Categories
Berita Semasa

Haneyya: Bukti PBB mengenai jenayah perang Israel di Gaza bukan cip tawar – menawar

Rabu, 06-05-2015 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, pada hari Rabu memetik laporan PBB mengutuk pendudukan Israel kerana melakukan jenayah perang di Gaza, satu lagi bukti keganasan Israel dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Haneyya menyeru, dalam kenyataan eksklusif kepada PIC mahukan pihak Berkuasa Palestin untuk mengambil kesempatan daripada laporan itu dan memfailkan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Pihak Berkuasa Palestin perlu berhati-hati untuk tidak menggunakan laporan itu sebagai cip tawar-menawar untuk manuver politik yang bertujuan untuk meneruskan rundingan,” katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Tiga pelarian Palestin terbunuh di Syria

Rabu, 06-05-2015 – Tiga pelarian Palestin terbunuh Isnin lalu akibat pengeboman dan pertempuran berterusan di sekitar kem-kem pelarian Palestin di Syria, menurut kumpulan hak asasi.

Kumpulan Tindakan Pelarian Palestin di Syria (AGPS) dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan Selasa lalu memberitahu, ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai, Mohammed Jamal Mawed yang meninggal dunia akibat konflik yang sedang berlaku di Syria, Abu Louay Saadeia yang telah diseksa hingga mati dalam penjara oleh Rejim Syria dan pelarian wanita Palestin Amna Hussein Amayri yang meninggal dunia kerana kekurangan pemakanan dan kekurangan rawatan perubatan di kem Yarmouk. Sementara itu, dokumentasi AGPS dan pasukan pemantauan menunjukkan bahawa 176 orang dari kem Yarmouk meninggal dunia akibat kepungan dan kekurangan rawatan perubatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Abu Sabha: 90,000 rakyat Palestin terkandas akibat penutupan sempadan Rafah

Khamis, 30-04-2015 – Ketua Jawatankuasa Sempadan Lintasan Gaza, Maher Abu Sabha, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk membuka sempadan Rafah secara kekal dan sepanjang masa untuk membolehkan 90,000 rakyat Palestin yang terkepung di Gaza atas dasar kemanusiaan.

Abu Sabha dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook berkata, 90,000 kes kemanusiaan perlu melalui sempadan, 15,000 antaranya telah didaftarkan untuk perjalanan segera. Senarai penumpang yang terkandas termasuk 3,500 pesakit, 50 peratus di kalangan yang didiagnosis akibat kanser dan 2,500 pelajar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Hamas menyambut baik operasi penentangan di al-Khalil, Baitulmuqaddis

Khamis, 30-04-2015 – Gerakan Hamas, menyambut baik tindakan penentangan ke atas Israel di al-Khalil dan Baitulmuqaddis. Jurucakap Hamas Husam Badran berkata dalam kenyataan akhbar pada Ahad, bahawa gerakannya menganggap tindakan itu sebagai tindakan penentangan yang berani serta wajar menerima penghargaan. Para pejuang penentangan di Tebing Barat bertindak demikian kerana mereka diburu setiap hari oleh tentera rejim Israel dan juga pihak berkuasa Palestin, beliau menerangkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tangkap Aktivis Kampus, Bukti Fatah Tak Terima Keputusan Pilihanraya Kampus, Universiti Berzeit

Khamis, 30-04-2015 – Gerakan Pejuang Islam Hamas di Tebi Barat mengecam tindakan Kementerian Keselamatan, Otoriti Palestin yang menangkap mahasiswa Universiti Berzeit, Jihad Sulaim, wakil Perhimpunan Mahasiswa Islam di Majlis Perwakilan Mahasiswa Berzeit.

Gerakan Hamas melihat bahawa langkah penahanan ini dilakukan dalam konteks umum membuktikan gerakan Fatah dan kementerian keselamatan tidak menerima keputusan pilihanraya umum dewan mahasiswa kampus Berzeit, yang dimenangi oleh Perhimpunan Mahasiswa Islam hingga mencapai lebih dari 50% suara mahasiswa.

Hamas menyeru kepada PM Kerajaan Perpaduan Nasional. Dr. Rami Hamdalah dan Rektor Universiti Berzeit serta semua pihak untuk segera bertindak bagi menghentikan sandiwara ini dan melindungi mahasiswa dari gangguan pihak keselamatan dan perisikan, serta segera membebaskan wakil Perhimpunan Mahasiswa Islam dan seluruh tahanan politik lainnya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Khatir Jelaskan Sebab Kemenangan Besar Mahasiswa Islam Di Berzait

Isnin, 27-04-2015 – Seorang penulis Palestin, Luma Khatir menegaskan, kemenangan besar yang diraih kumpulan Islam pada pilihan raya umum Dewan Mahasiswa tahun ini adalah disebabkan meningkatnya pemahaman mahasiswa yang menolak semua bentuk penyesatan idea pihak lawan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Pemahaman ini berkat apa yang mereka saksikan dalam perang ?Daun Rapuh?.

Dalam penjelasannya, Khamis (23/4) Khatir mengatakan, pertempuran ?Daun Rapuh? telah memberikan pemahaman yang benar kepada para mahasiswa, terutama bagi generasi baru yang tidak melalui perjuangan intifadah pertama atau kedua yang gemilang. Mereka hanya melihat perang Gaza dan mengamati berlangsungya perang tersebut selama dua bulan. Peristiwa tersebut sudah cukup membetulkan pemahaman mereka.

Beliau juga menyebutkan bahawa kemenangan kumpulan Islam dalam pilihan raya umum mahasiswa baru-baru ini, muncul kesan daripada kerja keras yang tidak mengenal lelah para mahasiswa dan mahasiswi kumpulan Islam yang berjaya meningkatkan sokongan daripada warga kampus. Mereka begitu giat bukan hanya ketika musim pilihan raya bahkan sebelum itu lagi sehingga mendapat sokongan dan kemenangan besar dari kalangan mahasiswa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Racun Perosak Israel musnahkan Tanaman Gaza (laporan)

Isnin, 27-04-2015 – Isam Abu Mohareb, seorang petani Palestin dari Gaza, tidak menyangka bahawa semburan dari pesawat pertanian Israel pada hari Selasa 21/4/2015, akan menghancurkan harapannya untuk mendapat ganti rugi atas kerugian yang dialaminya semasa pencerobohan Israel 2014.

Setelah para petani menghabiskan syif malam mereka, pesawat pertanian Israel menyembur racun perosak yang tidak dikenali ke atas sebahagian besar kawasan pertanian di utara dan selatan tapak tentera Kissufim.

Tidak menyedari kesan semburan tersebut, Abu Mohareb meninggalkan ladangnya dan kembali keesokan paginya, mendapati tanaman tembikai, lada, timun panjang, labu dan mallow telah layu dan hilang warna. Beliau kemudian mengetahui bahawa semburan pesawat Israel telah memusnahkan tanaman di sepanjang 500 meter ke kawasan utara sempadan Gaza-Israel, di samping 700 meter kawasan pertanian yang rosak akibat racun perosak yang dibawa oleh angin timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Mesir untuk meredakan sekatan ke atas Gaza

Isnin, 27-04-2015 – Pegawai kanan Hamas Dr. Salah al-Bardawil berkata, rundingan positif telah diadakan baru-baru ini di Kaherah berkenaan beberapa isu, terutamanya sekatan ke atas Gaza.

Dalam satu temuramah pada Khamis, Dr. Bardawil memberitahu Agensi Anadolu bahawa perbincangan positif baru-baru ini diadakan antara Mousa Abu Marzouk, ahli biro politik Hamas dan pegawai-pegawai Mesir di Kaherah. “Perbincangan tersebut membincangkan tentang menghentikan provokasi ke atas Hamas dan para pejuang di samping meredakan sekatan Mesir ke atas Semenanjung Gaza,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sektor swasta Gaza, Rangkaian NGO digesa untuk membatalkan pelan Serry.

Jumaat, 24-04-2015 – Badan yang menguruskan institusi sektor swasta dan rangkaian pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Palestin di Gaza bersama-sama dengan organisasi hak asasi kemanusiaan menggesa supaya rangka pelan Serry ditarikbalik, membatalkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas sekatan kawasan perairan dan laluan Rafah secara kekal di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada hari Isnin.

Wartawan PIC yang menghadiri sidang akhbar tersebut memetik wakil-wakil daripada institusi sektor swasta menyatakan rasa kecewa mereka di atas kegagalan rangka Serry untuk melancarkan pembangunan material di kawasan Gaza Strip.

Mereka berkata rangka itu akhirnya adalah satu ancaman dan menggambarkan pencabulan yang jelas terhadap konvensyen antarabangsa dan kedudukan PBB dalam menentukan sekatan dan pelintasan sempadan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Serbuan, tangkapan, serangan dilaporkan di Tebing Barat

Jumaat, 24-04-2015 – Regim Zionis ( IOF ) telah melancarkan kempen menyerang ke dalam rumah-rumah Palestin di Jenin , menahan empat rakyat Palestin dan memusnahkan tanaman di al – Khalil pada hari Selasa .

IOF menyerbu pada waktu subuh pada hari Selasa di kawasan pergunungan Abu Rumman di al – Khalil dan telah menjalankan latihan ketenteraan di atas tanah pertanian Palestin , yang membawa kepada kerosakan tanaman gandum .

Askar-askar IOF menahan empat lelaki Palestin pada waktu subuh Selasa termasuk dua orang pemuda dari al – Khalil dan satu pertiga dari pekan yang berhampiran menambah jumlah pelajar universiti yang ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel merobohkan Kampung Araqib di Negev untuk kali ke-84

Jumaat, 24-04-2015 – Pagi Isnin lalu, jentolak Israel memusnahkan Kampung Al-Araqib di Negev yang terletak di selatan kawasan diduduki Palestin pada 1948 untuk kali ke-84.

Sebilangan besar anggota polis Israel menyerang, mengepung, dan mengharamkan sebarang akses ke kampung tersebut manakala jentolak mula merobohkan struktur dan kemudahan rakyat Palestin. Salah seorang penduduk kampung, Salim al-Touri memberitahu kepada laman web Palestin 1948, polis Israel memaksa penduduk untuk mengosongkan rumah mereka sebelum dibakar pada waktu pagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Penahanan tanpa bicara dikenakan ke atas 6 warga Palestin

Jumaat, 24-04-2015 – Rejim Israel (IOA) mengeluarkan arahan penahanan tanpa bicara atau dakwaan ke atas 6 rakyat Palestin termasuk seorang wartawan pada Selasa.

IOA mengeluarkan arahan penahanan tanpa bicara terhadap 4 orang lelaki dari Nablus termasuk seorang wartawan bernama Amin Abu Wardeh. IOA turut mengeluarkan arahan penahanan selama 3 bulan ke atas seorang tahanan dan melanjutkan tempoh untuk 2 orang yang lain selama 72 jam. Wartawan Abu Wardeh telah ditahan Rabu lepas setelah tentera rejim Israel menyerbu dan menimbulkan kekacauan di rumahnya kemudian menyoalnya selama 4 jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Nur idawati

Categories
Berita Semasa

Penceroboh menggempur Kota Lama Jerusalem pada waktu malam

Rabu, 22-04-2015 – Kumpulan pelampau penceroboh Israel menyerbu Kota Lama Jerusalem dan berkeliaran di sekitar pintu pagar Masjidil Aqsa yang suci selepas tengah malam Ahad.

Sumber Jerusalemite mendedahkan bahawa berpuluh-puluh anggota polis Israel telah menjamin keselamatan penceroboh semasa lawatan mereka di mana mereka melaungkan slogan menuntut membuang dan membunuh orang-orang Arab. Sebahagian daripada penceroboh yang melampau itu telah mengganggu proses dalam Baitulmuqaddis, menurut sumber-sumber.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kunjungan Menteri kerajaan Perpaduan ke Gaza Gagal Capai Kata Sepakat

Rabu, 22-04-2015 – Gerakan Pejuang Islam, Hamas menyatakan bahawa para menteri kerajaan perpaduan telah menjelaskan kepada Hamas berkenaan tindakan mereka meninggalkan Gaza adalah atas dasar arahan PM Rami Hamdallah, setelah kegagalan proses perbincangaan antara para pewakilan dan menyatakan tidak membuat sebarang kesepakatan.

Delegasi kerajaan perpaduan nasional Palestin yang terdiri dari 11 menteri dan puluhan pegawai telah melakukan kunjungan ke Semenanjung Gaza yang berlangsung selama 24 jam dan segera meninggalkan Gaza, setelah sebelumnya dijadulkan untuk melakukan kunjungan selama 10 hari.

Jurucakap gerakan Hamas Dr. Sami Abu Zuhri menyatakan kepada kerajaan perpaduan agar memikul tanggung jawabnya terhadap semua pegawai tanpa wujud sebarang diskriminasi dan melaksanakan peranan untuk menamatkan penderitaan warga Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kempen boikot Israel memuncak di seluruh negara.

Rabu, 22-04-2015 – Satu laporan dikeluarkan oleh Pejabat Negara untuk Pertahanan Tanah dan Penempatan pada hari Ahad menunjukkan kempen boikot Israel yang semakin memuncak di seluruh negara dan dunia.

Pejabat itu juga menyebut Menteri Ekonomi palestin enggan menghantar sebilangan trak yang mengandungi produk Israel. Kesatuan Pemeriksaan Kesihatan Palestin juga membuat keputusan untuk menghentikan penghantaran ujian perubatan ke makmal-makmal Israel dan melakukan ujian di makmal-makmal yang terdapat di dalam Palestin dalam usaha memboikot barangan perubatan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan