Categories
Berita Semasa

Hamas memberi amaran tentang ancaman bom jangka yang dihadapi kanak-kanak Gaza dan menyeru tindakan global

Isnin, 01/12/2025 – Gerakan Hamas memberi amaran pada Isnin tentang peningkatan jumlah kecederaan di kalangan kanak-kanak akibat letupan tinggalan zionis yang menandakan juga peningkatan bahaya yang dihadapi orang awam.

Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata, tinggalan berbahaya ini umpama bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa. Beliau menyeru pihak antarabangsa yang berkenaan agar bertindak segera bagi membuangnya dan melindungi rakyat Palestin daripada kesan yang berterusan.

Dalam satu kejadian berkaitan, dua kanak-kanak cedera hari ini apabila satu tinggalan objek meragukan meletup di kejiranan Al-Tuffah, di timur laut kota Gaza. Seorang lagi kanak-kanak juga cedera dalam letupan serupa di utara kawasan Shati.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: GHF lakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin, mesti dibawa ke muka pengadilan  

Isnin, 01/12/2025 – Gerakan Hamas telah menggesa mahkamah antarabangsa untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap organisasi yang dikenali sebagai “Gaza Humanitarian Foundation (GHF)” atas jenayah terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan bahawa pengumuman organisasi Amerika itu untuk menamatkan operasinya di Semenanjung Gaza dibuat selepas siri pembunuhan beramai-ramai harian sepanjang peperangan yang sedang berlangsung, dan menuduhnya turut menyumbang kepada pembunuhan rakyat Palestin yang kebuluran serta mereka yang sedang mencari bantuan.

Gerakan itu menegaskan bahawa penutupan yayasan tersebut merupakan langkah yang wajar terhadap entiti yang “bersekongkol dengan projek pembunuhan beramai-ramai dan kelaparan yang dirancang bersama penjajahan Zionis.”

Hamas menegaskan bahawa sejak awal kemasukan ke Gaza, yayasan itu telah beroperasi seolah-olah sebagai sebahagian daripada aparat keselamatan penjajah, dengan menggunakan kaedah pengagihan yang langsung tidak mencerminkan kerja kemanusiaan.

Kaedah ini telah mencetuskan keadaan yang bahaya dan menghinakan bagi orang awam yang cuba mendapatkan makanan, mengakibatkan ribuan syahid dan kecederaan akibat tembakan penembak tepat dan pembunuhan sengaja, sekali gus mendedahkan penglibatan yayasan itu dalam jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Briged Al-Quds: Mayat salah seorang tahanan Israel ditemui semasa operasi mencari di tengah Gaza

Isnin, 01/12/2025 – Briged Al-Quds, sayap tentera gerakan Jihad Islam, mengumumkan pada hari Isnin bahawa ia telah menemui mayat seorang tahanan Israel semasa operasi mencari di kawasan di bawah kawalan tentera pendudukan di tengah Semenanjung Gaza.

Perkembangan ini datang dalam konteks perjanjian pertukaran tahanan yang berlaku sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza pada 10 Oktober, di mana puak Palestin membebaskan 20 tahanan Israel yang masih hidup dan mayat 27 yang lain daripada 28, menurut apa yang diumumkan oleh puak tersebut


Walaubagaimanapun, pasukan pendudukan kemudiannya mendakwa bahawa salah satu jenazah yang mereka terima bukan milik mana-mana banduan mereka, dan satu set jenazah yang lain bukanlah baharu sebaliknya mayat seorang banduan yang telah ditemui sebelum ini, dalam usaha untuk menimbulkan keraguan pada sebahagian daripada keputusan perjanjian itu.

Sejak perjanjian gencatan senjata ditandatangani, pelanggaran Israel yang berterusan telah mengakibatkan kematian lebih daripada 343 syahid dan kecederaan kepada 871, manakala pasukan penyelamat telah berjaya mendapatkan 574 mayat dari bawah runtuhan di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Pertahanan Awam menemui rangka mayat 14 syuhada di kem Al-Maghazi

Isnin, 01/12/2025 – Anggota Pertahanan Awam di Semenanjung Gaza pada Isnin telah menemukan rangka 14 rakyat Palestin yang terkorban selepas tertimbus di bawah runtuhan dua buah rumah yang musnah akibat serangan udara oleh tentera penjajah Israel sepanjang dua tahun pembunuhan beramai-ramai di Kem Maghazi, di bahagian tengah Gaza. Penemuan tersebut dibuat selepas berjam-jam usaha pencarian berterusan dalam keadaan yang amat sukar.

Menurut sumber perubatan, pasukan penyelamat berjaya mencapai sisa-sisa jasad yang tertimbus di bawah runtuhan, dan mendapati bahawa lapan mangsa adalah daripada keluarga Abu Hamdah, manakala enam lagi daripada keluarga al-Haj Yusuf. Kejadian ini sekali lagi menggambarkan tahap kemusnahan besar yang ditinggalkan oleh siri serangan Israel ke atas kem tersebut.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa pasukan ambulans dan Pertahanan Awam masih berusaha mencapai ribuan lagi mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah ratusan rumah yang musnah, meskipun berdepan kekurangan peralatan dan jentera berat, khususnya jentolak dan penggali yang diperlukan untuk mengalihkan runtuhan.

Penterjemah : Farah Najwa

Categories
Berita Semasa

Organisasi masyarakat sivil: Kanak-kanak Palestin hidup melalui bencana kemanusiaan yang paling teruk

Selasa, 25/11/2025 – Pertubuhan masyarakat sivil Palestin berkata pada hari Khamis bahawa tentera penceroboh Zionis Israel telah membunuh lebih 19,000 kanak-kanak dan mencederakan 28,000 yang lain sejak 7 Oktober 2023, angka yang mereka sifatkan sebagai yang tertinggi dalam sejarah konflik moden yang melibatkan kanak-kanak

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jaringan NGO Palestin sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang disambut setiap tahun pada 20 November. Rangkaian itu menyatakan bahawa peringatan tahun ini diadakan ketika kanak-kanak Palestin menghadapi apa yang dipanggil “malapetaka kemanusiaan terburuk yang dilakukan terhadap kehidupan kanak-kanak.”

Rangkaian itu berkata bahawa statistik rasmi mendedahkan tahap kemusnahan yang meluas terhadap persekitaran pendidikan, dengan beratus-ratus sekolah, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak di Semenanjung Gaza musnah sepenuhnya atau sebahagian. Ia turut mendokumentasikan kehadiran lebih 56,000 kanak-kanak yatim piatu yang kehilangan seorang atau kedua-dua ibu bapa.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Sebarang Perjanjian Yang Tidak Menjamin Hak Penuh Rakyat Palestin Adalah Tidak Mampan: Anwar Ibrahim

Selasa, 25/11/2025 – Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendirian negaranya dalam isu Palestin adalah tegas dan tidak boleh dirunding. Beliau menekankan bahawa sebarang perjanjian yang tidak menjamin hak penuh rakyat Palestin tidak akan mampan.

Anwar Ibrahim menyatakan dalam sidang media tersebut bahawa masyarakat antarabangsa wajib mengambil sikap jelas yang mendedahkan sifat sebenar rancangan yang menyasarkan rakyat Palestin. Beliau menegaskan bahawa menamatkan pencerobohan Israel dan menghentikan aktiviti penempatan di Tebing Barat adalah syarat penting untuk sebarang penyelesaian yang adil dan berkekalan.

 Anwar Ibrahim menambah bahawa beliau menyampaikan kedudukan ini terus kepada Presiden AS iaitu Donald Trump, menurut Al Jazeera. 
Jelas beliau lagi, Malaysia percaya penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dalam sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, adalah satu-satunya cara untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan mencapai keamanan sebenar di rantau itu.

Sekilas fakta, sejak 7 Oktober 2023, pasukan penjajah, dengan sokongan Amerika dan Eropah, telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, termasuk pembunuhan, kebuluran, pemusnahan, pemindahan dan penangkapan sekaligus mengabaikan rayuan dan perintah antarabangsa dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menghentikan tindakan ini.

Pembunuhan beramai-ramai menyebabkan lebih 239,000 rakyat Palestin mati atau cedera, iaitu dengan kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita. Manakala lebih 11,000 mangsa dilaporkan hilang, selain ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal. Memburukkan keadaan lagi, kebuluran yang teruk turut menyerang yang meragut nyawa ramai di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Hamas: Usaha Israel Meluluskan Undang-undang Hukuman Mati Banduan Mewajarkan Pembunuhan Sistematik di Dalam Pusat Tahanan

Selasa, 25/11/2025 – Beberapa pertubuhan politik dan hak asasi Palestin memberi amaran pada Khamis bahawa langkah Israel membahaskan cadangan “undang-undang hukuman mati banduan” merupakan tindakan berbahaya yang boleh memformalkan pembunuhan sistematik di pusat tahanannya. Langkah ini, menurut mereka, berpotensi menjadikan penjara sebagai medan pelupusan rakyat Palestin atas nama undang-undang.

Mahmoud Mardawi, salah seorang pegawai kanan Hamas, menyatakan bahawa inisiatif yang digerakkan oleh blok pelampau kanan dalam gabungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu itu merupakan “bentuk baharu pertumpahan darah yang dihalalkan,” sekali gus melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan. Menurutnya, jika undang-undang tersebut diluluskan, Israel akan memperoleh perlindungan undang-undang untuk melakukan pembunuhan secara langsung terhadap tahanan Palestin — setelah sekian lama menggunakan bentuk “kematian perlahan” melalui penyeksaan, pengabaian perubatan, serta pelucutan keperluan asas secara sengaja.

Mardawi menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa harus bertanggungjawab terhadap akibat daripada apa yang beliau sifatkan sebagai peningkatan tindakan tidak sah yang amat berbahaya. Beliau berpendapat bahawa sikap berdiam diri dunia terhadap pelanggaran hak tahanan Palestin selama ini telah menguatkan keberanian Israel untuk menggerakkan undang-undang yang boleh menghalalkan pembunuhan di luar proses undang-undang.

Dalam pada itu, Pejabat Media Asra (AMO) turut menyuarakan kebimbangan mendalam, dengan menyatakan bahawa penggubalan undang-undang tersebut akan menjadikan sistem kehakiman Israel yang sedia berat sebelah berubah menjadi “alat politik untuk membalas dendam.” Kebimbangan itu bertambah apabila terdapat perancangan untuk melaksanakan undang-undang ini di mahkamah tentera Tebing Barat melalui keputusan majoriti ringkas oleh hakim. Perubahan sedemikian, menurut AMO, akan mengancam nyawa ribuan tahanan Palestin serta meningkatkan lagi pelanggaran sistematik di dalam penjara.

Baik Hamas mahupun AMO menyeru tindakan antarabangsa yang segera dan tegas bagi menggagalkan usaha meluluskan undang-undang tersebut, menghalang ia daripada menjadi alat baharu pembunuhan yang disahkan negara, serta memastikan perlindungan sebenar buat para tahanan Palestin yang terus berdepan penyalahgunaan, dasar penindasan, dan pencabulan hak secara terancang di penjara Israel.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Damsyik mengutuk lawatan Netanyahu ke selatan Syria: Pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB

Jumaat, 21/11/2025 – Syria pada Rabu mengecam sekeras-kerasnya lawatan mengejut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke zon penampan di selatan negara itu, menyifatkannya sebagai tindakan “tidak sah” dan satu pelanggaran jelas terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB. Kecaman ini hadir di tengah-tengah desakan antarabangsa yang semakin meningkat agar Israel menghentikan pencerobohan berulang di wilayah Syria.

Netanyahu dilaporkan tiba di kawasan tersebut bersama Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dan Menteri Luar Negeri, Gideon Sa’ar. Mereka melawat lokasi yang menempatkan unit-unit tentera Israel di bahagian Syria dalam kawasan pemisah.

Dalam ucapannya di hadapan para anggota tentera, Netanyahu menegaskan bahawa kehadiran pasukan Israel di kawasan itu adalah “amat penting,” sambil memberi amaran bahawa tugas mereka “boleh berkembang pada bila-bila masa.”

Penterjemah : Farah Najwa

Categories
Berita Semasa

Israel melancarkan serangan udara terbaru ke atas bandar-bandar di Selatan Lubnan

Jumaat, 21/11/2025 – Tentera rejim Zionis melancarkan serangan udara terbaru di bandar-bandar Selatan Lubnan, Shuhour dan Deir Kifa, pada petang Rabu, sejam selepas amaran mengosongkan penduduk di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, tentera rejim mendakwa ia mula menyasarkan infrastruktur Hezbollah di Selatan Lubnan.

Terdahulu sebelumnya, tentera rejim memberi amaran kepada penduduk Deir Kifa dan Shuhour untuk berpindah, dengan alasan yang unsur-unsur Hezbollah menggunakan lokasi-lokasi di kwasan itu untuk tujuan ketenteraan.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

28 syahid dan 77 cedera akibat kebakaran pendudukan dalam pelanggaran gencatan senjata yang berterusan di Gaza

Jumaat, 21/11/2025 – Pasukan pendudukan Israel meneruskan pelanggaran gencatan senjata antara Hamas dan Israel, yang berkuat kuasa pada 10 Oktober, melalui pengeboman, menembak dan meletupkan rumah rakyat di Semenanjung Gaza.

Sumber kesihatan di hospital Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa 28 syuhada, termasuk 17 kanak-kanak dan wanita, terbunuh oleh tembakan tentera pendudukan di bandar Gaza dan Khan Yunis sejak pagi Rabu.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan bahawa 25 orang terbunuh dan 77 cedera semasa peningkatan Israel di Gaza.

Wartawan kami melaporkan bahawa sembilan rakyat terbunuh dan yang lain cedera pada petang Rabu akibat serangan Israel ke atas khemah kepunyaan orang terlantar di barat bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

Wartawan kami menjelaskan bahawa berikut telah dikenal pasti di kalangan para syuhada: “Tawfiq Haidar Tawfiq Hammad, Ibrahim Ali Abu Jasser, Ruba Abdullah Abu Al-Ala, Nahed Abu Shahla, Fadi Abu Mustafa.”

Wartawan kami melaporkan bahawa pemuda itu, Muhammad Sufian Muhammad al-Najjar, terbunuh oleh tembakan tentera pendudukan di kawasan Qizan al-Najjar, selatan bandar Khan Yunis, di selatan Semenanjung

Beliau menegaskan bahawa warganegara Mo’men Balbal terbunuh dan beberapa yang lain, termasuk seorang kanak-kanak, cedera akibat tembakan meriam Israel di Jalan Mushtaha di kawasan kejiranan Shuja’iyya, timur Kota

Sumber juga mengesahkan bahawa dua kanak-kanak terbunuh dan 10 orang cedera pada petang Rabu dalam pengeboman Israel di barat Khan Younis.

Jurucakap Pertahanan Awam Mahmoud Basal mengesahkan lima rakyat termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh akibat pengeboman Israel yang menyasarkan bangunan Wakaf di kawasan Zeitoun di persimpangan Asqoula, timur Kota Gaza.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Israel melancarkan serangan udara terbaru ke atas bandar-bandar di Selatan Lubnan

Jumaat, 21/11/2025 – Tentera rejim Zionis melancarkan serangan udara terbaru di bandar-bandar Selatan Lubnan, Shuhour dan Deir Kifa, pada petang Rabu, sejam selepas amaran mengosongkan penduduk di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, tentera rejim mendakwa ia mula menyasarkan infrastruktur Hezbollah di Selatan Lubnan.

Terdahulu sebelumnya, tentera rejim memberi amaran kepada penduduk Deir Kifa dan Shuhour untuk berpindah, dengan alasan yang unsur-unsur Hezbollah menggunakan lokasi-lokasi di kwasan itu untuk tujuan ketenteraan.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rumah runtuh di mukim Al-Tuffah,  tiada penduduk  cedera.

Jumaat, 21/11/2025 – Pihak berkuasa Pertahanan Awam melaporkan runtuhan rumah di kejiranan Al-Tuffah di timur Kota Gaza pada petang Selasa dan memberi amaran bahawa rumah lain di kawasan itu juga berisiko runtuh, menimbulkan bahaya serius kepada penduduk.

Menurut kenyataan itu, “Rumah satu tingkat warga Ahmad Salem Al-Zamareh runtuh di kawasan Al-Zarqa Al-Tuffah.”

Nasib baik tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Pegawai Pertahanan Awam memberi amaran bahawa terdapat rumah lain di kawasan yang sama berdepan dengan roboh.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Dua orang telah syahid di Khan Younis dan perundingan politik mengenai pejuang Al-Qassam di Rafah

Jumaat, 21/11/2025 – Pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza terus berlanjutan, apabila dua warga Palestin terbunuh akibat tembakan dan serangan udara yang dilancarkan pada Isnin. Selain itu, pasukan Israel turut melakukan operasi letupan ke atas beberapa kawasan.

Sumber Palestin yang mengetahui perkembangan rundingan memaklumkan bahawa perbincangan antara para perantara dan kepimpinan Hamas masih tertumpu kepada nasib para pejuang Briged al-Qassam di bandar Rafah.

Perkhidmatan Pertahanan Awam di Gaza mengesahkan bahawa dua penduduk Palestin terbunuh dalam serangan oleh dron Israel di Bandar Bani Suhaila, timur Khan Younis, di bahagian selatan Gaza.

Sumber tempatan turut melaporkan bunyi letupan kuat sejak awal pagi, susulan serangan yang menyasarkan kawasan pedalaman bandar Rafah, bandar Bani Suhaila dan Abasan, serta kawasan sekitar timur Khan Younis. Serangan turut dilaporkan mengenai bahagian pinggir kejiranan Shujaiya dan Tuffah di timur Bandar Gaza.

Penterjemah : Farah Najwa

Categories
Berita Semasa

Pasukan pendudukan melancarkan serbuan penangkapan di Tebing Barat

Jumaat, 21/11/2025 – Pada awal pagi Selasa, pasukan pendudukan Israel melancarkan satu lagi siri serbuan di beberapa kawasan di Tebing Barat, yang disertai dengan penahanan serta tindakan ganas terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka.

Di Bethlehem, pasukan Israel menahan lima penduduk Palestin, termasuk dua beradik Muhammad dan Mahmoud Ahmad al-Balbul dari kawasan Haret al-Fawarah serta Mana’ al-Radi dari Jalan al-Saf di pusat Bethlehem. Turut ditahan dua beradik lain, Abdullah dan Hussein Awad Ubayyat, dari kawasan Hindaza di bahagian timur bandar tersebut, selepas kediaman mereka digeledah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel turut memasuki Kem Pelarian Aida dan Dheisheh, namun tiada laporan mengenai operasi geledah rumah atau penahanan di kedua-dua kem tersebut.

Penterjemah : Farah Najwa

Categories
Berita Semasa

Bursh: Israel Didakwa Hapuskan Keturunan Palestin Melalui Genosid dan Kemerosotan Kesihatan

Khamis, 20/11/2025 – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Munir Al-Bursh, melaporkan peningkatan mendadak kes anemia dalam kalangan kanak-kanak, dengan 82% bayi berusia bawah satu tahun kini menghidap penyakit tersebut. Beliau menyifatkan angka itu sebagai “amat membimbangkan” dan mencerminkan kemerosotan serius sektor kesihatan akibat sekatan dan serangan berterusan Israel.

Dr. Al-Bursh mendakwa bahawa pendudukan Israel sedang merancang bentuk genosid dan pemusnahan kesihatan yang bertujuan “menghapuskan keturunan Palestin.” Beliau memberi amaran bahawa kekurangan nutrisi dan ubat-ubatan berpotensi melahirkan generasi yang mengalami pelbagai kecacatan, dengan 156 kes kecacatan kelahiran telah direkodkan sejak perang bermula.

Menurut beliau, Israel terus menghalang kemasukan ubat-ubatan penting bagi program kesihatan kanak-kanak, sekali gus meningkatkan risiko terhadap perkembangan dan kelangsungan hidup mereka. Kementerian turut mencatatkan penurunan 40% kadar kelahiran berbanding sebelum perang, mencerminkan tekanan besar terhadap ibu hamil dan sistem kesihatan yang hampir lumpuh.

Krisis kesihatan di Gaza berlaku ketika perang Israel berlarutan sejak 7 Oktober 2023, disokong Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan besar, kebuluran, pemindahan paksa, serta penahanan berterusan, meskipun terdapat gesaan antarabangsa dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa supaya tindakan genosid dihentikan.

Data rasmi Palestin menunjukkan lebih 239,000 korban, majoritinya wanita dan kanak-kanak, serta lebih 11,000 individu yang masih hilang. Gaza turut berdepan krisis kebuluran yang meragut nyawa kanak-kanak, di samping ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan hampir keseluruhan kawasan perumahan.

Pegawai kesihatan tersebut menegaskan bahawa krisis anemia hanyalah satu aspek daripada keruntuhan menyeluruh sistem kesihatan Gaza, dan menyeru campur tangan segera masyarakat antarabangsa sebelum keadaan terus merosot serta memberi kesan jangka panjang kepada generasi akan datang.

Penterjemah : Ezatul