
Selasa, 14/11/06 –
Sumber Hamas menyatakan, pihaknya sedang melakukan kesepakatan dengan presiden Mahmud Abbas berkaitan perlantikan perdana menteri Palestin yang baru.
Selasa, 14/11/06 –
Perdana Menteri Palestin,Ismael Haneya menyambut baik keputusan menteri-menteri luar Arab yang akan membebaskan rakyat Palestin dari sekatan dunia disebabkan pembentukan kerajaan pemerintahan yang dipimpin Hamas.

Selasa, 14/11/06 –
Wakil tertinggi PA Ismail Haneyya pada Isnin lepas mengesahkan bahawa perjanjian terhadap kesatuan kerajaan nasional akan di persembankan kepada penduduk palestin selesai sahaja perjanjian tersebut dan menambah bahawa tidak ada nama yang dibentangkan setakat ini oleh Hamas dan wakilnya untuk jawatan premier atau wakil tertinggi di dalam kerajaan.

Selasa, 14/11/06 –
Sumber Palestin menyebut Isnin lalu (13/11/06) , Fatah dan Hamas
bersepakat melantik Mohammad Abu Shbeir sebagai ketua
Kerajaaan Campuran. Abu Shbeir telah bersetuju dan akan membuat
kenyataan rasmi tentang isu tersebut dalam masa terdekat.

Jumaat, 10/11/06 –
Belum puas membunuh penduduk awam Palestin di Bethanouan yang korban meningkat
menjadi 20 orang kanak-kanak dan wanita,tentera Israel hari ini Rabu(08/11) melakukan pembunuhan lima orang warga Palestin di baldah Yamoun barat kota Jenin utara Tepi Barat dengan memusnahkan kediaman mereka.
Di kala kita sedang bergembira di rumah2 terbuka di bulan Syawal yang mulia ini, jangan lupakan saudara2 kita yang sekarang terhimpit dengan peluru2 ganas rejim Zionis. Terkini adalah serangan rejim di Beit Hanun.

Genangan air bercampur darah kanak2 Palestin yang syahid.

Anak2 Palestin yang syahid. Masihkah kita berdiam diri ?

Di manakah engkau pemimpin dunia Islam ? Kenapa biarkan kami dibantai sesuka hati begini?

Ayah! Ibu! Kenapa saya diperlakukan begini ? Di mana saudara se Islam kita ? Kenapa
mereka hanya melihat sahaja ?

Khamis , 09/11/06 –
Pusat HAM Palestin ‘Al-Mizan’ menyatakan tentera penceroboh Israel telah memusnahkan sebuah masjid bersejarah di Bethanoun di mana usia masjid itu mencecah 800 tahun dan 200 buah rumah kediaman palestin sebelum mereka meninggalkannya pada Selasa pagi (07/11/06).

Rabu , 08/11/06 – Berdasarkan maklumat yang di terima dari pusat maklumat Palestin, Dr. Basim Naim yang menjawat jawatan menteri kesihatan palestin telah dicalonkan oleh pihak Hamas sebagai pemimpin Palestin yang baru hasil kesepatan dan persetujuan bersama dengan pihak Fatah.

Rabu , 08/11/06 –
Yasser Mohammad, salah seorang pemimpin politik pergerakan HAMAS, berkata
semalam (07/11/06), mengumumkan perjanjian berhubung penubuhan
kerajaan kesatuan telah berada pada tahap terakhir.

Selasa , 07/11/06 –
Sumber Palestin melaporkan bahawa pertemuan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan PM<
Palestin, Ismail Haniya berakhir dengan tiada sebarang kata putus berhubung penubuhan
kerajaan gabungan tetapi kedua pihak berjanji mengadakan pertemuan pada hari ini
(Selasa, 07/11/2006).

Selasa , 07/11/06 –
Menteri Urusan Tahanan Palestin, Wasfi Qabha menyatakan bahawa pemerintah penjajah Israel setuju untuk membebaskan semua tahanan wanita Palestin dan kanak-kanak di bawah umur lapan tahun serta 150 tahanan yang sakit.

Selasa , 07/11/06 –
Seorang lagi kanak2 Palestin syahid akibat serangan udara oleh tentera Israel di wilayah Dawar Syaikh Zayid Utara Semenanjung Gaza pada pagi 6/11/2006,manakala sembilan kanak-kanak mengalami cedera ringan dan seorang wanita cedera parah.
Selasa , 07/11/06 –
2 orang wanita Palestin syahid apabila ditembak rejim Zionis apabila merusuh berhampiran masjid Gaza semasa mereka cuba menyelamatkan 60 orang pemuda Palestin di dalamnya.

Isnin , 06/11/06 –
Dr Mahmoud Zahar , Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian bahawa Kopral Ghilat Shalit hanya akan dibebaskan jika tahanan Palestin seramai 1500 orang
yang termasuk kanak2, wanita dan lelaki dibebaskan rejim Zionis.

Khamis , 02/11/06 –
Askar Nasser Salahuddin, sayap askar yg tekenal dalam kumpulan Palestin, mengesahkan telah menembak peluru missile pertamanya ke Tebing Barat di kawasan askar Israel di tanah daerah Nablus.