Categories
Berita Semasa

Zionis Rancang Perang Antara Mesir dan Gaza

Selasa, 02/04/2013 – Anggota Dewan Legislatif Palestin, Musyir al Mashri menegaskan bahawa idea penempatan orang-orang Palestin di semenanjung Sinai Mesir termasuk dalam rancangan Zionis untuk mencetuskan perang antara Mesir dan Gaza.

Pemimpin Hamas ini menegaskan bahawa penduduk Palestin menolak ditempatkan di Sinai “yang diusahakan penjajah Zionis”. Beliau menyatakan bahawa penjajah Zionis menyebarkan isu ini untuk mencipta perang antara dua bangsa Mesir dan Palestin.

Beliau mengatakan, “Peringatan hari bumi yang digerakan rakyat Palestin tahun 1967 dan diperingati setiap tahun membuktikan bahawa rakyat Palestin masih tetap berpegang teguh dan mencintai tanahairnya bila dan di mana saja.” Beliau menegaskan pentingnya merealisasikan persatuan rakyat Palestin dan menamatkan perpecahan. Beliau turut menegaskan bahawa bangsa Arab merupakan sandaran bagi orang-orang Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

3 penduduk Palestin terkorban, 236 ditangkap pada bulan Mac

Selasa, 02/04/2013 – Tentera Israel (IOF) telah membunuh tiga warga Palestin, termasuk seorang remaja, dan menahan 236 lain termasuk pesakit jantung, seorang lelaki kurang upaya dan lima nelayan dari Gaza.

Pusat Ahrar untuk kajian tahanan dan hak asasi manusia berkata dalam laporan bulanan Sabtu lalu, 231 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat dan lima di Gaza. Mereka berkata bahawa salah seorang daripada mereka adalah Jihad Bleidi dari Tulkarem mengalami penyakit jantung manakala seorang lagi Obeido Motez dari Al-Khalil mengalami kecacatan motor.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas selar penahanan para ahli parlimen

Jumaat ,29-03-2013 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya siri penahanan oleh rejim ke atas 5 pemimpin dan ahli parlimennya di bandar al-Khalil dan menyifatkan ia sebagai jenayah.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas pada Rabu menyebut, “Kami di Hamas mengutuk sekeras-kerasnya jenayah berterusan oleh rejim ke atas pemimpin dan ikon Palestin.. kami mahu pihak rejim bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan nyawa mereka dan kami memberi amaran akan akibat serius rentetan jenayah berterusan terhadap orang-orang kami dan ikon kebangsaan kami.”

Hamas mengesahkan bahawa penahanan ahli parlimen dan pemimpin tidak akan menghalang mereka daripada mempertahankan hak rakyat Palestin termasuk kesuciannya

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Cadangan Mengaktifkan Kembali Pelabuhan Gaza Di Bawah Pengawasan Turki

Jumaat ,29-03-2013 – Dr. Jamal Khudri, Ketua Jawatankuasa Rakyat Untuk Menamatkan Sekatan Gaza menyatakan pihaknya ingin mengusulkan pengaktifan pelabuhan laut Gaza di bawah pengawasan Turki untuk mengangkut barang-barang dari Turki ke pelabuhan Gaza. Mereka menolak campur tangan penjajah zionis atas perlintasan darat dan laut Gaza.

Dalam keterangan akhbarnya di pelabuhan Gaza, Rabu (27/3) Khudri menyeru agar tidak melibatkan perkembangan politik dan keamanan dengan isu pintu masuk kerana menutup pintu masuk adalah pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan melanggar hak sosial. Khudri menyeru untuk membawa para pemimpin penjajah zionis ke pengadilan antarabangsa atas kejahatan mereka terhadap rakyat Palestin.

Penjajah zionis masih menutup pintu masuk Karem Abu Salim dan Beit Hanun di Gaza hari ketujuh secara berturut-turut dengan alasan menjaga keamanan dan sempena perayaan hari raya yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Meshaal: Kebangkitan Dunia Arab Menyokong Perjuangan Palestin

Khamis, 28/03/2013 – Khaled Meshaal, ketua Biro Politik Hamas memperbaharui sokongan gerakannya terhadap seluruh Palestin dan menekankan bahawa seluruh Palestin ialah tanah Arab Islam.

Meshaal berkata Palestin ialah tanahair mereka dan menjadi hak sebenar rakyat Palestin dan menegaskan rakyat Palestin tidak akan menyerahkan tanah mereka atas apa jua alasan, keadaan dan tekanan.

“Kami tidak akan mengiktiraf rejim Israel. Ini adalah prinsip kami. Kami tidak akan mengiktiraf kewujudan ‘negara’ Israel dan kehadiran mereka di mana-mana bahagian Palestin,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Sia-sia Bergantung pada Amerika untuk Dapatkan Hak Palestin

Khamis, 28/03/2013 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Izet Rasyq mengecam pernyataan Presiden Obama ketika tiba di kota al Quds, Rabu (20/3). Obama menyatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah bersejarah Yahudi. Pernyataan itu dinilai sebagai memihak secara terang-terangan kepada penjajah Zionis.

Rasyq mengatakan, “Kami mengecam keras pernyataan Presiden Obama yang disampaikan dalam pidato ketika sampai di entiti Zionis yang mendakwa bahawa tanah Palestin adalah tanah bersejarah Yahudi.”

Beliau menambah, “Pernyataan ini mencerminkan pemihakan secara terangan-terangan kepada penjajah Zionis oleh pemerintah Amerika. Pernyataan dan sikap presiden Amerika ini tidak akan merubah apapun dari realiti dan tunggak sejarah. Hal ini membuktikan betapa sia-sianya bergantung kepada pemerintah Amerika atau yang lainnya untuk mendapatkan hak rakyat Palestin. Hak-hak ini hanya boleh diambil kembali oleh rakyat Palestin secara paksa dengan perjuangan dan perlawanan.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

UNHRC mengundi untuk draf resolusi menghentikan kegiatan pendatang pada Jumaat

Khamis ,21-03-2013 – Pemerhati Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean berkata bahawa bahagian Arab dan Islamik di dalam Jawatankuasa PBB menyeru draf resolusi yang menjelaskan penjenayahan kegiatan pendatang Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Amani Sinwar, Pengarah Wilayah Pemerhati Medittranean berkata dalam kenyataan akhbar bajawa dua kumpulan menuntut Jawatankuasa PBB untuk membuat laporan Misi Mencari Fakta tentang penempatan Israel yang menyatakan pembinaan untuk pendatang Israel mesti dihentikan segera dan pendatang perlu mengosongkan kawasan yang telah diduduki.

Beliau turut menyatakan bahawa draf resolusi yang menyarankan Misi Mencari Fakta dipengerusikan oleh Hakim Perancis Cik Christini Chanet dijangka akan diundi di dalam jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB pada Jumaat dalam penutupan 21 sessi yang diadakan di Geneva.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Filem Palestin “Tawanan” Raih Piala Syahid Ali Hasan Jabir

Khamis ,21-03-2013 – Sebuah filem dokumentari Palestin bertajuk “Tawanan” telah meraih penghargaan tahun ini dari Jawatankuasa Piala Syahid Ali Hasan Jabir. Filem ini adalah hasil Hasan Misyharawi. Filem ini akan ditayangkan di Doha dalam rangkaian penghargaan yang diterima termasuk dokumentari pendek, foto jurnalistik dan siasatan jurnalistik. Filem pendek ini berkisar bekas tahanan Palestin Nahid Abdu Rabbih ketika dia ditangkap. Turut diceritakan pelbagai jenis penyiksaan yang dialami oleh tahanan ketika berada di dalam tahanan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Zionis Pasang Kamera-kamera Pemantau Baru di Hebron

Khamis ,21-03-2013 – Pasukan penjajah zionis memasang kamera-kamera pemantau baru di jalan Syuhada dan Kota Lama di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Para saksi, Selasa (19/3) mengatakan bahawa pasukan penjajah zionis memperbarui kamera-kamera pemantau yang disasarkan kepada orang-orang Palestin dan yang melalui jalan-jalan Kota Lama. Mereka juga memasang kamera-kamera baru di wilayah-wilayah terjadinya konfrontasi sengit selama beberapa hari terakhir ini.

Para saksi menambah, lebih dari empat alat perakam telah dipasang di daerah Beit Hadasa dan pos militan berdekatan pintu Zawiyah dan kawasan sekitar jalan Syuhada. Setakat ini pasukan zionis telah menangkap lebih daripada 15 orang warga Palestin dalam konfrontasi yang berlangsung di pintu Zawiyah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menutup benteng Jeet di Nablus, dan menyerbu kem Fawar

Rabu ,20-03-2013 – IOF menutup benteng Jeet yang menghubungkan bandar Nablus dan Qalgiya di utara Tebing Barat selepas berlaku serangan bersenjata ke atas seorang pendatang Israel di kawasan itu.

IOF menutup jalan-jalan utama di sekitarnya dan menghalang kenderaan warga Palestin dari melaluinya serta mempertingkatkan langka-langkah keselamatan di pusat pemeriksaan Jeet serta menyiasat dan menggeledah kenderaan warga Palestin dan kad pengenalan mereka, demikian menurut sumber tempatan.

Stesen radio suara Israel melaporkan seorang pendatang Israel cedera ringan setelah ditembak dari satu kereta warga Palestin seperti yang didakwanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bantahan terhadap pencemaran tanah perkuburan Mamanullah

Rabu ,20-03-2013 – Pemimpin Islam Kebangsaan dan Bailtumuqaddis Ahad lalu telah menganjurkan bantahan terhadap peningkatan berterusan aktiviti Israel di tanah perkuburan Mamanullah, Baitulmuqaddis dengan penyertaan ketua gerakan Islam di wilayah Palestin yang diduduki sejak tahun 1948, Sheikh Raed Salah.

Demonstrasi telah dianjurkan di kawasan kosong tanah perkuburan, di mana sepanduk telah dinaikkan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi mengutuk jenayah dan pencabulan Israel.

Demonstrasi tersebut berakhir dengan sidang akhbar di mana ketua Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa meneyrahkan dokumen dan peta yang mendedahkan projek Judaization yang menyasarkan tanah perkuburan Islam di Jerusalem yang diduduki, dan mencatatkan majlis perbandaran Israel merancang untuk menjadikan tanah perkuburan itu sebagai kelab malam dan infrastruktur besar pelancongan Yahudi .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Serangan Media Mesir Terhadap Hamas Disokong Pihak Luar

Rabu ,20-03-2013 – Aktivis Mesir, Umar Abdul Mun’im, Setiausaha Agung Pemuda Kebebasan dan Keadilan, sayap pemuda Parti Kebebasan dan Keadilan yang ketika ini berkuasa di Mesir, menyebut kempen memburukkan Ikhwanul Muslimin dan Gerakan Hamas merupakan kempen yang mencurigakan dan bukan hal baru. Beliau menegaskan, ada rancangan media sejak tahun 2005 terhadap Ikhwanul Muslimin yang disiarkan pihak tertentu yang mencurigakan sama ada dari luar mahupun dari dalam.

Hal tersebut dinyatakan oleh Abdul Mun’im dalam seminar yang diadakan di Gaza, Isnin (18/3), dengan tema “Al Ikhwan Antara Revolusi dan Pemerintahan”. Beliau mengungkapkan adanya sejumlah stesyen televisyen yang memburukkan wajah Ikhwan, menawarkan diri untuk dibeli kerana ditinggalkan sebahagian penyiarnya kerana keadaan kewangan serta kelemahan pengurusan dalaman.

Abdul Mun’im menyampaikan minta maaf atas kempen media yang menyeret rakyat Palestin dalam situasi tidak tenteram di Mesir. Beliau mengecam kempen media yang menuduh gerakan Hamas terlibat dalam tindakan perosakan di dalam Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Nantikan kemunculan filem pendek keluaran Palestinkini Production dengan kerjasama Palestinemall.net.

header_maon

Coming soon….. ! 🙂

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak akan membenarkan sebarang perubahan memberi kesan kepada takrifan pelarian Palestin

Khamis, 14/03/2013 – Bahagian Hal Ehwal Pelarian Hamas berkata ia tidak akan membenarkan sebarang manipulasi yang boleh menjejaskan takrifan pelarian Palestin di persidangan-persidangan antarabangsa.

Bahagian itu berkata dalam kenyataannya pada Isnin bahawa rejim akan mempergunakan PBB untuk mengubah formula perundangan yang mendefinisikan pelarian Palestin serta memansuhkan status pelarian terhadap anak-anak pelarian yang dipaksa meninggalkan Palestin pada 1948.

Ia turut menyentuh tentang usaha Israel untuk merangka perundangan di Amerika Syarikat yang menghentikan pemindahan automatik status pelarian kepada anak mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menuduh wartawan Palestin membaling batu pada tentera

Khamis, 14/03/2013 – Pertubuhan hak asasi manusia Palestin melaporkan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) telah menuduh wartawan Al-Aqsa TV Tareq Abu ImanZeid, ditangkap pada Jumaat lepas, atas tuduhan “membaling batu pada tentera Israel.”

Yayasan Perpaduan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia, yang telah melawat wartawan di pusat tahanan Hawara berhampiran Nablus di utara Tebing Barat, menegaskan bahawa “penjajahan menuduh wartawan Abu Iman Zeid melontar batu ke arah askar Israel, yang dinafikan oleh beliau . ”

Ia disahkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa penjajah cuba untuk mereka-reka tuduhan itu dengan mendakwa bahawa tentera Israel yang lain telah menyaksikan kejadian itu.

“Beliau telah dipukul oleh tentera Israel semasa ditangkap. Penahanan beliau dilanjutkan selama 96 jam menunggu siasatan, dan beliau akan dihadapkan di Mahkamah Salem Israel pada hari Selasa”, yayasan itu mendedahkan.

Bagi pihaknya; ImanZeid Abu menuntut Sindiket Wartawan dan semua pihak berkuasa berkenaan untuk campur tangan untuk membebaskan beliau, menekankan bahawa penangkapan dan “fabrikasi tuduhan palsu” adalah matlamat IOA untuk menakut-nakutkan wartawan Palestin dan menghalang mereka daripada mendedahkan kezaliman Israel.

Tentera Penjajah Israel menahan wartawan Tareq Abu ImanZeid, 38, Jumaat lepas ketika beliau meliputi perarakan yang dianjurkan di kampung Kafr Qaddum, berhampiran Qalqilya, protes terhadap kezaliman penjajah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen