Categories
Berita Semasa

(Terkini) Kazakhstan ikat perjanjian dengan Israel.

Selasa,  30/06/2009 – Satu perjanjian kerjasama angkasa antara Israel dan Kazakhstan telah ditandatangani pagi Selasa (30/06/2009). Menurut perjanjian itu, Kazakhstan akan membeli satelit-satelit dan teknologi pengawasan dari Israel.

Presiden Shimon Peres, yang melawat Kazakhstan , adalah dijangkakan meminta negara itu untuk menghentikan penjualan uranium ke Iran dan melabur dalam teknologi Israel dalam penyelidikan dan pembangunan.

sumber : Jerusalem Post
penterjemah : gunx

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Hamas akan membebaskan 30 banduan Fateh.

Selasa,  30/06/2009 – Ketika mana beberapa pemimpin Hamas berulangkali menyatakan yang tiada banduan politik di Gaza, pemerintah Hamas di Semenanjung Gaza menyatakan yang mereka akan membebaskan 20 banduan Fateh ‘yang tidak terlibat dalam akta-akta yang melanggar undang-undang’.

Categories
Berita Semasa

Pusingan Pertama dialog gagal kerana kedegilan Fatah.

Selasa,  30/06/2009 – HAMAS menegaskan pusingan pertama dialog Kaherah gagal kerana kedegilan Fatah dan ketidaksediaannya memberikan kerjasama bagi mengakhiri isu tahanan politik, sambil menjelaskan perjumpaan kedua yang kecil akan diadakan dan dijangka berakhir pertengahan malam ini bagi membincangkan percubaan untuk mencapai format bersama sekitar isu tersebut.

Categories
Berita Semasa

PBB : Zionis-Israel larang hak rakyat.

Selasa,  30/06/2009 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh pejabat PBB menyatakan Zionis-Israel telah menafikan hak-hak rakyat Palestin di Gaza. Laporan itu menyatakan operasi ketenteraan masih berjalan. Rakyat Palestin tidak dibenarkan melepasi sejauh 300m dari sempadan. Tentera Zionis-Israel aan menembak jika terdapat merelka yang melepasi had itu. Para nelayan juga tidak dibenarkan menangkap ikan mengikut kemahuan mereka. Rakyat Palestin hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 38km dari pantai.

Categories
Berita Semasa

Awad: Turki ikrar projek pembangunan di Gaza.

Isnin,  29/06/2009 – Dr. Mohammed Awad, Setiausaha Agung Kerajaan Palestin di Gaza berkata bahawa kerajaan Turki serta beberapa syarikat swasta berminat untuk membangunkan Gaza dengan projek besar-besaran.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Ross penasihat terbaru Obama utk isu Timur Tengah.

Sabtu,  27/06/2009 – White House pada Khamis lalu memutuskan untuk menamakan Dennis Ross, perunding veteran Timur Tengah sebagai penasihat khas kepada Presiden AS, Barack Obama bagi perkara-perkara berkaitan Timur Tengah, Negara Teluk Arab, Afghanistan, Pakistan dan Asia Selatan.

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Palestin mesti dilucutkan senjata dan penempatan haram akan diteruskan.

Sabtu,  27/06/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengulang pendirian beliau bahawa negara Palestin yang akan didirikan perlu dilucutkan senjata dan Israel berhak membina penempatan haram di wilayah Palestin.

Categories
Berita Semasa

Ad Dameer mahu Abbas nyatakan pendirian mengenai tahanan politik.

Rabu,  24/06/2009 – Persatuan Hak Asasi Manusia Ad Dameer menggesa Abbas nyatakan pendirian yang jelas mengenai aktiviti penahanan politik di Tebing Barat yang semakin meningkat terutamanya terhadap ahli-ahli Hamas.

Categories
Berita Semasa

Aktivis US keluarkan barangan Israel dari rak pasaraya.

Rabu,  24/06/2009 – Aktivis Jangan Beli Barangan Apartheid pada hari Sabtu Jun 20 telah berkumpul di syarikat Trader Joe’s yang terletak di Oakland dan San Francisco, US telah mendesak syarikat tersebut berhenti menjual barangan buatan Israel.

Categories
Berita Semasa

Mesh’al sampai ucapan sentuh pendirian HAMAS terhadap perkembangan terakhir politik.

Rabu,  24/06/2009 – HAMAS mengumumkan Khaled Mesh’al, Ketua Biro Politik akan menyampaikan ucapan penting mengenai dasar politik HAMAS tepat jam 6 petang Khamis 25 Jun ini.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Mengenali pasukan pejuang Brigade Al-Qassam.

Categories
Berita Semasa

40 penyokong Hamas ditahan dalam masa 24 jam.

Selasa,  23/06/2009 – Seorang pemimpin politik pergerakan Hamas di Gaza, Dr. Ismail Radwan melaporkan pasukan keselamatan presiden Mahmoud Abbas telah bertindak menahan 40 orang penyokong Hamas dalam masa 24 jam, dan menuntut satu keputusan sebenar untuk menghentikan semua penangkapan politik.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) 4 Nelayan Palestin diculik rejim Zionis.

Selasa,  23/06/2009 – Tentera Laut Israel Isnin lalu telah menculik empat orang nelayan Palestin termasuk dua adik-beradik disebabkan mereka memancing di perairan Palestin di Gaza.

Categories
Berita Semasa

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS bertemu Presiden Yaman.

Selasa,  23/06/2009 –

Selasa,  23/06/2009 –Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Dr Musa Abu Marzuq bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh pada hari Ahad (21/6). Dalam pertemuan tersebut Dr Musa telah memaklumkan tentang perkembangan terkini yang berlaku di Palestin serta mengenai dialog terakhir yang berlangsung di Kaherah. Kedua-dua pihak juga membincangkan tentang sikap pihak-pihak lain terhadap isu Palestin.

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Fatah bincang isu tahanan politik di Gaza dan Tebing Barat.

Isnin,  22/06/2009 – Wakil- wakil dari Hamas dan Fatah, Rabu lepas, telah mengadakan pertemuan di Jalur Gaza dan Tebing Barat bagi membincangkan isu tahanan- tahanan politik serta memperbaiki suasana supaya dialog nasional dapat disambung semula.