Categories
Berita Semasa

Mishaal: Normalisasi dengan Israel adalah kejahatan besar

Jumaat, 22-07-2022 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal menyifatkan normalisasi hubungan Arab dengan negara penceroboh Israel sebagai “kejahatan melampau yang mesti dihadapi dengan segala cara yang mungkin.”

Mishaal membuat kenyataan dalam ucapan yang disampaikannya pada malam belia yang diadakan baru-baru ini di Istanbul dengan dihadiri anak muda dari 40 negara Islam.

Mishaal menggesa belia negara Islam bekerja untuk pertumbuhan negara mereka, berkongsi kebimbangan rakyat mereka dan menyumbang kepada perjuangan Palestin menentang penceroboh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lepaskan Tembakan Kepada Petani di Selatan Gaza

Khamis, 21-07-2022 – Rejim Zionis menyerang petani Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung pada pagi Isnin , dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber setempat melaporkan bahawa tentera Israel di pos tentera di belakang pagar sempadan telah melepaskan tembakan mesingan ke arah petani dan ladang mereka di timur Khan Yunis di selatan Gaza. Kesemua petani melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dari kawasan sasaran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF mengenakan sekatan pergerakan baru di bandar Nablus

Khamis, 21-07-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menutup beberapa jalan di bandar Hawara, selatan Nablus, di utara Tebing Barat pada pagi Isnin.

Datuk Bandar Hawara Muin Dhamidi menyatakan yang jentolak tentera Israel menutup jalan-jalan di kampung-kampung kawasan barat, dan menyekat pergerakan keluar dan masuk ke bandar itu.

IOF turut membina semula berek tentera di atas bumbung bangunan di bandar itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Lebih 150 penceroboh cemari al-Aqsa di bawah perlindungan polis

Khamis, 21-07-2022 – Berpuluh-puluh penceroboh Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis mencemar Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Isnin dan kemudian pada sebelah petang hari sama.

Menurut laman web berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 155 orang penceroboh memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis.

Semasa lawatan mereka di tapak suci unat Islam itu, para penceroboh menerima ceramah daripada para rabbi tentang dakwaan gunung kuil dan sebahagian daripada mereka melakukan solat mengikut ajaran Talmud secara provokatif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin membantah lawatan Biden.

Selasa, 19-07-2022 – Aktivis Palestin telah menganjurkan bantahan di kawasan kepungan Jerusalem pada hari Khmais ke atas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden ke Tebing Barat dan perjumpaan dengan Presiden Pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas. Para aktivis menyeru peyertaan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Palestin dengan penuh semangat.

Pergerakan Hamas mengutuk lawatan Biden ke kawasan kepungan Palestine dan serantau seolah-olah memberi sokongan ke atas negara haram Israel dan usaha penjajahan Israel ke dalam negara Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Empat Banduan Palestin Teruskan Mogok Lapar

Selasa, 19-07-2022 – Empat tahanan Palestin telah meneruskan mogok lapar terbuka mereka pada hari Khamis sebagai protes terhadap dasar Israel yang berbeza yang melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Banduan Fikri Mansour dari Palestin meneruskan mogok laparnya untuk hari ke-12 berturut- turut sebagai protes terhadap pemindahannya ke bahagian tahanan jenayah di penjara Ayalon.

Fikri telah ditahan sejak 2005 dan sedang menjalani hukuman 17 tahun di penjara Israel. Sementara itu, banduan Moataz Obeido yang lumpuh juga telah meneruskan mogok lapar untuk hari ke-21 berturut-turut, sebagai protes terhadap dasar kecuaian perubatan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF menahan warga Palestin di sempadan Gaza

Selasa, 19-07-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan seorang warga Palestin atas tuduhan cuba merentasi sempadan Gaza pada pagi Khamis.

Jurucakap IOF berkata, seorang warga Palestin disoal siasat oleh pihak keselamatan rejim setelah cuba merentasi sempadan Gaza. Tiada senjata ditemui padanya.

Pada beberapa bulan kebelakangan, tenterea telah membuat beberapa pengumuman penahanan warga Palestin di sepanjang sempadan Gaza kerana cuba memasuki sempadan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Usaha AS integrasikan Israel ke rantau itu akan gagal

Selasa, 19-07-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya berkata pada hari Khamis bahawa percubaan Amerika untuk membentuk semula rantau itu dan mengintegrasikan Israel ke dalamnya akan gagal.

Dalam satu kenyataan akhbar, Haneyya menegaskan bahawa percubaan pentadbiran AS untuk menyediakan keselamatan bagi Israel di rantau itu melalui pakatan dengan beberapa kerajaan Arab akan gagal kerana ia bercanggah dengan kehendak dan warisan budaya dan intelektual wilayah ini.

“Rakyat Palestin tidak akan pernah jatuh ke dalam ilusi rundingan dan mereka akan berterusan dalam menegakkan penentangan menyeluruh sehingga mereka mengalahkan penjajah, membebaskan Baitulmuqaddis, dan kembali ke tanah mereka,” tegas Haneyya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Lebih 140 Cemari Aqsa di bawah Kawalan Polis

Jumaat, 15-07-2022 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu sehingga petang.

Menurut laman web al-Qastal, sekurang-kurangnya 142 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya dengan kawalan polis. Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Amnesty lancarkan kempen “Hentikan Apartheid Israel”

Jumaat, 15-07-2022 – Amnesty Antarabangsa mengumumkan senarai barangan bertajuk “Hentikan Apartheid Israel” termasuk kemeja-T, pelekat, sepanduk dan dokumen-dokumen

Pengumuman itu dibuat oleh pengurus kempen Amnesty UK untuk wilauah Israel/Palestin dan Syria, Kristyan Benedict, di Twitter pada Isnin.

“Akan ada lebih banyak barangan bagi menyokong kempen tersebut,” Benedict menyatakan di Twitter.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin ditembak, cedera akibat tembakan IOF

Jumaat, 15-07-2022 – Seorang pekerja Palestin ditembak dan cedera oleh Regim Zionis Israel (IOF) yang ditempatkan berhampiran tembok apartheid yang didirikan di atas tanah perkampungan Anin, barat Jenin, ketika cuba sampai ke tempat kerjanya di Green Line, pada pagi Rabu.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa seorang pekerja Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan di kakinya sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

Sumber menunjukkan bahawa tentera IOF telah meningkatkan kehadiran tentera mereka di selatan Jenin, dan bandar-bandar sekitarnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Negara Eropah tolak dakwaan Israel ke atas NGO Palestin sebagai pertubuhan pengganas

Jumaat, 15-07-2022 – Sembilan negara Eropah mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Selasa berikrar untuk terus bekerjasama dengan enam pertubuhan Palestin yang diharamkan Israel tahun lalu kerana Israel gagal membuktikan dakwaannya bahawa pertubuhan tersebut perlu ditetapkan sebagai pertubuhan pengganas.

Sembilan negara itu ialah Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

“Tiada maklumat penting diterima daripada Israel yang mewajarkan kajian semula dasar kami terhadap enam NGO Palestin,” kata kenyataan kementerian luar negara itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Retakan Baharu Di Al Aqsha Akibat Penggalian Berterusan Zionis Israel

Jumaat, 15-07-2022 – Batu bata berjatuhan dari tiang musolah lama Al-Aqsha, Rabu (13/7) akibat penggalian berterusan dilakukan oleh penjajah Israel di kawasan sekitar dan bahagian bawah Masjidil Aqsha.

Sejumlah sumber di Al-Quds menegaskan bahawa dinding musolah lama Al-Aqsha mengalami retakan disebabkan penggalian berterusan dan menyebabkan kerosakan berulang.

Pihak Otoriti penjajah zionis sering menunda keizinan kepada pihak teknikal badan wakaf Islam di Al-Quds untuk memeriksa apa yang berlaku di sekitar pagar Selatan Masjidil Aqsha walaupun terdapat jatuhan batu bata dari tiang Al-Aqsha.

Pada pertengahan Jun lalu, terdapat batu bata jatuh dari bahagian dalam pagar Selatan Masjidil Aqsha di kawasan yang dikenali sebagai musolah lama Al-Aqsha.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pentadbiran Tahanan memasuki hari ke 185 memulaukan mahkahmah rejim Zionis Israel.

Khamis, 14-07-2022 – Ratusan tahanan Palestin telah di tahan tanpa bicara atau pertuduhan di penjara rejim Zionis Israel telah memasuki hari ke 185, memulaukan mahkamah pada hari Isnin menuntut agar polisi penahanan berkenaan dihentikan.

Pada awal Januari, pentadbiran tahanan mengumumkan memulaukan semua prosedur mahkamah berkaitan dengan penahanan tersebut. Tahanan tanpa bicara berada di beberapa penjara rejim Zionis Israel , terutamanya di Penjara Negev dan Penjara Ofer.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel menyerang nelayan di utara Gaza

Khamis, 14-07-2022 – Pada petang Isnin, tentera rejim zionis (IOF) menyerang nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Semenanjung Gaza, menyebabkan mereka terpaksa kembali ke pantai.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ketika berada dalam lingkungan beberapa batu nautika di pelbagai kawasan utara Gaza.

Mujurlah tiada yang cedera dalam serangan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati