Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Neve Daniel meluaskan penempatan haram secara rahsia waktu malam

Sabtu, 20/08/2011 – Majlis Perbandaran Neve Daniel yang terletak di bawah wilayah jajahan rejim Zionis di barat Baitullaham, mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini dengan meluaskan lagi kawasan penempatan haram secara haram di kawasan tanah yang berhampiran Kampung Al-Khadr.

Ketika umat Islam Palestin berbuka puasa pada waktu Maghrib, pihak perbandaran membawa masuk jentolak-jentolak mereka dan menggali kawasan seluas 300 dunum ( 1 dunum = 1000 meter persegi ) di kawasan yang dikenali sebagai Ayn al-Qissis sepanjang malam.

Penggalian pada waktu malam itu telah berlangsung selama 4 malam di kawasan yang tidak dihuni oleh penduduk Palestin, kata Ahmed Salah, Koordinator bagi Jawatankuasa Anti-penempatan Haram setempat. Katanya lagi, beberapa orang petani mengadu mereka terkejut apabila pergi ke mengusahakan ladang, mereka mendapati ada kesan kemusnahan oleh jentolak. Kata mereka lagi, mereka tidak nampak sebarang aktiviti jentolak pada waktu siang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas diketuai Mesh’al bertemu pasukan khas Mesir di Kaherah

Sabtu, 20/08/2011 – Hamas pada petang Selasa (16 Ogos) dengan diketuai oleh Pengerusi Biro Politknya, Khaled Mesh’al, telah memulakan siri lawatan dan mesyaratnya bersama beberapa orang penting Mesir serta ketua Pasukan Khas Am Mesir, untuk membincangkan perkembangan terbaru situasi Palestin, yang baru sahaj tamat beberapa jam lalu.

Presiden Pusat Kajian Palestin di Kaherah, Ibraheem Ad-Drawei, menerangkan kepada Pusat Informasi Palestin bahawa mesyarat pada hari Rabu (17 Ogos) akan membincangkan sekitar isu paling penting berkaitan fail Palestin, dan isu hubungan di antara Hamas dan Kaherah selepas revolusi 25 Januari lepas, termasuk di dalamnya isu sempadan Rafah, rekonsiliasi Palestin dan hubungan aktif dua hala di antara Hamas dan Kaherah.

Antara yang menyertai delegasi ini selain Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al, adalah Timbalan Pengerusi Biro Politk, Dr. Mousa Abu Marzouq, dan anggota biro, Mahyanj Brou Mad Nassar, Sami Khatar dan Nizar Audallah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rayuan tentang pengusiran seharusnya berpihak kepada Salah dalam minggu-minggu akan datang

Sabtu, 20/08/2011 – Para penyokong Raed Salah, pemimpin gerakan Islam di Israel; berasa semakin yakin terhadap kes pengusiran akan berpihak kepada Salah nanti.

“Setelah diyakinkan tentang perkembangan kes tersebut, kami menjadi lebih yakin bahawa ia akan berpihak kepada Sheikh Salah”, kata Mohammed Hamdan, pengerusi rangkaian penyokong tahanan Palestin Eropah (UFree), dalam satu lawatannya bertemu Salah. Organisasi yang berpengkalan di Oslo telah mengambil kes Salah sejak beliau ditahan di London pada Jun dalam satu dakwaan larangan keluar bermusafir.

Salah telah dibebaskan dengan ikat jamin, dan beliau mengambil keputusan untuk tetap di England bagi menentang keputusan larangan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan penangkapan bersih, membakar tanah ladang di sekitar Jenin.

Sabtu, 20/08/2011 – Tentera Pendudukan Israel telah melancarkan perluasan penangkapan bersih di sekitar Bandar Jenin di Tebing Barat, serta pembakaran puluhan dunums(ekar) tanah di ladang bandar itu.

Saksi-saksi berkata, beberapa peronda menyerbu kampung Kafr Rai di selatan Jenin dan berlanjutan sehingga ke jalan-jalan. Sebuah rumah yang berusia 16 tahun, turut diperiksa dalam operasi tersebut.

Sumber menambah, askar-askar telah membuat serang hendap di tanah perkuburan tempatan, di kebun tanaman zaitun serta di atas bumbung rumah-rumah yang berdekatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis dikerah ke Silwan untuk mencari senjata, namun tiada

Sabtu, 20/08/2011 – Tentera Zionis Israel dan pasukan khas yang disokong helikopter menyerbu bandar Silwan, selatan Baitulmuqaddis yang diduduki Rabu lalu dan dikerah ke pinggir bandar Batn Al-Hawa dan Ein Bir Ayub , menurut sumber tempatan.

Mereka berkata ketegangan yang berlaku di bandar itu kerana mereka takut gelombang perobohan rumah tempatan yang kini sedang memuncak.

Fakhri Abu Diab, ahli jawatankuasa mempertahankan tanah Silwan berkata tentera Israel memanjat bumbung rumah-rumah Palestin di Silwan dan mengerahkan sejumlah besar pasukan keselamatan di pintu masuk ke bandar dan kawasan pinggir bandar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan Israel: Keadaan Tawanan Palestin Menyedihkan dan Tidak Manusiawi

Sabtu, 20/08/2011 – Satu laporan dari Mahkamah Agung Israel yang diterbitkan Selasa (16/8) menyatakan bahawa keadaan tawanan Palestin di penjara Israel sangat daif.

Laporan ini menjelaskan bahawa keadaan penjara Israel amat buruk kerana banyak kes tawanan mengalami sesak nafas, bangunan penjara yang tidak mengikut piawaian, melayan tawanan dengan cara tidak adil, kekurangan peralatan asas, kekurangan layanan perubatan, disamping larangan dikunjungi oleh keluarga dan penguam bela.

Laporan ini dibuat oleh sejumlah peguam melalui kajian terhadap 26 penjara dan tahanan yang berada di bawah tanggungjawab pihak keselamatan Israel dan 13 penjara di bawah tanggungjawab Mahkamah Israel serta 10 tahanan di bawah tanggungjawab polis.

Laporan menegaskan bahawa penjara Sharon yang menahan puluhan tahanan wanita Palestin mengalami banyak kekurangan, keluhan dari tahanan berkaitaan keperluan bantuan perubatan dan sesi soal siasat yang sangat keras.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel luaskan penempatan haram di Nablus

Sabtu, 20/08/2011 – Penduduk haram Zionis-Israel di dapati telah meluaskan penempatan haram mereka di selatan bandar Nablus. Mereka juga didapati menyiapkan rumah-rumah yang separa siap dibina sebelum ini. 90% penduduk Zionis Israel sedang rancak meluaskan kawasan penempatan mereka dan ini disokong oleh kerajaan haram Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin : Pembinaan ribuan petempatan di Al-Quds langgar undang-undang antarabangsa.

Khamis, 18/08/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza menganggap Zionis yang memebina ribuan petempatan di Bandar Al-Quds sebagai melanggar dan bertentagnan sama sekali dengan semua undang-undang antarabangsa.

Menteri Keadilan dalam Kerajaan Palestin memberitahu pada hari Ahad (14 Ogos) bahawa Kerajaan Zionis melalui Menteri Dalamnya, Elie Yeshai, sedang merancangkan peminaam 4300 petempatan haram di atas tanah rakyat Palestin di bawah pemerintahan Zionis, sebagai rentetan polisi untuk mengyahudikan Al-Aqsa dan menyesarkan penduduk asalnya, yang sebernarnya turut melanggar Konvensyen Geneva ke-4 pada tahun 1949 terutamanya pada perkara ke-47.

Mneteri tersebut menambah : “Menurut undang-undang, Bandar Al-Quds yang tanahnya dibawah jajahan Zionis dipanggil sebagai “Israel””. Perkara tersebut menurut perjanjian Konvensyen Hague yang ke-4 tahun 1907 kerana berlakunya perubahan demografi dalam taburan penduduk di tanah terjajah itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tutupan sepenuhnya Tebing Barat, Semenanjung Gaza bulan depan

Khamis, 18/08/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) akan mengenakan penutupan sepenuhnya semua wilayah Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bulan September depan, lapor media Yahudi pada Ahad lalu.

Mereka berkata langkah itu diambil kerana menjangkakan berlaku perarakan perpaduan serentak dengan tawaran Pihak Berkuasa Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara Palestin.

Laporan yang menyatakan semua anggota keselamatan Israel telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, menjangkakan pertempuran dengan pasukan tentera yang ditempatkan di pusat pemeriksaan di Tebing Barat dan di lintasan sempadan dan sekatan berhampiran Gaza dan Baitul Maqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ratusan ribu sertai demo memprotes Zionis-Israel

Khamis, 18/08/2011 – Ratusan ribu sertai demo memprotes tindakan Zionis Israel. Sebanyak 12 tempat yang berlainan mengadakan demo besar-besaran itu. Ini merupakan demo besar di Tel Aviv. Penganjur demo menyatakan amat berpuas hati kerana berjaya memobilisasikan rakyat untuk turun ke jalan raya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri tawaran pampasan, tanpa mohon maaf kepada Turki

Isnin , 15/08/2011 – Rejim Zionis memberi tawaran untuk menggandakan pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan Mavi Marmara yang berlaku pada Mei 2010 sebagai ganti permohonan maaf secara rasmi atas serangan tersebut seperti yang dituntut Turki, kata seorang pegawai politik rejim Zionis kepada akhbar
harian mereka, Ma’ariv pada Khamis lepas.

Dalam cadangan terbaru, mereka merancang untuk menaikkan nilai pampasan daripada US $50 ribu kepada US $100 ribu kepada setiap keluarga mangsa yang berketurunan Turki bagi mengelakkan perlunya mereka memohon maaf secara rasmi.

Pegawai itu berkata, kerajaan Turki masih belum memberi jawapan kepada tawaran itu yang mana rejim Zionis berharap ianya dapat menamatkan krisis diplomatic antara kedua-dua Negara berikutan serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel serang rakyat Palestin ketika iftar.

Isnin , 15/08/2011 – Beberapa orang Israel telah menyerang rakyat Palestin ketika rakyat Palestin sedang berbuka puasa. Zionis Israel melempar batu ke arah rakyat Palestin. Dalam Ramadhan kali ini, sudah 2 kali serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel. Zionis turut menceroboh masuk rumah milik rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Abbas mengucapkan tahniah kepada Haneyya atas kedatangan Ramadan, mengesahkan kesudian untuk rundingan

Isnin , 15/08/2011 – Presiden pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbas menghubungi Perdana Menteri Gaza Ismail Haneyya pada Khamis mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan meyakinkan keperluan untuk meneruskan suasana rundingan serta mesyuarat di Kaherah dan Gaza.

Abbas menekankan dalam perbualan itu tentang pentingnya melaksanakan isu yang dipersetujui di Kaherah, seperti isu tahanan politik, passport dan rundingan sosial.

Beliau menyuarakan bahawa suasana positif terbentuk sejak mesyuarat terbaru di Kaherah serta mesyuarat dengan Ruhi Fattouh di Gaza. Abbas turut menekankan yang beliau tidak akan berpaling dan mengatakan, “Kami mahu bekerjasama dalam hal ini.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan paling lama dipenjarakan kini ditahan lagi

Isnin , 15/08/2011 – Tahanan paling lama dipenjarakan dalam pentadbiran Palestin, Ayed Dudin, 44 sekali lagi telah ditangkap hanya 40 hari selepas dibebaskan.

Sebelum kejadian itu, Dudin telah dipenjarakan dalam tahanan pentadbiran tanpa dakwaan selama empat tahun.
Beliau kini dianggap sebagai kes pertama di bawah kempen “Tahanan Berisiko” yang dilancarkan oleh Assocaiton Aldameer untuk Hak Asasi Manusia pada bulan April lalu. Peguam persatuan itu telah mengikuti kes dan memfailkan petisyen antarabangsa bagi membela tahanan pentadbiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Liga Arab Diminta Tekan Israel Bebaskan Tawanan Menghidapi Tumor

Isnin , 15/08/2011 – Menteri Urusan Tawanan Palestin Dr. Athallah Abu Sabih menyeru pertubuhan hak Asasi Manusia, Liga Arab dan badan-badan bebas di dunia untuk menekan penjajah Zionis Israel agar membebaskan tawanan Palestin Zakaria Isa yang menderita tumor di kepalanya.

Abu Sabih menyatakan bahawa penjajah Zionis Israel bertanggungjawab atas nyawa tawanan terutama tawanan Zakaria Isa. Belia menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel meningkatkan permusuhannya secara keras terhadap para tawanan Palestin dalama bulan Ramadhan. Tindakan-tindakan kekerasan masih dilakukan Israel terhadap mereka.

Beliau menjelaskan bahawa tawanan Zakaria Isa adalah salah seorang tawanan Palestin yang sudah tinggal selama lebih dari 10 tahun di penjara Israel dan selama itu beliau bergelut dengan penyakit yang dihidapinya. Beliau menyatakan Zakaria sering pengsan yang kemudiannya dikenalpasti menderita tumor di kepalanya. Ini menyebabkan beliau sering pengsan selama berjam-jam tanpa diberikan rawatan yang sewajarnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman