
Jumaat, 06/07/07 –Wartawan Aljazeera di Palestin malaporkan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengeluarkan perintah memecat anggota Suruhanjaya Pusat Fatah, Hani Al Hassan dari jawatan Penasihat Tertinggi bagi Presiden Palestin.

Jumaat, 06/07/07 –
Akhbar Israel, “Maarif†berkata bahawa tentera Israel akan mengadakan siri latihan perang secara besar-besaran di Bukit Golan yang dijajahinya tidak lama lagi. Kerajaan Israel telah memakluimkan kepada Damsyik tentang perkara tersebut melalui pihak ketiga.
![]()
Jumaat, 06/07/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata bahawa Israel akan terus bertindak balas terhadap mereka yang disifatkan sebagai pelampau. Beliau menegaskan bahawa kerajaannya akan terus bekerjasama dengan kerajaan sementara Palestin.

Jumaat, 06/07/07 –
Perdana Menteri Palestin yang dipecat, Ismail Haniyeh hari ini mengawasi kediaman bekas presiden Palestin yang telah kembali ke rahmatullah, Yaser Arafat, di Ghaza. Beliau menghubungi isterinya sambil menegaskan bahawa peralatan rumah tersebut tidak disentuh ketika pertempuran berlaku baru-baru ini antara Hamas dan Fatah.

Jumaat, 06/07/07 –Presiden Israel, Mosheh Kitsaf telah mengemukakan perletakan jawatan setelah mendapat persetujuan daripadanya berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu akhlak bagi mengelakkannya daripada dimasukkan penjara.

Khamis, 05/07/07 –
Pertubuhan Rakyat Pembebasan Palestin menuntut Presiden Mahmoud Abbas supaya meletak jawatan sebagai presiden kerajaan dan juga pertubuhan Fatah bagi melaksanakan pilihanraya yang disifatkan sebagai serius dan benar.

Khamis, 05/07/07 –
Kerajaan sementara Palestin menuduh Israel cuba menumbangkannya, berlainan dengan apa yang perlu dipatuhi oleh Perdana Menteri Israel dalam persidangan Sharm Sheikh pada Isnin lalu.

Khamis, 05/07/07 –Sumber politik Israel menjangkakan bahawa keputusan laporan terakhir bagi hasil siasatan suruhanjaya terhadap cara mengemudi peperangan Lubnan pada tahun lepas akan lewat sehingga Oktober, iaitu dua bulan daripada tarikh yang dijangkakan. Suruhanjaya itu telah menyatakan Perdana Menteri Ehud Olmert serta menteri pertahanannya ketika itu, bertanggungjawab terhadap kegagalan perang tersebut.

Khamis, 05/07/07 –Penyelaras Bantuan Kesatuan Eropah, Luiose Michele menggesa Israel supaya membuka pintu sempadan utama dengan Ghaza bagi membenarkan kemasukan saluran bantuan asasi kepada 1.5 juta rakyat Palestin yang tinggal di Ghaza.

Khamis, 05/07/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengeluarkan perintah melarang mengangkat senjata yang tidak dibenarkan bagi menamatkan fenomena semua kumpulan bersenjata, mengharamkan kumpulan militant, penubuhan pasukan tentera atau separa tentera di Palestin.

Khamis, 05/07/07 –
Perdana Menteri Palestin yang dipecat, Ismail Haniyeh mengumumkan semalam bahawa beliau mengalu-alukan seruan Presiden Mesir, Hosni Mubarak terhadap rundingan isu dalaman Palestin. Beliau menjelaskan bahawa Hamas bersedia untuk memulakan “rundingan kebangsaanâ€.

Khamis, 05/07/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert enggan berunding dengan Hamas bagi membebaskan tentera yang diculik, Jilad Shalit yang mana Briged Al Qassam dari Hamas telah menyiarkan rakaman suara.

Khamis, 05/07/07 –
Sebelum menjelang sidang kemuncak empat penjuru Syaram Sheikh, Presiden Mesir, Hosni Mubarak, sekali lagi mengulangi sokongannya terhadap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Beliau juga menyifatkan penguasaan Hamas ke atas Ghaza adalah sebagai satu rampasan kuasa.

Khamis, 05/07/07 –
David Miliband, Setiausaha Luar British, pada hari Rabu (4/7/07) menghargai peranan Hamas dan Ismail Haneyya, Perdana Kerajaan Sementara PA, dalam usaha membebaskan Alan Johnston, wartawan BBC selepas empat bulan dalam tawanan.

Rabu, 04/07/07 –Pihak pentadbiran AS sedang mempromosikan rancangan lapuknya untuk mengenakan pentadbiran tentera di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam usaha untuk menghapuskan kumpulan penentang dan sayap bersenjata Palestin.