Categories
Berita Semasa

Sumber Israel: Rang Undang-undang untuk menghadkan pembiyaan ke atas kumpulan hak asasi manusia Israel dihentikan oleh Perdana Menteri

Rabu ,23/11/2011 – Sumber-sumber Israel yang tidak disebutkan nama memberitahu para pemberita Israel pada hari Ahad di pejabat Perdana Menteri Binyamin Netanyahu bahawa rang undang-undang untuk menyekat pembiyaan kepada kumpulan hak asasi manusia Israel, yang telah diluluskan oleh Knesset Israel pada minggu lepas, telah dihentikan oleh pejabat Perdana Menteri.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, kebanyakannya bekerja untuk mendokumentasi penyalahgunaan Israel di wilayah Palestin, telah menghadapi peningkatan penelitian dan tindakan keras oleh kerajaan Israel sejak tahun lepas, yang mana kumpulan hak asasi tersebut mengatakan bahawa tindakan tersebut jelas dilakukan untuk menghadkan dan melarang kebebasan bersuara mereka.

Rang undang-undang yang telah diluluskan pada minggu lepas oleh Jawatankuasa Perundangan Knesset Israel (Parlimen) stakat ini merupakan yang paling kejam – kerana kumpulan ini banyak menerima dana dari luar negara, rang undang-undang tersebut pada dasarnya akan menutup sebahagian besar hak asasi manusia dan kumpulan keamanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

‘Radio Keamanan’ gabungan Palestin-Israel ditutup oleh pihak berkuasa Israel

Rabu ,23/11/2011 – Sebuah stesen radio yang telah beroperasi selama 7 tahun untuk membawa bersama pihak Palestin dan Israel dalam gabungan penyiaran dan dialog telah ditutup oleh pihak berkuasa Israel pada hari Sabtu, dengan dakwaan stesen berkenaan tidak dilengkapi dengan lesen yang sepatutnya – Walaupun pada hakikatnya, stesen berkenaan bersiaran dari Tebing Barat dan bukanlah dibawah bidang kuasa Israel.

Stesen tersebut telah ditubuhkan oleh kumpulan keamanan Israel dan Palestin tujuh tahun lalu dan diberi nama ‘Kol Hashalom’ yang bermaksud ‘Keamanan Semua’. Pusat penyiarannya terletak di Ramallah, yang merupakan pusat pengkalan bagi pihak berkuasa Palestin dan telah dianggap berada dibawah penguasaan pihak berkuasa Palestin berdasarkan Perjanjian Oslo 1993.

Menurut Menteri Komunikasi Israel, “Pihak kementerian telah menjalankan aktiviti pengawasan tanpa wayar dengan kerjasama pihak Polis Israel dalam menentang stesen radio haram, sama seperti apa yang mereka jalankan ke atas lain-lain stesen yang ditubuhkan secara haram.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  amsyar

Categories
Berita Semasa

Dweik : Kejayaan pertemuan “Mesh’al – Abbas” untuk rekonsiliasi bergantung pada campurtangan pihak luar.

Isnin ,21/11/2011 – Dr. Aziz Dweik, Pengerusi Majlis Legislatif Palestin, menyifatkan bahawa pertemuan di antara Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, dan Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al yang dijadualkan sepanjang minggu depan di ibu negara Mesir, Kaherah, hanyalah sebagai sesuatu yang “akan menjadi bersejarah” kerana segala keputusan adalah bergantung kepada campurtangan pihak luar ke dalam isu dalaman Palestin.

Dweik berkata dalam kenyataannya dekat Quds Press : “semua orang tahu bahawa kuasa veto Amerika dan Israel yang sekarang melambatkan rekonsiliasi Palestin, dan sekiranya kuasa veto ini terus menguasai proses rekonsiliasi, maka tiadalah masa depan baginya, dan pertemuan antara kedua mereka tidak akan membuahkan hasil yang positif untuk proses ini dan akan menamatkan segala-galanya.”

Beliau juga berkata beliau lebih optimis dengan pertemuan ini, “dari segi apabila tempoh hari pimpinan Palestin di Ramallah turun untuk persidangan UN dan UNESCO, itu sudah mengancam pihak Amerika, dan ini menunjukkan pendirian jelas warga Palestin, dan pada masa yang sama tidak mungkin tidak barisan pimpinan Palestin adalah sangat berperanan penting dan ia berdiri sama tinggi dengan kuasa veto Amerika bila kita berbicara isu rekonsiliasi ini, di samping menjadi bukti yang kukuh, bahawa sesiapa yang memperjuangkan keamanan tidak memerlukan berpisahnya Tebing Barat dengan Gaza, bahkan apa yang diperlukan adalah kesatuan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Wartawan TV Palestin

Isnin ,21/11/2011 – Polis Israel menahan wartawan Quds TV Isra ‘Salhab, 26, selepas disoal siasat petang Rabu. Sumber-sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa Salhab, ibu kepada dua kanak-kanak, telah dipanggil oleh polis Israel di Jerusalem yang dijajah dan beliau ditahan untuk soal siasat oleh perisikan Israel.

Wartawan tesebut menyampaikan satu program TV berkenaan tahanan Palestin yang bertajuk
Ahrar di TV Quds. Suami Salhab, Shadi Zahda, ditangkap tiga minggu lalu selepas polis Israel menyerbu rumahnya di Wadi Al-Jouz di Kota Lama Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa ketenteraan Mesir benarkan perarakan anti Israel besar-besaran pada Jumaat

Isnin ,21/11/2011 – Jawatankuasa ketenteraan Mesir bersetuju membenarkan perarakan besar-besaran bawah sokongan Sheikh Masjid Al-Azhar Ahmed Attayeb menentang pencerobohan Israel di Baitulmuqaddis, demikian menurut sumber yang sahih oleh Pusat Maklumat Palestin (PIC).

Satu jawatankuasa menyokong Baitulmuqaddis telah dibentuk oleh Sheikh Attayeb untuk mengkaji projek-projek di kota suci itu yang berkaitan dengan penyelidikan, politik dan institusi pendidikan. Satu sumber daripada Masjid Al-Azhar memberitahu PIC bahawa Sheikh Attayeb mengarahkan jawatankuasanya untuk bekerjasama pada semua peringkat untuk berkhidmat kepada Baitulmuqaddis dan menangani perancangan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

AFEH merekodkan penggalian lebih banyak kubur di kawasan perkuburan Ma’manullah

Isnin ,21/11/2011 – Yayasan Dana dan Warisan Aqsa (AFEH) mendedahkan bahawa berpuluh-puluh orang pekerja rejim Zionis telah diarahkan menggali kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Bersejarah Ma’manullah di Jerusalem. Yayasan itu juga menegaskan bahawa pihak Amerika dan rejim Zionis adalah dalang kepada projek terbabit atas nama “muzium toleransi” bagi melindungi tindakan berkenaan.

Delegasi yayasan itu telah mengunjungi tanah perkuburan terbabit pada pagi Rabu lalu sebaik sahaja mendapat maklumat yang mana aktiviti menggali kubur-kubur terbabit telah dimulakan semula. Mereka mendapati terdapat lukisan-lukisan berbaur perkauman di conteng di kubur-kubur tersebut.

Amir al-Khatib, Pengarah yayasan berkenaan berkata bahawa kunjungan ke tanah perkuburan itu adalah bertujuan untuk melihat sendiri aktiviti jenayah yang terus-terusan dilakukan oleh rejim Zionis ke atas tanah perkuburan terbabit dan bagi membongkar aktiviti penggalian kubur-kubur yang dilakukan semula kebelakangan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Dweik: Israel menjalankan pembersihan etnik di bumi Palestin

Isnin ,21/11/2011 –  Yang di-Pertua majlis perundangan Palestin Dr Aziz Al-Dweik telah berkata bahawa Israel telah menjalankan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin di tanah-tanah yang diduduki.

Dweik, berkata demikian semasa mesyuarat antara beliau dan beberapa Ahli Parlimen Hamas dengan Duta Afrika Selatan, bercakap mengenai penderitaan rakyat Palestin di Jerusalem yang diduduki serta tanah-tanah lain yang turut diduduki.

Penceramah menerangkan tentang rampasan Israel ke atas tanah dan tahanan rakyat Palestin serta peperangan kemusnahan terhadap mereka. Beliau menyebut secara khjusus penangkapan penggubal undang-undang Palestin, menghalang kehidupan perundangan, penghapusan etnik di Jerusalem yang diduduki, dan pembinaan tembok perkauman, serta pengasingan di Tembok Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan 5 termasuk 3 adik-beradik

Jumaat , 18/11/2011 – Pihak berkuasa PA melakukan penahanan dan tangkapan di pelbagai kawasan di serata Tebing Barat, termasuk daripadanya 5 orang pejuang Hamas yang 3 daripadanya adalah adik-beradik. Mereka semua ditangkap dekat Nablus, Tubas dan Tulkarem.

Di Nablus, PA telah menahan 3 adik-beradik, Abdallah, Anas dan Yassar Mahmoud Joudallah, kesemuanya pernah menjadi tahanan Zionis, dan tahanan PA Fatah beberapa kali sebelum ini, sementara seorang abang mereka, Muhammad kini masih ditahan di Penjara Al-Junaid sejak 2 minggu lalu di dalam penjara perseorangan.

Joudallah bersaudara juga adalah adik kepada As-Syahid Ahmad Joudallah dan mereka adalah anak kepada As-Syahidah pejuang wanita Briged Al-Qassam, Suaad Sonouber, yang syahid pada tahun 2003, 3 bulan selepas syahidnya anak beliau, Ahmad.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Al-Quds Antarabangsa Khawatir Israel Hancurkan Jalan Al-Mugaribah

Jumaat , 18/11/2011 – Badan Al-Quds antarabangsa, dalam kenyataan akhbarnya Selasa (15/11) menegaskan, pernyataan seorang arkitek pemerintahan Israel di Al-Quds menyatakan, jambatan gerbang Al-Mugaribah akan segera dirobohkan. Pernyataan tersebut hanyalah manipulasi untuk menghancurkan jalan Al-Mugaribah dan digantikan dengan jambatan kekal yang telah mendapat lampu hijau dari ahli politik Israel.

Badan tersebut menyatakan, penundaan merobohkan gerbang jambatan al-Mugaribah, walaupun sudah mendapat persetujuan adalah kehawatiran pihak Israel akan terjadinya tentangan hebat yang mungkin tak diketahui hujungnya. Penghancuran jambatan Al-Mugaribah yang merupakan sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa yang telah diganti dengan jambatan kayu ketika ini menimbulkan kemarahan dan tindakan demonstrasi besar-besaran warga Palestin di dalam mahupun di luar negeri, sama ada negara Arab ataupun negara Islam lain sejak Pebruari 2007 lalu, ini memaksa Israel menghentikan projeknya.

Sebelumnya, beberapa tokoh Al-Quds dan pihak-pihak berkait yang berada di bawah badan pengembangan Al-Quds di gerbang Al-Mugaribah telah mengingatkan secara serius penjajahan Zionis selama ini. Mereka juga bertekad untuk melaksanakan sesuatu ancaman berat jika niat Zionis dilaksanakan.

Penghancuran jalan gerbang Al-Mugaribah sama dengan menghancurkan sebahagian dari Masjid Al-Aqsa yang akan mengakibatkan suasana tidak stabil di dunia Arab mahupun Islam. projek jambatan kekal di gerbang Al-Mugaribah bererti Israel telah bersama-sama dengan kaum muslimin memiliki Masjid Al-Aqsa. Dengan demikian pihak keamanan dan kelompok migran Israel dapat dengan bebas masuk Masjid Al-Aqsa dengan jumlah yang banyak dan dengan kawalan keselamatan mereka yang lebih baik, ungkapnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tangkap 6 orang penduduk Tebing Barat

Jumaat , 18/11/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 6 orang rakyat Palestin di beberapa tempat berbeza di Tebing Barat menjelang Subuh Selasa lalu. 3 orang daripada mereka merupakan pemuda dari Kem Pelarian Doheisha yang terletak di selatan Baitullaham.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF menangkap 3 orang pemuda, yang mana 2 daripadanya adalah adik-beradik selepas menggeledah beberapa buah rumah di kem pelarian tersebut. Sementara itu, IOF telah menangkap 2 orang rakyat Palestin yang berusia lingkungan 30-an di Kampung Jalqamos, timur Jenin. Rejim tersebut turut menceroboh Kampung Maithalon di selatan Jenin tetapi tidak membuat sebarang tangkapan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel menafikan hak pelepasan banduan ke Jordan untuk rawatan kanser

Jumaat , 18/11/2011 – Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) pada hari Selasa enggan untuk membenarkan perjalanan banduan dibebaskan Amal Juma ke Jordan untuk rawatan perubatan, menurut abangnya, Jamil kepada wartawan PIC.

Beliau berkata bahawa pejabat perhubungan Palestin memberitahu keluarga Juma bahawa Israel enggan memberi kebenaran untuk , melepaskan Amal setelah dia dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Jordan.

Jamil berkata bahawa dia menegaskan IOA bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan adik perempuannya yang menjalani histerektomi selepas dia telah disahkan menghidap kanser. Beliau menambah bahawa adik perempuannya mengalami sakit tenat di badan dan perut sejak itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kementerian Perumahan Israel akan bina 5000 unit kediaman di Baitulmuqaddis

Jumaat , 18/11/2011 – Kementerian perumahan dan pembinaan Israel telah membuka tender untuk pembinaan 5000 unit kediaman di Baitulmuqaddis. Radio Israel memberitahu sebahagian unit tersebut akan dibina di penempatan Modi’in dan Kfar Sava. Dikatakan bahawa 750 unit akan dibina di HarHoma (Jabal Abu Gunaim) dan 65 di Pisgat Ze’ev.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin: “Kerajaan Perpaduan Baru Tidak Akan Dimasukkan Fayyad”

Jumaat , 18/11/2011 – Selepas rundingan antara dua parti politik utama di Palestin Hamas dan Fatah dibuat pada hari Selasa, Pihak berkuasa Palestin mengumumkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan mei, dan kerajaan sementara yang akan memerintah bermula sekarang hingga akan datang tidak akan dimasukkan nama Perdana Menteri, Salam Fayyad.

Perlantikan Fayyad telah ditentang oleh parti Hamas, yang memenangi pilihan raya perundangan dan mengawal sejumlah besar Kuasa di Palestin pada Januari 2006.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan Kuartet mencetuskan sekatan ekonomi terhadap rejim tersebut sebagai tindak balas kepada kemenangan mengejut mereka, pada masa yang sama mengukuhkan pembiyaan kepada Fatah, dan meneruskan pakej jutaan dollar untuk meningkatkan keselamatan dan institusi kepolisian Fatah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ayyas

Categories
Berita Semasa

Konsulat Perancis dan Keluarga tercedara dalam Serangan Israel di Gaza

Jumaat , 18/11/2011 – Pada Isnin, 14 November 2011,Konsulat Francis di Semenanjung Gaza, Majdi Jameel Yaseen Shaqqoura, 44, isteri beliau dan dua anaknya tercedera dalam satu serangan Israel di tapak Tentera Laut Palestn di Barat Daya Beit Lahia, bertempat dalam Utara Gaza.

Mereka berada di rumah ketika kejadian apabila mereka cedera terkena serpihan bom. Di samping itu, akibat serangan sama itu isteri konsulat menderita akibat pendarahan yang membawa kepada keguguran.

Menurut siasatan yang dikendalikan oleh Palestinian Centre untuk Human Rights (PCHR) Majdi Shaqqoura berada dalam kediaman beliau, bertempat belakang al-Nawras Resort dalam kawasan al-Soudaniya, barat daya Beit Lahia, pada masa serangan itu. Shaqqoura sedang melihat TV di dalam rumah ruang tamu yang mana dikelilingi oleh tingkap-tingkap besar, bersama-sama dengan saudaranya dan tiga kanak-kanak: Arwa, 9, Rawan, 13 , dan Mohammed, 8. Jam 2 pada waktu pagi mereka tiba-tiba kedengaran satu letupan yang mengegarkan rumah. Dalam keterangan beliau kepada PCHR, Shaqqoura berkata yang tingkap-tingkap ruang tamu pecah masuk ketika letupan. Dia dan saudaranya bertindak pantas untuk melindungi anak-anak.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Pakar Britain Dihantar ke Libya Untuk Bantu Pelupusan Senjata Kimia Haram Tersembunyi

Jumaat , 18/11/2011 – Walaupun memberi jaminan bertentangan, bekas pemimpin Libya, Muammar Gadaffi telah menyimpan sejumlah senjata kimia di seluruh negara. Senjata tersebut sepatutnya dimusnahkan pada 2004, tetapi telah dijumpai oleh kerajaan baru sekarang.

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, membawa Gadaffi keluar daripada pengasingan politik dunia barat. Salah satu janjinya adalah pemimpin Libya diktator tersebut akan menghentikan pembangunan bahan-bahan kimia, dan senjata pemusnah besar-besaran. Walaupun telah berjanji, penemuan beberapa minggu kebelakangan ini telah membuktikan Gadaffi menipu Tony Blair dan seluruh dunia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : blindstep