Pasukan Khas Israel Mengganas : Komandan al-Aqsa Terkorban

Jumaat, 23/06/2006 –
Sumber-sumber Palestin menyebutkan, pasukan khas Zionis Israel kembali melakukan operasi pembunuhan terhadap pemimpin pejuang Palestin, Khamis (22/06).

Saban hari nyawa saudara kita di Palestin melayang !


Mangsa terbaru serangan rejim Zionis
pada Rabu, 21/06/06 di selatan Jalur Gaza.


Mohammed Roka, 5 tahun (kanan) dan kakaknya
Needa yang terbunuh dalam serangan ganas rejim Zionis
pada Selasa, 20/06/06 di Gaza.

Lanjut Tempoh Tahan Tanpa Bicara Israel Akan Dibincang

Jumaat, 23/06/2006 – Harian Hebrew Al-Haretz berkata masjlis perundangan yang berkaitan dengan Parlimen Israel akan membincangkan satu usul untuk melanjutkan tempoh tahan tanpa bicara tahanan Palestin dan melarang mereka berjumpa dengan peguam selama 30 hari tanpa dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Wanita Palestin: Saya Berhak Lantik Penasihat

Jumaat, 23/06/2006 –
Menteri Wanita Palestin, Dr. Mariam Saleh mengesahkan beliau mempunyai hak melantik penasihat kementerian beliau dan menafikan khabar angin mengatakan beliau mahu mengurangkan kuasa dan pengaruh pegawai tinggi kerajaan.

Wawancara Eksklusif Bersama Ismael Haneyyah (Part 2)


Ini adalah bahagian kedua wawancara Infopalestina dengan PM Palestin, Ismail Haniyyah.

Anda boleh membaca bahagian pertama di sini
Part 1

Haneyya : EU diseru bekerjasama

Khamis, 22/06/2006 –

PM Palestin Ismael Haneyyah menyeru Kesatuan Eropah (EU) agar memahami
peripentingnya kerjasama secara rasmi dengan kerajaan Palestin yang dipilih secara
demokratik dan menghormati pilihan rakyat Palestin

Referendum Rakyat atau referendum Zionis?


oleh : Maszlee Malik

Masyarakat dunia sekali lagi dikejutkan oleh keputusan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Beliau telah memberikan kata dua kepada kerajaan Palestin di bawah pimpinan HAMAS untuk menerima referendum rakyat. Referendum yang bertujuan untuk menentukan hala tuju rakyat Palestin itu bagaikan satu ugutan kepada kerajaan yang masih lagi bergelut untuk menyelesaikan masalah yang dicipta oleh AS dan juga Zionis. Sekatan ekonomi yang mereka hadapi hasil makar AS dan Zionis itu telah berjaya diatasi sedikit demi sedikit. Malangnya, bukan sekadar tidak membantu, malah Mahmoud Abbas memberikan masalah yang baru kepada mereka. Beliau telah memberikan tarikh 29 Jun 2006 sebagai tarikh mengadakan referendum tersebut. Apakah isi referendum tersebut?, dan bagaimanakah ia tiba-tiba muncul?

Pakar Sepakat Tolak Referendum

Selasa , 20/06/2006 –

Para pembentang kertas seminar berkenaan Referendum yang diadakan di Masjid
al-Sayyid Hasyim, Gaza Ahad (18/6), sepakat menyatakan pentingnya menolak
referendum rakyat.

Akef: PLO Menyarankan agar rakyat Palestin menyerahkan tanah-tanah mereka

Selasa , 20/06/2006 –
Mohammad Mahdi Akef, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin telah menyatakan rasa terkejut beliau terhadap PLO atas dakwaan mereka yang menyatakan mereka adalah pemelihara hak dan tanah rakyat Palestin, sedangkan hakikat yang sebenar adalah mereka cuba untuk menyerahkan hak-hak tersebut kepada rejim Zionis.

Zahhar: Kami akan terus membawa wang untuk rakyat kami

Isnin , 19/06/2006 – Dr. Mahmoud AL-Zahhar, menteri luar pihak berkuasa Palestin pada hari sabtu yang lalu mengesahkan bahawa kunjungan beliau ke negara-negara Arab dan Asia baru-baru ini adalah satu kejayaan dan menegaskan bahawa kerajaannya tidak akan membenarkan rakyat Palestin berada dalam kelaparan.

Di kala kita asyik dengan Piala Dunia … saudara kita di Palestin dibunuh !


Mangsa terbaru serangan rejim Zionis pada Selasa 13/06/06) ang membunuh 11 rakyat Palestin termasuk 3 kanak2, 6 dewasa dan 2 pejuang
Jihad Islami.


Jenazah Sabrine Ghalia(14 tahun), kanan, bersama adiknya, Haitham, 1 tahun dan Hanidi yang masih berusia 18 bulan sebelum dikebumikan di utara Jalur Gaza di Beit Lahiya, pada Sabtu 10/06/06.


Huda Ghalia (tengah) ditenangkan oleh saudara mara semasa jenazah ibubapa dan adik beradiknya dikebumikan di utara Jalur Gaza. Mereka antara mangsa terbaru rejim Zionis .

Gunting dalam lipatan bersama HAMAS ?

Jumaat,

16/06/2006 – Dr. Salah Bardawil, jurucakap gerakan Hamas di parlimen Palestin menyebutkan
bahawa terdapat pihak yang berpengaruh dalam pemerintahan Palestin dan gerakan
Fatah berusaha untuk menggagalkan kerajaan Hamas di parlimen.

Kami tidak takut dengan ancaman Zionis

Rabu, 14/06/2006 –

Wakil Hamas dalam jawatankuasa bertindak gerakan Islam dan nasional, Khalil Nofal menegaskan pada hari Selasa, operasi pengeboman dan pembunuhan yang hebat oleh rejim Zionis tidak akan dapat memaksa rakyat Palestin yang perpendirian teguh serta kerajaannya untuk tunduk kepada tekanan itu.

9 Dibunuh Dalam Serangan Udara Israel

Rabu, 14/06/2006 –

9 orang awam dibunuh dan 25 lagi cedera parah dalam serangan udara Israel di Gaza awal pagi Selasa (13/06/06).

Rejim Zionis Roboh Rumah, Tahan Aktivis

Rabu, 14/06/2006 – Rejim Zionis yang berpakaian awam menahan Salah Al-Balhawi, 43, seorang aktivis AMB yang dikehendaki oleh rejim Zionis sejak meletusnya Intifada September 2000.