Categories
Berita Semasa

7 rakyat Palestin cedera dalam serangan pendatang ke atas Deir Dibwan, Ramallah

Jumaat, 06/06/2025 – Sekurang-kurangnya tujuh orang rakyat Palestin cedera pada petang Rabu akibat serangan ganas oleh sekumpulan pendatang Yahudi ke atas Kampung Deir Dibwan, timur Ramallah di pertengahan Tebing Barat.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, dua orang yang cedera dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala lima orang lagi menerima rawatan perubatan di pusat kesihatan kampung itu.Sumber tempatan melaporkan yang pendatang-pendatang bersenjata menyerbu kampung itu, menyerang penduduk-penduduknya, dan mencetuskan kebakaran di beberapa rumah, ladang biri-biri, kandang kuda, dan beberapa fasiliti pertanian. 

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Cadangan Terbaru Witkoff Tidak Menjamin Isu Gaza.

Jumaat, 06/06/2025 – Basem Naim, seorang pemimpin dalam Gerakan Pertahanan Islam (Hamas), berkata bahawa mereka bersedia untuk pusingan baharu rundingan, tetapi tidak berdasarkan pindaan terbaharu kertas utusan AS Steve Witkoff, yang tidak menjamin penghentian kekal terhadap penjajahan yang sedang berlaku di Gaza kini.

Dalam kenyataan media pada petang Selasa, Naim menegaskan bahawa mereka tidak boleh bersetuju dengan sebarang perjanjian yang tidak menjamin penamatan perang dan penjajahan terhadap Semenanjung Gaza. Jelasnya lagi, Witkoff telah kembali pada pusingan terakhir dengan cadangan yang sama sekali berbeza daripada yang telah dipersetujui sebelum ini.

Menurut Naim, cadangan baharu Witkoff itu termasuk terma samar yang tidak memberi sebarang jaminan penamatan perang ke atas Gaza. Beliau percaya bahawa dunia, termasuk sekutu Israel sendiri, telah meyakini bahawa Netanyahu adalah orang yang bertanggungjawab menghalang pencapaian perjanjian.

Oleh itu, Naim menegaskan bahawa HAMAS dan semua kumpulan Palestin tidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk menghentikan peperangan dan penjajahan di Semenanjung Gaza dan meringankan penderitaan rakyat Palestin, dengan syarat terdapat jaminan yang jelas dan asli.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

PBB Tuntut Siasatan Segera Terhadap Jenayah Perang Israel di Gaza

Khamis, 05/06/2025 – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Türk, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis menyerang orang awam Palestin di pusat agihan bantuan di Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai perbuatan “tidak berperikemanusiaan” yang mungkin merupakan jenayah perang.

Dalam kenyataan rasmi semalam, Türk mengecam tentera penjajah Israel (IOF) yang mensasarkan penduduk yang sedang mencari bantuan makanan. Beliau memberi amaran bahawa tindakan menyekat bantuan dan keperluan asas kepada orang awam secara sengaja boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang menurut undang-undang antarabangsa.

“Rakyat Gaza kini berada dalam situasi mustahil – sama ada mati kebuluran atau mati dibom ketika cuba mendapatkan makanan,” katanya.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, rejim Zionis telah menyekat lintasan bantuan selama lebih 90 hari, menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk berada di ambang kebuluran akibat dasar kelaparan yang disengajakan.

IOF baru-baru ini mengaku telah melepaskan tembakan ke arah orang awam berhampiran pusat agihan bantuan di kawasan Al-Alam, Rafah, atas alasan “pergerakan mencurigakan.” Kawasan-kawasan ini yang digelar “zon penampan” kini menjadi lokasi maut, dengan orang ramai yang kelaparan terpaksa berdepan peluru berbanding makanan.

Keadaan kemanusiaan di Gaza terus meruncing apabila bantuan yang tiba terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Proses agihan pula dikritik hebat oleh pertubuhan hak asasi dan badan antarabangsa, yang menyamakan laluan bantuan dipenuhi pagar berduri itu dengan ghetto zaman Nazi.

Sejak serangan besar-besaran rejim Israel pada 7 Oktober 2023, lebih 179,000 rakyat Palestin telah terkorban atau cedera – majoritinya wanita dan kanak-kanak. Lebih 11,000 masih hilang, manakala ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal.

PBB kini mendesak siasatan antarabangsa dijalankan segera bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

PBB menyeru keselamatan perjalanan kapal “Madleen” menuju Gaza

Khamis, 05/06/2025 – Pakar PBB menyeru keselamatan perjalanan kapal “Madleen”, dilancarkan oleh Pakatan Flotilla Kebebasan dan membawa bekalan perubatan, makanan, dan barang kanak-kanak, ketika menuju Gaza.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, pakar menekankan keperluan segera bantuan untuk menghalang kemusnahan, dan menyifatkan usaha iu sebagai usaha simbolik tetapi berkuasa untuk menyampaikan bantuan. Mereka memberi amaran yang Israel akan ingat yang seluruh dunia memerhatikan dan mesti mengelakkan sebarang tindakan menggugat Flotilla Kebebasan dan para penumpangnya.

Kenyataan itu mengesahkan yang rakyat Gaza berhak untuk menerima bantuan kemanusiaan menerusi perairan mereka, walaupun sedang dijajah. Pakatan tersebut berhak untuk melalui perairan antarabangsa bagi menemui penduduk Gaza. Israel tidak boleh mengganggu kebebasan maritim, yang telah lama diperakui oleh undang-undang antarabangsa.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam pemusnahan pusat dialisis Gaza oleh Israel, gesa siasatan antarabangsa

Khamis, 05/06/2025 – Pergerakan Hamas telah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang memusnahkan Pusat Dialisis Noura Al-Kaabi di utara Gaza, menyifatkannya sebagai satu lagi jenayah dalam siri serangan sistematik terhadap dan pemusnahan sektor kesihatan Gaza.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, Hamas menyatakan bahawa puluhan ribu pesakit, termasuk wanita, kanak-kanak, dan warga emas, kini terputus akses kepada rawatan perubatan serta kemudahan untuk mengurus penyakit kronik dan yang mengancam nyawa.

Pergerakan itu menegaskan bahawa kerajaan fasis Israel secara sengaja telah menyasarkan semua aspek kehidupan di Gaza sepanjang 19 bulan yang lalu.

Hamas menekankan bahawa pencabulan kejam ini, yang dilakukan oleh rejim penjenayah perang Netanyahu terhadap orang awam yang tidak berdosa, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Ia turut menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, dan kemusnahan ini berlaku di bawah perlindungan politik dan ketenteraan oleh pentadbiran Amerika Syarikat, serta disertai dengan sikap membisu dan kegagalan bertindak oleh masyarakat antarabangsa.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis paksa keluar dari Khan Yunis

Khamis, 05/06/2025 – Pada petang Isnin, tentera pendudukan Israel mengeluarkan arahan pemindahan secara meluas di kawasan Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, yang merupakan salah satu kawasan paling padat penduduk.

Tentera pendudukan mengarahkan penduduk Blok 47, 106, 108, dan 109 mengosongkan barat Khan Yunis dan menuju ke Al-Mawasi. Sejak
permulaan pencerobohan ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023, dan dengan sokongan penuh Amerika, tentera pendudukan telah meneruskan serangan ketenteraan mereka, mengakibatkan lebih daripada 178,000 kematian dan kecederaan, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, di samping ribuan orang hilang dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal yang hidup dalam keadaan kemanusiaan yang sangat teruk.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

14 tindakan penentangan Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dalam tempoh 24 jam

Selasa, 03/06/2025 – Pasukan pendudukan Israel meneruskan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap Semenanjung Gaza, sejak 70 hari lalu dan 598 hari selepas permulaan pencerobohan. Ini berikutan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengingkari perjanjian gencatan senjata, bergantung kepada sokongan politik dan ketenteraan Amerika, di tengah-tengah kesunyian antarabangsa dan kegagalan yang belum pernah terjadi sebelumnya daripada masyarakat antarabangsa.

Wartawan kami melaporkan bahawa tentera pendudukan melancarkan berpuluh-puluh serbuan, manakala kesan larangan terhadap kemasukan bekalan makanan asas semakin meningkat sejak awal Mac lalu, melukis gambaran suram kebuluran yang dihadapi penduduk di Semenanjung Gaza.

Perkembangan Terkini

Menurut sumber perubatan, 90 orang telah terbunuh akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak subuh hari ini.

Pesawat pejuang pendudukan mengebom bengkel pembuatan bahan api diesel di Jalan Salahuddin, berhampiran pintu masuk ke al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Farah Najwa

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami mencapai persetujuan dengan Witkoff untuk gencatan senjata kekal

Selasa, 03/06/2025 – Gerakan Hamas mengesahkan pada petang Rabu lepas yang terdapat usaha serius untuk menamatkan perang ganas di Semenanjung Gaza, terbaru adalah mencapai persetujuan dengan wakil AS Steve Witkoff.

Dalam satu kenyataan, Hamas mengesahkan yang perjanjian dengan Witkoff menggariskan kerangka gencatan senjata kekal, pengunduran secara keseluruhan tentera zionis dari Gaza, melancarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, dan penubuhan jawatankuasa profesional untuk menguruskan hal-ehwal di Semenanjung Gaza apabila perjanjian diumumkan.

Perjanjian itu turut meliputi pembebasan 10 orang tahanan israel dan beberapa mayat, sebagai pertukaran dengan pembebasan sejumlah tahanan Palestin, dengan jaminan pengantara. Gerakan itu sedang menunggu maklum balas akhir tentang rancangan perjanjian tersebut.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan pendudukan Israel menembusi selatan Lubnan.

Selasa, 03/06/2025 – Pasukan pendudukan Israel menembusi wilayah selatan Lubnan pada petang Rabu, berhampiran bandar sempadan timur Blida.

Media Lubnan memetik sumber keselamatan sebagai berkata, “Pasukan Israel, diperkuatkan oleh peronda infantri dan jentolak, mara kira-kira 200 meter bertentangan dengan kedudukan Tentera Lubnan, di sekitar Bir Shuaib, di Blida.”

Sumber itu menambah, “Pasukan UNIFIL telah tiba di tapak, di mana tentera Lubnan digerakkan menentang pasukan pendudukan Israel, dan hubungan telah bermula mengenai pengunduran Israel.”

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

UNICEF: Pembunuhan beramai-ramai di Gaza menyebabkan 50,000 kanak-kanak terkorban atau cedera sejak Oktober 2023

Selasa, 03/06/2025 – Lebih daripada 50,000 kanak-kanak Palestin telah terbunuh atau cedera di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), yang menyifatkan situasi ini sebagai sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai yang berterusan oleh tentera penjajah Israel.

Angka yang mengejutkan ini hadir seiring dengan data terbaru dari Kementerian Kesihatan Gaza, yang mendedahkan hampir keseluruhan sistem kesihatan di wilayah itu telah lumpuh selepas 600 hari peperangan.

Pengarah Serantau UNICEF bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder, dalam satu kenyataan pada hari Rabu berkata bahawa serangan terkini di Gaza menyerlahkan “kos yang sangat tinggi” yang terus ditanggung oleh kanak-kanak.

“Minggu lalu, video menunjukkan mayat kanak-kanak dari keluarga al-Najjar yang terbakar dan terputus anggota badan ditarik keluar dari runtuhan rumah mereka di Khan Yunis. Daripada sepuluh adik-beradik di bawah usia 12 tahun, hanya seorang dilaporkan terselamat—dalam keadaan cedera parah,” kata Beigbeder.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Suku juta tan sampah sarap di Gaza menimbulkan kegusaran mengenai masalah persekitaran dan kesihatan.

Selasa, 03/06/2025 – Majlis Perbandaran Gaza telah mengeluarkan amaran mengenai sampah yang terkumpul melampaui suku juta tan, menimbulkan masalah alam sekitar dan kesihatan yang serius di mana krisis kemanusian memasuki bulan ke 19.

Dalam satu kenyataan di media sosial X pada hari Selasa, Majlis Perbandaran melaporkan sampah sarap yang semakin bertimbun di kawasan kediaman dengan tiada sumber untuk perlupusan kerana sekaran dan kekurangan sumber, pekerja perbandaran telah dihalang dari menghampiri kawasan perlupusan.

Majlis perbandaran mengeluarkan kenyataan mereka sedang mengambil tindakan sementara untuk membendung pencemaran dengan mengutip dan membersihkan jalan jalan utama.  Namun, usaha ini tidak dapat menyaingi masalah kesihatan dan alam sekitaran yang bertambah teruk.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

FAO: 95% tanah pertanian Gaza sudah tidak boleh digunakan

Khamis, 29/05/2025 – Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan yang kurang daripada tanah pertanian Gaza sesuai untuk tanaman, berbanding sebelum perang bermula pada 2023.

Diterbitkan pada Isnin, laporan itu memperincikan kemusnahan teruk yang menimpa kawasan pertanian akibat serangan zionis, memburukkan keterjaminan makanan dan risiko kebuluran di kawasan itu.

Beth Bechdol, Timbalan Ketua Pengarah Organisasi Pertanian dan (FAO), penulis bersama laporan dengan kerjasama Pusat Satelit PBB, menyatakan yang skala kemusnahan lebih daripada infrastruktur dan menuju keruntuhan sistem makanan-pertanian Gaza.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Sweden memanggil duta Israel untuk teguran kerana menyekat bantuan

Khamis, 29/05/2025 – Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson mengumumkan pada hari Isnin bahawa kerajaannya akan memanggil duta Israel untuk membantah keengganan Israel membenarkan bantuan ke Semenanjung Gaza.

Kesatuan Eropah mesti mengenakan sekatan dan memberikan tekanan diplomatik ke atas Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza,” kata Kristersson dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Sweden TT.

Beliau menambah, “Kami telah sangat jelas mengenai perkara ini, secara peribadi dan kerjasama dengan banyak negara Eropah yang lain.”
Dia menegaskan bahawa dia “menyokong mengkaji semula perjanjian perkongsian antara Kesatuan Eropah dan Israel.”
Menteri Luar Sweden Maria Stenergård mengumumkan pada 20 Mei bahawa negaranya akan bergerak dalam Kesatuan Eropah untuk mendesak “sekatan terhadap menteri Israel tertentu kerana layanan Israel terhadap orang awam Palestin di Gaza.”

Selagi kita tidak melihat peningkatan yang jelas dalam keadaan orang awam di Gaza, kita perlu meningkatkan retorik kita,” tambah Stenergaard.

“Oleh itu, kami kini juga akan mendesak Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan ke atas menteri Israel tertentu,” jelasnya.
Menteri Luar Sweden mengesahkan bahawa “sekatan itu akan menyasarkan menteri yang mempromosikan dasar penyelesaian haram dan secara aktif menentang penyelesaian dua negara pada masa hadapan.”

Sejak 2 Mac, pendudukan telah menutup lintasan Semenanjung Gaza kepada kemasukan makanan, bantuan, bantuan perubatan, dan barangan, menyebabkan kemerosotan ketara dalam keadaan kemanusiaan.
Dengan sokongan Amerika, tentera pendudukan Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menyebabkan kira-kira 177,000 maut dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih 14,000 hilang.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram Yahudi menculik warga Palestin di Masafer Yatta.

Khamis, 29/05/2025 – Segerombolan peneroka haram Yahudi menculik seorang lelaki Palestin pada petang Ahad setelah menyerangnya di daerah Masafer Yatta, tenggara al-Khalil di Selatan kawasan yang dijajah di Tebing Barat.

Saksi dan sumber tempatan mengesahkan peneroka yang memakai seragam tentera menyerang Ibrahim al-Nawajaa sebelum menculik beliau dari kawasan Wadi Jehish di kawasan Masafer Yatta.

Aktivis tempatan Osama Makhamrah melaporkan peneroka haram turut mendirikan tiang elektrik di kawasan persendirian di Umm al-Shaq bersempadanan dengan Tel Ma’in di Masafer Yatta , yang melanjutkan sempadan tanah peneroka haram AVigail yang dibina secara haram atas tanah Palestin.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Ikrar Balas Dendam Terhadap Tentera Upahan Yang Bekerjasama Dengan Musuh

Khamis, 29/05/2025 – Berikutan penyertaan beberapa “askar upahan” dalam mengatur pergerakan trak bantuan di kawasan yang dikuasai tentera penjajah Israel, pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza melaporkan akan membalas dendam atas pengkhianatan mereka.

Kumpulan Keselamatan (Al-Haris) berkata dalam satu kenyataan, “Sepanjang sejarah, kuasa kolonial telah gagal untuk menubuhkan entiti yang setia. Setiap kuasa kolonial yang dikalahkan, baik Timur dan Barat, setelah mereka berundur pasti akan meninggalkan ejen upahan bagi mengatur keperluan mereka.”

Beliau menambah, “Kehadiran askar upahan dalam proses pengagihan bantuan mendedahkan bahawa bantuan ini tidak pernah menjadi visi keselamatan negara, sebaliknya kaedah baharu yang digunakan oleh musuh untuk mencapai matlamat perisikan, ketenteraan dan politik.”

Jelasnya lagi bahawa askar upahan yang berselindung di belakang kuasa musuh sehingga membunuh dan merompak, tidak akan terlepas daripada hukuman diatas pengkhianatan yang dilakukan, walaupun ia akan mengambil sedikit masa. Pasukan itu juga menyeru agar rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk terus menunjukkan solidariti dan sokongan kepada pasukan keselamatan dalam mendapatkan bantuan dan melindungi barisan hadapan.

Gerakan Pertahanan Islam (Hamas) berkata pada awal pagi hari ini bahawa halangan kerajaan penjajah Israel terhadap kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza adalah dasar yang jelas dan sistematik untuk meneruskan rancangan kebuluran yang dikenakan kepada orang awam yang tidak bersalah.

Tambah mereka lagi bahawa rancangan penjajah ini bertujuan untuk dijadikan sebagai alat untuk mewujudkan kelangsungan politik dan ketenteraan, sedangkan projek bantuan yang mengelirukan ini telah pun ditolak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan antarabangsa, kerana jelas tidak mencapai standard bantuan kemanusiaan walaupun pada paras minima.

Sekali lagi Hamas turut mengesahkan komitmennya mengutamakan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusi kemanusiaannya dalam mengagihkan dan menyelia bantuan sekaligus menganggap sebarang percubaan untuk memintas atau meminggirkan peranan ini sebagai “tindakan berbahaya, meragukan, dan melanggar undang-undang antarabangsa”

Sebagai info, sejak 2 Mac, tiada sebarang bantuan kemanusiaan berjaya memasuki Gaza.

Penterjemah : Halimah