengar rayuan bagi pertuduhan MP Yousef.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Mishaal membincangkan perkembangan Palestin bersama kerajaan Jordan

Rabu, 30/01/2013 – Pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal membincangkan tentang perkembangan terkini Palestin bersama raja Jordan, Raja Abdullah II di Amman Isnin lalu.

Menurut sumber-sumber rasmi Jordan, Raja Abdullah II mengesahkan sokongan beliau untuk usaha perdamaian Palestin. Beliau memberitahu Mishaal, dan delegasi yang turut serta, bahawa pengiktirafan antarabangsa Palestin sebagai sebuah negeri yang bukan ahli pemerhati di PBB adalah langkah utama ke arah mengembalikan hak rakyat Palestin untuk sebuah negara merdeka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Musawa memberi amaran tentang perancangan mengusir 30,000 rakyat Palestin

Rabu, 30/01/2013 – Pusat Hak Asasi Palestin Musawa memberi amaran tentang perancangan kerajaan Israel untuk mengusir 30,000 rakyat Palestin.

Ia berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin bahawa perancangan yang disokong oleh rejim Israel itu melibatkan seluas 800,000 dunum tanah rakyat Palestin di Negev dan membabitkan 30,000 pemilik tanah. Pusat tersebut menyeru tindakan segera oleh seluruh masyarakat untuk menentang rancangan kerajaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi di Jordan sebagai tanda perpaduan bersama banduan di penjara Israel

Selasa, 29/01/2013 – Pusat Pengajian Tahanan Ahrar dan Hak Asasi Manusia yang dianjurkan di Jordan mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda perpaduan dengan banduan kelaparan menarik, tawanan Jordan dan Palestin diculik ahli parlimen di penjara Israel, di luar pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Amman.

Fuad Al Khuffash, pengarah Pusat Ahrar, berkata bahawa tunjuk perasaan ini menunjukkan bantahan atas pengabaian antarabangsa mengenai isu tahanan, terutama pejuang mogok lapar dan mereka yang mengalami masalah kesihatan yang serius.

Penunjuk perasaan yang telah bangkit, ketika berdemonstrasi, menayangkan sepanduk dan melaungkan slogan menyokong ahli Parlimen yang dan banduan yang diculik dan menuntut pengusiran duta Israel dari wilayah Jordan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Presiden Tunisia akan berangkat ke Gaza awal Febuari

Selasa, 29/01/2013 – Abdel Salam Seyam, Setiausaha Agung Majlis Menteri-menteri mendedahkan Presiden Tunisia, Moncef Marzouki akan tiba ke Semenanjung Gaza awal Februari tahun depan, dalam lawatan solidariti bersama rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang dikepung.

Seyam memberitahu akhbar tempatan Palestin Ahad lalu bahawa kerajaan Gaza melakukan segala persiapan yang perlu untuk menerima kedatanga presiden Tunisia di Semenanjung Gaza,” sambil menegaskan beliau adalah “seorang tetamu penting yang mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia Arab, Islam dan Afrika Utara”.

Beliau menambah lawatan itu mempunyai implikasi politik dan bukan politik mengenai situasi Palestin secara keseluruhan, dan hubungan persaudaraan antara rakyat Palestin dan Tunisia, serta memuji peranan kepimpinan baru Tunisia yang memberi sokongan untuk perjuangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Seorang cendekiawan Palestin, Munir Shafiq menyeru pelancaran intifada ketiga di Tebing Barat

Selasa, 29/01/2013 – Cendekiawan Palestin, Munir Shafiq, menyeru pelancaran intifada ketiga di Tebing Barat untuk menghadapi serangan rejim dan keangkuhan para pendatang.

Shafiq, Penyelaras Persidangan Islam Kebangsaan berkata dalam mesyuarat bersama sekumpulan penulis dan elit yang dianjurkan gerakan Hamas pada petang Sabtu di Gaza bahawa memulakan kembali intifada Palestin di Tebing Barat adalah perlu untuk menghentikan keangkuhan rejim dan melindungi Baitulmuqaddis serta kawasan-kawasan suci.

Beliau menekankan bahawa telah ada tanda-tanda jelas kemungkinan tercetusnya intifada dan berkata, “Washington tidak mampu menahan kebangkitan Palestin untuk beberapa bulan dan rejim akan terpaksa berundur, dengan syarat jangan menerima sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati