Categories
Berita Semasa

Arouri: kami sedang menunggu jawapan Israel tentang nasib lima tahanan wanita

Rabu, 19/10/2011 – Ahli biro politik Hamas, Sheikh Saleh al-Arouri yang bertanggungjawab terhadap fail tahanan berkata bahawa gerakannya menyerahkan senarai 9 orang tahanan wanita yang tidak termasuk dalam senarai pertukaran melalui seorang perantara Mesir dan memaklumkan kepada mereka bahawa ia melanggar perjanjian.

Beliau memberitahu PIC dalam satu temuramah ekslusif “Ketika rundingan, pihak Zionis menyediakan senarai tahanan wanita Palestin yang merangkumi 27 tahanan. Setelah kami memeriksa senarai kami mendapati 9 orang tahanan wanita tidak termasuk dalam senarai tersebut, jadi kami memulangkan senarai itu dan menunggu jawapan mereka”.

Berkenaan khabar angin bahawa majoriti tahanan yang termasuk di dalam senarai pertukaran itu terlibat dengan Hamas, beliau berkata 1027 tahanan yang dijangka dibebaskan, 600-700 tahanan adalah dari kumpulan-kumpulan lain, kebanyakkannya terlibat dengan Fatah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Akui Pertukaran Tawanan Adalah Kemenangan Bagi Hamas

Rabu, 19/10/2011 – Ketua Bahagian Perisikan Dalam Negeri Israel “Shabak” (Shin Bet), Yoram Cohen menilai bahawa kesepakatan pertukaran tawanan antara pejuang Palestin dan Israel adalah “cara terbaik” untuk mengembalikan Gilad Shalit kepada keluarganya.

Meski dengan itu, Cohen mendakwa, bahawa kesepakatan pertukaran tawanan tersebut akan mendorong kelompok-kelompok Palestin untuk menculik lebih ramai lagi tentera Israel.

Sementara itu, Penasihat Perdana Menteri Israel untuk Urusan Keamanan Nasional, Yakub Amidror berpendapat bahawa kesepakatan pertukaran tawanan yang dicapai antara Hamas dan Israel, “sedikit lebih buruk”. Dia mengakui mencatat beberapa perkara yang menguntungkan Hamas di Palestin.

Seorang kolumnis Zionis, Ben Caspit, melihat kesepakatan pertukaran tawanan merupakan bentuk penyerahan yang memalukan. Ini kerana “Israel” datang berlutut di depan Hamas, semangat kekuatan juang Zionis telah gagal di depan Hamas. Seorang penganalisis politik, Ben Dror Yemini, mengatakan bahawa kesepakatan pertukaran ini merupakan hadiah untuk “terorisme” dan sebuah kemenangan besar bagi Hamas.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram rampas lebih banyak tanah di Salfit dan bina rumah bergerak

Selasa, 18/10/2011 – Pendatang haram Yahudi terus-terusan merampas tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem. Jentolak-jentolak milik rejim Zionis meratakan ladang-ladang pertanian di Kampung Eskaka dan Yasuf, di bahagian timur Salfit iaitu di utara Tebing Barat. Mereka akan membina penempatan haram Yahudi di situ.

Nabil Haris, Ketua Majlis Kampung Eskaka berkata, jentolak-jentolak meratakan ladang-ladang di antara Kampung Eskaka dan Yasuf, kemudian karavan-karavan yang besar dibawa masuk ke tempat tersebut menggunakan lori, bagi menyediakan penempatan haram pendatang Yahudi.

Katanya lagi, sehingga petang Selasa lalu, 4 buah karavan telah dibawa masuk dan lebih banyak tanah-tanah di kampung-kampung terbabit mungkin akan dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

“Menyambut ulangtahun Al-Aqsa dalam bahaya ke 16” bermula Jumaat

Selasa, 18/10/2011 – Pergerakan Islam 1948 sempena penjajahan Palestine membuat persiapan akhir untuk perayaan tahun ke-16 “Al-Aqsa dalam bahaya” yang bermula pada hari Jumaat 14 Oktober 2011.

Perayaan yang dijangka menarik puluhan ribu peserta akan dilancarkan pada hari Jumaat di Stadium Um al-Fahem Perbandaran pada 5:30 petang, menurut pengumuman yang dibuat oleh gerakan Islam. Beberapa tokoh-tokoh utama dalam gerakan Islam dan tokoh yang lain di kalangan 1948-Palestin akan menyampaikan ucapan semasa perayaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Dr Qasim: Pertukaran perjanjian bersejarah merupakan penghormatan dan kekalahan bagi penjajah

Selasa, 18/10/2011 – Dr Abdel-Sattar Qasim, profesor sains politik berkata perjanjian pertukaran tahanan adalah perjanjian yang bersejarah dan penghormatan kepada Palestin dan melambangkan kekalahan perdana menteri kerajaan Zionis.

Dalam satu kenyataan khas untuk PIC katanya, konklusi tawaran ini bermakna tiada cara lain entiti Zionis terpaksa lakukan dalam usaha membebaskan Shalit yang dipaksa menerima perjanjian itu dan ini harus dilihat sebagai kejayaan bersejarah.

Beliau menegaskan kejayaan ini adalah satu terjemahan sebenar penentuan dan kesabaran sambil menambah perjanjian ini adalah serupa seperti yang dicapai pada tahun 1985 antara pihak GC PFLP dan Hizbullah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Nael al-Barghouthi: kami adalah tentera yang pulang ke pengkalan dengan semangat yang tinggi

Selasa, 18/10/2011 – Tahanan yang paling lama ditahan Nael al-Barghouthi mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin di atas rundingan pertukaran dengan rejim Israel serta berkata, “setelah 30 tahun dalam tahanan, kami sebenarnya adalah tentera yang kembali ke pengkalan.”

Barghouthi yang termasuk dalam senarai tahanan yang akan dibebaskan dari penjara rejim Israel memberitahu akhbar “Falastin” bahawa angan-angan Israel berkecai dengan adanya rundingan kerana ia membuktikan kesatuan rakyat Palestin.

Beliau menambah, bahawa beliau berharap perpaduan ini akan mencetuskan usaha yang berkesan untuk membebaskan kesemua tahanan Palestin dan Arab di dalam penjara rejim Israel. Beliau turut memuji pejuang Palestin yang memberikan inspirasi kepada dunia Arab seterusnya menuju masa depan yang lebih cerah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Keluarkan Senarai Tawanan yang Akan Segera Dibebaskan Dari Penjara Israel

Selasa, 18/10/2011 – Sumber dai pihak Hamas menyenaraikan data tawanan yang akan segera dibebaskan untuk tahap pertama. Majoriti tawanan adalah mereka yang sudah mendekam lebih dari seperempat abad di penjara Israel.

Berdasarkan senarai yang ada, tawanan yang akan segera dibebaskan adalah seramai 272 orang. Mereka adalah,

– Tawanan dari Gaza berjumlah 130 orang

– Tawanan dari Tebing Barat berjumlah 111 orang

– Tawanan dari wilayah Palestin jajahan 48 berjumlah 6 orang

– Tawanan perempuan yang akan dikembalikan ke rumahnya berjumlah 27 orang

Berkait dengan jumlah tawanan yang termasuk dalam transaksi pertukaran adalah 1000 tawanan ditambah seluruh tawanan perempuan di penjara Israel yang berjumlah 27 orang, ungkap Kholid Misy’al, ketua biro politik gerakan Hamas. Mereka akan dibebaskan melalui dua tahap. Tahap pertama akan dibebaskan 450 tawanan dan 27 tawanan perempuan. Manakala tahap kedua pula akan dibebaskan 550 tawanan.

Sementara itu, tawanan Al-Quds yang akan dibebaskan berjumlah 45 orang. 15 tawanan diantaranya dibenarkan terus pulang ke rumah masing-masing di Al-Quds. Sementara 30 yang lain akan dikembalikan ke Gaza dan wilayah Palestin 48.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Zunt dikebumikan selepas 36 tahun jasadnya ditahan oleh penjajah

Jumaat, 14/10/2011 – Beratus-ratus orang yang mengambil bahagian dalam pengebumian Hafez Abu Zunt yang telah dibunuh dalam serangan penentangan menentang penjajahan pada tahun 1976 dan badan yang telah ditahan oleh penjajahan sejak itu dalam kubur yang tidak bertanda dalam apa yang dikenali sebagai tanah perkuburan nombor .

Penggubal undang-undang Hamas Yaser Mansour, Mansour Muna, Sheikh Hamed al-Bitawi dan Hasan al-Bourini, yang mewakili Nablus, mengambil bahagian dalam pengebumian itu.

Mereka menyatakan perasaaan bangga mereka terhadap orang yang mati syahid Palestin yang maut kerana peperangan mempertahankan negara, menekankan bahawa orang yang mati syahid akan kekal hidup dalam hati nurani dan ingatan Palestin, walaupun penjajah menahan mayat mereka dan menafikan hak keluarga mereka untuk mengebumikan jasad mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pejuang syahid, Zionis bedil Utara Gaza

Jumaat, 14/10/2011 – Waktu Zohor hari Isnin (10 Oktober) menyaksikan kesyahidan seorang warga Palestin yand dibedil secara langsung dekat kawasan Beit Hanoun dari Utara Gaza.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin menyebut bahawa As-Syahid Ahmad Salim Al-Azaizeh, tekena peluru Zionis di tempat kejadian, dan sumber perubatan memberitahu bahawa jasad As-Syahid telah tiba di Hospital Al-Audoh dekat Beit Hanoun. Brigade Pertahanan Nasional, sayap ketenteraan bagi Parti Demokratik Kebebasan Palestin, memberitahu bahawa As-Syahid Azaizeh adalah salah seroang dari pejuang mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Keluarga tahanan politik hantar mesej takziah kepada Ala ‘Hassounah

Jumaat, 14/10/2011 – Keluarga tahanan politik di penjara PA menghantar mesej takziah kepada Ala ‘Hassounah yang ditahan di penjara PA berikutan saudaranya yang berusia 37 tahun meninggal dunia Isnin lalu dalam kemalangan di tempat kerja.

“Keluarga tahanan politik berkongsi kesedihan dengan keluarga Ala Hassounah kerana kehilangan besar saudara mereka dan berdoa kepada Allah untuk memberkati si mati, dan diberikan syurga serta membantu keluarganya melalui saat yang sukar ini,” menurut isi surat takziah yang dibaca kepadanya.

Keluarga tahanan juga menggesa Gabenor Nablus dan pasukan keselamatan PA membebaskan ‘Ala agar dia boleh berada dengan keluarganya ketika saat sukar ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Ras Amud, Zionis tangkap seorang pemuda Palestin

Jumaat, 14/10/2011 – Pertempuran sengit berlaku antara pemuda-pemuda Palestin dan tentera Zionis di kawasan Ras al-Amud. Dalam kejadian itu, seorang pemuda Palestin telah ditangkap. Ketika berlakunya kunjungan EU, Zionis Israel terus menerus melakukan kekacauan. Zionis turut menutup beberapa jalan utama yang menyebabkan keadaan jalan sesak. Dalam pada itu, kawasan Wadi Halwah terus bergolak akibat provokasi Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Ketenangan kesepakatan Mesir– Zionis Boleh Berakhir di Tangan Hamas

Jumaat, 14/10/2011 – Akhbar Israel “Ha’aretz” melihat situasi semasa antara Mesir dan Israel adalah situasi yang sangat tenang, seperti yang terjadi sebelum Perang Yom Kippur pada tahun 1973. Akhbar Israel itu mengatakan, “Seperti yang terjadi menjelang Yom Kippur 1973, hari ini situasi itu berulang seperti menjelang Yom Kippur: tenang .. perbatasan tenang, tanah yang diduduki juga tenang, tetapi pihak tentera sentiasa bersiap siaga di kedua-dua kawasan. Walau bagaimanapun situasi tenang antara Mesir dan Israel ini boleh diterpa badai dan mungkin berakhir di tangan gerakan Hamas.

Menurut Haaretz, “Ada tanda-tanda kritikan terhadap Cast Lead (serangan Israel ke Semenanjung Gaza,), namun tindakan itu telah menyebabkan stabiliti di Selatan dan memberi ketenangan relatif bagi 33 penempatan di sekitar Gaza selama sebulan. Namun masalah yang boleh mengganggu ketenangan ini masih ada. Masalah itu terus berkembang dari bulan ke bulan. Dimana telah terjadi penyeludupan senjata moden, yang mengalir ke Gaza melalui kekacauan di Sinai.”

Akhbar Israel itu menambahkan, “Persepakatan Mesir–Israel ini tidak melibatkan Hamas di dalamnya. Padahal Hamas merupakan bahagian dari masalah ini. Setiap hari berlalu kekuatan Hamas terus meningkat. Setiap hari berlalu, kesan pencegahan dari serangan ke Israel terus terkikis. Sementara di kalangan Hamas hari ini, mereka memiliki kemampuan yang tidak dimiliki di masa lalu. Ketika ini mereka tidak menggunakan kemampuan baru, tetapi mereka menunggu hasil pemungutan suara di PBB dan hasil pilihanraya di Mesir. Setelah itu mungkin ketenangan antara Mesir dan Israel berubah menjadi badai Yom Kippur baru.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mogok Awam Melumpuhkan Bandar Arab di Negev

Selasa, 11/10/2011 – Satu mogok awam kelihatan di semua bandar arab dan kampung di wilayah Negev untuk memprotes rancangan Israel untuk mengeluarkan seluruh kampung yang dihuni 30 000 Rakyat Palestin.

Mogok itu dianjurkan oleh Majlis Tinggi Arab, juga menyebabkan penutupan sekolah serta tunjuk perasaan besar-besaran.

Penduduk tempatan memberitahu bahawa Kampung Rahet, yang terbesar di wilayah itu merupakan kawasan yang terjejas teruk menyebabkan Majlis Tempatan dan institusi lain ditutup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Duta Turki lawat kem tahanan di Tubas

Selasa, 11/10/2011 – Okazan Shaker, Duta Turki di Palestin telah melakukan lawatan pada hari Khamis (7 Oktober) ke kem tahanan di Bandar Tubas.

Beliau termasuk sebahagian besar kaum keluarga para tahanan di penjara Zionis yang berdiri untuk mempertahankan para tahanan. Ibu kepada seorang tahanan yang sedang sakit, Abdul As-Salam Bani Audah, berpesan kepada beliau : “kami mahu kamu berusaha dan terlibat dalam mengenakan tekanan kepada Zionis yang sedang membunuh anak-anak kami secara perlahan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel musnahkan struktur dan kediaman di Lembah Jordan

Selasa, 11/10/2011 – Jentolak yang dikawal trak tentera Israel meratakan 6 struktur yang digunakan untuk pertanian dan juga kediamana di Lembah Maleh di utara Lembah Jordan.

Pemusnahan besar-besaran terhadap kediaman para penggembala di Fariseya di utara lembah Maleh mengakibatkan beberapa keluarga menjadi pelarian, kata seorang penduduk Ali Saraya.

Tentera rejim Israel mendakwa struktur tersebut dibina di atas zon ketenteraan walaupun penduduk tempatan telah mendiaminya sejak 40 tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati